Nuffnang Ads

Thursday, October 16, 2008

HUJAN LAGI

Tiada apa yang lebih indah melainkan hujan
Menikmati keasyikan titisan hujan
Mengimbau kenangan suka-duka
Teringat pula masa zaman kanan-kanak dulu…zaman yang tak pernah kenal erti malu…dan erti bahaya

Satu peristiwa yang tak pernah aku lupakan
Kenangan bersama kami adik beradik
Aku, kakak dan adikku….

Masa tu hujan lebat. Kebetulan pula hari tu ada pasar malam. Biasanya setiap minggu kami akan ke pasar malam untuk membeli makanan. Kerepok lekor, tapai goreng dan burger adalah senarai wajib yang mesti dibeli. Ma dan abah dah pesan supaya kami tak keluar rumah. Tapi tanpa pengetahuan mereka kami keluar. Kakakku berpesan, walau apa pun yang akan berlaku jangan sekali2 bagitau pada ma dan abah. Hanya dengan sekaki payung kami bertiga meredah hujan. Masa tu kesejukan dek kena hujan lebat langsung tak terasa. Hanya perasaan takut bermain difikiran. Terbayang rotan yang bakal singgah di badan kami kalau ma dan abah tahu.

Sampai dihujung simpang jalan, tangan kakak kupegang erat begitu juga dengan adikku. Kami mula melintas, menyeberangi jalan raya setelah dipastikan semuanya selamat. Tiba-tiba sebuah motosikal datang, memecut laju. Tanganku seperti disentap kuat. Ya Allah, adikku!

Aku terpaku, badanku menggigil. Kakakku menjerit melihat adikku yang digilis motorsikal. Payung yang kami bawa tadi hancur. Tak dapat aku bayangkan keadaan pada masa itu. Kami hanya berharap adikku selamat. Orang ramai mula berkumpul, menambahkan keresahanku. Aku mula menangis…begitu juga kakakku.

Tuhan Maha Kaya. Seakan sukar untuk percaya. Adikku terus bangun, seolah tiada apa yang berlaku. Walaupun motorsikal tu rosak teruk, pecah sana-sini. Mungkin dia takut…ya takut jika ma dan abah tahu. Orang ramai yang menyaksikan kemalangan turut terkejut, seolah tidak masuk akal. Ada yang ingin menghulurkan bantuan, menghantar kami balik ke rumah. Tapi kami terpaksa menolak dan merayu supaya mereka tidak memberitahu ma dan abah.

Dalam keadaan basah kuyup kami pulang ke rumah. Aku dan kakak memimpin adikku. Pelbagai perasaan berbaur dalam fikiran. Bagaimana ingin berhadapan dengan ma dan abah. Bagaimana jika mereka tahu..Sampai dirumah, kami masuk melalui tingkap bilik. Risau kalau2 adikku demam, kami terus ke bilik air untuk mandi. Seluruh badan adikku kami periksa. Ada sedikit luka tapi langsung dia tak menangis. Mungkin masih takut. Kami masuk ke bilik, mengunci rapat pintu dan menyapu luka. Adikku mula menagis…..Akhirnya kami semua tertidur dalam kesejukan malam. Tanpa keropok lekor, tanpa tapai goreng dan tanpa burger

Dan sehingga kini, tiada siapa yang tahu peristiwa tersebut….
Ia kekal menjadi rahsia….
Rahsia kami bertiga

Kepada adikku Mirah…

Seakan pantas masa berlalu
Sekejap rasanya kau membesar di depan mata
Tak puas menikmati zaman nakal bersama
Gembira, gelak tawa dan menangis bersama
Mendengar cerita dan lagu dodoi bersama
Berat rasanya mahu melepaskanmu

Tapi itu tuntutan agama…tuntutan naluri manusia
Untuk mengikut jejak Along dan Angah
Selamat Pengantin Baru…..My Little Sweet

My Little Sweet


1 comment:

Unknown said...

Sekarang Awan dah tahu. Hahaha... Syukur tiada apa-apakan. Saudara bila lagi nak makan nasi minyak.