Nuffnang Ads

Thursday, March 17, 2011

Jom Selongkar Dapur...kita Buat Topeng


Kadang-kadang mencuci muka tidak cukup untuk mendapatkan wajah yang halus dan bersih. Cuba sentuh muka dengan jari. Adakah rasa sedikit kasar atau berminyak? Itu maknanya kita perlu melakukan rawatan dengan facial mask. Hari minggu ni apa kata jom kita sama-sama geledah dapur mencari bahan yang sesuai untuk dijadikan topeng muka. Kepada lelaki jangan segan untuk mencuba. Tak perlu berhabis duit ke farmasi untuk mencari facial mask atau amal petua-petua yang kotor macam entry aku sebelum ni tuh  http://wadi-oasis.blogspot.com/2011/03/petua-muka-nampak-manis-dan-tangan.html .Bahan-bahan yang tersenarai dibawah ni boleh digunakan:


Buah yang agak seksi ini mengandungi banyak vitamin A, B Complex dan C dan sesuai digunakan untuk melembapkan muka. Mereka yang mengalami kulit sensitif digalakkan untuk menggunakan pisang sebagai mask.
Caranya: Ambil pisang yang sudah masak dan hancurkannya. Kemudian tambah sedikit minyak zaitun. Sapukan pada muka seperti memakai bedak. Sambil-sambil tunggu kering, eloklah goreng cokodok ke.


Tembikai atau timun sangat sesuai untuk menyejuk dan menyegarkan muka. Getah timun juga berkesan untuk mencerahkan dan membuang kesan-kesan jeragat pada wajah. 
Caranya: Sapukan perahan air Tembikai pada muka dan bilas. Cukup mudah. Untuk memutihkan muka, hirisan timun digosok-gosok pada muka selama beberapa minit dan terus bilas.


Tomato sangat kaya dengan Vitamin A selain dari vitamin B dan C. Selain dapat menghaluskan wajah, ia juga dapat membuang lebihan minyak, melegakan kesan sunburn dan menegangkan muka.
Caranya: Ambil tomato yang sudah ranum, hiris dan sapukan perlahan pada muka. Selepas itu, biarkan beberapa potongan buah pada wajah selama 10 minit. (time ni kena baring, kalau tak jatuh lah nanti buah-buah tu). Kemudian bilas.


Seperti kita sedia maklum, lemon mengandungi banyak vitamin C. Sangat berkesan untuk membersihkan dan menghilangkan minyak di muka disamping baunya yang menyegarkan.
Caranya: Satu senduk jus lemon dicampurkan dengan sebiji putih telur yang telah dikocok. Sapu rata pada muka dan biarkan kering atau tunggu 10 minit. After tu, terus bilas dengan air suam.


Selain cantik, sedap dan digemari Dato' Siti Nurhaliza, buah strawberry ni mengandungi Vitamin B, E, C dan K yang bermanfaat meremajakan kulit. Maknanya boleh melambatkan proses penuaan. Tak payah nak susah-susah cucuk botox lepas ni.
Caranya: Hancurkan beberapa biji strawberry. Pastikan buang tangkai dan daunnya. Campur satu sudu besar madu asli dan gaul sebati. Ambil dua sudu dari bahan-bahan tadi dan sapukan pada muka. Biarkan 15 minit. Lepas tu makan. haha


Macam mana petua tu? Senang saja kan. Lagi best kalau dapat buat bersama-sama dengan kawan-kawan, anak-anak dan jiran-jiran. Mesti seronok dan meriah. Siapa kata nak cantik kena tahan sakit? Setuju tak?

p/s: Ada orang yang kulitnya agak sensitif dengan buah-buahan. Sebelum sapu dimuka, oleskan sedikit pada belakang tangan atau punggung. Kalau tiada rasa gatal atau pedih, barulah boleh sapu kat muka.

40 comments:

d_tieah said...

Aiyooo.. Sayang buah mahal2 nak tepek kat muka.. Ngee :) Lagi2 buat strawberry, mahal giler kat sini.. Kalo timun ok lagi bang..


