Nuffnang Ads

Saturday, December 6, 2008

Burgerku Bakawali

Dah lama rasanye tak kluar bersama-sama dgn adik-adik dan anak sedara. Bukan malas tapi kesibukan kerja yang melampau membatasi ruang waktu utk kami berkumpul. Jadi dengan sedikit masa yang ada, aku gigihkan diri balik Puchong.


Lps mandi dan bersiap, terus kitaorg pergi ke ioi Mall untuk tempah tiket. Cerita Madagascar : Escape 2 Africa jadi pilihan. Sambil tunggu masa tayangan, ktorang lepak dulu di kedai buku POPULAR. Siap bacakan buku cerita lagi kat anak-anak buah aku ni.


Seterusnya kitaorang ke tempat permainan. Kat sini bukan main seronok lagi budak-budak ni ngan mesin2 slot tu. Aku pun sama, kadang2 mengalahkan anak buah sendiri. Banyak jugak lah duit aku abis beli token2 tu. Tak kisah la, janji dorang seronok.


Sebelum masuk wayang, 2 set combo pop corn dah memadai. Kat dalam panggung nasib baik season dia tak sejuk sangat. Overall cerita tu mmg best. Anak buah aku si Afiq tu x henti2 gelak.


Kira-kira jam 11.45 wayang tamat. Sebelum balik, kitaorang singgah umah adik pompuan aku, Mirah. Saje nak menyusahkan dia. Sembang punya sembang, perut mula lapar. Apa lagi, kami teruskan dengan aktiviti selongkar peti ais yang dah jadi tradisi turun temurun. Lps makan ais krim, tiba2 dapat idea nak buat burger. Dengan sedikit pengalaman yang ada, projek tak rasmi bermula….



Ni dia...AJK yang menyediakan makanan untuk santapan lewat malam. Suasana dah mula kelam kabut masa ni. Nak cari bawang la, timun, carrot, tomato, mayonnaise, sos cili, sos tomato, black pepper source dll.


Roti yang hangus dibakar adik aku. Agak seram jugak klu dilihat dari mata kasar


Hadif...makan daging aje. Tak sanggup makan roti yang hangus katanye...


Ni dia salah satu daripada burger yang tersalah resepi dan direject oleh AJK makanan sebab terlebih sos tomato


Burger yang sedia untuk dihidangkan. Macam tak percaya yang rasanya lagi sedap daripada Burger King.


No comments: