Nuffnang Ads

Sunday, October 12, 2008

Nikmati Kesunyian….terima seadanya

Paling x suka bila tiba2 rase sunyi…
Semua benda yg aku buat rasa x kena
MASKULIN yang sama berkali-kali aku belek tapi isinya langsung tak baca
Selalu jugak lampu tido IKEA aku jadi mangsa..on…off..on ..off
Tgk hp tp x der org nk hantar SMS, jauh skali MMS
Nak call kawan x der mood, nak call family tkt mengganggu


Langsir MACY aku selak, untung kalau nampak orang yang aku kenal
Tapi hampa….
Kereta yang lalu lalang aku kira
Satu demi satu
Tak de apa yang menarik kecuali penat yang kudapat
Masuk kiraan yang ke 225 aku stop!
Kalau aku terus mengira sampai esok pun x habis
Nak tengok bulan tapi x nampak kelibat
Nak tengok bintang tapi x jelas dimata


Kluar bilik pegi ruang tamu…
Bukak tv tp xder citer best
Pandang bilik housemate…sunyi…..(kerja banyak kat lab agaknya)
Masuk bilik air,
Nak gosok gigi pun awal lagi..
Nak kencing tak kluar (baru 10 minit tadi dah kencing)


Masuk bilik smula…buntu x tau nak bwat aper
Aku bukak boxerku….(cantik RENOMA ni)
Hrmmmm…
Ni la satu2nyer cara nak hilangkan rasa sunyi kut
Aku pikir..pikir dan pikir lagi…….
xnak la, x der mood (lagipun baru jer lps)


Beg pejabat aku selongkar
Jumpa ipod yang dah lama aku x usik
Kecewa sebab bateri dah weak
Lalu kucapai Sony Discman Player….pun sama
Kucuba buka Apple i-book, teringin nak tengok kenangan2 lama
Tapi lupa lak yang hard discnya belum dibaiki lagi
Ku cari PALM PDA tapi ntah ke mana hilangnya


Beg tadi aku selongkar lagi
Multivitamin, Beta carotene & Calcium Plus aku telan untuk kali ke 3
Nak telan lagi sekali takut overdose
Nasib baek tak de ubat tido, kalau tidak ke kubur ke hospital sudahnya


Nak hisap rokok x der rokok (lagipun aku x hsp rokok)
Lighter kat tangan dah jadi panas…dari tadi aku petik
Nak tunggu gas habis lama sgt
Terus campak masuk dalam tong…(tepat)
Bangun ambil semula takut housemateku cari x jumpa…
Ada paper kat tepi tong sampah rupanya
KOSMO!
Aku ambil dan kubaca (termasuk ruangan sukan yang tak pernah aku hiraukan sblm ni)
Hampir sudah baru kuperasan….
Rupa2nya paper tu paper lama (yang mungkin dah kali ke 3 aku baca)


Ape nak bwat nie….???


Jeans Philosphy Men kusarung
CK EDT yang tinggal nyawa-nyawa ikan ku spray
T-shirt Top Man hitam kegemaran kucapai
Jam tangan….paling penting


Dah lama tak pakai jam CROCODILE pemberian abah
Tak lupa lip balm from The Body Shop aku oles…bau strawberry yang begitu menyenangkan
Cari kunci kreta tak jumpa….(garu kepala yang sah2 tak gatal)
Ohww…kat dlm kocek sluar rupanya


Keluar rumah….
5 meter di hadapan kulihat kelibat guard
Nak senyum tapi dia masam
Nak tegur takut tak jawab
Nak sembang tak tau topik yang sesuai
Nak pegi pukul tapi apa salah dia?
Buat tak tau je lah….


Tiba-tiba terserempak dgn kucing
Terkejut beruk ingatkan anjing
Kalau la kucing ni boleh bercakap….kan best
Macam-macam aku nak tanya
Mana tahu mungkin kami boleh jadi kawan baik
Tapi aku pasrah…rehda dengan ketentuan yang kucing mmg xkan boleh bercakap


Myvi SE putihku ada didepan…rindu bila 2 hari tak drive
Tapi aku patah balik
Masuk rumah, masuk bilik…
Pakai handcream……… (saje nak lengahkan masa)
Puas hati….baru aku kluar semula
Sampai kat kreta baru kuperasan
Kunci tertinggal kat bilik rupanya
Dalam hati aku senyum….sekurang2nya masa yang terluang dah digunakan


Setelah dapat kunci, aku start enjin
Terpikir juga ke mana haluannya?
Nak pegi shopping tapi dah lewat
Nak masuk office tapi x der keja
Aku pasang radio…..
Pun bosan….
Bila time nak dengar DJ berceloteh, lagu plak yang kedengaran
Terus aku masukkan CD
Bunga Cinta Lestari….suara best tapi kalau dah hari2 dengar…bosan gak
Jac (Inilah Cinta) Ermmmm..not bad
Lagu ”Layu Sebelum Berkembang” mengiringi perjalananku…Tapi ke mana?


