Nuffnang Ads

Thursday, December 1, 2011

Hampir Mati Cabut Gigi





Ini kisah menyayat hati dalam hidup oasis. Oasis terpaksa buat satu entry untuk menceritakan pengalaman cabut gigi khususnya buat kakitangan di ofice dan juga housemate sebab oasis tak boleh nak berkata-kata buat masa ni

Kesakitan mula dirasai

Petang semalam oasis dah mula rasa kesakitan yang amat. Balik dari office terus kepala sampai pusing-pusing sebab tak tahan dengan sakit yang amat. So satu malam oasis tak boleh tidur . Gigi geraham ni sebenarnya dah lama rosak cuma oasis tak nak cabut lagi selagi tak sakit. So, bila dah sakit macam ni memang oasis nekad esok tu terus ke klinik

Pengalaman Mengerikan

Setelah 2 jam tunggu giliran, oasis masuk bilik no 17. Doktor gigi ni cantik dari Sarawak kalau tak silap. Masa mula-mula dia nak cucuk tu oasis hampir pitam tengok jarum sepanjang papan pemotong Tapi dia cakap suruh tenang saja. Tak pasal-pasal 6 jarum kena. Sampai terpancut bius tu keluar dari mulut. Masa tu oasis dapat rasakan seakan-akan jarum tu tembus ke pipi!

Setelah pipi rasa kebas dan bibir bengkak, barulah doktor tu nak mulakan prosidur cabut gigi. Masa goyangan pertama tu boleh pula oasis cakap macam ni:
"Stop it please! Saya tak jadi nak cabut gigi boleh tak? Rasanya gigi dah tak sakit dah ni"

Maka tergelak sakan la nurse-nurse yang ada. Aduyai, malu rasanya.

Tanpa mempedulikan oasis, doktor tu teruskan juga sambil cuba menenangkan oasis. Dia kata memang lelaki biasanya lagi takut untuk cabut gigi berbanding wanita. Oasis mula resah sebab berkali dia cuba cabut tapi masih tak berjaya hinggakan macam-macam saiz forceps dia tukar. Akhirnya dia terpaksa panggil doktor lain. Lagilah cuak time tu.

Doktor yang kedua datang dan periksa gigi oasis sambil menerangkan sesuatu kepada doktor tadi  yang oasis pun tak faham sepatah haram. Yang sempat tangkap dia cakap kalau gigi macam ni kena guna teknik lain. Ok..dalam hati oasis cakap sabar sahaja lah. Dah macam bahan ujikaji dah ni.


 Keganasan Memuncak

Ternyata doktor ni ganas sikit. Dia tonyoh gigi oasis macam guna  pelocok sinki. Punyalah sakit time tu. lepas tu dia tarik dengan pelbagai gaya. Macam acara tarik tali pun ada. Kerap juga dia tukar forceps tapi masih tak berjaya. Nurse-nurse yang ada dekat situ cuba tenangkan oasis.

Bila hampir 6 kali cubaan dia tak berjaya, mereka panggil pula doktor lain. Oasis rasa macam nak surrender saja time tu. Tuhan sahaja lah yang tahu. Sekali lagi gusi oasis di beri injection. Kali ni 5 jarum. Doktor yang ketiga ni sempoi sedikit, siap menyanyi-nyanyi lagi sebelum pakai glove. Tapi hampeh juga sebab dia pun gagal nak cabut gigi oasis walaupun muka dia dah berrpeluh time tu.

Seterusnya doktor gigi lain pula sambung. Kali ni mereka cakap kena buat sedikit surgery dekat gigi. Perghhh oasis dah cuak. Takut sampai rasa nak lari saja time tu. Tapi doktor tu cakap risau sebab dia akan potong gigi bukan gusi. Dia mula pakai pakaian seakan-akan doktor bedah. So, mula lah kerja memesin gigi yang oasis rasa sengal bagai nak gila. Dia cuba cabut gula penyepit tapi tak dapat lagi. So, prosedur ni dia lakukan berulang kali sehingga oasis tersedak sebab darah dan cecair tu tersekat pada kerongkong. Darah banyak keluar sebab time tu dah tengahari. So mereka tangguhkan sekejap dan sambung balik dengan memberi lagi sunttikan sebanyak 5 jarum sebab time tu oasis dah meraung sakit

Sekali lagi gagal. Ya Allah, tolonglah. Dosa apalah yang oasis tanggung sampai macam ni sekali. Sekali lagi doktor yang lain pula datang. Perempuan juga, agak berumur. Mungkin dia tyco di klinik ni. Bila dia tengok keadaan gigi oasis, dia panggil doktor-doktor lain . Ada discussion sikit katanya.

