Nuffnang Ads

Monday, July 17, 2006

Gunung Ledang Trip

10hb – 11hb Jun 2006

Tak pasti la aper yang kitaorg buat ni kerja giler atau tak. Ye la, mana taknya, Hari Jumaat Mr. Chock (Housemate kitaorg) sembang2 pastu tiba2 dia ajak gi mendaki gunung. Masa tu antara percaya dgn tidak jer sbb ingat kan dia bergurau. Mr Chock ni blh tahan gak gurauan dia walaupun dia ni jenis serius ngan kerja-kerja dia. Sembang punya sembang…..kitaorg pun sepakat & nekad nak panjat gak gunung. Bagi aku, ni la peluang terbaik sbb lain kali mmg susah nak dapat peluang mcm ni. Lagipun dah lama aku berhajat nak panjat Gunung Ledang yg penuh dgn lagenda ni. Sebelum ni hari-hari asyik pandang gunung tu dari rumah, skrg mcm x percaya yg kami akan tawan puncak tu lak. Kalau masih ada jodoh antara aku ngan Puteri Gunung Ledang, insya’Allah kami bertemu.


Kami pergi berlima (aku, Mi, Oh, Mr Chock & Yahya sbg guide). Semua pendaki akan mll pengurusan Taman Negara Johor maka terpaksalah kami membayar harga untuk guide. Disebabkan kami hanya berempat, byk jugaklah duit yg terpaksa dikorbankan. Tapi x der hal punya la, nak cari pengalaman punya pasal. Dan disbbkan kami tidak mempunyai kelengkapan alat-alat untuk mendaki terutamnya beg mendaki, sekali lagi kami terpaksa menggunakan khidmat potter utk mengangkut brg2 mkn.


Pukul 1.30 pm kami mula bertolak dari rumah dan terus lunch dekat Tangkak. Hari Sabtu kalau diikutkan tepat pukul 2 barulah blh balik rumah. Tapi hari ni kul 12 thg kami dah chow awal2. Biasalah….nak hidup. Lepas mkn nasi (yg lauknya mmg x sedap hinggakan Mr. Chock pegi makan kat restaurant cina), kami terus ke Gunung Ledang Resort. Mula2 ingat nak mandi-manda dulu. Tapi risau takut lewat, terpaksalah aku mengalah. Huhu…..Lebih kurang dalam pukul 3.00 pm, kami mulakan pendakian dengan menggunakan Trail Air Panas.


Dalam perjalanan tu pemandangan x jauh beza dgn gunung2 lain cuma jalannnya agak sempit sedikit dan kena lbh berhati2. Lebih kurang 30 minit lepas mendaki kami tiba di Kolam Puteri, tempat org ramai mandi. Best gak tempat dia. Si Oh la yg x hbs2 nak ambik gambar. Kemudian kami teruskan pendakian dan jam 3.45 kami tiba di C.P1 iaitu di Pos Pendaftaran Taman Negara Johor. Sekali lagi kami terpaksa pula membayar deposit untuk sampah. Segala brg dan makanan yg dibawa perlu direkod termasuklah puntung rokok. Nasib baik aku x merokok. Sian gak la kat Mi sbb setiap kali hbs hisap rokok, dia terpaksa simpan puntung tu utk tunjuk kat pegawai masa turun esok. Pukul 5.40 pm kami tiba di base camp. Kat sini la kami pasang khemah. Sebelah khemah kami ada lagi beberapa khemah budak2 sekolah dari Singapore. Malang nasib ktorg sbb hujan mula turun masa nak pasang khemah. Lepas siap pasang, barulah kitaorg mandi. Tapi airnya punya la sejuk…X puas ngan mandi kat tempat tu, si Yahya bawak aku ngan Mi gi mandi kat kws yg lbh dlm skit. Lagi la seronok cuma dia pesan klu malam nanti jgn kencing dlm air. Pantang katanya. Aku mula la naik seram tambah2 lagi bila teringat pesan member2. Dioarg kata Gunung Ledang ni byk pantangnya. Niat pun kena betul.


