Nuffnang Ads

Thursday, December 1, 2011

Hampir Mati Cabut Gigi





Ini kisah menyayat hati dalam hidup oasis. Oasis terpaksa buat satu entry untuk menceritakan pengalaman cabut gigi khususnya buat kakitangan di ofice dan juga housemate sebab oasis tak boleh nak berkata-kata buat masa ni

Kesakitan mula dirasai

Petang semalam oasis dah mula rasa kesakitan yang amat. Balik dari office terus kepala sampai pusing-pusing sebab tak tahan dengan sakit yang amat. So satu malam oasis tak boleh tidur . Gigi geraham ni sebenarnya dah lama rosak cuma oasis tak nak cabut lagi selagi tak sakit. So, bila dah sakit macam ni memang oasis nekad esok tu terus ke klinik

Pengalaman Mengerikan

Setelah 2 jam tunggu giliran, oasis masuk bilik no 17. Doktor gigi ni cantik dari Sarawak kalau tak silap. Masa mula-mula dia nak cucuk tu oasis hampir pitam tengok jarum sepanjang papan pemotong Tapi dia cakap suruh tenang saja. Tak pasal-pasal 6 jarum kena. Sampai terpancut bius tu keluar dari mulut. Masa tu oasis dapat rasakan seakan-akan jarum tu tembus ke pipi!

Setelah pipi rasa kebas dan bibir bengkak, barulah doktor tu nak mulakan prosidur cabut gigi. Masa goyangan pertama tu boleh pula oasis cakap macam ni:
"Stop it please! Saya tak jadi nak cabut gigi boleh tak? Rasanya gigi dah tak sakit dah ni"

Maka tergelak sakan la nurse-nurse yang ada. Aduyai, malu rasanya.

Tanpa mempedulikan oasis, doktor tu teruskan juga sambil cuba menenangkan oasis. Dia kata memang lelaki biasanya lagi takut untuk cabut gigi berbanding wanita. Oasis mula resah sebab berkali dia cuba cabut tapi masih tak berjaya hinggakan macam-macam saiz forceps dia tukar. Akhirnya dia terpaksa panggil doktor lain. Lagilah cuak time tu.

Doktor yang kedua datang dan periksa gigi oasis sambil menerangkan sesuatu kepada doktor tadi  yang oasis pun tak faham sepatah haram. Yang sempat tangkap dia cakap kalau gigi macam ni kena guna teknik lain. Ok..dalam hati oasis cakap sabar sahaja lah. Dah macam bahan ujikaji dah ni.


 Keganasan Memuncak

Ternyata doktor ni ganas sikit. Dia tonyoh gigi oasis macam guna  pelocok sinki. Punyalah sakit time tu. lepas tu dia tarik dengan pelbagai gaya. Macam acara tarik tali pun ada. Kerap juga dia tukar forceps tapi masih tak berjaya. Nurse-nurse yang ada dekat situ cuba tenangkan oasis.

Bila hampir 6 kali cubaan dia tak berjaya, mereka panggil pula doktor lain. Oasis rasa macam nak surrender saja time tu. Tuhan sahaja lah yang tahu. Sekali lagi gusi oasis di beri injection. Kali ni 5 jarum. Doktor yang ketiga ni sempoi sedikit, siap menyanyi-nyanyi lagi sebelum pakai glove. Tapi hampeh juga sebab dia pun gagal nak cabut gigi oasis walaupun muka dia dah berrpeluh time tu.

Seterusnya doktor gigi lain pula sambung. Kali ni mereka cakap kena buat sedikit surgery dekat gigi. Perghhh oasis dah cuak. Takut sampai rasa nak lari saja time tu. Tapi doktor tu cakap risau sebab dia akan potong gigi bukan gusi. Dia mula pakai pakaian seakan-akan doktor bedah. So, mula lah kerja memesin gigi yang oasis rasa sengal bagai nak gila. Dia cuba cabut gula penyepit tapi tak dapat lagi. So, prosedur ni dia lakukan berulang kali sehingga oasis tersedak sebab darah dan cecair tu tersekat pada kerongkong. Darah banyak keluar sebab time tu dah tengahari. So mereka tangguhkan sekejap dan sambung balik dengan memberi lagi sunttikan sebanyak 5 jarum sebab time tu oasis dah meraung sakit

Sekali lagi gagal. Ya Allah, tolonglah. Dosa apalah yang oasis tanggung sampai macam ni sekali. Sekali lagi doktor yang lain pula datang. Perempuan juga, agak berumur. Mungkin dia tyco di klinik ni. Bila dia tengok keadaan gigi oasis, dia panggil doktor-doktor lain . Ada discussion sikit katanya.

