Nuffnang Ads

Sunday, March 13, 2011

Handphone Kesukaan Selebriti Hollywood

Happy Monday buat semua kawan-kawan. Walaupun malas nak datang kerja sebab tak puas dengan cuti  2 hari, terpaksalah gagahkan kaki untuk menekan minyak kereta datang ke pejabat. Sebelum buat kerja, aku postkan entry yang aku sediakan semalam buat pengunjung blog semua.

Entry kali ni khusus buat mereka yang ingin tahu telefon bimbit jenama apakah yang sering diusung ke sana ke sini oleh selebriti kesayangan masing-masing. Selebriti ni pun manusia macam kita juga, yang perlu memiliki alat telekomunikasi bagi memudahkan mereka berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga, menyemak email, mengetahui gossip terkini rakan seperjuangan dan bermacam lagi.

 Ok, jom kita tengok handphone apa jadi pilihan mereka


Kalau sebelum ni Britney spears tidak pernah berenggang dengan iphone tapi kali ini nampaknya beralih kepada Blackberry  Bold 9700. Dia kelihatan ketawa dan gembira dengan bbnye. Shopping sambil ber BB mungkin sesuatu yang tidak membosankan. Dan Britney Kelihatan sihat dengan air mineral di tangan.

Justin bieber yang terkenal dengan lagu ‘baby’  memang pengguna tegar iPhone. Dia menyukai model iPhone 4 kerana reka bentuk dan lambangnya yang unik serta lain dari smartphone lain. Walaubagaimanapun ada paparazzi yang mendakwa bieber pernah membawa Blackberry semasa melakukan persembahan di sebuah konsert. Hurmm yang mana satu ni?

Penyanyi yang terkenal dengan fesyen pakaian pelik ini  lebih selesa menggunakan smartphone Blackberry. Setakat ini dia dilaporkan pernah menggunakan BlackBerry Curve 8520, BlackBerry Tour 9630 dan yang terbaru Bold 9000. Kesimpulannya di sini walau fesyennya pelik tapi handphone yang digunakan tidaklah sepelik mana.

Carrie Underwood, penyanyi country terkenal kelahiran American idol ini dirakamkan terlalu leka dengan iPhone 3Gs di sebuah majlis yang dihadiri. Apa yang pasti dari rambut, purse, dress hinggalah iPhone semuanya dari warna yang sama. Dirancang atau kebetulan?

Pelakon muda lagi kacak yang popular dengan Filem High School Musical iaitu Zac Efron dilihat memegang iPhone 4 sewaktu keluar dari sebuah hotel semasa penggambaran sebuah filem barunya. Mungkinkah disebabkan terdapat aplikasi di App Store yang dibangunkan khas buat actor ini menyebabkan dia terhutang budi dengan iPhone?


Gisele menghabiskan banyak masanya di pentas peragaan. Jadi tidak hairan jika dia sentiasa bersama handphonenya  bila tiada job. Model terkenal  yang berasal dari Brasil ini dilihat menggunakan Bold 9000. Mungkin sudah tiba masanya gaya cat walk sambil memegang telefon bimbit dipraktiskan di run way.


Pemain bola sepak terkenal yang berstatus selebriti ini dilihat lebih selesa memegang BlackBerry Bold 9700. Tak sangka lelaki yang dikategori sebagai maskulin nampak lebih feminin dengan BlackBerry. Walaupun sibuk dengan BB, Ronaldo masih sempat menurunkan autographnya kepada salah seorang daripada peminatnya. Cayalah..


Gadis yang sering kelihatan bergaya dengan fesyen baru dan terkini ini dilaporkan menggunakan BlackBerry Bold 9700 berwarna putih ketika sibuk membeli barang di kedai serbaneka. Rasanya 2 tangan tidak cukup buat Paris yang tidak lepas dari memegang handbag, BB, kopi dan anjing kesayangannya.


Pada ogos 2010 Christina Aguilera menunjukkan handphone kesayangannya kepada teman-temannya di tempat kereta restoran stik terkemuka. BlackBerry Bold 9700 warna hitam menjadi pilihan beliau yang menurut pendapatnya hitam itu elegan dan menawan. Tapi yang hairannya rambutnya diwarnakan blonde, kenapa tidak hitam?


