Nuffnang Ads

Monday, October 13, 2008

My Blueberry Night

Aku lihat jam ditangan….hampir 8.30 mlm. Masih awal

Cuaca kat luar sejuk, hujan masih renyai

Saat2 romatik cam ni teringin gak nak makan roti or kek

Terus aku capai sweater dan tanpa berlengah aku dapatkan kreta

Memandu sambil menikmati keindahan lampu di sepanjang jalan….cantik

Lagu-lagu country nyanyian Hank Williams dan Jimmie Davis’s …benar2 mendamaikan


Sampai tempat yang dituju, hujan masih renyai

Aku keluarkan payung

Warna hitam menambah rasa klasik

Rasa macam berada kat Paris


Dari jauh aku lihat….Baker’s Cottage

Harap-harap kek tu masih ada

Aku tolak pintu…mataku melilau mencari

Dan pandangan kuterhenti di satu kabinet kaca

Yes..! I will get u my dear….my blueberry cake!


Tanpa berlengah aku cari tray…

Mana tray?

Time2 nak cepat cam ni la aku cari barang tak jumpa

Bukan ape…benda tinggal satu jer, takut dirampas orang

Kupusing belakang…ohh thanks god, ada pun

Terus aku ambil tray dan toleh ke depan…hah?!!

Mana kek aku?


Aku nampak sorang minah menuju ke kaunter

Yang penting kat atas tray dia…kek blueberry aku!

Tidak!!!!

Tanpa fikir panjang aku tahan minah tu

Dan tanpa segan silu aku tegur dia


”Excuse me…its mine” kataku sambil tunjuk ke arah kek tu

Minah tu agak terkejut. Tapi nampak sangat dia cepat2 cover. Good actress la minah nie.

”Ohh really? Tapi tak de tulis pun nama awak kat kek ni”

Tak sangka minah tu jawab cam tu. Terkedu aku

”Tapi saya yang nampak kek tu dulu” aku buat muka sedih, mana tahu dia kesian kan aku

”Awak lambat. Dari tadi saya tengok awak tenung kek tu. Lepas tu awak hilang. Ingatkan tak jadi beli. So, saya ambik la”


Sentap aku dengar…nasib baik ko prmpuan. Kalau laki dah comfirm aku tumbuk

Aku cuba merayu lagi. Mana tahu untung sabut timbul, untung batu tenggelam.


”Awak tahu tak saya drive sejauh 20 km semata-mata nak dapatkan kek ni?. Dan awak tau tak saya nyaris-nyaris terbabas sebab asyik fikir pasal kek ni. So plzzzz…give it to me” sambil betulkan mimik muka, takut xsesuai dengan dialog.

”Dan awak tau tak saya terpaksa berdiet seminggu semata-mata nak makan kek ni?”


Erk?

Aku senyap

Nampaknya alasan dia lagi kukuh

Bukan rezeki aku kut

Lagipun dayus klu aku tak mengalah

Mungkin dia perasan muka aku dah berubah, dia bersuara


”Sory la awak. Saya memang suka kek ni. Let’s say awak ambik egg tart tu” sambil memuncungkan mulutnya ke arah display glass kat tepi kaunter


Aku senyap. Kononnya merajuk la

Aku hanya mampu tengok dia kluarkan duit dari purse

Kalau lah aku boleh putar balik masa…..

Sblum keluar dari kedai minah tu sempat senyum kat aku

Manis gak…

Terpaksa aku balas….pahit sedikit

Aku tengok egg tart tadi

Klu aku tak ambik sekarang ntah dengan minah mana lagi aku berebut nanti

Dengan rasa berat aku ambik, terus ke kaunter

Akak casher yang tadi senyap mula tegur aku


”Kesian adik. Klu adik nak kek tu esok akak boleh simpankan”


Sekurang2nya akak ni buat aku rasa teharu

Kalau dia kakak aku dah tentu dia kena peluk


”Its ok kak. Egg tart ni pun nampak cam sedap”


Aku kuarkan wallet dan terus bayar

Kluar dari kedai tu

Rasa cam lemah satu badan…cam kena hempap batu besar

Hujan makin lebat

Nasib baik aku bawak payung

Aku tengok keliling….kut2 ada yang bernasib malang

Boleh gak aku gelakkan dorang…saper suh tak sediakan payung sebelum hujan

Tiba-tiba jantung berdegup kencang

Minah tadi!!


