Nuffnang Ads

Wednesday, March 9, 2011

Mood Klasik di Hujung Minggu


Apa aktiviti anda di hari minggu? Shopping, camping, cooking, massaging atau house keeping? Bosan dengan rutin mingguan yang sama? Apa kata jom sama-sama kita try sesuatu yang baru...yang lebih relax dan santai ala-ala klasik....


Mungkin ada dikalangan kalian semua tidak pernah merasa bagaimana berada di zaman klasik di era 50an, 60an atau 70an. Maklumlah kebanyakan kita lahir di era siber.....Jadi apa kata hujung minggu ni kita timbulkan mood klasik. Tak tahu bagaimana caranya, ni ada beberapa panduan yang boleh diikuti...hasil daripada pengalaman aku sendiri.

***

1. Pakai baju-baju lama, bersanggul ala-ala saloma
***
Yang perempuan boleh berbaju kebaya ketat atau paling tak berbaju kurung kedah. Pilihlah yang bercorak kusam atau dari warna-warna tanah. Rambut jika disanggul tinggi lagi nampak klasik. Kalau nak jimat, selongkar saja almari pakaian mak atau nenek kita. Untung kalau jumpa aksesori lama sperti kerongsang, cucuk sanggul dan sebagainya. Yang lelaki pakai saja baju melayu johor dan songkok tinggi. Lagi nampak lama kalau pakai cermin mata berbingkai hitam.


Pakai macam ni pun nampak ok
(gambar ihsan kakikongkang.blogspot.com)


2. Dengar radio klasik atau pasang lagu-lagu lama.
***
Lagu-lagu klasik memang indah jika didengar dan diamati. Walau sekali dengar, pasti terasa berada di dunia lama. Putarlah lagu-lagu seperti Tiru Macam Saya, Tanya Sama Hati, Di Mana Kan Kucari Ganti, Ikan Kekek, Kau Tinggi Di Awan Biru, Malam Ku Bermimpi dan banyak lagi. Kalau ada piring hitam lagi bagus. Nak lagi senang, dengar sahaja stesen klasik nasional.



3. Tonton cerita2 lama
***

Sebenarnya banyak cerita-cerita lama yang tidak pernah bosan untuk ditonton seperti Ibu Mertuaku, Kisah Penarik Becha, Setinggan, Bagi Balik Jandaku, Sayang Salmah, Berbahagia di Singapura, Chinta Abadi, Irama Kaseh, Kubor Tak Bertanda, Hanchor Hati dan lain-lain lagi.


4. Lepak di kopitiam atau cafe konsep klasik
***

Banyak cafe atau kopitiam berkonsepkan oldies dibuka terumanya di bandar-bandar utama. Antaranya Saloma Bistro, Ipoh Station, Uncle John, Old Town dan Classic Station. Kalau nak rasa yang betul-betul original, cuba kunjungi Kluang Rail Coffee yang terletak di Johor. Banyak ciri-ciri klasik yang masih dikekalkan sehingga sekarang.


Kluang Rail Coffee yang terletak di Kluang Railway Station



5. Memandu kereta antik
***
Bayangkan betapa bahagianya kalau dapat memandu kereta antik seperti Volkswagen dan Austin. Kalau tiada koleksi tersebut, apa kata sewa sahaja kereta antik. Kemudian pusing-pusing kampung or bandar-bandar lama seperti Melaka, Ipoh dan Penang. Atau naik saja beca / basikal seperti gambar di bawah.


(gambar ihsan basikalmalaya.com)


6. Nikmati makanan tradisional, sireh dan rokok paip
***

Banyak makanan tradisional yang boleh mengimbau kenangan lama sekali gus membangkit mood klasik. Cubalah rasa kuih muih tradisional yang masih banyak dijual di gerai-gerai di tepi jalan. Mahu lebih mencabar, cubalah makan sireh, menghisap rokok daun atau paip (amaran: rokok membahayakan kesihatan).