Joe Jonas salah seorang dari trio Jonas Brother’s ni dirakam sedang menggenggam iPhone 4 ketika keluar dari sebuah mini market. Dia menjadi tajuk berita utama pada masa itu kerana menggunakan casing yang berwarna pink! Aduh…itu pun nak kecoh.

Megan Fox kelihatan lebih lebih seksi apabila membimbit iPhone 3Gs. Menurutnya applikasi yang banyak dan menarik pada iPhone menyebabkan dia sukar untuk tidak memilih handphone tersebut sebagai gadjet yang disayangi.

Tidak terpengaruh dengan popularity smartphone BlackBerry dan iPhone, Susan Boyle lebih low profile dengan hanya menggunakan telefon dari pengeluar jenama Nokia. Dia Berjaya dikesan menggunakan Nokia model E71. Mungkinkah usianya yang agak lanjut membantaskan dia menggunakan BlackBerry atau iPhone?

Puas hati? Hurmmm....kebanyakan selebriti di Hollywood lebih gemar menggunakan telefon bimbit iPhone dan BlackBerry. Artis kita pula kebanyakannya guna Nokia. Tapi disebabkan mereka ni semua selebriti, susah nak pastikan brand apa yang betul-betul dipakai. Sebabnya bila-bila masa mereka boleh tukar phone. Duit banyak, tak tahu nak habiskan macam mana. Kan...

41 comments:

Oasis said...

Tepuk dada tanya selera....

rATu kEBaYA said...

herm.. minat jugak dgn BB & i-phone tu.. bilalah nak merasa.. dapat yg ada ni pun alhamdulillah

Oasis said...

Ratu Kebaya:
Seronok kalau guna Blackberry...tambah2 lagi kalau ada ramai kawan@ yg guna BB. Pakai je yg mana ada dlu. asalkan boleh guna untuk call dan sms cukuplah..

ratusiput said...

ratu lak pakai e72 je...tu pun dh stahun pakai byk function yg lom guna.ahaha...kurang skit bab2 gadget ni.nk donlod lagu masuk mp3 pun aku tggu laki aku balik cuti baru buatkan.sebab bini dia pemalas nk explore n nak cari mcm mana cara2 nk menggunakan gadget2 terbaru ni.pening.agaknya kalau ratu ade bb...mau geti sms n call je la...ehehe..

Oasis said...

ratusiput:

nasib baik ada si suami yang sudi membantu dalam hal2 gadjet tu kan. Hehe. Mmg ramai yang pakai nokia kan kat malaysia ni. dah jadi cam satu budaya. Apa2 pun... janji tak cepat rosak dan taha lama dah kira ok.

nabilah_2908 said...

ha..betul la....kebanykkn mereka suka guna iPhone dgn BB..

artis Malaysia pun..lebih kurang gak...ramai yg guna BB...

jom ke APA KATA HATI pulak,
AYAM BERMACAM AYAM

Oasis said...

Nabilah:
✔ kan... Tu baru sebahagian je...yg lain2 lagi. Tp yg bestnye bila pg indon. Anak2 muda kat sana rata2 pakai blackBerry...

TK said...

Oasis pulak pakai hp ape? and suka hp ape? (byk soal plak..hehe)Sekarang ni, jangankan artis, bebudak sek pun pakai Iphone and BB tau! Minggu lepas TK nampak bebudak sekolah TK bawak Ipad and samsung galaxy tab.Bebudak sekarang..
Blogger2 pun rmai yg discuss bout Iphone/BB. Katanya sampai ada yg gaduh2 bila comparing 2 hp ni. TK suka BB sbb TK tak suka touch screen and TK guna sepenuhnya BB messanger.Jimat. Terpulang pd orglah..kan. Masing2 ada taste masing2

Oasis said...

TK:
Wah panjang lebar ulasan beliau. Hehe. Yup, sy sdiri pn pnah berdebat kat forum and blog pasal 2 phone ni. Asalnya sy pkai iphone sbb kualiti skrin dan application dia. Pastu penat bgaduh and terasa dipulaukan oleh housemate yg smuanya pkai BlackBerry, tpaksalah saya beli 1. Anyway BlackBerry ni mmg best sbb rasa sentiase di update. Hehe

marina anakcikbob said...

hehehe.. watever pon i lurrveeeeeeee iphone4..
bf nak kasi blekberi pon aku tolak, aku pilih nokia je sebab xmampu beli iphone4 tu. hahaha..

Oasis said...