Cubaan diteruskan lagi

Setelah 5 minit dia kembali dan cuba cabut gigi oasis. Kali ni dia dibantu oleh 3 orang doktor lain bersama 4 orang nurse. MasyaAllah, time tu oasis rasa macam nak nazak. Mulut, leher, kepala, tangan dan kaki dipegang oleh nurse sebab mereka bimbang oasis meronta. Kali ni sumpah sakit dia memang tak boleh nak cakap dah.

Setelah hampir 3 jam, ia masih gagal! Akhirnya mereka slow talk dengan oasis. Mereka set temujanji untuk teruskan semula prosedur tahun depan! Gigi oasis perlu di x-tray untuk lihat kedudukan akar. Kemudian separuh dari gusi akan dibedah untuk mengeluarkan gigi tu. Homaigad, kecut perut oasis. Kata doktor lagi, gigi oasis perlu direhatkan sekurang-kurangnya sebulan untuk sembuh. Selama sebulan ni oasis kena ambil ubat penahan sakit dan juga antibiotik. Aduyai...!
 

Kecewa

Maka dengan kecewanya oasis pulang ke offc dengan bibir dan pipi yang bengkak! Sampai sekarang tak mampu nak makan. Dah la pagi dan tengahari oasis tak makan. Bayangkan lebih dari 15 suntikan dan 5 orang doktor gigi serta nurse masih tak mampu mencabut gigi ni.

Jadi tahun depan oasis kena teruskan misi mencabut gigi yang satu ni. Harap semuanya ok!

Tuesday, November 22, 2011

Pulangnya Dari Perantauan

Wahh tajuk macam nak pulang berhari raya pula kan. Hai semua pembaca blog oasis. Anyeong Hasaeyo? Terima kasih kerana masih setia mengikuti blog oasis. Kamsahamnida. Sebenarnya hampir terlupa yang oasis punyai blog yang harus diupdate. Alasan biasa yg sering kedengaran ialah sibuk. Hurmmm..Biasala tu

Ok, semasa di Korea hari tu semuanya berjalan lancar. Seronok bila dapat berkenalan dengan peserta dari negara-negara lain. Dapat melihat budaya Korea pun satu kepuasan yang tak terhingga. Memang oasis rindukan orang-orang disana, budaya mereka, makanan, cuaca dan fashion! Kalau nak cerita memang tak muat blog ni so anda semua tengok lah gambar-gambar yg sempat oasis rakam. Banyak gambar sendiri je ni...

















Ok sampai sini sahaja. Oasis tak sempat nak letak description untuk setiap gambar tu. Lagi satu, kalau readers ada twitter jangan lupa follow oasis di wadisiarjuna


Ok, Anyo!

Saturday, October 8, 2011

Selamat Tinggal Malaysia

Sempat juga oasis siapkan satu entry sebelum terbang ke Korea. Hai kawan-kawan semua, selama ketiadaan oasis nanti sila jangan nakal-nakal tau. Flight oasis jam 11.25 malam nanti dan dijangka tiba jam 7.05 pagi esok. Pergi pun tergesa-gesa jadi persiapan sangatlah lintang pukang bagai langsuir menjahit langsir.

Selama hampir 3 minggu di sana, oasis akan berada di Anyang, Suwon dan Seoul. Pergi pun bukan utk bercuti jauh sekali nak gi cabut gigi tapi untuk urusan kerja dimana oasis perlu bentang paper pasal industri benih negara. So kira oasis dipilih sebagai wakil kpd Malaysia. Negara lain semua hantar 2-3 peserta. Tapi malaysia hanya sorang sahaja. Tapi tak apa lah, lagipun semua perbelanjaan kerajaan Korea yang tanggung.