Sampai Shell…ok gak kalau isi minyak (walaupun tangki dah penuh ngan petrol)
Sampai kat kaunter aku patah balik ke kreta (Bonus Link Card tertinggal)
Selepas isi minyak aku masuk semula dalam kedai….beli snack
Beli top up tapi bukan MAXIS.
Satu CELCOM satu DIGI…
Nombor siapa yang aku top up kan pun aku tak pasti
Ke mesin ATM untuk top up Touch n Go (walaupun jarang2 aku guna)
Beli Glade…ganti baru (padahal yang lama separuh pun tak sampai lagi)


Masuk kreta…..
X tau lagi hala tuju
Aku park kat tepi Shell
Cuba pejamkan mata
Tapi alunan lagu Sean Ghazi yang mengasyikkan x mampu melelapkan mataku
Mungkin secawan kopi boleh merubah segalanya


Aku ke kedai mamak….Maulana
Lokasi yang selalu aku singgah sbb view yang cantik (rumah kat situ cam umah Carrie Underwood dlm Sex And The City)


X lama lepak aku angkat kaki
X slesa bila ramai yang memandang
Mungkin pelik lihat aku minum 3 gelas ais lemon tea


Kakiku singgah di 7 Eleven yang tak jauh dari situ
Slurpy cup saiz paling besar aku ambil….
Erk..?!! Ada perasa baru?
Why not aku try…
Tiba-tiba aku terpandang Maggie cup
Terus kuambil, kubuka dan ku masukkan air panas


Hampir setengah jam aku di store 7E
Membelek majalah sambil menikmati mee maggie
Tertarik dengan rencana pada akhbar BERITA HARIAN…”Esok Lebih Baik”
Dan untuk item yang terakhir…Yes…!!…ada pun
Black Forest Cadbury chocolate bar x lepas dari tanganku


Aku ambil kereta…terus pecut
Terdetik dihati nak tengok wayang
Sorang diri??? – mmg dari tadi aku sorang diri


Tayangan larut malam…Mamma Mia
Dah lama tak tengok cerita muzikal
Lagipun rindu nak tegok lakonan Meryl Streep
Walaupun tak sama watak yang dibawa dalam The Devil Wears Prada
Terus aku minta 1 tiket
Tapi jurujual tu pandang pelik….terkesima agaknya
Xnak tengok dia terus diselubungi rasa pelik, aku minta 1 lagi tiket
2 tiket untuk satu seat..
Dalam tak sedar aku tersenyum…..


Kiri & kanan aku …..kosong
Yap…aku seorang diri
Cuba hiburkan hati sedaya yang mampu
Walau rasa janggal gelak seorang diri
Walau rasa kekok menangis seorang diri
Mamma Mia….nice story tapi x sehebat Hair Spray


Keluar panggung punggung rasa penat…lenguh
Semua pasangan asyik bercerita pasal wayang tadi
Masing-masing bagi ulasan…
Nak curi dengar takut dikatakan bzbody
Terus aku ke mesin tiket parking
Alamak…!! Cash money dah abis!
Kenapa aku x perasan tadi?
Memang patut aku mandi bunga….buang sial yang ada
Supaya x der lagi kecelakaan
Dan yang penting……. kesunyian


Aku meraba-raba poket….tepi, belakang, depan
Nasib baik aku teringat
JUSCO card kan ada….
Buat kali ke 3 aku tersenyum lagi
Senyum sendirian…….


Perjalanan pulang…..
Jalan raya lengang…ramai yang dah tido agaknya
Mula aku rasa cemburu…mungkin ramai yang sedang bahagia dgn pasangan masing2
Tak macam aku…..seorang diri
Terasa juga nak pegi ketuk setiap pintu rumah
Nak ucapkan ”Selamat Berbahagia”
Dan sampaikan pesanan penting….”Jangan Lupa Pakai Kondom”
Tapi siapalah aku..? bukannya Menteri Kesihatan
Lagu ”Mengapa Dirindu” dari Klasik FM sekurangnya dapat merawat hati ini


Sampai di rumah……


Sneaker ADIDAS kucampak ketepi
Aku jalan perlahan menjengah ke bilik housemate….risau jika dianggap perompak
Tak nak sejarah lama berulang (nyaris ditikam pisau)
Dah tido….penat agaknya
Di hadapan pintu bilik aku tertampal sekeping nota
”SELAMAT MALAM”
Dan untuk kali ke 4 aku tersenyum
Thanks Bern….


Berkali aku menguap
Dah tiba masanya untuk aku pejamkan mata
Ku capai tuala dan terus ke bilik air
Gosok gigi…..(2 minit aku termenung – Colgate @ Fresh n White?)
Colgate akhirnya jd pilihan
Dan The Body Shop Vitamin C Face Polish untuk sentuhan terakhir…..segar dengan aroma orange
Inner Shine Pati Prun kuteguk
Ummphhh….rasa manis yang tak pernah aku lupakan


Bila nampak katil depan mata….
Tak sabar rasanya….menikmati malam yang agak dingin
Sambil baring dan memeluk bantal bulu angsa (it’s pink)
’Semoga esok lebih baik’
Aku tersenyum….ya untuk kali ke 5
Kesunyian….xlah seteruk mana………


3 comments:

mohd firdaus said...

bukan carrie underwood but her name was carrie bradshaw...acted by Sarah Jessica Parker

Oasis said...

typing error la tue...

Awan Biru said...

Panjangnya tapi best.
Coklat Black Forest memang best sangat.
Mamma Mia tak pernah tengok. The Devil Wears Prada memang best jugak.