Nuffnang Ads

Saturday, October 25, 2008

SIAPA DIA???

Sabtu lepas aku kn pergi kerja awal sebab nak kena handle satu program family day. So, jam 6.30 pagi dah kena punch card padahal penat malam td (set up meja, sinage, canopy, PA system dan kerusi) x ilang lagi. Sebagai event manager terpaksalah berkorban demi kerja. Huhu

Sampai kat offc aku trus buka file client, risau kut2 ada benda yang tertinggal. Ok semua settle kecuali utk pembayaran, deposit pembersihan, set up catering dan comfirmkn pasal telematch je blum lagi. Masa ngah pening cari contact number pembekal tiba-tiba sebuah motorsikal ‘pelik’ mundar-mandir kat depan offc aku. Aku ingat dia saje nk show of motorsikal dia (yang macam guna bateri sbg kuasa untuk digerakkan). Tapi bila pk2 balik, tak kan la time pagi2 cam ni. Malas nak pk lagi aku buat x tau.


Mungkin dia tgk aku buat x tau dia terus datang dekat. Aku dah mula risau, takut2 dia tu perompak. Dengan pakai beg galas budak darjah satu (gambar Power Ranger) dan baju corak bunga-bunga, aku mula rasa pelik. Orang giler ker? Dalam samar-samar tu aku sempat tgk kasut dia. Colourfull!! Helmet dia lak….wah klakar giler. Rambut dia kerinting macam dibuat-buat. Skali tgk rambut dia cam warna silver, 2 kali tgk cam uban pun ada. Dalam hati aku, mungkin orang tua kurang siuman kut.


Lama aku tgk tapi langsung tak tegur. Dia pun sama. Aku senyum tapi dia tak balas. Muka dia selamba jer. Sah, mesti orang giler terlepas. Cepat2 aku dapatkan motor aku, mana tahu blh mintak tlg guard. Masa nak start motor tu baru lah dia bersuara.


”Abang….” terdgr suara dia panggil aku.


Aku pusing tengok dia. Muka dia masih selamba. Betul ke dia panggil aku? Knp dia panggil aku ‘abang’. Dia tak sedar ke yang dia lagi tua dari aku. Comfirm org gler ni.


”Yap…knp encik?” aku cuba berlagak tenang.


”Saya badut”


”Hahh..!!?” aku terkejut. Mmg serius terkejut. Mana taknye, tiba-tiba ada org yg x dikenali mengaku dia badut.


”Betul ke awak ni clowns?” aku cuba nak dapat kepastian.


“Bos saya cakap sini ada program, jadi saya datang la. Mana tempatnya bang”


Aku pandang dia atas bawah. Ha a la, ko memang badut. Dalam keadaan blur dan masih terkejut tu, aku bukak file aku. Check balik quotation yang aku fax kat client hr tu. Memang betul ada sebutharga untuk badut tu dan aku check balik kat comfirmation letter. Alamak macam mn aku blh terlepas pandang yang client aku memang mintak badut untuk event ni. Tanpa buang masa aku hantar badut tu ke bilik persalinan (nak touch up katanya) dan terus ke lokasi family day tu.


Lepas aku hantar, dia kasi aku belon yang dia bentukkan jadi anjing. Anjing?? Ape2 je lah. Dia sengih. Akhirnya badut yg td muka serius dah mula pandai sengih. Tak lama lepas tu aku terima satu SMS dari staf tempat kerja aku.


Dik, kalau kul 8 badut tu tak datang jgn lupa call James (019-xxxxxxx)

Akak x dpt dtg tau hr ni, mtk tlg saper2 utk bantu awak.

Klu ada masalh call akak.


Dalam keadaan bengang aku sempat senyum. Tak dapat aku bayangkan klu aku report kat guard tadi. X pasal2 aku kn gelak nanti. Ingatkan orang gila rupa-rupanya badut. Patutlah ko nampak pelik. Hehe


Ni la dia badut yang dimaksudkan tu


2 comments:

Princess Hasninuraini said...
This comment has been removed by the author.
Awan Biru said...

Kesian badut tu tau...