Passport dah siap, ready untuk terbang sahaja


 Masa nak buat passport itu hari (sebab lambat renew) oasis bagi gambar yang sebelah kiri tu kat kaunter. Malangnya kena reject. Dia kata terlalu hdsm. Takut jadi pecah-pecah bila scan nanti. Terpaksalah tangkap baru (kanan). Lagipun gambar tu zaman study lagi, memang lah kena reject. Sempat lagi dia tanya oasis buat plastic surgery ke? Hishhh

 Oasis kena study sikit untuk presentation nanti. Maklumlah peserta lain bukan sebarangan, semua pakar-pakar dan berumur. Oasis je kut paling muda. Hehe. Lawa tak sebahagian daripada slide-slide tu?

Berdebar macam nak mewakili Malaysia utk pertandingan ratu cantik pula rasanya. Malam tadi masa nak tidur oasis dengar ada bunyi dentuman kuat berulang-ulang kali. Ingatkan bunyi bom atau tembakan, rupa-rupanya bunyi jantung oasis ni. Hahaha.  Doakan oasis berjaya di sana ok.

Thursday, October 6, 2011

Oasis dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)


Salam kepada semua reader dan blogger yang dirindui. Banyak sebenarnya cerita-cerita yang  berlaku sepanjang oasis berehat yang sepatutnya dikongsi bersama. Bukan niat oasis nak pinggirkan kalian semua cuma masa tak mengizinkan. Sampaikan nak bersin pun kena tahan takut masa terbuang. Sebelum tu oasis nak ucapkan takziah di atas pemergian Steve Jobs, bekas CEO syarikat Apple yang telah meninggalkan kita semua. Entah apa akan berlaku pada apple nanti sama-samalah kita tengok.

Jadi disebabkan sibuk yang agak melampau dengan tuntutan duniawi (urusan akhirat masih terjamin), banyak perkara yang oasis abaikan termasuklah famili dan kawan-kawan. Bila sedikit masa terluang, oasis tengok balik mesej-mesej dalam handphone. Rasa bersalah pun ada. Kadang-kadang bila terlalu leka dengan jaringan sosial seperti FB, twitter, YM, BBM, whatsapp dan sebagainya membuatkan kita lupa akan fungsi SMS. Masih releven lagi ke SMS ni? 

Hari ni oasis nak kongsi sedikit beberapa SMS yang diselongkar dalam iPhone oasis yang ada diantaranya menimbulkan rasa geram, rasa bersalah, rasa menyesal dan sebagainya.

SITUASI 1
Bila terima SMS dari provider yang tak berapa nak faham maksudnya (bukan tak faham BI tapi tak jelas apa yang dimaksudkan) mula lah rasa nak pergi simbah asid kat penjaga kaunter. Tambah-tambah lagi dapat mesej yang berulang-ulang sampai 2-3 kali.



SITUASI 2
Bila terima SMS dari orang yang tak dikenali dan dia cakap "Hai, kenal saya tak?" Cakap nak berkenalan tapi bila tanya nama tak nak jawab pula. Tak rasa macam nak pijak-pijak handphone ke kalau macam tu. Bukan oasis sombong tapi tak fair la kalau berkawan jika hanya satu pihak je kenal kita.



SITUASI 3
Ini pula lebih kurang sama dengan kes di atas. Pada mulanya dia tersalah hantar. So kita layan je lah kan, bagitau yang dia dah tersalah orang. Nak-nak pula time raya. Tapi makin dilayan, makin menjadi pula. Siap desak kita suruh beli nombor celcom lagi tu. Kalau sepuluh orang macam dia, sepuluh telefon la oasis kena beli nanti.



SITUASI 4
Ni bila mana mak oasis dah pandai guna MMS. kadang-kadang sampai nak hang hanphone bila dia asyik send MMS gambar dia. Setiap kali sent dia akan call tanya "Dah dapat tak gambar mak hantar tadi". Setiap benda yang dia buat dan setiap tempat yang dia pergi dia akan send gambar. Yang penatnya bila dia suh komen cantik ke tak. Hurmm...mak..mak. memang kelakar



SITUASI 5
Selalu jugak kawan-kawan akan SMS untuk bertanyakan sesuatu misalnya tempat, pendapat atau sebagainya. Kadang-kadang oasis rasa macam kerja di Jabatan Penerangan. Kalau tak reply atau tak tolong tak sampai hati rasanya. Ada satu kes tu sampai ada yang tanya pasal nilai mas kawen, kadar keuntungan kad kredit, arah nak pergi rumah perdana menteri, cara repair alarm kereta dan macam-macam lagi. semuanya tak berkaitan!



