Nuffnang Ads

Monday, March 14, 2011

Minggu Hebat Bersama Wanita


Happy Women's Day buat kawan-kawan semua. Mesti ada yang rasa pelik kan kenapa baru sekarang aku wish Hari Wanita Sedunia ni. Entry sebelum ni aku langsung tak sentuh berkaitan hari wanita, akibatnya sampai sekarang aku menderita ditimpa bala dan malepetaka. Jadi tak nak kes ni berlarutan, terpaksalah perkara ni diselesaikan cepat-cepat.

Ceritanya macam ni, sepanjang minggu lepas, pelbagai peristiwa pelik dan aneh antara aku dan kaum hawa ni berlaku. Antaranya:

PERISTIWA 1

Hari Jumaat masa di pejabat. Sekumpulan wanita pelajar bakery datang masuk pejabat menjaja roti dan kek. Kebetulan pula masa tu perut agak lapar jadi aku dan staf-staf yang lain pun beli lah. Masa mereka nak keluar ada ke patut salah seorang cakap macam ni:

"Abang...terima kasih tau beli roti kitaorang. Abang ni cute lah.."

Haha. Kalau ye pun nak suruh beli lagi, tak payah la puji macam tu sekali kan. Bukan tak suka, tapi kesan daripada tu aku dijadikan bahan gelak ketawa oleh rakan-rakan office yang lain.


PERISTIWA 2

Jam 11 malam perut tiba-tiba lapar, tak boleh tidur dibuatnya. Dengan mata mengantuk aku redah ke kedai mamak dekat dengan rumah. Sampai je, terbeliak mata tengok betapa ramainya rakyat jelata. Semua pandang aku semacam sebab masa tu aku pakai short pant, ketat plak tu. Without underwear lagi. Tersipu-sipu aku duduk kat meja makan seorang diri. Masa nak pergi bayar mamak tu cakap:

"Sudah bayarlah itu makanan"
aku terkejut... "Hah, sape yang bayar?"
"Tadi ada amoi datang bayar"....

Moralnya...lain kali aku tak nak datang pakai seksi-seksi lagi. Huhu


PERISTIWA 3

Hari Sabtu aku ke shopping complex untuk beli barang keperluan sikit. Masuk waktu lunch aku ke food court untuk makan sebab perut dah lapar. Habis makan, datang seorang perempuan entah dari mana hulurkan aku ais krim:

"Nah aiskrim untuk awak...saya belanja"..sambil senyum malu-malu
"Erkkk..." aku jadi blur sekejap
"Tak pe, ambiklah..saya belanja ni"
"Owh...ok. Tima kasih"

Lepas tu perempuan misteri tu terus jalan cepat-cepat tinggalkan aku yang terkebil-kebil. Tapi aiskrim tu memang terbaik

PERISTIWA 4

Hari Ahad aku di singgah restoran Mac Donalds untuk dapatkan mainan sebab aku memang kumpul mainan Mac D. Masa nak bayar tu aku perasan yang wallet aku tertinggal dalam kereta. Seluk saku jumpa duit RM2 sedangkan mainan tu RM3 satu. Kalau dua item maknanya RM6 lah kan. Terpaksalah kena patah balik ke kereta. Tapi girl Mac D tu panggil:

"Abang....toys ni untuk anak ke, adik ke or anak sedara?"
aku pun cakaplah sejujurnya " Tak de lah, for my collection"
"Waaaahhh....cumelnye. Xpe lah, ambik je toys ni...tak payah bayar"
"Eh tak pelah...saya gi ambik wallet kejap je" tak kan lah aku nak terus ambil je
"Nanti abang kena beratur panjang lagi tau", terus girl ni buat aku rasa serba salah

Disebabkan ramai pengunjung yang memandang dan girl tu pula beriya-iya nak bagi, aku pun ambillah mainan tu sambil cakap terima kasih. Adehh...


