Nuffnang Ads

Thursday, October 30, 2008

Pantang Larang vs Kempunan

Masa bulan puasa hari tu aku teringin sangat nak makan nasi himpit berkuah kacang. Boleh dikira siang malam asyik terbayang. Aku harap bila time raya dapatlah nanti merasa keenakan kuah kacang tu. Tapi malangnya xder rumah yang menyediakan juadah tu. Yang ada nasi dagang, laksa, nasi minyak, nasi kerabu, roti jala dsbnya….


Akhirnya semalam kakak aku jemput datang rumah. Ada buat makan-makan katanya sempena open house. So malam tu aku pergi lah umah along. Ramai gak orang yg datang. Salah 1 daripada menu yang dihidangkan adalah nasi himpit + kuah kacang. Apa lagi, dah lama mengidam… aku balun puas-puas. Tak cukup ngan nasi himpit aku makan dengan roti, habis satu plastik roti. 2-3 mangkuk gak la kuah kacang aku habiskan. Along tanya, tak takut ke? Buat apa nak takut, bukan ada racun pun. Tak kan la kakak nak racun adik sendiri.


Pagi esok tu aku mandi nak pergi kerja. Terpaksa bangun awal sket takut x sempat sebab aku tido umah kakak aku. So agak jauh sket la dari tempat kerja. Aku gosok gigi cepat2. Cari cermin tak jumpa…malas nak cuci muka aku terus mandi. Lepas pakai baju aku sarapan kejap bersama ngan anak buah aku. Kejap lagi nak kena hantar dia pergi sekolah lak. Masalahnya punya la lambat dia makan. 4-5 kali aku tengok jam kat tangan, comfirm smpai lambat nanti.


Dalam perjalanan nak hantar anak buah aku ke sekolah tu otak aku ligat cari idea cam ne nak bagi alasan lewat datang kat bos aku. Punya lah aku pecut laju. Skali skala aku toleh ke sebelah, tgk anak buah aku. Dia pandang aku lama, tak pandang depan pun. Mungkin takut sebab aku drive laju kut….


” Pok cik (pak cik), knp ngan muka pok cik?” anak buah aku tiba-tiba bersuara. Biasanya klau nak pergi sekolah dia senyap jer, tak bunyi suara langsung. Sama mcm aku dulu-dulu gak la.


”Kenapa afiq? X handsome ker? Pok cik lupa la nak sikat rambut tadi” jawab ku. Mentang2 la ko bwat rambut spike, nak kutuk rambut pak cik ko la…kuang ajar punya anak buah.


”Muka pok cik kena nyamuk ke? Kat bawah pipi tu. Ada dua” sambil dia tuding ke arah pipi aku”.


”Ek?” aku buat2 tak endah. Tak kan nyamuk kut.


Aku cuba raba pipi. Aduh! Sakit….! Aku betulkan cermin kereta, nak tengok kesan gigitan nyamuk tu.


”Hahhhhhhhh??!!!!”, aku menjerit. Terus aku berentikan kereta. Emergency break lak tu. Anak buah aku hampir terkejut. Nasib baek pakai seat bealt.


JERAWAT!!!!


Hampir nak pitam aku rasa. Makin tension dibuatnya. Cam ne aku nak bwat ngan muka aku ni? Terpaksalah cari Tea Tree Oil Lotion kat The Body Shop nanti.


”Sakit tak pok cik?” soalan yang memang xder mood aku nak jawab


Huhu. Setiap kali aku makan kuah kacang, cam ni la akibatnya. Terus naik jerawat. Tapi klau aku tak makan kempunan la jawabnyer. Nak tak nak, terpaksalah terima risiko. Makin serabut rasenye kepala aku. Dah tak pikir langsung pasal lewat datang kerja. Lantak lah. Kalau nak fired aku pun suka ati awak la En. Mawi. Terus aku ambil phone dan antar pesanan ringkas kat kakak aku


Along, muka orang naek jerawat. 2 biji!!!


Lepas antar anak buah aku ke sekolah, aku terus ke tempat kerja. Agak lewat sampai. Masa nak punch card, bos aku pandang sambil senyum. Aku naek heran gak. Ye la, aku datang lambat tapi dia cam tak marah. Boleh senyum lagi.


”Kenapa lambat”?, bos aku tanya. Alamak cam na nak jawab nie


”Sorry En mawi. Saya tido umah kakak saya semalam. Saya bangun lewat. Pastu kena antar anak sedara saya gi sekolah lak. Dia tertinggal van sekolah” aku cuba senyum, mana tau hati dia leh jadi lembut.


”Owh ye ker… bukan sebab muka naik jerawat 2 biji?”


Eh…mana dia tau crita ni? Aku blur sekejap. Bos aku gelak….cis berani ko En. Mawi. Baru aku teringat. Comfirm!! Aku bukak hp, tengok kat sent item. Patutlah…aku salah antar mesej tadi. SMS yang sepatutnya aku hantar kat kakak aku dah terhantar kat bos aku. Adoi….bala lagi.



Nampak tak 2 biji jerawat kat pic yang tengah tu


3 comments:

nurulhas said...

alah apa nak takut...bikin kelam kibut segala..alahai jerawat tumbuh 2 bijik pun dah gelabah...muka sy ni penuh jerawat..i buat2 x kisah pon...i'm think u r metrosexual man type...

Oasis said...

Haha...xde la, i org biase2 jer....

Awan Biru said...

Hahaha... kalau Awan, lantaklah makan apa saja daripada kempunan.