SITUASI 6
Bila oasis terima mesej tawaran untuk ke department lain. Memang la rasa untung dan bangga bila di invite oleh ketua atau bos lain untuk bekerja dengan mereka. Rasa hot pun ada. Tapi bila fikir balik, kita pun tak nak kecewakan bos kita. Huhuhuhuhuhuhu...



SITUASI 7
Bila kita terlampau busy kita sebenarnya di bawah pengaruh sedar. Cam kes di bawah ni, staff oasis punyalah panjang berjela susun ayat nak tanya benda tapi jawapan yang oasis erikan hanyalah 2-3 huruf je. Bila baca balik baru lah terasa kejamnya. Ini dikira jatuh dalam kategori bos derhaka ke?



SITUASI 8
Paling tension bila terima mesej yang berbaur lucah yang entah siapa-siapa. Walau tak dilayan masih juga nak hantar. Setiap kali terima mesej dari nombor ni terus rasa diri ni macam pelacur. Nak buat police report kesian kat dia pulak. Biarlah dia, selagi tak bazirkan kredit kita, ignore sahaja.



SITUASI 9
Sama macam kes di atas juga. Cuma lagi ekstrim sebab sampai peringkat dia call berkali-kali. Berbuaih oasis cakap tak kenal dia dan jangan ganggu lagi. Disebabkan mesej ni juga oasis bergaduh sakan dengan buah hati. Seminggu baru baik balik. Alhamdulillah sekarang si pengganggu ni dah senyap, mungkin sudah insaf. Terus oasis sujud syukur.



SITUASI10
Kadang-kadang sesuatu mesej tu boleh menunjukkan situasi sebenar kita pada masa tu. Contohnya di bawah ni bila hubungan oasis dengan abah mula dingin sejak dia kawen lagi satu. Sebagai anak oasis tak layak nak bantah keputusan cuma rasa jeles ngan abah je sebab sepanjang hidup dia dah berapa kali kawen sedangkan oasis tak kawen-kawen pun lagi. Tu je..Hehe



SITUASI 11
Oasis mula pening kepala bila adik oasis minta carikan nama untuk diberikan pada anak buah paling bongsu ni. Oasis bukannya kreatif sangat nak letak nama yang best-best. Lagipun takut nanti bila budak tu dah besar dia sibuk tak puas hati dan tanya siapa pandai-pandia bagi nama macam tu kat dia. Tak ke nanti tak aman oasis kat kubur esok.


Cukup la rasanya kut untuk kali ni tentang kisah oasis dengan SMS-SMS tu semua. Jika ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung oasis mohon maaf secara terbuka. Niat oasis bukan untuk malukan siapa yang terbabit tapi sekadar berkongsi kisah hidup. Oasis pun tak marah dan anggap semua tu sebagai gurauan sahaja. Ok, jumpa lagi.




Tuesday, July 26, 2011

No More Cherry Card!

photo

Hello kawan2 semua. Sorry ni entry paling ringkas dari oasis. Nampak pic kat atas tu? Ada yang iri hati ke? hahahaha. Hari tu Maybank ada buat fair di Mid Valley. So sempat la oasis singgah kejap sambil shopping2 sket. Kira oasis antara batch yang terawal tukar cherry card ni. Kalau ada yg teringin nak tukar, tunggu tahun depan la nampaknya.

Seronok juga bila ada pic sendiri kat debit card ni. Nak guna pun seronok. Setiap kali nak bayar kat kaunter, confirm jurujual tu hairan. Hehehe (gelak bangga). Selain dari gambar sendiri ada juga pemegang kad yang letak gambar family, lady gaga, teddy bear, tali rafia, kalendar dan sebagainya. Kalau dah namanya manusia, perangai memang pelik-pelik. Haha. Ok lah, bye2.