PERISTIWA 5

Berlaku ketika aku dalam perjalanan menuju ke rumah kakak di Puchong. Seronok drive sambil dengar lagu Bunga Citra Lestari. Masa nak bayar tol tu, aku buka tingkap dan bagi duit RM10. Perempuan cantik yang jaga tol ni senyum. Yang peliknya dia boleh menyanyi lagu yang aku mainkan ni. Kuat pulak tu. Lama jugalah aku tunggu dia nak bagi balance. Bila lagu tu habis barulah dia cakap:

"Sorry ye dik, akak memang suka lagu BCL tu. Akak pun beli CD dia. Original tau"
"Ye? CD ni pun adik saya yang bagi" aku layan je lah kan
"Mesti adik awak minat Bunga ni kan. Alah dik, tak de duit kecik lah. Nah ambik balik duit adik ni. Akak bayarkan je lah"
"Eh, boleh ke? terpinga-pinga aku dibuatnya oleh akak ni
"Boleh je.."
"Tq kak"

Sempat akak tu melambai-lambai tangan dia. Sporting betul akak tu. Kalau lah hari-hari dapat tol free kan best.

Jadi itulah peristiwa yang berlaku sepanjang minggu lepas yang membuatkan aku tak kering hidung bila ingat balik. Aku percaya, semua ni adalah sumpahan dari kaum wanita sebab aku lupa nak wish mereka 'Selamat Hari Wanita Sedunia'

Harap-harap lepas ni dah tak ada peristiwa pelik di luar jangkaan berlaku. Titik.

44 comments:

fyna ahmad said...

huhu.banyaknye peristiwa..





jom singgah n follow belog saya..
http://inibelogfyna.blogspot.com/

Oasis said...

fyna:
Ye fyna, itulah peristiwa yg pelik berlaku kat saya pd minggu lps...selalu jd mangsa keadaan.

mr.syazwan said...

WANITA pencetus revolusi LELAKI

boleh??

=_=

Oasis said...

mr.syazwan:
Boleh cam tu eyh? Hehe..Ye la...mungkin drh jadikan lelaki sebagai pencetus inspirasi.

nabilah_2908 said...

apa kata next year....tkpayah wish lagi...huhu..

bestnya...semua nya free.... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
DARI KERANA MATA

ratusiput said...

macammmmm...suratan atau kebetulan aje kan...pape pun tu sme leh dijadikan sbg pengalaman...kena selalu hargai wanita tu :)

Oasis said...

Nabilah:
Klu tak wish thn dpn takut pkara sama berulang same.
Tak nak menyusahkan drg lagi. Huhu

TK said...

Oasis ni cutelah..hehe
Akak gurau je ye..jgn mare.
U met so many nice women out there..
Kena byk berterimakasih kat org pompuan..tak kedekut!!

Oasis said...

Ratusiput:
Itulah...seakan2 dirancang. Mula2 tak prasan, tp klu dah kena cam tu dlm ms yg tak jauh jaraknya...br la mula terpk.

Saya mmg sentiasa hargai wanita. Hehe

Oasis said...

TK:
Kahkahkah...akak ni, tak kan nak tambah peristiwa tu jd 6 plak? Hehe.

Mmg saya akui orang perempuan jarang berkira. Suka tlg org dalam kesusahan. Jiwa keibuan..sememangnya begitu.

Unknown said...

perghh! untung ko byk save duit la.. hehe

Oasis said...

Nick:
Rezeki terpijak namanya tu...haha

Anati Soki said...

dlm perisiwa satut uh.. knp kamu tak balas balik.. "abg mmg kiut pun.. lama mana dah... baru tau ka abg cute?" wakakaakka

Oasis said...

Anati Soki:
Ha ha...anat ni buat lawak plak. Tak kan la nak ckp cam tu. Cnfrm la dia kate prasan plak nanti.

Santan Berlada said...

peristiwa ke 2 best... haha

Oasis said...