Cubaan diteruskan lagi

Setelah 5 minit dia kembali dan cuba cabut gigi oasis. Kali ni dia dibantu oleh 3 orang doktor lain bersama 4 orang nurse. MasyaAllah, time tu oasis rasa macam nak nazak. Mulut, leher, kepala, tangan dan kaki dipegang oleh nurse sebab mereka bimbang oasis meronta. Kali ni sumpah sakit dia memang tak boleh nak cakap dah.

Setelah hampir 3 jam, ia masih gagal! Akhirnya mereka slow talk dengan oasis. Mereka set temujanji untuk teruskan semula prosedur tahun depan! Gigi oasis perlu di x-tray untuk lihat kedudukan akar. Kemudian separuh dari gusi akan dibedah untuk mengeluarkan gigi tu. Homaigad, kecut perut oasis. Kata doktor lagi, gigi oasis perlu direhatkan sekurang-kurangnya sebulan untuk sembuh. Selama sebulan ni oasis kena ambil ubat penahan sakit dan juga antibiotik. Aduyai...!
 

Kecewa

Maka dengan kecewanya oasis pulang ke offc dengan bibir dan pipi yang bengkak! Sampai sekarang tak mampu nak makan. Dah la pagi dan tengahari oasis tak makan. Bayangkan lebih dari 15 suntikan dan 5 orang doktor gigi serta nurse masih tak mampu mencabut gigi ni.

Jadi tahun depan oasis kena teruskan misi mencabut gigi yang satu ni. Harap semuanya ok!

35 comments:

Syafiq Ahadin said...

sekarang pun sedang sakit gigi!!!

auwwwwwwwwwwww~~ betul2 terasa!!!!

anakcikbob said...

Y Allah Ya Tuhanku..
kejadah Doc ni semua??
baru grad ke hapa??
nevermind.
kau len kali g klinik swasta je beb.
kalau bukan bandar besar mcm kampung aku tu, RM30 je cabut gigi.
n jarum yg diorang gunakan lebih halus dr jarum klinik gigi gomen.
take care.

p/s: cabut gigi memang boleh datangkan penyakit lain. sbb berkaitan dengan saraf. so, kalau xboleh cabut they all sepatutnya selidik dulu baru keluarkan segala ilmu sesat.

Pojiepooh Abdullah said...

pergi skaling gigi pun rasa nak nanges aritu inikan pula nak bedah???
OMG risau!

Oasis said...

Syafiq:
Yang menanggung ni lagi teruk rasanya. Huhuhuhu

Oasis said...

Marina:
Doktor dah usahakan yang termampu. Tapi kemungkinan akar gigi tu bengkok ke dalam, tu yang susah nak cabut. Kalau dekat klinik swasta pun mesti mahal kalau melibatkan prosidur bedah gusi ni..

Hahaha.. Jgn cakap saya yg amalkan ilmu sesat sudahlah

Oasis said...

Pojie:
Jgn risau pojie, saya ok je nih. Sihat lagi.

Anati Soki said...

aduhai.. sakit gigi.. kesian kamu
kamu cerita, anat baca post kamu pun.. anat dah rasa seriau gusi and gigi tau.. kesiannya..

kurus said...

aduhh sakit lagi ke adik ..

Oasis said...

Anati Soki:
Ye anak, memang sakit. Doktor pun terpkasa hentikan prosidur tu sebab takut stress dan pengsan.

Oasis said...

Ieda:
Sakit kak. Tiap-tiap hari kena makan ubat tahan sakit. Badan pun dah susut sket ni sebab tak boleh makan nasi. Makan roti pun telan je, tak kunyah

Siti Norafzan Bte Mahalil said...

terok gileer.... gigi geraham ke?.. abiey cbt kt JB ni senang je.. xsakit sangat.. tp byr je la.. aritu cbt geraham rm80... len kali kan klu nk g klinik gigi pastikan doktor LELAKI... klu perempuan lembut sgt... kt yg sakit tau

mr.syazwan said...

tu ler x gosok gigi dgn cara yang betul

hehehehehe

kiang-boy said...

dasyatnyer pengalaman klinik gigi kerajaan..anyway, nowdays perkhidmatan private or government sama je..jarum pun sama ok..xde besar or kecik..semua standard sama...

Amran Syah said...

cerita cabut gigi ko blh buat novel.....ombak gigi....

aDfeez said...

pasal gigi mmg sy surender la ....
sekali g tampal gg... oh ckup lah sekali... xmau lg...

mmg rasa nk teribble horrible scary-able...scrable pun rasa... sume lah.. :P

Oasis said...

Siti:
Ye gigi geragam belah kanan. Dah lama rosak, zaman sekolah menengah lg. ingatkan senang nk buang sbb tu gi klinik kerajaan je

Oasis said...

Syazwan:
Mana ada. Dulu kut, sekarang dah rajin gosok gigi

Oasis said...

