Salam kepada semua reader dan blogger yang dirindui. Banyak sebenarnya cerita-cerita yang berlaku sepanjang oasis berehat yang sepatutnya dikongsi bersama. Bukan niat oasis nak pinggirkan kalian semua cuma masa tak mengizinkan. Sampaikan nak bersin pun kena tahan takut masa terbuang. Sebelum tu oasis nak ucapkan takziah di atas pemergian Steve Jobs, bekas CEO syarikat Apple yang telah meninggalkan kita semua. Entah apa akan berlaku pada apple nanti sama-samalah kita tengok.
Jadi disebabkan sibuk yang agak melampau dengan tuntutan duniawi (urusan akhirat masih terjamin), banyak perkara yang oasis abaikan termasuklah famili dan kawan-kawan. Bila sedikit masa terluang, oasis tengok balik mesej-mesej dalam handphone. Rasa bersalah pun ada. Kadang-kadang bila terlalu leka dengan jaringan sosial seperti FB, twitter, YM, BBM, whatsapp dan sebagainya membuatkan kita lupa akan fungsi SMS. Masih releven lagi ke SMS ni?
Hari ni oasis nak kongsi sedikit beberapa SMS yang diselongkar dalam iPhone oasis yang ada diantaranya menimbulkan rasa geram, rasa bersalah, rasa menyesal dan sebagainya.
SITUASI 1
Bila terima SMS dari provider yang tak berapa nak faham maksudnya (bukan tak faham BI tapi tak jelas apa yang dimaksudkan) mula lah rasa nak pergi simbah asid kat penjaga kaunter. Tambah-tambah lagi dapat mesej yang berulang-ulang sampai 2-3 kali.
SITUASI 2
Bila terima SMS dari orang yang tak dikenali dan dia cakap "Hai, kenal saya tak?" Cakap nak berkenalan tapi bila tanya nama tak nak jawab pula. Tak rasa macam nak pijak-pijak handphone ke kalau macam tu. Bukan oasis sombong tapi tak fair la kalau berkawan jika hanya satu pihak je kenal kita.
SITUASI 3
Ini pula lebih kurang sama dengan kes di atas. Pada mulanya dia tersalah hantar. So kita layan je lah kan, bagitau yang dia dah tersalah orang. Nak-nak pula time raya. Tapi makin dilayan, makin menjadi pula. Siap desak kita suruh beli nombor celcom lagi tu. Kalau sepuluh orang macam dia, sepuluh telefon la oasis kena beli nanti.
SITUASI 4
Ni bila mana mak oasis dah pandai guna MMS. kadang-kadang sampai nak hang hanphone bila dia asyik send MMS gambar dia. Setiap kali sent dia akan call tanya "Dah dapat tak gambar mak hantar tadi". Setiap benda yang dia buat dan setiap tempat yang dia pergi dia akan send gambar. Yang penatnya bila dia suh komen cantik ke tak. Hurmm...mak..mak. memang kelakar
SITUASI 5
Selalu jugak kawan-kawan akan SMS untuk bertanyakan sesuatu misalnya tempat, pendapat atau sebagainya. Kadang-kadang oasis rasa macam kerja di Jabatan Penerangan. Kalau tak reply atau tak tolong tak sampai hati rasanya. Ada satu kes tu sampai ada yang tanya pasal nilai mas kawen, kadar keuntungan kad kredit, arah nak pergi rumah perdana menteri, cara repair alarm kereta dan macam-macam lagi. semuanya tak berkaitan!
SITUASI 6
Bila oasis terima mesej tawaran untuk ke department lain. Memang la rasa untung dan bangga bila di invite oleh ketua atau bos lain untuk bekerja dengan mereka. Rasa hot pun ada. Tapi bila fikir balik, kita pun tak nak kecewakan bos kita. Huhuhuhuhuhuhu...