Entry Terbaru : Jom Terbang Bersama Air Asia Dengan Hanya RM25 ; Terima Kasih Nuffnang

mzhany said...

waaaa beshnye...ok wadi tengkiu for da petua ;)

ptt wajah wadi licin je ;)

Oasis said...

d_tieah:
seminggu sekali je dik. apa salahnya. sambil2 makan tu tampal kat muka sket. Nak tampal yg dalam botol tu belum tentu selamat kan

Oasis said...

mzhany:
haha...petua lite-lite jer hany. wadi pun tak pernah try semua. Cuma pernah try pisang ngan lemon tu. so far ok la..kesan tak nmpk trus tapi macam kita buat spa kat muka.

ratusiput said...

mmg betul.walaupun kesan dia makan masa skit tp sekurang2nya bila kite guna bahan asli ni kompem bebas dr sebaranh bhn kimia.cuma yela nama pun manusia ni kdg2 nak cantik ngn jalan mudah dan senang.sme main trus beli je.apa salahnya bersusah2 skit kan...(amboi mcmla yg ckp ni rajin bebeno..ehehe)

Oasis said...

ratusiput;
memang pun. Mugkin sebab zaman dah berubah...semuanya nak pantas dan nak nampak impak secara maksima. Orang-orang dulu memang dah tak tahu nak buat apa bila berada kat dapur. Jadi bila bosan jer, mulalah dia reka resipi2 cam nih.

ardinihumaira said...

nak cari stoberi la :)

Oasis said...

ardinihumaira:
ye...pegi lah cari. Guna blueberry pun ok tapi kesan tak sama la..

TK said...

Betul Wadi..barang2 natural ni is the bestkan..
Nak gi beli buah strawberryla..
Separuh buat stroberi coklat, separuh lagi buat mask..(kalau ada lagila.. hehe)
Lagi satu..baru je beli pisang nak buat jeput!!

intan morsalin said...

ska lak baca n3 ptua ptui ni mr.oasis weh..tp smgt nak mngamalkan tu yg kureng...cne??
jmput sggah n follow yek.mekacih

afiqazizan said...

thank,z bro utk petua2 tu..kena cuba wat petua2 kau ni bro.

Oasis said...

TK:
wahh...bersemangat betul ni. kat dalam peti ais saya ada buah jambu ngan dragon fruit je. Terpaksa beli buah lain. Coklat pun boleh buat terapi tau.

Oasis said...

Intan Morsalin:
Selamat Berkenalan. Nanti sya melawat blog awak n ​♣:)ƭћǟπƙ-Ǚ♣ƭћǟπƙ-Ǚ:) sudi follow blog yg ✘ seberapa ni.

Pasal petua tu tak yah malas2. Simple je lagi pun. Lagi senang dr nk sediakan masakan.

YULL said...

best! ni baru betul petua...hehehe

Oasis said...

Afiqazizan;
Try la bro. Umur kita makin lanjut, usia mkn meningkat. Tendang bola sana sini, jogging ke hulu ke hilir. Tp muka nk kn jg gak. Betul ✘?

Oasis said...

YULL:
Petua karut marut yang sebelum ni tu memang tak boleh blah kan. haha

makdara TERdiva said...

balik boleh buat.. :)

Oasis said...

Makdara Terdiva:
Jom kita sama-sama. Kena gi pasar la malam ni nampkanya.

ADfeez said...

aD prefer org buatkan....
sapa leh tlg ek? :P

Oasis said...

Adfeez:
Mintak GF tolong buatkan nanti...hehe. Nanti dia pun blh joint skali.

Farhan Zulhusmi said...

emmm...menarik nie....thanz information......boleh rasanya mencuba.........insyaallah...........

Oasis said...

Farhan:
Boleh..sudah tentu. Murah, selamat dan berkesan.

ADfeez said...

tu la sapal... gf xde.. cemana? ahahahhaaha

Raji berkata said...

nak buat cmnih gak
tapi kalau dah terpegang tuh msti nk makan jer =.="
kau amalkan yg mana stu paling best eh?

Oasis said...

Adfeez:
Hurmm...buat sendiri je Ad, senang je nih. Sambil pejam mata pun blh siap.

Oasis said...

Raji:
Aku slalu guna lemon tu..tapi nak try gak yg strawberry tu sbb cam best. Tapi cari kat pasaraya smlm, buah tu dh abis. So hari ni nak ganti ngan buah kiwi + yogurt.

arep_lockermonth said...

patut la muke kamu pon lici n jer!!huhu :P nice tips lah!!bole try nih!

btw saya pembaca blog anda yg baru!!salam kenal!!

Oasis said...

Arep:
Oitt..mana ada licin. Biase2 jer. Hehe
Terima kasih menjadi pembaca untuk blog ni.

arep_lockermonth said...

wadi-oasis : hehe :P ye la tuh! arep tengok gambar kamu tuh! semard je! hope that arep ade face yg licin gak!!sob sob!

sama sama! arep first time singgah kat blog nih!kalau free terjah arep punyer gak ek!