Saturday, July 9, 2011

My Mr. Rabbit

Seperti cawan dengan piring, macam itulah kisahnya oasis dengan mainan. Dari kecil sampailah dah boleh jadi bapak orang, masih tak boleh berenggang dengan mainan. Kalau pergi pasaraya, tak sah rasanya kalau tak meninjau floor kids yang ada jual mainan kanak-kanak tu. Kalau beli mainan untuk anak sedara pun, sure oasis akan beli dua. Satu untuk dorang dan satu lagi untuk oasis sendiri. 

Akak yang kerja Mac D tu pun dah siap sedia dengan toys setiap kali oasis masuk restoran makanan segera tu. Hehehehe. Kalau boleh hidup ni sentiasa nak dikelilingi mainan. Sehinggakan pengaruh tu terbawa-bawa sampailah kepada pemilihan casing untuk phone.

Blackberry oasis sekarang dah ada nama baru...Mr. Rabbit!


Haha...ni dia, comel tak?


 Pandangan Mr. Rabbit dari belakang. Ekornya yang cantik tu...cam nak geget jer


Bila Mr. rabbit ni dah weak or penat buat kerja, cam ni la jadinya. Manja. Setiap masa nak baring kat badan oasis.

Kawan-kawan oasis dah biasa dengan perangai pelik oasis ni. so tak adalah mereka terkejut kalau oasis bawa Mr. Rabbit ni. Cuma kalau pergi lepak kedai makan atau jalan-jalan kat pasaraya, confirm orang lain akan pandang lebih dari sekali. hahahaha


Tuesday, July 5, 2011

Cuti Hari Tu Jumpa Pia

Minggu lepas oasis luangkan masa juga untuk jumpa anak buah yang pernah oasis cerita kat blog ni, Pia. Dah berapa bulan tak jumpa, tu yang menyebabkan rindu sangat tu. Kerja kat office banyak sangat. aduyai...Nasib baik adik oasis post sumthing kat wall FB oasis. Kalau tak hampir terlupa yang oasis ni ada anak sedara paling bongsu. Hehehe. .


Petikan dari FB oasis

Sebelum pergi tu sempat la oasis singgah cari mainan untuk Pia kejap. Tergesa-gesa jugaklah sebab oasis nak settlekan banyak benda lagi. Huhuuhu

Duk diam-diam ye Eeyore...Kita nak gi jumpa pia ni..



Dah sampai. eeyore tu dah tinggal kat umah. Kita bawak Pia gi jalan-jalan pula. Pia ni bukan main suka lagi kalau tak pakai tali pinggang keledar.

Tu la ceritanya oasis bersama Pia. Pia ni memang banyak cakap. Penat juga nak melayan. hahaha. Nanti pak cik bagi lagi banyak mainan buat Pia k.

Sunday, June 19, 2011

Jangan Percayakan GPS (Part 2) - Lebuh Raya Karak

Hello readers.!! Jangan mual jika sekali lagi entry ni bercerita pasal GPS. Disebabkan benda ni lah oasis mengalami tekanan jiwa yang agak melampau (melampau la plak kenyataan ni kan..) Kalau sebelum ni alat tu membawa oasis ke kawasan kubur, kali ni nak cerita macam mana GPS ni hantar oasis ke jalan Karak lama, jalan berhantu.



Kisahnya berlaku 3 hari selepas kisah part 1 hari tu. Perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 6 jam, dimana oasis mula drive jam 10 malam. Bila drive seorang diri ni, siapa lagi yang kita nak percaya selain daripada GPS kan..?

Sampai di bulatan Bentong, oasis dapat rasa yang GPS ni buat hal lagi. Berkali kali dia recalculating sampaikan terpaksa berhentikan kereta sekejap. Sebelum ni tak pernah pun, laju je bacaan dia. Akhirnya dia bagi laluan seakan akan jalan lama. Gelap dan sunyi. Nasib baik nampak ada kereta di depan. Tapi yang peliknya kereta tu pun patah balik. Dia silap jalan ke? Daripada percayakan kereta yang entah siapa siapa baik oasis ikut GPS, dah confirm benda ni robot dan bukan makhluk halus.