Kiabg-boy:
Yup betul. Lembut dan kasar sama je. Cara cabut pun sama.

Oasis said...

Hisam:
Wei giler ko. Seyes box office

Oasis said...

ADfeez:
Betul betul. Sebab saraf gigi ni dekat dgn otak. So mmg terasa teruk sgt kalau sakit gigi ni

angloko said...

Ya Allah.. takuttttt...
baca citer oasis ni campur baur nak pitam da.. kalu Ang kat tmpt oasis.. mmg da pitam la..
tp aritu pernah teman member g bedah gusi tuk buang gigi.. ang tunggu kat luar bangunan.. sbb takut bunyi mesin.. hehehe

Ardini Humaira said...

ngeee memang ngeri cabut/simen gigi huhu

Rohani Hashim said...

bapak aaar, huiii gile ah hany yg kena 3injek ni, dan skali tarik je pun dah nak meronta sakitnya apatah lagi 15injek, eiii seriau dgr...

Unknown said...

Oasis!

semoga berjaya!

sakit tu!

huhuhuhuh

geeAhmad said...

mngerikannn... macam nak bedah jantungg.. huuuu~

KuMastinah said...

ney tengah baca cter awk..adoiii,,takotnya nak cabut ney,,,,dah sakit gg kang ney,,,x dpt nak tdo..rasa kpala pon berdenyut2x...huh!

Anonymous said...

Sy kena 5injek.dgn.sorang dokto.dah.rasa terokk utk cabot geraham.. tapi oasiskena lg terok ... muhasabah diri

Unknown said...

oakley sunglasses cheap, burberry outlet, nike shoes, oakley sunglasses, prada handbags, air max, ugg outlet, louboutin, tiffany and co, ray ban sunglasses, longchamp outlet, replica watches, tiffany and co, louis vuitton outlet, michael kors outlet, louis vuitton handbags, polo ralph lauren outlet, louis vuitton outlet stores, michael kors outlet, ugg boots clearance, ray ban sunglasses, michael kors outlet, uggs outlet, louboutin shoes, christian louboutin, air max, oakley sunglasses, gucci outlet, polo ralph lauren, michael kors outlet online sale, tory burch outlet, oakley sunglasses, louis vuitton, cheap uggs, prada outlet, nike free, longchamp handbags, michael kors outlet, rolex watches, chanel handbags, uggs, ray ban sunglasses, louboutin outlet, louis vuitton outlet, jordan shoes, michael kors outlet, burberry outlet, longchamp handbags, cheap oakley sunglasses

Unknown said...

supra shoes, moncler, barbour, ugg, sac louis vuitton, moncler, converse shoes, canada goose, swarovski, wedding dresses, toms shoes, juicy couture, pandora charms, marc jacobs, juicy couture outlet, canada goose, louis vuitton uk, louis vuitton, thomas sabo, canada goose, karen millen, moncler, ugg boots, ugg, moncler, ugg pas cher, ugg, canada goose jackets, louis vuitton, pandora charms, barbour, moncler, sac louis vuitton, coach outlet store online, canada goose outlet, moncler, swarovski crystal, hollister, montre homme, sac lancel, moncler outlet, canada goose uk, rolex watches, moncler, pandora jewelry, doke gabbana, links of london, canada goose, pandora jewelry, canada goose
ninest123 16.01

Anonymous said...

sy menulis pd thn 2017. hny utk sesiapa yg ada mslh sprt ini. pd pendpt sy, situasi admin dgn sy sama. mslh utama adlh akar gigi geraham bengkok.. akar gigi yg straight dpt dicabut dgn cara bius dan tarik dan mmg xda rasa sakit. tpi, bgi akar bengkok, cara bius dan tarik akan menyebabkan sakit yg amat sgt. cara yg plg mudah adlh minor surgery. mahal sikit tpi mmg x rasa sakit dari cabut gigi sampai cabut benang.. semoga membantu sesiapa yg ada mslh sama. ty.

Unknown said...

michael kors canada
prom dresses
karen millen
burberry outlet
cheap basketball shoes
hermes birkin
michael jordan
adidas originals
converse
ugg australia
2018.1.6chenlixiang

Miz Gojes said...

Ok dah gigi?

yanmaneee said...

hermes online
golden goose sneakers
golden goose
kd 11 shoes
moncler outlet
coach outlet handbags
mlb jerseys
vapormax
ultra boost
jordan 13

yanmaneee said...

goyard handbags
lebron james shoes
yeezy boost 350
moncler jackets
supreme outlet
kyrie 6
yeezy
golden goose
yeezy
moncler outlet

Anonymous said...

fear of god outlet
bape sta
ggdb
supreme
gap yeezy
goyard handbags & purses
jordans
golden goose outlet
curry 6
jordan 1 high