Nuffnang Ads
Wednesday, December 31, 2008
Takut Berendam Bukannya Kambing
Sunday, December 28, 2008
X nak lagi mkn PizzaHutt
Dua bulan lepas tak silap aku. Masa tu bestday housemate aku, Peterz. Beriya2 dia ajak nak makan PizzaHut. So tak nak kecewakan dia, aku setuju. Lagipun dah berapa hari tak kuar ngan housemate sdiri.
Mines kami pilih sbgi lokasi utk celebrate. Lgipun tak jauh dari rumah. Klu jln kaki pun tak sampai 10 minit. Tapi restoren PizzaHut kat sini mmg choi. Sangat mendukacitakan. Layanan dari staff dia sgt teruk. Servis lambat cam kura-kura kena flu. Dah ler semua menu habis. Terpaksalah si Bernard and Peterz memendam rasa sebab tak dapat makan Spaghetti Meat Sauce. Alasan dorang microwave rosak!!. Kahkahkah, terus kitaorg gelak. Nak jer gi terjah kitchen dia, ambik gmbr microwave yg didakwa rosak tu then upload kat blog.
Friday, December 19, 2008
Tag Tentang 7 Perkara
7 ciri wanita/lelaki idaman anda
1) Tak terlalu tinggi dan tak terlalu rendah
2) Rambut lurus dan sedikit ikal
3) X merokok
4) Pandai memasak
5) Berkulit cerah (gelap pun ok tapi kulit mesti cantik)
6) Educated & Understanding
7 wanita yang pernah anda minati sepanjang hidup
1) Pengawas pustakawan semasa aku sekolah rendah, juga rakan sekelas aku
2) Pemain bola baling wanita masa aku darjah 6
3) Perempuan yang selalu satu bas ngan aku masa sekolah menengah dulu
4) Tyra Banks….gorgeous n smart
5) Claudia Schiffer…tiada supermodel yang perfect selain dia
6) Aishwarya Rai....aku tak faham knp muka dia lawa sangat
7) Dato’ Shahrizat sebab ketokohan dia
7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati
1) Sedikit gabra
2) Rasa tak percaya yang aku sedang kluar dengan si dia
3) Berdebar-debar bagai nak gugur jantung
4) Rasa macam diri tak cukup sempurna, serba kekurangan. Huhu. Tapi cepat2 diatasi
5) Rasa mcm tak nak balik rumah, nak stay sampai esok pagi
6) Nak bagitau kat semua org yang aku berjaya ajak si dia kluar
7) Nak mesej dan call semua orang untuk mengatakan yang aku sedang bahagia
7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda
1) Jalan berpimpin tangan sepanjang malam sambil menikmati secawan kopi di Kota Paris
2) Menikmati pemandangan ladang teh dan keseronokan memetik strawberry di Cameron Highland
3) Membina istana pasir bersama dan melihat kerdipan bintang pd malam hari di Pulau Perhentian
4) Bercamping di Hutan Cyprus (memetik gitar dan menyanyikan lagu untuk si dia)
5) Lari berkejaran di dalam hujan (kan seronok basah bersama)
6) Di dapur rumah (mencuba resepi baru bersama dengan anak2 saudara dan si dia)
7) Panggung wayang yang kosong (menonton cerita-cerita romantis – hanya aku dan si dia)
7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda
1) Bunga untuk menjemput dia keluar
2) Coklat bila dia merajuk
3) Teddy Bear/Patung Barbie untuk menghantar dia pulang
4) Handkerchief bila dia menangis atau selesema
5) Secawan kopi bila dia dilanda masalah
6) Majalah atau DVD bila dia kesunyian
7) Kucupan mesra atau pelukan hangat…..(tengok keadaan la kut. Hehe)
7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda
1) My Baby U (Marc Anthony)
2) I Lay My Love On U (Westlife)
3) U Are My Sunshine
4) Last Flight Night (Plus One)
5) Hero (Enrique Iglesias)
6) Wajah Kesayangan Hamba (Hail Alil)
7) Oh Carol (Neil Sedaka)
Tag 7 rakan yang anda mahu mereka buat PERIHAL 7 ini
1) Sesiapa
2) Sahaja
3) Yang
4) Rasa
5) Seronok
6) Kena
7) Tag
Tuesday, December 16, 2008
MENCURI BUAH DI TAMAN WARISAN PUTRAJAYA
Disebabkan aku dulu pernah keja kat situ, so dpt lah naik buggy secara percuma. Yg plg best staf kat sana bagi kunci buggy, suh aku bawak sdri.
harga buggy : RM15 untuk 6 orang dan RM20 untuk 12 orang
Basic guided tour : RM2 serng (booking) / RM4 seorg (walk in)
Superior guided tour : RM3 (booking) / RM6 seorg (walk in)
Superior guided tour termasuk demonstrasi pemprosesan getah. So korang boleh tengok sendiri cara penorehan getah dilakukan hinggalah bagaimana getah diproses.
p/s: jgn bagitaw sape2 pasal buah mangga tu ek...
Saturday, December 13, 2008
Wayang Lagi
Kami antara org yang terawal menonton wayang ni. Mula2 tgk poster ingatkan kisah tentang bencana alam
Bekalan sepanjang tayangan nanti
Friday, December 12, 2008
Mahal Bangat
2-3 hari lepas aku kuar ngan rakan2 sekerja kat Alamanda, mmg kuar untuk berhibur. Dah lama tak berkaraoke, ntah sedap lagi ke tak suara ni. Disebabkan lama nak menuggu giliran, kitaorg gi makan kat food court dulu.
Bukan nak ckp serasi, jauh sekali ada jodoh...tapi aku ngan jaja tiba2 rasa nak menikmati Yong Tau Fu. Kami berdua pun pergi la kat satu stall ni. Tak nak ambik bnyak sbb si Jaja ni tengah berdiet. So aku pun ambk sket jugak la sbb nk bagi moral support kat dia.
Lepas hantar kat kaunter, terus cashier tu kira. Terjkejut badak kitaorg bila tgk harga dia...mak aii mahal mengalahkan santapan diraja. Apa lagi, bising la aku ngan Jaja kat situ. Macam2 kitaorang smash cashier tu. Bukan nak merungut tapi harga mmg tak patut. Kalau sedap kira ok la, tapi langsung tak leh diterima tekak.
Yang Semakin Dilupakan...
Teringat zaman kanak-kanak dulu. Permainan video bukan tak der, tapi lebih seronok bermain ngan kawan-kawan kat luar. Ckp je permainan ape, semua dah cuba. Selalu jugak jadi johan. Setiap petang (atau pagi klu cuti sekolah) kami berkumpul ramai-ramai.. Dari Zero Point (tali getah), Sorok-Sorok, Buaya, nJit nJit Semut, Police Entry, Chup Duduk, Chup Keras, Baling Tin, Bola Beracun, Bola Kaki Tiga, Putar kaki Ayam, Teng Teng, Batu Seremban, Pukul Berapa Datok Harimau, Galah Panjang, Berlaga Biji Getah, Congkak Tanah, Jentik Tutup Botol Oren, Jala Itik Ayam ( Ja Ja Jala), Tom Tom Bak, Nenek Nenek, Konda Kondi, Sorok Lidi dan banyak lagi lah.
Tu tak termasuk aktiviti lain cam masak-masak, kawin-kawin, pondok-pondok, melastik burung, tangkap ikan, mandi sungai, kutip pucuk paku & jarum mas, menuai kacang tanah serta banyak lagi. Budak zaman sekarang mana tahu benda2 cam ni tambah2 lagi yang duk kat bandar. Nak cerita kat dorang pun susah. Masa balik kg hari tu pun, susah nak tengok budak-budak bermain kat laman. Tu la budak zaman sekarang. Leka ngan tv, permainan video, komputer dan handphone.....
Tuesday, December 9, 2008
Melepas Gian
Berminggu-minggu sibuk ngan kerja, dah tiba masanya aku curi masa untuk mengurangkan stress. Aku pilih lokasi yang paling dekat, Alamanda Putrajaya. Niat nak window shopping jer, last2 tertewas juga. Xpe la, lagipun dah lama tak shopping.
Mcm biasa la, klu bab2 shopping or window shopping ni, aku lebih suka gi sorang2. Senang nak pilih barang. Jalan berjam-jam pun tak de org nk kesah. Cuma masalahnya xder orang nak tegur pasal perbelanjaan kita. Ni ada beberapa item yang aku beli, yg mampu aku capture




Saturday, December 6, 2008
Burgerku Bakawali
Dah lama rasanye tak kluar bersama-sama dgn adik-adik dan anak sedara. Bukan malas tapi kesibukan kerja yang melampau membatasi ruang waktu utk kami berkumpul. Jadi dengan sedikit masa yang ada, aku gigihkan diri balik Puchong.
Lps mandi dan bersiap, terus kitaorg pergi ke ioi Mall untuk tempah tiket. Cerita Madagascar : Escape 2 Africa jadi pilihan. Sambil tunggu masa tayangan, ktorang lepak dulu di kedai buku POPULAR. Siap bacakan buku cerita lagi kat anak-anak buah aku ni.
Seterusnya kitaorang ke tempat permainan. Kat sini bukan main seronok lagi budak-budak ni ngan mesin2 slot tu. Aku pun sama, kadang2 mengalahkan anak buah sendiri. Banyak jugak lah duit aku abis beli token2 tu. Tak kisah la, janji dorang seronok.