Shamsuddin Amin:
Haha..peristiwa tu paling menyayat hati la bro. Bikin malu..

aDfeez said...

tu bukan sumpahan wanita en oasis oiii... tu namanya awk nie hensem oranya...
untungnya jadi org hensem :)

hehhee.. bguslah rezeki :)

Oasis said...

Adfeez:
Haishh..handsome celah mananye. Tp yg plik nye tu lah. Dlm masa tempoh 5 hari tu, bermacam2 peristiwa aneh. Apa2 pun itu smua mungkin rezeki dan nak tunjukkan yg kaum wanita ni senang di bawa berbincang..erkkk..ye ke?

Anonymous said...

banyak peristiwa kau lalui bro..ape2 pun dapat save duit..haha.

Oasis said...

Afifrohidan:
Alhamdulillah...rezeki org kate..
Save tang tu je, tpi kluar duit lebih kat lain plak. Huhu

Unknown said...

best btol kira tu hari bertuah ko la... hari bertuah aku xthu la bila? hehe

Raji and Yeen said...

bestnyer kalau ad dapat layanan sama mcm kau nih =.=

Aleen Aiden said...

omaigod,ini da kes berat.scene 2 tu mcm rare.lelaki memang sker xpakai underwear ke bile kuar?huuuuuu
tp okla kan,ade yg bayarkan.hee :P

Oasis said...

nik irfan:
Macam la ko tak de hari bertuah kan. Tunggu je...benda tu akan berlaku jugak. ntah2 dah lama berlaku cuma takl prasan je.

Oasis said...

Raji:
Nak layanan best..gi je kat restoran2 mewah ke...hotel2 mewah ke...lagi la dapat yg terbaik punya. haha Gurau je lah

Oasis said...

alenn aideen:
hikhikhik. Malu la plak bila terlalu berterus terang nih. Sbb masa tu nak tido..mmg le lelaki tak pakai underwear bila nak tido. Terlupa yang malam tu mlm minggu. Tu yg ramai org kat mamak tuh

NM02 said...

waaaaahhh... baiknye kakak tol tu. mmm.. nak ngorat kamu kot. hehehe

Oasis said...

NM02:
Ishh...
mana ada dua nk ngurat saya. Klu ye, mesti dia dah biasakan diri dia sy awak ke, i u ke..

Dia peminat tegar Bunga Citra Lestari la rasanye...

tiafazunia said...

perghh ? dpt tol free? biar btul ??

Oasis said...

Tia:
alah, tol brape hinggit je. Rm1.60 je pun. Lagipun dia ikhlas kut. Kalau tak tak kan la tol xde duit kecik, tak logik kan..

mmg niat dia nak blanje lah tu.

Tieah Madian said...

Wah.. Gilerlah.. Menarik peristiwa yang berlaku bang.. Eh eh, asal tetiba nak panggil abang ni.. Hahahaha.. Peristiwa gak ni! Ngee :)
Awak memang hensem kot.. Tu yang dorang suka.. A'ah, tengok gambar boleh tahan jugak awak ni.. Muka pun nampak suci.. Bila kite boleh couple? *Tetiba..


Entry Terbaru : Malaysia Selamat Dan Jangan Percaya SMS Kesan Radiasi

Oasis said...

d_tieh:
Wakakaka. Awak ni klakar jugak rupanya ye. Itu semua kebetulan je tu, klu sy ni hdsm..dah lama org datang meminang. Ahaks..

ieda said...

x tahan tgk seluar londeh tuu .. seluar pendek ker tuu :)

Oasis said...

ieda:
Kat dalam tu lebih kurang boxer or sluar pendek kut.

Tapi gmbr tu semua hanya untuk menyedapkn cerita. hehe

JijahJambu@Jj said...

whoaaaaaa ... leh nyanyi lagu pecinta wanita ni ... heheh ... nice .. soo nice ..

have a great day ;)

Oasis said...