Dia nampak resah, sambil tengok ke depan

Langsung tak pandang aku

Padan muka ko

Nak je aku pegi kat dia, gelak habis-habisan

Aku bukak payung….

Minah tu tengok, muka agak sayu

Kesian plak aku tengok

Dah la xder orang lain kat situ

Aku mula rasa serba salah

Klau tak tolong rasa bersalah plak nanti

Risau klu2 dia kena ragut

Lagi berat klu kena rogol


Aku beranikan diri

Dia nak ke tak nak itu lain crita

Janji aku dah pelawa


”Tu kereta awak ker?” tak tau cam ne nak mulakan. Terpaksa aku tanya soalan tu. Padahal dah comfirm la tu kreta tu dia punya sbb dari tadi dia asyik tekan alarm..


Minah tu senyap, hanya mengangguk

Klu tadi bukan main panjang jawapan dia

Sepatah aku cakap satu page dia jawab balik

Kali ni x banyak cakap plak

Tau pun malu


”Kalau awak tak kisah saya boleh antar awak sampai kat keta tu”


Dia senyap lagi, cuma senyum

Jual mahal betul minah ni

Tak kan dah jadi bisu, kena panah petir kut


”Jom la. Hujan lebat cam ni susah nak brenti. Lagipun kereta saya kat situ gak, sebelah kreta awak jer” aku lak yang merayu. Lantak la kalau ko fikir aku nak ngurat ko. Yang penting aku mmg ikhlas.


”Xpe la. Nanti nyusahkan awak. Sia-sia awak bawak payung klu basah gak smata-mata nak payungkan orang lain”


Eh, ke situ plak jawapan dia

Dah nama sekaki payung, apa salahnya kalau tumpang sekaki


”Saya tak kisah la. Dah biasa hidup berkongsi. Saya takut awak kena flu nanti, mak awak gak yang susah” sejak bila plak aku concern pasal orang ni.


Minah tu sengih

Cantik gigi…putih

Tu baru gigi, yang lain lagi la putih kut

Aku jalan ke depan sket

Lama aku tunggu…

Aku pandang dia…..sambil senyum (kali ni betul2 senyum ikhlas)

Akhirnya dia datang, berdiri sebelah aku….dibawah payung


Kami menuju ke kereta Satria Neo warna hitam

Bahu aku basah kena hujan, tahan je la

Dalam hati aku nak jer gelak, geli tali pusat

Tadi bukan main lagi minah ni kekwat

Berebut blueberry cake ngan aku, xnak ngaku kalah plak tu

Skarang tiba2 jadi ayu

Nak je aku ketuk kpala dia


Sampai kat keta, aku plak yang kena bukakan pintu

Ni dah melampau…lbey2 lak minah ni

Memang sah yang basah kuyupnya aku

Lepas dia masuk aku tutup pintu keta dia

Tak sempat nak pandang muka dia, aku terus jalan

Tiba-tiba dia bunyikan horn

Apa lak yang minah ni tak puas hati?

Nak sambung gaduh lagi ker?


Aku hampiri keta dia…dan dia buka cermin

Sambil hulurkan something…(cam kenal jer plastic bag tu)


Trima kasih awak. Ambik la blueberry cake ni. Saya belanja”


Aku terdiam….tak tahu nak cakap apa

Biar betik minah ni

Tadi bagai nak rak bertekak ngan aku pasal kek ni


”Eh kenapa lak?. Xpe la, bwat susah2 jer. Lagipun saya dah beli egg tart ni” sambil tunjukkan beg plastik Baker’s Cottage tu kat dia


”Ermm…apa kata awak ambik kek ni. Saya rasa nak makan egg tart plak malam ni”


Pulak dah….

Buang tabiat btol la minah ni

Dalam keadaan blur tu aku bagi egg tart tu kat dia

Dan aku ambik kek blueberry tu dari tangan dia

Dia senyum….


Sambil berlalu dia sempat melambai tangan


Dalam hati…gembira tak terkata

Akhirnya Blueberry Cake jadi milik aku

??? Alamak, x sempat nak tanya nama minah tu

Ape2 pun thanks…..’Gadis Blueberry’


Mungkinkah kita akan jumpa lagi?



Lokasi yang menemukan aku dgn Gadis Blueberry


1 comment:

Awan Biru said...

Dah macam cerita kat novel pulak. So sweet.