Nuffnang Ads

Sunday, December 5, 2010

Pelengkap Hidup

Selamat kembali diucapkan buat diriku yang lama telah menghilangkan diri. Kepada rakan-rakan blogger yang lain, terima kasih kerana masih setia memaparkan cerita-cerita yang menarik. Kalau ada kesempatan nanti, aku akan mengunjungi blog kalian nanti.

Dengan kemudahan yang ada nanti, aku akan cuba untuk sentiasa memperbaharui berita atau coretan buat pengunjung setia blog. Dan untuk tahun 2010 ini, rasanya hampir lengkap impian aku untuk memiliki gadjet-gadjet yang diidamkan. Bukannya apa, semua ini untuk memudahkan urusan sama ada urusan kerja, sosial dan sebagainya.

Inilah dia yang sempat aku miliki buat masa ini:




iPhone 4

Kalau hujung tahun lepas aku menggunakan iPhone 3Gs, kali ni aku upgrade ke iPhone 4. perbezaan paling ketara adalah pada skrinnya dimana ia menggunakan Retina Display yang membuatkan imej kelihatan lebih tajam. Selain itu, fungsi kamera depan juga sangat membantu terutama untuk mengambil gambar dan membuat panggilan video dengan menggunakan Face Time.





BlackBerry Curce 3G

Disebabkan sering dipulaukan oleh rakan serumah dan kawan-kawan rapat (membazir kredit kalau ber SMS dengan aku), terpaksalah aku angkut BB ni satu. Ternyata gadjet ini membantu terutamanya di kala aku keluar out station. Jadi tiada masalah untuk aku membuka dan memberi respon segera terhadap email yang dihantar. Apa yang paling penting aplikasi BBM yang sangat popular di kalangan pengguna BB ni betul-betul menjimatkan duit.....

Next year aku akan cuba untuk dapatkan iPad pula. Tara.......


6 comments:

Rohani Hashim said...

waa wadiii...beshnyer, yg 3gs tuh bak sini sedekah ka thany ;)

Oasis said...

Lor....hany ni lambat sket je. Dah bagi kat org lain dah 3Gs tu. Hehe

athirahassin said...

bahagianya dia... 2 skali.. adeh...

Oasis said...

athirah:
Xde la, cukup sekadar memudahkan urusan seharian.

Tuya said...

dah dapat iphone 4? yang iphone 3gs ni pun tak khatam lagi. Kalau tolak agak2 berapa dapat ye. Ipad my father baru beli last month. Patutnya kena tunggu dlu sbb ipad baru akn keluar bulan 2 2011.

Oasis said...

Tuya:
Hari tolak dapat lah dalam RM1000. kalau jual kat member2 lagi mahal kut. ipad 2 keluar bulan 5 2011. hehe