Sebelum masuk wayang, 2 set combo pop corn dah memadai. Kat dalam panggung nasib baik season dia tak sejuk sangat. Overall cerita tu mmg best. Anak buah aku si Afiq tu x henti2 gelak.
Kira-kira jam 11.45 wayang tamat. Sebelum balik, kitaorang singgah umah adik pompuan aku, Mirah. Saje nak menyusahkan dia. Sembang punya sembang, perut mula lapar. Apa lagi, kami teruskan dengan aktiviti selongkar peti ais yang dah jadi tradisi turun temurun. Lps makan ais krim, tiba2 dapat idea nak buat burger. Dengan sedikit pengalaman yang ada, projek tak rasmi bermula….




Tuesday, November 25, 2008
I’m Gay!
Pernah tak dengar istilah tipu sunat? Kadang2 kita terpaksa menipu untuk mengelakkan sesuatu perkara jadi lebih teruk. Dan aku pun tak terkecuali.
Peristiwa tu berlaku semasa aku diinterview oleh pegawai bank dari RHB untuk proses loan kreta. Tak silap aku nama dia Mei Soong, gadis cina yang fasih berbahasa melayu. Seblum aku sign agreement tu, berlaku la sedikit soal selidik antara aku dan pegawai tu….
”Kamu kerja dimana?” soalan pertama yang dia ajukan kat aku.
”Di Putrajaya, sebagai tour guide” jawabku sambil mata tiba2 tak berkelip bila terpandang bahagian dada dia yang tak berbutang tu
”Dah lama kerja?” dia tanya lagi sambil betulkan baju. Mungkin dia perasan aku memandang tempat azab tu dr tadi
”8 bulan” jawabku ringkas sebab malu terkantoi
”Ada tanggungan?”
”Ermm…tak de”
”Dah kawin?” soalan yang aku rasa tak relevan dia tanya. Klu aku dah kawin, dah tentu la aku ada tanggungan. Tak kan aku nak biar bini aku kebulur kat umah.
”Belum”, agak confident sket jwpn aku
”Kenapa belum kahwin?”
Lor, bleh lak dia tanya cam tu
”Tak ada jodoh kut. Lagi pun saya mana ada girlfriend” aku cuba berselindung.
”Bila dah ada girlfriend, mesti u kawin jugak nanti kan. So bila u dah kawin, mesti u ada tanggungan. Bila dah ada tanggungan, macam2 u kena bayar nanti. Rumah la, kereta, yuran anak, baju anak, lampin anak, bil air, letrik… bla…bla…bla…” panjang lebar ceramah dia. Mengalahkan wedding planner.
Aku dah start rasa tension. Aku yang nak pinjam, bukan dia. Yang bayar pun aku, bukan dia. Aku sabar lagi…takut dia tak luluskan lak.
”Kalau macam tu saya tak kahwin kut”
”Kenapa?” dia tanya lagi.
”Sebab saya xde girlfriend” aku sengih…
“Kawan perempuan ada?”
“Ada” yang ni aku memang tak leh bohong. Tak logik la kan
”Ha.…bila dah ada kawan perempuan nanti blh jadikan dia girlfriend. Lepas tu lama2 u akan kawin. Betul tak?” tanya amoi ni ngan muka penuh harapan.
”Tak!!” tak faham bahasa betul la
”Kenapa plak?” soalan sama dia ulang lagi.
”Saya tak ready lagi untuk fall in love” aku senyum, nak redakan kemarahan ni
”Suatu hari nanti, u akan rasa jugak kan. After that, u akan couple…and than kahwin”
“Saya akan pastikan benda tu tak kan berlaku” balasku. Sakit hati btul cakap ngan orang yang tak faham bahasa ni.
”Impossible” sambil dia gelengkan kepala 2-3 kali.
”Betul, saya tak nak kahwin” aku mula tinggikan suara.
”Why?”
”Im Gay!”
Dia terkejut. Rahang bawah dia jatuh, menampakkan mulut dia terlopong. Dan pada masa yang sama baru aku perasan, beberapa lagi pegawai dan kerani bank yang ada berhampiran turut memandang aku. Malunya….
”Owhh.…ok lah. U blh sign dekat sini” sambil dia bagi surat agreement
Saturday, November 22, 2008
Best Blogger Award 2008/09
Wednesday, November 19, 2008
Aku diTagged
Tak tau pulak dari mana asal usul amalan ni. Tau2 je member aku ckp aku dah diTagged? Bunyi cam aku ni barang @ aset untuk ssebuah company jer. Tiba masa nak kena check iventori & seterusnya ditagging.
Nak tak nak, terpaksalah aku bwat tagged yang pembawa virus asalnya adalah Anggerik

3
The rules:
1)Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!.
2) DON’T change your clothes, DON’T fix your hair… Just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this
So, kpd sesiapa yg terbuka blog aku ni….pandai2 la yer. Bwat, jgn tak bwat!