Nuffnang Ads

Monday, December 13, 2010

Skin Food Product....the last item for this year


Bila dah hampir ke penghujung tahun ni, banyak pula barang-barang yang perlu dibeli terutamanya toiletries (yang selalu habis diguna) seperti body spray, syampu, sabun dan sebagainya. Sebab itulah memang patut jika semua majikan di seluruh Malaysia memberi bonus kepada semua pekerja.
***
Dan untuk hujun tahun ni juga, fikiran agak resah bile mengenangkan pencuci muka yang nyawa-nyawa ikan. Jadi dengan langkah yang agak berat kuredah jua ke pasaraya berhampiran untuk mencari my favorite cleanser iaitu Skin Food. Tapi hati tiba-tiba dirasuk untuk membeli pek promosi yang hanya dijual sempena musim perayaan krismas ni. Nasib baik harganya tidaklah terlalu mahal.

Twin Pack yang mengandungi 50 ml Fresh Aloe & Rise Mask Wash dengan harga RM26.00 sahaja. Terus beli tanpa fikir panjang bila promoter kata sesuai dengan kulit aku.

***

Packaging yang cantik dan simple juga sesuai untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan.



Alang-alang jejak kaki ke sini, aku turut borong krim tomato ni satu. Nampak macam comel. Tapi harga agak mahal sedikit, RM79. Krim ni sesuai untuk sembuhkan parut atau kesan jeragat. Bau dia memang best


Tomato Sun Cream ni memang dah lama aku pakai. Biasanya guna bila bila nak buat aktiviti outdoor. Senang sapu dan berkesan.
***

Itulah dia. Kalau nak habiskan duit memang sekejap saja kan. Tapi kalau nak dapatkan duit, berpeluh satu badan pun belum tentu lagi. Kepada mereka yang pernah pakai produk Skin food ni pergilah menjengah di outlet berhampiran. Ada banyak promotion pada harga yang menarik. Aku memang suka produk ni sebab bahan-bahan yang digunakan kebanyakannya daripada makanan seperti keju, coklat, buah-buahan, gula, susu, coffee dan sebagainya. Rasa macam sapu makanan kat muka.
***
p/s: Jangan ingat lelaki tak tau jaga muka.
***

21 comments:

D' Hasnie Aini said...

wah2....bagus2..i like jejaka yg pndai jaga kecantikan nie... :)

Oasis said...
This comment has been removed by the author.
Oasis said...

d'nuraini:
hehe...terima kasih. Lagipun klu ada kelapangan tu tak tau nak buat ap. So, kita relaxkan muka kita...

Salam blog buat anda..

D' Hasnie Aini said...

eemmmm...sy nx suh my future husband mengamalkan pr0duk yg awk pkai kan ini...

Oasis said...

d'nuraini:

Haha. Bagus2. nanti suh dia jumpa saya. Saya akan syorkan produk yang sesuai.

D' Hasnie Aini said...

hehehehe...eerrmmm..biler tue??
mesti dia tx mau..hik3...awk...ajar sy cara nx follow member2 kat bl0g nie...

Mak Su said...

wow! malulah dgn oasis, tentu muka oasis licin bak porselin, ni bukan lawak2 tau, serius

Oasis said...

D'nuraini:
Owhh senang je. Awk gi kat setting, mskkan my blog list. Utk add blog lain, gi kat setting bwh dia tu. Pastu add..

Mak su:
Xde la mak su(tersipu2). Cam bias je. Tapi adalah perubahan sket. Skrg ni dah msk 6 bln guna.

D' Hasnie Aini said...

0k i try.......

Zulfahmi Abidin said...

owh.kau nie pelik lah.ari tuh pasal pensil.nie pasal pencuci muke.aku tak hirau pon pasal muke aku.tak pnah pkai pon semua nie.grrrr

Terkini: Lady Gaga berlakon filem 10 tahun dulu | Berite sensasi jam pukul berape tah aku tak ingat | Result aku dah keluar. Kenape ade subject FB-zik pulak nie

Oasis said...

Zulfahmi:
kahkah.... hang ni lawak betul la. Kau muda lagi bro, tak risau sgt. Kitaorg yang dah semakin meningkat umur ni kena la jaga lebih sikit. Kalau tak, tua nanti baru nak nyesal.

Rohani Hashim said...

wadi...waaa beshnyer memborong brg2 utk muka. ok eh gune skin food tuhh??

ahhaa bleh rekemen kat MZ nanti ;)

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

ha... ha.... sekarang ni lelaki dah tahu menjaga imej dan penampilan diri tau

Aleen Aiden said...

hu3.ramai je lelaki yg pentingkan benda2 camnih..syabas utk anda.agaga~~ :P

Unknown said...

eh! ko pun jaga muka ke? aku ni malas sikit... hehe

Oasis said...

alfanizam:
Terima kasih. Habiz tu pkai ap? hehe

aleen:
Terima kasih. ramai je. Plg kurang pun diaoarng ad pencuci muka. Itu dah memadai...

Nik Irfan:
Jgnmalas sangt bro, nanti menyesal...haha

Tuya said...

my hubby pakai mine facial wash,shower gel yang wangi tu..losyen saya pun dia tibai.. hari tu i pakaikan mask untuk dia. eh tak pelik apa. Sbb dia nk putih..kihkihkih

Hookahloungeoanh said...

Zulfahmi: kahkah.... hang ni lawak betul la. Kau muda lagi bro, tak risau sgt. Kitaorg yang dah semakin meningkat umur ni kena la jaga lebih sikit. Kalau tak, tua nanti baru nak nyesal.

Ateezy Grayson said...

hu3.ramai je lelaki yg pentingkan benda2 camnih..syabas utk anda.agaga~~ :P

Unknown said...

oakley sunglasses cheap, burberry outlet, nike shoes, oakley sunglasses, prada handbags, air max, ugg outlet, louboutin, tiffany and co, ray ban sunglasses, longchamp outlet, replica watches, tiffany and co, louis vuitton outlet, michael kors outlet, louis vuitton handbags, polo ralph lauren outlet, louis vuitton outlet stores, michael kors outlet, ugg boots clearance, ray ban sunglasses, michael kors outlet, uggs outlet, louboutin shoes, christian louboutin, air max, oakley sunglasses, gucci outlet, polo ralph lauren, michael kors outlet online sale, tory burch outlet, oakley sunglasses, louis vuitton, cheap uggs, prada outlet, nike free, longchamp handbags, michael kors outlet, rolex watches, chanel handbags, uggs, ray ban sunglasses, louboutin outlet, louis vuitton outlet, jordan shoes, michael kors outlet, burberry outlet, longchamp handbags, cheap oakley sunglasses

Unknown said...

v5n74b0m74 i4f21t5i52 m0n43j7z72 m1d86w6s94 d0f71s8o01 f5m81k7k36