Nuffnang Ads

Monday, April 27, 2009

Lagi - Lagi Melaka

Mesti korang semua tension kan sebab sampai sekarang aku tak habis-habis bercerita pasal Melaka. Klu ikutkan dah tak larat tapi disebabkan aku dah janji dengan seseorang untuk promo kan kedai dia, (sbb dapt mkn cendol secara percuma) so aku terpaksa tunaikan. Yg penting kn ikhlas la...Hehe.

No 1 Kopitiam ni terletak di Jonker Street, Melaka. Pemilik dia kalau tak silap aku Coreen Chong. Menu yg paling famous adalah cendol selain daripada minuman2 lain. Cendol dia mmg sedap sebab gula melaka yang digunakan tersangatlah asli rasanya. Kopitiam ni menurut pekerja yang mahu dikenali sebagai Mat Nor, telah beroperasi lebih daripada 10 tahun. Cuba bayangkan dah berapa biji mangkuk cendol yang telah dicuci.

Kopitiam ni kalau hari biasa dibuka dari jam 11.00 pagi - 7.00 malam manakala hari minggu dibuka dari jam 11.00 pagi sehingga jam 11.00 malam. Harga semangkuk cendol dijual cuma pada harga RM2.00 sehaja.

Tapi yang bestnye lagi kopitiam ni, dekorasinya mmg tak puas mata memandang. Walaupun nampak semak hinggakan aku sendiri tak tahu nak shoot gambar dari sudut mana. Kebanyakan barang-barang yang dipamerkan adalah koleksi peribadi pemilik kopitiam ni.


Pintu masuk No. 1 Kopitiam


Meja kayu yang terletak cantik


kadang2 tak faham apa yang cuba ditonjolkan pemilik kedai ni


Banyak barang2 lama seperti koleksi tin dan botol Coca-Cola


Almari klasik turut menghiasi ruang kopitiam


Gambar pramugari dan pramugara MAS pun ada


Menikmati keaslian cendol Melaka


Abg Mat Noor...satu2nya pekerja No 1 Kopitiam


Jangan lupa utk singgah ke No 1 Kopitiam klu ke Melaka nanti ye...


Saturday, April 18, 2009

Fotoshoot@Malacca

Hari tu aku janji nak masukkan lagi beberapa keping gambar semasa di Melaka kan. So ni la antaranya. Sebenarnya shoot ni diambil secara tak sengaja. Berlatar belakang kan Melaka, gambar ni nampak lebih klasik sedikit. Harap2 xder la komen dari segi kualiti gambar sebab kitaorang memang bukan dari golongan photografer yg professional...
























Saturday, April 11, 2009

Melaka Bandar Bersejarah


Percaya atau tidak...sepanjang hayat aku, ni lah baru pertama kali aku menjejakkan kaki ke Negeri Melaka. Kadang2 rase tak faham kenapa susah sangat aku nak ke Melaka berbanding dengan tempat lain. Sedangkan Melaka merupakan titik permulaan sejarah melayu. Malah tempat pengumpulan cerita-cerita lagenda terutamanya Puteri Gunung Ledang.

Oklah, cakap banyak pun tak guna. Apa kata anda semua tengok saja foto-foto yang sempat dirakam sepanjang trip kami ke Melaka.



Tempat penginapan. Lokasinya terletak di Pantai Klebang. Kadar sewa RM45 untuk satu hari. Tapi kat tempat lain blh dpt lg murah.


Bangun pagi baru kami perasan rupanya kat depan rumah tu ada pantai


Bersarapan pagi di Baba Cafe


Temankan dorang ni smoking sebelum memulakan perjalanan


1st Kedai yang kami singgah untuk shopping di Jonker Street


Seronok tengok pancaragam sekolah sepanjang jalan ni


Sempat berehat untuk menikmati cendol melaka


Aksi yang boleh menimbulkan keraguan


Sam, Aku & Syidee


Tertarik dengan lukisan gambar2 Keindahan Melaka


Berlatarkan bangunan Christ Church Melaka


Kedai yang menjual pelbagai barangan antik


Poh piah Melaka. Rugi kalau tak merasa keaslian poh piah ni


Manusia & Telefon bimbit...sukar untk dipisahkan


Kpd semua pembaca blog ni, jgn lupa ke Melaka. Banyak lagi tempat menarik tetapi disebabkan kesuntukan masa, ni sahaja yang mampu dirakam. Next Entry nanti aku tunjukkan beberapa keping gmbar yang agak menarik sepanjang kami di Melaka.


Wednesday, April 8, 2009

sImpLe bUt nIcE

Malam tadi time dinner ngan kawan aku tiba2 housemate aku call. Katanya aku kn balik rumah before 10.00 pm. So, after shopping barang dapur aku terus balik rumah. Cepat2 dorang suruh aku mandi, nak keluar katanya. Dalam keadaan yang agak blur tu aku pun bersiaplah walaupun berkali jugak aku tertanya-tanya tentang lokasinya. Kalau ikutkan hati malas nak keluar sebab badan aku penat. Lagipun esok nak pergi Melaka, barang2 pun tak pack lagi. Demi housemate yg menagih simpati, ku gagahkan jua.
***
Rupa2nya dorang ni ajak tengok wayang. Hmm….nasib baik si Peter ni blanja. Movie yg kitaorang tgk tu citer Knowing. Best jugak cerita ni. Filem yang mengisahkan bagaimana seorang pensyarah mendapat petanda akan berlaku kemalangan dan malepetaka. Agak seram sebab citer ni cam menunjukkan dunia dah kiamat.
***
Balik dari tgk wayang, kepala aku dah mula pening. Tengah2 kemas barang tu, tiba2 si Bernard and Peter redah bilik aku sambil bawak kek dan nyanyikan lagu Birthday. Wah…terharu betul. Aku ingatkan dorang hanya nak blanja tgk wayang jer, rupa-rupanya ada surprise yg lbh special….


Dapat bday cake yg ke 26. Perasan tak badan aku dah jd cam Anorexia. Hampir seminggu aku tak selera makan and cirit birit. Tu yg nmpk cam tinggal rangka je tue.

Walaupun penat dan tak sihat tapi masih boleh merasa keseronokan bersama housemate.


Ada 3 kotak rupanya kek Secret Recipe. Cukup utk sorang satu.


Thanks for my housemate Peter and Berd...


Terima Kasih juga kepada semua rakan2 yang sudi wish Hari Jadi. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki...
***