Dalam perjalanan tu oasis dah mula rasa pelik. Kenapa jalan sunyi, tak ada kenderaan. Dah la lampu jalan tak ada. Jalan pula berbukit, berliku liku dan sempit. GPS ni pula senyap dan tak ada suara, hanya tunjuk anak panah semata mata. Time ni barulah oasis terfikir, ni ke yang dikatakan jalan Karak lama? Jalan yang selalu pemandu kena ganggu tu?

Alamak!!!!
 
Terfikir juga nak patah balik tapi serba salah sebab dah hampir setengah jam di kawasan ni. Alang-alang tu biarlah sampai jumpa. Tapi bila dah jenuh drive, tak jumpa jumpa juga penghujungnya mula lah oasis rasa cuak. Sampai di suatu tempat yang lebih kurang macam kilang papan lama, oasis berhenti nak tanya kut kut ada pak guard. Bila turun sahaja dari kereta, dari jauh seekor anjing besar menyalak sambil datang nak kejar oasis. Cepat cepat oasis masuk kereta dan tekan pedal minyak. Tapi yang peliknya anjing tu masih kejar walau hampir 1 km tinggalkan kilang tu.

Sedang menggigil sambil drive tu, oasis rasa lega sedikit sebab ternampak sebuah lori besar di hadapan. Atleast bukan kita sorang sahaja kat kawasan ni kan. Oasis cuba memotong lori tu sebab dia gerak perlahan. Sambil potong tu oasis cuba nak tengok pemandu, nak tanya dalam bahasa isyarat. Tapi tak nampak pula pemandunya. Oasis buka tingkap sebab mungkin dia tak perasan tadi tapi masih tak nampak juga pemandunya. Lastly oasis laju je ke depan sebab mula rasa tak sedap hati. Tak lama selepas tu lori tu bagi lampu tinggi berkali kali sambil bunyikan horn. Tertanya tanya juga kenapa? Ah, lantak lah... Lagipun oasis dah mula rasa takut sampaikan tak berani nak toleh kiri kanan atau belakang. Takut kalau ada benda lain yang menumpang. Tanpa buang masa oasis keluarkan surah yassin dari dalam drower kereta dan letak atas riba. Nak buka mp3 ayat ayat suci al-Quran dalam phone tapi iphone pula dah kong bateri. Apa apa pun benda nak jadi oasis tawakkal saja lah.

Finally oasis bersyukur berjaya juga keluar setelah hampir sejam kat kawasan Karak tu. Sampai rumah (jam 4 pagi) lutut masih rasa lemah. Terus baring ke katil. Keesokan harinya oasis cerita pada housmate dan mereka pula terlopong. Rupa rupanya dorang baru je tengok cerita Karak kat panggung semalam! OMG!!! Sampai sekarang oasis tak berani nak tengok cerita Karak tu, takut bila ingat kembali saat melalui kawasan tu. Syukurlah oasis selamat dan tak jumpa benda yang bukan-bukan. Cuma lori yang tak ada pemandu tu masih menghantui sampai sekarang...
 
 
Bila lah rasanya waktu yang sesuai untuk oasis tengok cerita Karak ni.


Keadaan Jalan Karak Lama yang sempit dan berliku. Bayangkan macam mana oasis boleh redah jalan ni tengah-tengah malam.


Sunday, June 12, 2011

Jgn percayakan GPS (Part 1)

Hello semua reader. Lama tidak ke temu di sini ya. Harap semua sihat dan bahagia. Ada yang rindukan oasis ke? Hehehe. Layak ke oasis dirindui? Haisshh..

Oasis nak tanya, pernah tak kamu semua menggunakan GPS atau sistem navigasi untuk ke sesuatu destinasi? Sejauh mana ketepatan benda alah tu?


Nak dijadikan cerita bulan lepas oasis ke sebuah tempat untuk jumpa kawan. Disebabkan first time oasis ke sana, terpaksalah guna GPS. Lagipun oasis bertolak agak lewat dan dijangka sampai pun awal pagi. Mula-mula tu confident la sebab perjalanan lancar coz lalu highway. Bila nak masuk ke kawasan perumahan tu yang agak haru sikit.