Marinaanakcikbob:
Oiutt...rugi la tak ambik BlackBerry ...org bg ambik je. Klu tak bkenan jual je...pastu beli iphone 4. Or tunggu je iphone 5..sy ✘ sbr nk tunggu ipad 2.

..hizamirahim.. said...

wow.
tak mampu nak pakai.
T.T

Oasis said...

hizamirahim:

mampu...brape hengget je. hp sekarang tak de la semahal dulu. kalau ditolak campur dengan fungsi2semua...kira berbaloi la..

Pencacai Alim said...

aku pakai nokia jek..

Oasis said...

Pencacai Alim:
kalau tiada bb or iphone, nokia pun berguna juga

Bak kata pepatah, tiada buluh...rotan berguna juga. Hehe

afiqrohidan said...

biasa la tu..dorang masyuk..mesti nak pakai henfon canggih dan terkini..haha.

Oasis said...

afiqrohidan:
Betul jugak tu kan. klu pakai CSL nanti kan...kena kutuk kat peminat ngan paparazzi plak.

d_tieah said...

Kadang2 rasa jeles tengok orang guna handphone canggih2.. Tapi tak mampu lah nak beli lagi.. Mampu tapi ade yang lebih penting dari itu.. Hp murah pun takpe jnaji dapat msg n call kan? Kadang2 ade yang guna hp mahal2 tapi kredit takde.. Huhuhu..

*Pengguna nokia 3210



Entry Terbaru 1 : Isu Ultraman, Power Rangers, Doraemon Dan Tsunami
Entry Terbaru 2: Loji Nuklear Jepun Meletup Dan Pencemaran Radioaktif Berlaku?

Oasis said...

d_tieah
Tapi hp canggih ni memang membantu contohnya kalau nak update blog, nak reply comment or sebagainya.

Tapi kalau yang tak de kredit tu mmg malu la. Biasanya yg pakai smartphone ni kena pakai postpaid. Br puas sket

Raji berkata said...

owh ak rasa Iphone lgi dpt sambutan ;D
BB pun xkurang juga ramai yg pakai @@

Oasis said...

Raji: rasanya klu perempuan rmai yg angkut bb tapi lelaki lebih suka iphone. Sbb byk game kut. Lelaki kan memang suka permainan..

Lilyel said...
This comment has been removed by the author.
Lilyel said...

https://spreadsheets.google.com/viewform?hl=en&pli=1&formkey=dGlZbzRKVmtxWWhPOWt3c0hIdzF5T0E6MQ#gid=0

ADfeez said...

ermm tempting btul ngan iphone n bb tu... bila la nk merasa..
i nie
still lg ngan hp i yg sedih nie...
"[Contest] Jejaka Terhangat Nak Bagi Henpon Free..!!!"

oasis.. nk iphone leh x?
hahahah :P

mzhany said...

kalau hany nak iphone kot heheeh kalau je lah kan...

tapi hati teringin nak N8, sbb ada kaler ijau boleh tak? ahaha, tp lepas baca review, mcm ramai ckp ada problem...so dah buang dah impian nak N8...ahaha...


tapi smpai skrg, masih menggunakan 6220classic.sebab? tak rosak lagik...hehe dan kamera yang sgt beshhhh

Oasis said...

lilye:
ok, saya sudah jawab kaji selidik tersebut. Good luck untuk thesis aawak k

Oasis said...

Adfeez:
Tahun ni bolehlah dapat satu kut...mesti dapat punya la kalau betul2 nak.

Oasis said...

mzhany:
hany, iphone mmg best, surf internet best, skrin marvelous, sound ok, application terbaik.

pernah gah sentuh Nokia N8 tu, tapi rase cam jauh tak bestnya dari iphone. Touch screen dia pun smooth sgt..Lagipun wadi mmg tak suka brand Nokia (jgn mare)

Pakai je la yg mana ada hany...kata org bukannya blh bwk kle kubur kan...Klu ada rezeki lebih nanti, angkut je satu.

ardinihumaira said...

dni gak guna c3 je... tak de $$ nak beli al bb dan al iphone ni ;p

Oasis said...

ardinihumaira:
C3 brape harga dia. bukan mahal jugak ke? Beli bb yg murah bwh RM600 pun dapt.

NM02 said...

takde pun rasa teringin nak pakai BB.. tak tau le.. orang lain dok berlumba2 nak pakai bb.. hehehe

mr.syazwan said...

tok ti, kak jiana pakai apa napa x ltk?

hohoho

den sony jo lorh

huhu

Oasis said...

