

Diet Lip Balm dari skin Food ni cam krim bibir ajaib. Bagi sesape yang sedang berdiet, better try produk ni. Sapu pada bibir sebelum makan, pastu nafsu makan korang akan kurang. Dulu aku selalu pakai setiap kali bulan puasa. Bibir pun tak nampak kering atau over kilat. So sesuai lah untuk lelaki.
Yang ni pula Lip Essence from Skin Food gak. Kat butik area Malaysia ni aku tak sure ada ke tak item ni. Sebab dulu member yang bagi present masa dia bercuti di Korea. Yang bestnye rasa kopi tu...dan bau dia gak.

Produk ni antara produk yang paling murah sekali. Petroleum Jelly dari Vaseline ni harga sekitar dalam RM4.90 je. Sangat tahan lama. Lagipun banyak kegunaan selain daripada melembabkan bibir.
Salah satu daripada produk paling laku kat Cosway. Dulu aku pernah guna untuk dua tube. Selain daripada buatkan bibir korang nampak pink, korang jugak blh sapu pada bahagian puting dada. Memang berkesan. Dalam masa seminggu pun dah nampak perubahan warna.
Nivea Lip Care perasa cherry. Warna agak merah. Sebagai panduan kalau lelaki nak pakai, pastikan sapu tipis je kat bibir tu. Pas tu lap sikit ngan jari. Kalau tak memang bibir korang akan merah giler2 punya. Tapi nk hilangkan bibir yang terlampau kering tu, memang cepat kesan dia.
Sekali tgk cam lip balm dari jenama The Body Shop je. Tapi produk ni dari The Face Shop. Harga lebih murah berbanding The Body Shop. Bau oren ni kalau lama-lama cium dah cam tak best sangat dah..
Born Lippy, lip balm dari The Body Shop. Krim ni warna putih. Sekali pakai kat bibir cam nak meraung je. Sejuk giler. Dulu aku selalu pakai masa dalam kelas, nak elak rasa mengantuk.
Ini pun dari jenama yang sama cuma rasanye lain. Betul-betul macam bau kelapa. Lip butter ni sebenarnya lebih sesuai kalau pakai time musim sejuk untuk elakkan bibir merekah.
Produk paling aku suka. Selain dari rasa selamat (sebab produk ni organik), rasa dia pun menawan gak coz ada mint sket. Tak perlu sapu tebal sbb efect dia pun serta merta. Dan yang penting tahan lama kat bibir.
Kiehl's Lip Balm ni beli sebab terpengaruh ngan promoter butik ni kat Mid valley. so beli je lah satu. Pakai tak sampai habis pun sbb tak berapa nak suka ngan rasa agak chemical. Tapi bibir yang kering jd lembap trus walau sekali sapu.
Sapu marjerin atau planta pada bibir korang. Jangan sapu siang hari, nanti nampak lain macam lak kan. Sapu time malam, masa korang nak masuk tido. Esok pagi korang akan rasa bibir korang akan lembab dan lembut.
Kalau bibir korang kering dan menggelupas, jangan tarik atau kopek. Tapi cara paling cepat, ambik tuala kecik dan basahkan dengan air. Pastu gosok pada bibir sehingga lapisan kering hilang.
Oles madu kat bibir korang sebelum masuk tidur. Lagi senang buat selepas korang minum madu. Manis madu tak mendatangkan semut, so jgn risau takut bibir bengkak digeget semut.
Kalau bibir korang hitam atau tak berapa nak merah, amalkan petua ni. sapu hirisan lengkuas pada bibir. Sekurang2nya sekali sehari. Confirm bibir korang jadi merah. Tapi ingat, bibir mestilah tak kering. Kalau tak, bibir korang akan betambah merekah nanti.

Comel bila tengok budak-budak perempua main barbie
Parent pun sebenarnya suka belikan anak mereka dengan pelbagai alat permainan
Soft toys mungkin paling sesuai untuk kanak-kanak bawah 3 tahun

Ni soft toy yang aku beli kat ikea. Setiap kali pergi aku akan beli satu
Ni sebahagian dari kereta-kereta yang aku kumpul. Sikit-sikit lama-lama dah jadi banyak dah
Ni pula kebanyakannya daripada mac donalds. Setiap minggu mesti aku pergi dapatkan di restoran yang berhampiran
Ni pun sama. Ada dari Mac Donald's dan ada yang dari KFC


Gambar disebelah kiri kelihatan kutil yang durjana. Disebelah kanan pula menunjukkan jari jemari yang bebas dari masalah kutil. Perubahan hanya dalam masa 8 hari
Krim magik yang dimaksudkan. Hand salve daripada 