7. Mandi berkemban
***
Bagi yang punya laman di kediaman bolehlah cuba mandi berkemban dengan kain batik. Bukan nak tunjuk sexy tapi kekalkan tradisi. Orang zaman sekarang jarang mandi berkemban. Alang-alang tu, bolehlah cuba mandi bunga yang selalu diamalkan pada zaman-zaman dulu.

8. Tukar ring tone / caller ring tone hp kepada lagu-lagu nolstalgia
***
Percaya atau tidak, sehingga sekarang aku masih guna caller ring tone lagu lama, Mengapa Dirindu nyanyian Saloma. Lagu tu merdu dan muziknya klasik.


9. Guna bahasa baku atau bahasa malayu lama.
***
Setiap kali bersua dengan teman serumah atau di talian telefon cubalah dialek lama. Rasai intonasi yg sungguh indah dan halus. Oh ye, apa kata tukar telefon rumah kamu tu kepada telefon antik macam ni:




Bagaimana? sanggup sahut cabaran untuk hujung minggu ni? Cubalah walau sekali untuk seumur hidup. Jadikan pengalaman yang sukar dilupakan. Selamat mencuba........

35 comments:

Tie HT said...

dah lama ya berblog..nice :)

Oasis said...

Tihara:
Dah lama...cuma baru nak aktif balik..thanks sudi singgah di sini.

IMANSHAH said...

ayoo tang berkemban tu ramai dah buat la ni

Oasis said...

Imanshah:
Haha..ye ke? Berkembang tu lain caranya. Yg tu mmg moden punya. Yg dicadangkan ni more kpd tradisional.

mr.syazwan said...

seiyes teringin mahu berketrampilan begitu tpi entah ssh nak cari kostum dia kot.. huhu

Oasis said...

Mr. Syazwan:
✘ kan la tak de kut sepasang dua baju melayu...atau beli je satu,boleh gak guna utk majlis2 lain...hr jumaat pun blh pakai. ✘ rugi...

ratusiput said...

ahahah gila ko...lom sampai seru lg nk wat camni...tp good idea jugak pd sesiapa yg nk mencuba mende baru... :)

Oasis said...

ratusiput:
haha...apa salahnya. Tua nanti kalau tak sempat, kempunan la plak nanti kan..

matahati-aishahazhar said...

dah lama tak tgk kipas kat atas tu.. tak silap brand mistral..

Oasis said...

ratu kebaya:
Mesti dulu pernah ada kat rumah kan...gambar kat kaunter dari sebuah cafe. Tapi bukan saya yg shoot.

Tieah Madian said...

Hahaha.. Tonton crita lama lah yang selalu dibuat.. Tengok citer P.Ramlee.. Beribu kali tengok pun gelak jugak.. Hahaha.. :)


Entry Terbaru : Kursus Perguruan Lepasan SPM Pengambilan Jun 2011 Kini Dibuka

Oasis said...

d_teah:
ha a kan. Duk je depan tv tu siap sambil makan nasi. Tgk dgn patrent pun sronok sbb drg mmg suka cerita2 P.Ramlee.

nabilah_2908 said...

hahaha..mmg berns idea ni..

tapi nk mengaplikasikan...payah..setakat nk tgk cite2 lama..lepak2..makan kt kopitam tu boleh la.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
MOUSQUES AROUND THE WORLD

Oasis said...

Nabilah:
Memanglah...sbb kalau nak buat smua tu dalam 1 hari, kena rancang betul2..buat je yg mana termampu...

Unknown said...

aku tanya kat ayah aku td kalau buat mcm ko ni apa dia rasa? ayah aku kata tiba2 rasa jd muda plak? hehe

Oasis said...

Nick Irfan:
Lawak la Nick. OOº°˚˚°ºooo ok juga klu dia rasa muda. Ada peluang nak dpt mak tiri. Kahkahkah

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”

tiada yang lama m,asakan ade yang baru.. tuan hamba tahu tak klasik ni lagi mahal kerana nostalgianye

Oasis said...