Lepas puas mandi kami mula masak. Maggie je la. Bukan aper….leceh kalau nak masak nasi ngan lauk ni. Lps makan kami sembang2 sambil kutuk mengutuk. Semua gelak sampai x ingat dunia. Topik hangat ialah pasal 2 org pekerja India kat ladang ktorg yg berlagak macam Manager Estate. Si Oh ngan Mr Chock x kurang hebatnya. Habis borak2 kami pun msk la tido sbb kul 2 pagi nanti kami akan mulakan pendakian


Dalam khemah tu…puas pusing kiri & kanan sbb x lena. X tahu pasal aper, maybe pasal x sabar nak teruskan pendakian kut.. X pun mungkin gak sbb bunyi bising dari landak. Si Yahya yang tido kat luar khemah lagi la teruk kena kacau ngan landak2 tu sampai atas kepala dia benda tu panjat. So, kul 1.30 kami dah bangun dan siapkan bekalan yg nak bawak ke atas. Hanya mkn, air& sleeping bag saja. X nak kasi berat bag. Tepat pukul 2 kami mulakan perjalanan. Dlm perjalanan tu aku ngan Yahya sempat melihat pelanduk. Comel jer…cuma x sempat nak ambik gambar. Lepas kami melalui kasawan yang agak lembap. Si Yahya lak tak henti-henti suruh aku jalan cepat sambil lari2. Pelik gak bunyinya. Aku yang tak tahu aper2 ni ikut je lah lari. Ingatkan pasal itu kawasan hantu atau kawasan harimau. Rupa2 nya kawasan tu banyak pacat. Nak juga aku gelak. X sangka lelaki cam Yahya yg x lama lagi bakal jadi ayah ni takut ngan pacat. Kalau aku yg jadi anak dia, x nak aku kuar dari perut bini dia. Malu beb…..


Semasa pendakian….rata2 dah semput terutamanya Mie ngan Mr. Chock. Mungkin sbb tekanan dan udara yg semakin sejuk kut. Aper2 pun view kat situ mmg menarik. Tapi ktorg diingatkan olh Yahya yg kami akan mll KFC (Killer Fit Centre). Sampai di sana, mmg ktorg semua terkejut beruk la. Ada satu masa kami perlu memanjat tangga 90 darjah, mendaki batu, gua dan bergayut pada tali. Sampai kan Mr Chock nyaris2 putus asa. Terfikir gak macam mana la nak turun nanti. Untuk sampai ke puncak, lebih kurang 8 check points yg perlu dilalui oleh setiap pendaki antaranya Tanah Kuning, Kolam Anak Gajah, Kolam Gajah dan Gua Kambing. Sebelum sampai ke puncak, kami sempat singgah di Taman Bonsai.



30 minit sebelum sampai, kami dah mula rasa sejuk. Mi tanpa berlengah terus pakai baju sejuk. Sampai sahaja di puncak, kami bersorak. Macam x percaya yg kami dah berjaya menawan gunung yang ke 6 tersukar kat asia. Ktorg gak bernasib baik sbb kami yg terawal sampai ke puncak sblm pendaki2 lain tiba. X tahan dgn lapar, aku terus kuarkan makanan yg ada. Satu bungkus roti aku abiskan sorang jer. Disebabkan x tahan dgn cuaca yg sejuk melampau tu jugak, aku mula berhibernasi dalam sleeping bag sambil menikmati kerlipan bintang2 di langit. Romantiknyer…..tapi x lama sebab ada beberapa org pendaki yang tepijak kaki aku. Aduh..! Paling sakit ati dia blh buat x tahu jer. Tapi silapaku jugak, saper suruh tido kat tgh laluan. Lama2 aku pun tertidur.

Jam 7.30 pagi aku terjaga sbb bunyi tapak kaki pendaki2 lain. Waaa…..!! skali lagi aku x dpt tgk matahari terbit. Hampehhhh…