Nuffnang Ads

Tuesday, November 25, 2008

I’m Gay!

Pernah tak dengar istilah tipu sunat? Kadang2 kita terpaksa menipu untuk mengelakkan sesuatu perkara jadi lebih teruk. Dan aku pun tak terkecuali.


Peristiwa tu berlaku semasa aku diinterview oleh pegawai bank dari RHB untuk proses loan kreta. Tak silap aku nama dia Mei Soong, gadis cina yang fasih berbahasa melayu. Seblum aku sign agreement tu, berlaku la sedikit soal selidik antara aku dan pegawai tu….


Kamu kerja dimana?” soalan pertama yang dia ajukan kat aku.


Di Putrajaya, sebagai tour guide” jawabku sambil mata tiba2 tak berkelip bila terpandang bahagian dada dia yang tak berbutang tu


Dah lama kerja?” dia tanya lagi sambil betulkan baju. Mungkin dia perasan aku memandang tempat azab tu dr tadi


8 bulan” jawabku ringkas sebab malu terkantoi


Ada tanggungan?”


Ermm…tak de”


Dah kawin?” soalan yang aku rasa tak relevan dia tanya. Klu aku dah kawin, dah tentu la aku ada tanggungan. Tak kan aku nak biar bini aku kebulur kat umah.


Belum”, agak confident sket jwpn aku


”Kenapa belum kahwin?”


Lor, bleh lak dia tanya cam tu


Tak ada jodoh kut. Lagi pun saya mana ada girlfriend” aku cuba berselindung.


Bila dah ada girlfriend, mesti u kawin jugak nanti kan. So bila u dah kawin, mesti u ada tanggungan. Bila dah ada tanggungan, macam2 u kena bayar nanti. Rumah la, kereta, yuran anak, baju anak, lampin anak, bil air, letrik… bla…bla…bla…” panjang lebar ceramah dia. Mengalahkan wedding planner.


Aku dah start rasa tension. Aku yang nak pinjam, bukan dia. Yang bayar pun aku, bukan dia. Aku sabar lagi…takut dia tak luluskan lak.


Kalau macam tu saya tak kahwin kut”


Kenapa? dia tanya lagi.


Sebab saya xde girlfriend” aku sengih…


Kawan perempuan ada?”


Ada” yang ni aku memang tak leh bohong. Tak logik la kan


Ha.…bila dah ada kawan perempuan nanti blh jadikan dia girlfriend. Lepas tu lama2 u akan kawin. Betul tak?” tanya amoi ni ngan muka penuh harapan.


Tak!!” tak faham bahasa betul la


Kenapa plak?” soalan sama dia ulang lagi.


Saya tak ready lagi untuk fall in love” aku senyum, nak redakan kemarahan ni


Suatu hari nanti, u akan rasa jugak kan. After that, u akan couple…and than kahwin”


Saya akan pastikan benda tu tak kan berlaku” balasku. Sakit hati btul cakap ngan orang yang tak faham bahasa ni.


Impossible” sambil dia gelengkan kepala 2-3 kali.


Betul, saya tak nak kahwin” aku mula tinggikan suara.


Why?


Im Gay!”

Dia terkejut. Rahang bawah dia jatuh, menampakkan mulut dia terlopong. Dan pada masa yang sama baru aku perasan, beberapa lagi pegawai dan kerani bank yang ada berhampiran turut memandang aku. Malunya….


Owhh.…ok lah. U blh sign dekat sini” sambil dia bagi surat agreement



4 comments:

HiSaM ! ! ! said...

settle....

Awan Biru said...

Hak hak hak... Awak tergelak saja masa baca pos ni. Hihihi...kenapa?...

Oasis said...

Hisam:
yup, settle..tipu sunat tak pe kan..

Oasis said...

awan;
Kalau cakap kawen nanti dia tak kasi lulus pinjaman...terpaksa lah tipu.