SITUASI 7
Bila kita terlampau busy kita sebenarnya di bawah pengaruh sedar. Cam kes di bawah ni, staff oasis punyalah panjang berjela susun ayat nak tanya benda tapi jawapan yang oasis erikan hanyalah 2-3 huruf je. Bila baca balik baru lah terasa kejamnya. Ini dikira jatuh dalam kategori bos derhaka ke?
SITUASI 8
Paling tension bila terima mesej yang berbaur lucah yang entah siapa-siapa. Walau tak dilayan masih juga nak hantar. Setiap kali terima mesej dari nombor ni terus rasa diri ni macam pelacur. Nak buat police report kesian kat dia pulak. Biarlah dia, selagi tak bazirkan kredit kita, ignore sahaja.
SITUASI 9
Sama macam kes di atas juga. Cuma lagi ekstrim sebab sampai peringkat dia call berkali-kali. Berbuaih oasis cakap tak kenal dia dan jangan ganggu lagi. Disebabkan mesej ni juga oasis bergaduh sakan dengan buah hati. Seminggu baru baik balik. Alhamdulillah sekarang si pengganggu ni dah senyap, mungkin sudah insaf. Terus oasis sujud syukur.
SITUASI10
Kadang-kadang sesuatu mesej tu boleh menunjukkan situasi sebenar kita pada masa tu. Contohnya di bawah ni bila hubungan oasis dengan abah mula dingin sejak dia kawen lagi satu. Sebagai anak oasis tak layak nak bantah keputusan cuma rasa jeles ngan abah je sebab sepanjang hidup dia dah berapa kali kawen sedangkan oasis tak kawen-kawen pun lagi. Tu je..Hehe
SITUASI 11
Oasis mula pening kepala bila adik oasis minta carikan nama untuk diberikan pada anak buah paling bongsu ni. Oasis bukannya kreatif sangat nak letak nama yang best-best. Lagipun takut nanti bila budak tu dah besar dia sibuk tak puas hati dan tanya siapa pandai-pandia bagi nama macam tu kat dia. Tak ke nanti tak aman oasis kat kubur esok.
Cukup la rasanya kut untuk kali ni tentang kisah oasis dengan SMS-SMS tu semua. Jika ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung oasis mohon maaf secara terbuka. Niat oasis bukan untuk malukan siapa yang terbabit tapi sekadar berkongsi kisah hidup. Oasis pun tak marah dan anggap semua tu sebagai gurauan sahaja. Ok, jumpa lagi.
32 comments:
hehe.. mcm2 btol sms.. aku paling benci yg dari service provide tu..
Umar Faruq:
Yang tu memang la...tak ada satu pun yang betul2 mendatangkan faedah.
comel la mak oasis...hehehe... ;)
syukur lah saya x dapat camtu. hehe!
best2!
nabilah:
hahahahaha...itu la mak oasis..
syafiq;
Itu sebahagian sahaja. Banyak lagi yg dah delete
yg dekat mak 2 sgt cumell..rindu dgn mak mila hehe...
Mila...rindu dekat emak ye. Cepat call dia.
amboi...sampai bersin pn tak sempat oasis ni...mmg bebetul bz ni...ehehe....lama betul tak u pdate blog ye...tp takpelah paham ade menda lain yg lg penting kan... :)
Ratu siput
Itu la pasal kak, nak buat macam mana kan. 24 jam tak cukup rasanya. Tu bekum bkeluarga lagi tu..dah lama tak baca blog Ratu Siput ni..rindu juga dibuatnya
ahahahah lucu lah dikk
dah lah lama x online
jadi gini lakk
dikk ko memang ramai peminat lahh dm erti kata yg lain ko lebih memahami dan ambil berat .. bagus tuu dik
tapiiii bila masa sms2 tuu semua memeningkan kepala muu dikk .. mu kena banyak sabar tau ekekkeke :)
klu unknown no aku slalu reply 'salah number'.LOL
Ieda
Hehehehe... Memang tak sampai hati kalau layan cam endah tak endah je tapi tu la, kadang byk halangan bila nk buat baik ni..
Tension tu tak de la terasa sgt. Cuma penat nak layan kalau jenis yg mendesak sedangkan kita tak kenal pun dia. Huhhuhuhu
Terima kasih kak atas nasihat semua...
Mr Ix
Ada jugak macam tu. Tapi bagus la kamu cakap salah nombor, kira membantu jugak la. Tugas mulia tu..
hahahah... mcm2 la oasis... manusia nie byk ragam byk perangai..
Adfeez
Selagi namanya manusia...tak kan sudah perangai peliknya...
maner lama menghilang dik oii?
Nombor Awan sorang pun tak tahu.
NM02:
Tu la pasal kak...nanti 2 minggu saya menyepi lagi. Esok nak terbang ke Korea. Huhuhuhu
awan:
awan low profile kut..... awan terlalu baik utk diganggu
wan suka SMS!
heheh
mak wan x reti sms
huhu
hahahah sah muka buat orang stim nih sampai dapat mesej2 lucah hahah
Hehe pandai mak kau ber-MMS kan.. ;)
Mula² macam kelakar jugak bla dapat SMS yang takde kaitan langsung.. Tapi bila dah selalu dapat, rasa bunguk pun ada jugak sebab lama² bertambah mengarut SMS yang dia bagi.
wan
Kena ajar mak hantar and terima SMS baru meriah sket. Hehe
pojie:
Amboi cakap muka kita muka buat org stim. Hahahaaha lawak giler pojie nih
Yousof:
Sebab tu la jarang layan. Kalau memang kita kenal ok la kan. Tapi ada yg jenis jumpa pun tak tapi mesej yg bukan-bukan ni cuak jugak.
org glemer mmg camni. hohohh..
Marina
Eh mana ada, saya tak sefemescik marina.
fuh..macam2 jenis manusia ade..
hehe entri dh lama baru baca..:)
ninest123 16.01
nike free, air max, louboutin, longchamp, air max, sac burberry, nike roshe run pas cher, michael kors uk, nike roshe, coach purses, replica handbags, longchamp, north face, abercrombie and fitch, vanessa bruno, sac guess, ralph lauren, true religion outlet, nike air max, north face, true religion jeans, air jordan, mulberry, air max pas cher, oakley pas cher, vans pas cher, nike trainers, new balance pas cher, michael kors, nike air force, nike tn, ray ban pas cher, sac longchamp pas cher, nike blazer, michael kors pas cher, timberland, nike huaraches, hollister, hogan outlet, polo ralph lauren, polo lacoste, coach outlet store online, ray ban sunglasses, sac hermes, hollister, lululemon outlet online, nike free pas cher, true religion jeans, true religion outlet, converse pas cher, michael kors outlet
oakley sunglasses cheap, burberry outlet, nike shoes, oakley sunglasses, prada handbags, air max, ugg outlet, louboutin, tiffany and co, ray ban sunglasses, longchamp outlet, replica watches, tiffany and co, louis vuitton outlet, michael kors outlet, louis vuitton handbags, polo ralph lauren outlet, louis vuitton outlet stores, michael kors outlet, ugg boots clearance, ray ban sunglasses, michael kors outlet, uggs outlet, louboutin shoes, christian louboutin, air max, oakley sunglasses, gucci outlet, polo ralph lauren, michael kors outlet online sale, tory burch outlet, oakley sunglasses, louis vuitton, cheap uggs, prada outlet, nike free, longchamp handbags, michael kors outlet, rolex watches, chanel handbags, uggs, ray ban sunglasses, louboutin outlet, louis vuitton outlet, jordan shoes, michael kors outlet, burberry outlet, longchamp handbags, cheap oakley sunglasses
replica bags dubai replica bags vancouver replica bags hermes
jordan outlet
kyrie 7 shoes
bape
supreme official
kd shoes
Post a Comment