Nuffnang Ads

Saturday, December 11, 2010

O' BON.......Something different to Go For Green




Masa pusing-pusing sekitar Mines Shopping Fair semalam, terjumpa satu stall ni yang menjual barangan O'Bon. Produk ni betul-betul menarik perhatian kerana konsep yang cuba disampaikan.

Produk yang dihasilkan adalah dari bahan surat khabar yang dikitar semula dan dijadikan pensil, buku, kalendar dan notebook. Biasanya kita sedia maklum pensil yang selalu kita guna (terutama pada zaman sekolah rendah) diperbuat daripada batang pokok. Untuk menjadikan ia sebatang pensil, pokok terpaksa ditebang maka secara tidak langsung ia akan menjejaskan hidupan liar dan habitatnya. Jadi sebagai sokongan untuk sama-sama menjaga alam sekitar ni, aku pun beli satu set pensil ni.


Bukan hanya sekadar konsep tapi packaging produk ini juga sungguh menarik. Misalnya set pensil ini yang diinspirasikan dari kuda belang ni.


Di bahagian bawah tertera bahan yang digunakan untuk membuat pensil ni.

Di bahagian belakang juga turut disediakan informasi tentang haiwan tersebut yang sangat berguna terutama untuk kanak-kanak.


Selain daripada zebra tadi, terdapat pelbagai lagi pilihan haiwan seperti katak, harimau, burung dan sebagainya. Set ini pula mengandungi 10 batang pensil pada harga RM10.90 sahaja.

Ini pula buku yang dihasilkan. Walaupun menggunakan bahan terpakai tetapi kualitinya sungguh mengujakan.

Jika anda kurang berminat dengan konsep haiwan-haiwan tersebut, O'Bon juga turut mengeluarkan produk bermotifkan buah-buahan seperti strawberry ni.


Jadi kepada anda di luar sana bagaimana? Berminat? Sempena musim kembali ke sekolah nanti, dapatkanlah beberapa produk O'Bon di kedai berhampiran. Dengan membeli produk ini secara tidak langsung kita boleh mendidik anak-anak kita tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Anda boleh mengunjungi http://www.myobon.com/ atau http://www.vive.com.my/ untuk maklumat lanjut tentang produk ini.


10 comments:

rATu kEBaYA said...

bagus ye.. packaging yang menarik minat anak2... info pun yg bermanfaat..

Oasis said...

rATu kEBaYA...
ha a. Lagipun kotak pensil tu boleh dikitar dan dijadikan penanda buku...

Mak Su said...

wow! menarik!

Oasis said...

Mak su...
jgn lupa beli satu...buat hiasan pun cantik. Sy pun yg nak guna.

Zulfahmi Abidin said...

so kalau pengganggur mcm aku nie mcm mane pulak.bahhahaha.pakai pen kilometriko jelah aku nampaknyer..^_^ owh lupe.buku 555.

Terkini: Berite sensasi jam pukul berape tah aku tak ingat | Result aku dah keluar. Kenape ade subject FB-zik pulak nie | Lepak Mamak

Oasis said...

Zulfahmi:
haha...bukannya mahal sgt pun. Menganggur tak lama, banyak kerja tgh menanti kat luar sana tu.

ANATI SOKI said...

packaging tuh. comel.. pandai diorgn menarik perhatian kids untuk beli and guna stuff tuh :)

Oasis said...

Anati Soki:
Yup..selain drpd wild life ni, drg gak guna karektor kartun terkenal cam watak mr. Bean dan Totally Spice..

Thanks sudi melawat blog saya..

zOuL.MzMn said...

gilelah...2-2 ade...iphone 4g n BB

canggih lah lu bro..

Oasis said...

Zoul...

haha. Tq. tu je yang mampu bro.