Jijah:
Thank u Jijah....dah blh ganti irwan shah la klu cam ni...sbb dia dah kawen. Kihkihkih

aDfeez said...

hensem maaa.. kalo x.. xkan org byrkan makanan n bg eskrem pree... heheheh...

oklah tu... nk duduk dkt2 ngan oasis la.. mana tau dpt seri sekali :P

Oasis said...

Adfeez:
Ye la...ye la...
ade2 je. Meh duk sbelah ni hah, mn tau kut2 ada lagi yang nak bagi emas ke, duit ke...

Gurlish said...

Arrrrggghhh mcm tak caya..... semua dapat free.... tak aci...tak aci..... tak adil...arrgghh...!!

Oasis said...

Gurlish:
Alahai..haha.
Saya pun tak mintak smua tu berlaku. Huhu. Tapi sy dh anggap smua tu suratan takdir

Anonymous said...

Greаt blоg herе! Also уour sitе lоaԁs
up verу fast! What ωeb host arе you usіng?
Ϲan I get youг affіliate linκ to your hoѕt?
Ι wish my website loаԁеd uρ as quicκly аs уours lоl

mу blоg :: natural skin lightening

Unknown said...

ninest123 16.01
nike free, air max, louboutin, longchamp, air max, sac burberry, nike roshe run pas cher, michael kors uk, nike roshe, coach purses, replica handbags, longchamp, north face, abercrombie and fitch, vanessa bruno, sac guess, ralph lauren, true religion outlet, nike air max, north face, true religion jeans, air jordan, mulberry, air max pas cher, oakley pas cher, vans pas cher, nike trainers, new balance pas cher, michael kors, nike air force, nike tn, ray ban pas cher, sac longchamp pas cher, nike blazer, michael kors pas cher, timberland, nike huaraches, hollister, hogan outlet, polo ralph lauren, polo lacoste, coach outlet store online, ray ban sunglasses, sac hermes, hollister, lululemon outlet online, nike free pas cher, true religion jeans, true religion outlet, converse pas cher, michael kors outlet

Unknown said...

oakley sunglasses cheap, burberry outlet, nike shoes, oakley sunglasses, prada handbags, air max, ugg outlet, louboutin, tiffany and co, ray ban sunglasses, longchamp outlet, replica watches, tiffany and co, louis vuitton outlet, michael kors outlet, louis vuitton handbags, polo ralph lauren outlet, louis vuitton outlet stores, michael kors outlet, ugg boots clearance, ray ban sunglasses, michael kors outlet, uggs outlet, louboutin shoes, christian louboutin, air max, oakley sunglasses, gucci outlet, polo ralph lauren, michael kors outlet online sale, tory burch outlet, oakley sunglasses, louis vuitton, cheap uggs, prada outlet, nike free, longchamp handbags, michael kors outlet, rolex watches, chanel handbags, uggs, ray ban sunglasses, louboutin outlet, louis vuitton outlet, jordan shoes, michael kors outlet, burberry outlet, longchamp handbags, cheap oakley sunglasses

Unknown said...

supra shoes, moncler, barbour, ugg, sac louis vuitton, moncler, converse shoes, canada goose, swarovski, wedding dresses, toms shoes, juicy couture, pandora charms, marc jacobs, juicy couture outlet, canada goose, louis vuitton uk, louis vuitton, thomas sabo, canada goose, karen millen, moncler, ugg boots, ugg, moncler, ugg pas cher, ugg, canada goose jackets, louis vuitton, pandora charms, barbour, moncler, sac louis vuitton, coach outlet store online, canada goose outlet, moncler, swarovski crystal, hollister, montre homme, sac lancel, moncler outlet, canada goose uk, rolex watches, moncler, pandora jewelry, doke gabbana, links of london, canada goose, pandora jewelry, canada goose
ninest123 16.01