Oasis said...

arep:
Ok arep, xde hal lah. Minat fotografi kan..?Klu free nanti blh la tolg edit pic saya tu. Kasi lagi licin. Haha.

Shamsuddin Amin said...

wow...
byknye petua...
sharing is caring...^^

IMANSHAH said...

huhu, tepek bedak sejuk boleh?? wahah

pencinta buah ni..tak sanggup

Oasis said...

Shamsuddin:
Yeza...sharing is caring

Oasis said...

Imanshah:
Bedak sejuk pun boleh. Nak lg best campur la buah sket.

Anonymous said...

Since the admin of thіs wеbsite is
ωorkіng, no hesitatіon veгу shortly it will be renoωnеԁ, due to іts feature cοntеnts.


My web page skin lightening soap

ninest123 said...

ninest123 16.01
nike free, air max, louboutin, longchamp, air max, sac burberry, nike roshe run pas cher, michael kors uk, nike roshe, coach purses, replica handbags, longchamp, north face, abercrombie and fitch, vanessa bruno, sac guess, ralph lauren, true religion outlet, nike air max, north face, true religion jeans, air jordan, mulberry, air max pas cher, oakley pas cher, vans pas cher, nike trainers, new balance pas cher, michael kors, nike air force, nike tn, ray ban pas cher, sac longchamp pas cher, nike blazer, michael kors pas cher, timberland, nike huaraches, hollister, hogan outlet, polo ralph lauren, polo lacoste, coach outlet store online, ray ban sunglasses, sac hermes, hollister, lululemon outlet online, nike free pas cher, true religion jeans, true religion outlet, converse pas cher, michael kors outlet

ninest123 said...

oakley sunglasses cheap, burberry outlet, nike shoes, oakley sunglasses, prada handbags, air max, ugg outlet, louboutin, tiffany and co, ray ban sunglasses, longchamp outlet, replica watches, tiffany and co, louis vuitton outlet, michael kors outlet, louis vuitton handbags, polo ralph lauren outlet, louis vuitton outlet stores, michael kors outlet, ugg boots clearance, ray ban sunglasses, michael kors outlet, uggs outlet, louboutin shoes, christian louboutin, air max, oakley sunglasses, gucci outlet, polo ralph lauren, michael kors outlet online sale, tory burch outlet, oakley sunglasses, louis vuitton, cheap uggs, prada outlet, nike free, longchamp handbags, michael kors outlet, rolex watches, chanel handbags, uggs, ray ban sunglasses, louboutin outlet, louis vuitton outlet, jordan shoes, michael kors outlet, burberry outlet, longchamp handbags, cheap oakley sunglasses

ninest123 said...

air max, iphone 6 plus cases, asics running shoes, ipad cases, vans, lululemon outlet, jimmy choo outlet, herve leger, beats by dre, insanity workout, north face outlet, oakley, instyler, air max, s6 case, ray ban, birkin bag, timberland boots, valentino shoes, soccer shoes, vans shoes, giuseppe zanotti, bottega veneta, nfl jerseys, north face jackets, baseball bats, wedding dresses, soccer jerseys, reebok outlet, ralph lauren, gucci, iphone 6s cases, mcm handbags, abercrombie, chi flat iron, iphone 5s cases, babyliss pro, mac cosmetics, celine handbags, hollister clothing store, converse, p90x, mont blanc, nike roshe run, new balance shoes, iphone 6s plus cases, abercrombie and fitch, iphone cases, ferragamo shoes, iphone 6 cases, louboutin, ghd

ninest123 said...

supra shoes, moncler, barbour, ugg, sac louis vuitton, moncler, converse shoes, canada goose, swarovski, wedding dresses, toms shoes, juicy couture, pandora charms, marc jacobs, juicy couture outlet, canada goose, louis vuitton uk, louis vuitton, thomas sabo, canada goose, karen millen, moncler, ugg boots, ugg, moncler, ugg pas cher, ugg, canada goose jackets, louis vuitton, pandora charms, barbour, moncler, sac louis vuitton, coach outlet store online, canada goose outlet, moncler, swarovski crystal, hollister, montre homme, sac lancel, moncler outlet, canada goose uk, rolex watches, moncler, pandora jewelry, doke gabbana, links of london, canada goose, pandora jewelry, canada goose
ninest123 16.01

soma taha said...

I'll just bookmark this web site.
http://www.prokr.net/2016/09/get-rid-of-cockroaches-8.html
http://www.prokr.net/2016/09/get-rid-of-cockroaches-7.html
http://www.prokr.net/2016/09/get-rid-of-cockroaches-6.html
http://www.prokr.net/2016/09/get-rid-of-cockroaches-5.html