Masa tu oasis dah mula pelik ngan GPS ni sebab dia bagi jalan yang sempit-sempit dan sunyi. Cuak pun ada tambahan lagi bila tengok jam dah hampir 1 pagi. Nak patah balik takut tak jumpa jalan tadi. Nak tak nak oasis serah la bulat-bulat kat GPS ni.

Sampai la ke satu kawasan ni yang memang tak ada rumah sekeliling. Jalannya sangatlah sempit dan kiri kanan penuh dengan hutan. Time tu jugalah stesen radio semua tergendala. Bila tengok handphone lagi lah kecut perut sebab tak ada signal langsung. Nak call kawan dah tak dapat. Masa ni lah oasis rasa nak meraung.

Uwaaa!!!

Tapi oasis try juga. Alang alang menyeluk saku biarlah sampai dapat dompetnya kan. Oasis jalan ke depan lagi ikut arahan suara pada navigasi tu. Dalam kereta masa tu hanya bunyi

 
.....Dag dig dag dig dag dig......



Akhirnya sampailah ke satu kawasan....KUBUR!!!


Ya Allah, apa lah dosa sampai GPS ni bawa oasis ke kawasan kubur. Memang masa tu mata dah berair. Bulu tengkuk semua berdiri. Tangan dan kaki menggigil. Dan dan pulak suara navigasi tu cakap

"Anda telah sampai ke destinasi yang dituju. Terima kasih kerana meng......"

Tanpa buang masa, oasis tutup GPS tu dan patah balik cari jalan besar. Sehabis had pedal minyak tu ditekan. Bila sampai di jalan yang ada lampu, cepat-cepat oasis call kawan minta dia datang ambil. Kurang dari 10 minit akhirnya dia sampai. Alhamdulillah semuanya selamat.

So moralnya, jangan percaya sangat dengan teknologi ni. Sebab banyak kali oasis terkena. Next entry (part 2) oasis akan cerita macam mana GPS ni boleh bawa oasis ke Karak Lama....

Friday, May 13, 2011

Saya Nak Jogging!!!

Selamat berhari minggu semua kepada readerssszzzz dan bloggerszzzz yang masih setia bersama-sama oasis. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak oasis post entry. Hampir seminggu rasanya blog ada masalah sebab tak boleh nak komen or post n3.

Oasis nak inform yang oasis akan rehatkan diri selama 2 minggu dari dunia blog ni mulai 16 hb hinggalah 28hb sebab kena hadirkan diri untuk kursus induksi di Terengganu. Jadual sungguh padat sebab kelas berakhir sampai malam. Malah hari minggu pun ada aktiviti yang kena join.

Oasis tengah fikir berapa banyak luggage yang kena bawa sebab banyak item yang kena angkut. Casing phone dah 6, kasut 4, selipar 2, pisau cukur 4, pengetip kuku 2....haishhh pening2.......

Nak release kan tension tu oasis ingat nak pergi jogging petang ni kat Taman Putra Perdana, Putrajaya. Siapa yang free boleh lah join oasis kat sana. Around jam 6 petang kut. Jommm....!!!




Tips dari oasis kalau nak jogging

1. Bawa air putih sekurang-kurangnya sebotol takut dehidrasi nanti
2. Warm up sebelum dan warm down selepas jogging
3. Bawa ipod bersama sebab muzik boleh buat kita jadi lebih aktif
4. Pilih tempat yang tidak terlalu sunyi atau padat
5. Jangan terlalu memaksa...lari ikut kemampuan

Ok, sampai jumpa lagi. Rindu anda semua....

Thursday, May 5, 2011

Happy Birthday to Syazwan


Hampir seminggu oasis tak update blog. Apatah lagi nak blogwalking...Cuti seminggu oasis sibuk dengan urusan family. Sorry lah kawan-kawan. Hari ni pun oasis terpaksa juga post satu entry sebab 5 Mei adalah hari ulang tahun kelahiran adik bongsu oasis, Syazwan.

Disebabkan kami pun duduk berjauhan, ini sahajalah yang mampu oasis hadiahkan buat adik oasis ni. Nak pos hadiah macam tak best pula kan. Apa yang penting adalah ingatan tulus ikhlas dari seorang abang. Boleh dikatakan hubungan kami agak rapat walau jarak umur agak jauh sebab dalam familiy oasis hanya kami berdua sahaja lelaki. So, banyak hobi, minat, cerita dan aktiviti dilakukan bersama. Walaupun muka kami tak serupa...Hurmm...