NM02:
Maybe sebab bukan jenis yg suka bergosip kut. Hehehe. Tapi kalau org bagi kira ok je kan...

Oasis said...

mr.syazwan:
kak jiana blum jadi artis international lagi. Tak dapat la den nak nolong..

Sony pun ok aper...

ayazimmer483 said...

idk bout others, but im currently using Palm Treo Pro :) its a nice phone btw,

Anonymous said...

Doeѕ уоur sіte have a сontact pаge?
Ι'm having a tough time locating it but, I'd like to send you an
e-mail. I've got some suggestions for your blog you might be interested in hearing. Either way, great blog and I look forward to seeing it develop over time.

Also visit my homepage skin lightening products

ninest123 said...

ninest123 16.01
nike free, air max, louboutin, longchamp, air max, sac burberry, nike roshe run pas cher, michael kors uk, nike roshe, coach purses, replica handbags, longchamp, north face, abercrombie and fitch, vanessa bruno, sac guess, ralph lauren, true religion outlet, nike air max, north face, true religion jeans, air jordan, mulberry, air max pas cher, oakley pas cher, vans pas cher, nike trainers, new balance pas cher, michael kors, nike air force, nike tn, ray ban pas cher, sac longchamp pas cher, nike blazer, michael kors pas cher, timberland, nike huaraches, hollister, hogan outlet, polo ralph lauren, polo lacoste, coach outlet store online, ray ban sunglasses, sac hermes, hollister, lululemon outlet online, nike free pas cher, true religion jeans, true religion outlet, converse pas cher, michael kors outlet

ninest123 said...

oakley sunglasses cheap, burberry outlet, nike shoes, oakley sunglasses, prada handbags, air max, ugg outlet, louboutin, tiffany and co, ray ban sunglasses, longchamp outlet, replica watches, tiffany and co, louis vuitton outlet, michael kors outlet, louis vuitton handbags, polo ralph lauren outlet, louis vuitton outlet stores, michael kors outlet, ugg boots clearance, ray ban sunglasses, michael kors outlet, uggs outlet, louboutin shoes, christian louboutin, air max, oakley sunglasses, gucci outlet, polo ralph lauren, michael kors outlet online sale, tory burch outlet, oakley sunglasses, louis vuitton, cheap uggs, prada outlet, nike free, longchamp handbags, michael kors outlet, rolex watches, chanel handbags, uggs, ray ban sunglasses, louboutin outlet, louis vuitton outlet, jordan shoes, michael kors outlet, burberry outlet, longchamp handbags, cheap oakley sunglasses

ninest123 said...

air max, iphone 6 plus cases, asics running shoes, ipad cases, vans, lululemon outlet, jimmy choo outlet, herve leger, beats by dre, insanity workout, north face outlet, oakley, instyler, air max, s6 case, ray ban, birkin bag, timberland boots, valentino shoes, soccer shoes, vans shoes, giuseppe zanotti, bottega veneta, nfl jerseys, north face jackets, baseball bats, wedding dresses, soccer jerseys, reebok outlet, ralph lauren, gucci, iphone 6s cases, mcm handbags, abercrombie, chi flat iron, iphone 5s cases, babyliss pro, mac cosmetics, celine handbags, hollister clothing store, converse, p90x, mont blanc, nike roshe run, new balance shoes, iphone 6s plus cases, abercrombie and fitch, iphone cases, ferragamo shoes, iphone 6 cases, louboutin, ghd

ninest123 said...

supra shoes, moncler, barbour, ugg, sac louis vuitton, moncler, converse shoes, canada goose, swarovski, wedding dresses, toms shoes, juicy couture, pandora charms, marc jacobs, juicy couture outlet, canada goose, louis vuitton uk, louis vuitton, thomas sabo, canada goose, karen millen, moncler, ugg boots, ugg, moncler, ugg pas cher, ugg, canada goose jackets, louis vuitton, pandora charms, barbour, moncler, sac louis vuitton, coach outlet store online, canada goose outlet, moncler, swarovski crystal, hollister, montre homme, sac lancel, moncler outlet, canada goose uk, rolex watches, moncler, pandora jewelry, doke gabbana, links of london, canada goose, pandora jewelry, canada goose
ninest123 16.01

Blogger said...

There is a chance you are qualified to receive a Apple iPhone 7.