Afzainizam:
Pon pon...heee. Terima kasih kembali. Benar kata tuan hamba, jika tiada yg lama sudah tentu tiada yg baru.. Dan ye, nostalgia gia itu mahal nilainya.

hysman said...

perghhh..
suka gmbo berkemban tu..
hahahahaa

Oasis said...

Hysman:
Adeh...pantang tgk yang sexy kan..suke aje. Lelaki, biase la tu. Haha

ieda said...

wah2 sungguh kelasik kecuali berkemban .. huhu aper kena mengena ngan berkemban dikk .. tuu mood seksissss seksaaaa huwwaaaa :))

Oasis said...

Ieda:
Sorry la kak, terpaksa masukkan tips tu sbb dlm filem2 klasik mmg drg mandi berkemban...terutamanya kat sungai. Betul tak?

Unknown said...

huh! hahahaha harap2 la xjd mcm tu! minta simpang la.. hehe

Oasis said...

Nick:
Tak jadi cam ne tu nik? Pasal berkemban tu ke?

Tieah Madian said...

A'ah.. Orang2 tua mmg suka tengok cerita P.Ramlee.. Huhuhu..

*Asal tak update blog lagi ni? Bz ke?



Entry Terbaru : Gempa Bumi Dan Tsunami Di Jepun

Oasis said...

d_tieah:
Ha a...org muda pun suke tgk citer p.ramlee kan. Hr isnin nanti sy upadte blog. Biasenye setiap 2 hari br sy update. Sbb lama gak nk cari bhn2 tu..

aDfeez said...

oasis ... kalo u buat i nk join.. hehe.. i mmg nk rasa pengalaman tu..

baideway.. lagu mengapa dirindu mmg fav.. suka version saloma.. bila uji rashid buat arrangement, da kureng skit... huhu..

Oasis said...

Adfeez:
Nape br bgtau..hari sabtu lepas I pergi lepak di cafe antik di Puchong. Lama jugak lepak kat sana sebab terlalu layan lagu-lagu lama. Xpe, lain kali kita g same2.

Raji and Yeen said...

ah dh biasa dh berkemban
hahahah

Oasis said...

Lelaki pun pandai berkemban ke. Dh pnah try tapi x dpt. Asyik jatuh je. Mungkin sbb xde tut...kut. Haha

Rohani Hashim said...

wadi,
tahu tak hany pernahmakan 5bungkus nasi lemak di kluang station tuh dan 1set roti...ahaha gile tak beso tangki hany...tu pun ada hati nak tambah lg, tp sbb dah kena marah terus cancel...

sedap la nasi lemak tuh...

Oasis said...

mzhany:
Wow...hebatnya hany nih. Blh dia mkn 5 bungkus trus dalam satu hari tu. Tapi roti bakar dia memang terbaik kan...

Unknown said...

ninest123 16.01
nike free, air max, louboutin, longchamp, air max, sac burberry, nike roshe run pas cher, michael kors uk, nike roshe, coach purses, replica handbags, longchamp, north face, abercrombie and fitch, vanessa bruno, sac guess, ralph lauren, true religion outlet, nike air max, north face, true religion jeans, air jordan, mulberry, air max pas cher, oakley pas cher, vans pas cher, nike trainers, new balance pas cher, michael kors, nike air force, nike tn, ray ban pas cher, sac longchamp pas cher, nike blazer, michael kors pas cher, timberland, nike huaraches, hollister, hogan outlet, polo ralph lauren, polo lacoste, coach outlet store online, ray ban sunglasses, sac hermes, hollister, lululemon outlet online, nike free pas cher, true religion jeans, true religion outlet, converse pas cher, michael kors outlet

Unknown said...

these details replica bags koh samui this website joy replica bags review see this website replica bags lv

Anonymous said...

kd shoes
curry shoes
ggdb sneakers
bape clothing
OFF-White
jordan outlet
kd 14
off white
off white hoodie
yeezy boost 350