Kepada My Little Boy ni, abe ucapkan Happy Befday dan jangan nakal-nakal. Study rajin-rajin dan semoga diberkati Yang Maha Esa. Amin...

Thursday, April 28, 2011

Perkara Paling diTakuti Dalam Hidup Lelaki


Kenapa lelaki? Haha, sudah tentu lah sebab oasis ni pun lelaki. Kalau oasis senaraikan perkara paling takut dalam hidup perempuan, confirm tak larat nak baca entry ni. Banyak sangat. Jangan marah ye gadis gadis semua. Lagipun lelaki terkenal dengan sifat ego yang kononnya tak pernah wujud perasaan takut dalam kamus hidup mereka. Jom kita booo mereka pula (termasuk oasis).



Boooo...!!!



Pada oasis sendiri, ada 3 perkara paling takut dan mendebarkan sepanjang hidup ni.


1. Berkhatan / bersunat

Bohong la kalau oasis cakap tak takut langsung masa nak sunat dulu. Bayangkanlah persekitaran kat kampung macam mana. Orang-orang tua suka mengusik kanak-kanak dengan cerita cerita yang menggerunkan menyebabkan kita dihantui mimpi batang pokok pisang, parang besar dan sebagainya. Itu yang banyak kes budak lari time nak disunatkan. Itu dulu-dulu la. Sekarang kalau dusuruh bersunat lagi sekali pun oasis dah tak heran. Hulur je.


2. Ujian memandu

Fuhh, lemah syahwat dibuatnya bila diingatkan kembali peristiwa ujian memandu. Banyak dengar kes failed, salah pegang gear dan sebagainya. Time ujian berkomputer pun cuak sebab oasis ada masalah rabun warna sedikit. Nasib baik sempat hafal semua soalan untuk ujian warna tu, senang la sikit bila nak jawab. Bila test dengan JPJ oasis sekali lagi bernasib baik walaupun langgar lampu merah. Hehehe. Masa ujian bukit pun lepas juga walau kereta mati kat atas tu. Pegawai JPJ tu tak perasan sebab oasis cepat cepat hidupkan enjin. Kahkahkah. Tapi cuaknya Tuhan saja yang tahu.


3. Kahwin

Ini yang paling menggerunkan. Bayangkan macam mana gemuruhnya perasaan bila nak akad nikah tu. Lidah mungkin kelu, peluh tak usah cakap la. Saudara mara dan rakan rakan duduk sekeliling semata mata nak dengar lafaz kita tu. Haishh. Time ni kalau salah sebut nama bini mahu tak perang saudara. Malam pertama pun sure nervous even pro macam mana sekali pun kita ni. Hubungan dengan saudara belah perempuan nak kena ambil kira. Nak menghafal nama dan status pun dah satu hal.. Itu la sebabnya oasis tak kahwin lagi kut. Hahaha


Terima kasih kerana membaca entry ni. Blogger semua ada pengalaman lain yang menggerunkan ke?

Monday, April 25, 2011

Stop Calling Me Jambu!


Sorry sebab oasis terpaksa post entry ni. Maaf andai ada yang tak selesa. Kadang-kadang kita penat dengar komen atau usikan daripada teman-teman sama ada kawan lama atau yang baru kenal. Susah nak terima kenyataan kalau ada yang kata:

 "Wow, jambunya dia."
......"awak ni jambu lah"
"Ermmm...jambu".....

Kenapa JAMBU? Kenapa tak rambutan ke, cempedak ke, strwaberry ke, pisang, rambai, belimbing atau nenas ke...? Dari mana timbulnya istilah jambu ni? Haisshh pening.

Bukannya marah pada mereka yang panggil oasis jambu cuma rasanya tak layak dipanggil gelaran tu. I'm not jambu enough la. Umur pun dah berapa. Dahi dah berkedut seribu, mata dah mula rabun...hurmmm... Tak kan lah bila dah jadi atuk pun masih nak panggil jambu. Hahahaha...

Kat luar sana tu ramai lagi yang jambu-jambu... tepuk dada tanya selera.