Nuffnang Ads

Sunday, June 19, 2011

Jangan Percayakan GPS (Part 2) - Lebuh Raya Karak

Hello readers.!! Jangan mual jika sekali lagi entry ni bercerita pasal GPS. Disebabkan benda ni lah oasis mengalami tekanan jiwa yang agak melampau (melampau la plak kenyataan ni kan..) Kalau sebelum ni alat tu membawa oasis ke kawasan kubur, kali ni nak cerita macam mana GPS ni hantar oasis ke jalan Karak lama, jalan berhantu.



Kisahnya berlaku 3 hari selepas kisah part 1 hari tu. Perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 6 jam, dimana oasis mula drive jam 10 malam. Bila drive seorang diri ni, siapa lagi yang kita nak percaya selain daripada GPS kan..?

Sampai di bulatan Bentong, oasis dapat rasa yang GPS ni buat hal lagi. Berkali kali dia recalculating sampaikan terpaksa berhentikan kereta sekejap. Sebelum ni tak pernah pun, laju je bacaan dia. Akhirnya dia bagi laluan seakan akan jalan lama. Gelap dan sunyi. Nasib baik nampak ada kereta di depan. Tapi yang peliknya kereta tu pun patah balik. Dia silap jalan ke? Daripada percayakan kereta yang entah siapa siapa baik oasis ikut GPS, dah confirm benda ni robot dan bukan makhluk halus.

Dalam perjalanan tu oasis dah mula rasa pelik. Kenapa jalan sunyi, tak ada kenderaan. Dah la lampu jalan tak ada. Jalan pula berbukit, berliku liku dan sempit. GPS ni pula senyap dan tak ada suara, hanya tunjuk anak panah semata mata. Time ni barulah oasis terfikir, ni ke yang dikatakan jalan Karak lama? Jalan yang selalu pemandu kena ganggu tu?

Alamak!!!!
 
Terfikir juga nak patah balik tapi serba salah sebab dah hampir setengah jam di kawasan ni. Alang-alang tu biarlah sampai jumpa. Tapi bila dah jenuh drive, tak jumpa jumpa juga penghujungnya mula lah oasis rasa cuak. Sampai di suatu tempat yang lebih kurang macam kilang papan lama, oasis berhenti nak tanya kut kut ada pak guard. Bila turun sahaja dari kereta, dari jauh seekor anjing besar menyalak sambil datang nak kejar oasis. Cepat cepat oasis masuk kereta dan tekan pedal minyak. Tapi yang peliknya anjing tu masih kejar walau hampir 1 km tinggalkan kilang tu.

Sedang menggigil sambil drive tu, oasis rasa lega sedikit sebab ternampak sebuah lori besar di hadapan. Atleast bukan kita sorang sahaja kat kawasan ni kan. Oasis cuba memotong lori tu sebab dia gerak perlahan. Sambil potong tu oasis cuba nak tengok pemandu, nak tanya dalam bahasa isyarat. Tapi tak nampak pula pemandunya. Oasis buka tingkap sebab mungkin dia tak perasan tadi tapi masih tak nampak juga pemandunya. Lastly oasis laju je ke depan sebab mula rasa tak sedap hati. Tak lama selepas tu lori tu bagi lampu tinggi berkali kali sambil bunyikan horn. Tertanya tanya juga kenapa? Ah, lantak lah... Lagipun oasis dah mula rasa takut sampaikan tak berani nak toleh kiri kanan atau belakang. Takut kalau ada benda lain yang menumpang. Tanpa buang masa oasis keluarkan surah yassin dari dalam drower kereta dan letak atas riba. Nak buka mp3 ayat ayat suci al-Quran dalam phone tapi iphone pula dah kong bateri. Apa apa pun benda nak jadi oasis tawakkal saja lah.

Finally oasis bersyukur berjaya juga keluar setelah hampir sejam kat kawasan Karak tu. Sampai rumah (jam 4 pagi) lutut masih rasa lemah. Terus baring ke katil. Keesokan harinya oasis cerita pada housmate dan mereka pula terlopong. Rupa rupanya dorang baru je tengok cerita Karak kat panggung semalam! OMG!!! Sampai sekarang oasis tak berani nak tengok cerita Karak tu, takut bila ingat kembali saat melalui kawasan tu. Syukurlah oasis selamat dan tak jumpa benda yang bukan-bukan. Cuma lori yang tak ada pemandu tu masih menghantui sampai sekarang...
 
 
Bila lah rasanya waktu yang sesuai untuk oasis tengok cerita Karak ni.


Keadaan Jalan Karak Lama yang sempit dan berliku. Bayangkan macam mana oasis boleh redah jalan ni tengah-tengah malam.


63 comments:

YULL said...

aduyaiiii....jgn se3sekali bukak gps mlm2 hari..sgt mggerunkn...seb baik xde pape oasis..

Oasis said...

YULL:
Yup Yull...alhamdulillah tak ada apa2...Tapi tak pelah kan, ada gak pengalaman untuk dikongsi.

Unknown said...

Hahaha... nanti ada yang follow.....
Shhhh, usah biarkan hidup anda diselubungi misteri... (ala ala berbisik) (n_n)

Syazana Zainn said...

wah seramnya.
karak memang berhantu..huhu

=,="

Oasis said...

Awan:
Uitt...jangan la...dah la duk sorunk2 je kat umah ni..

Oasis said...

schaze;
Banyak cerita seram pasal karak nio. Tak sanggup nak baca. Hehe

Anonymous said...

nasib baik takde ape2 berlaku..seram tu lalu kat situ malam2.

kurus said...

adoii dikk buat akak x senang duduk .. x habiskan baca punnn , dah naik semua bulu ahaksssssssssssss !! :))

ps : karak lama tuu dah jarang org lalu dik selain lori ..

Oasis said...

afiq:
alhamdulillah, semua selamat. Mau tak seram kalau tgh2 malam lalu kawasan tu kan...

Oasis said...

ieda:
Semua bulu kak? Hahahaha, lawak betul la.
mmg tak de kereta pun yang lalu kak time tu. Lori je ada...

IMANSHAH said...

seram lah, jangan selalu balik malam

Rohani Hashim said...

mak aiihhhh, wadi berani gerak kul10 mlm. huhuhu hany yg slalu guna highway biasa tu akan make sure sampai ke kl petang. memang takkan la gerak yg mana akan berada tengah2 mlm kat highway tuh. hari ni sampai rumah jam 8mlm. dan nasib baek highway banyak kenderaan.

lagi satu wadi, kalau dari kelate, janganlah gerak mlm sangat bahaya...mcm2 pernah jadi huhu.

**xnak tengok jugak karak tuh**

Santan Berlada said...

adeh...
seram siut...
naseb la ak x pernh gune... hehe
tapi
mcm nak try juga... hoho

muezz@blaz said...

kali ni seram plak bce,,,hehehe
GPS tu kne kasi ayat quran kowt,,,huhuhu

adwafarahin said...

meremang bulu roma
seram2!

Oasis said...

imanshah:
saya tak blh drive siang hari kalau jauh2 sebab mengantuk..

JijahJambu@Jj said...

Isk .. cemana laa leh sesat masuk karak lama tu ?? ... hmmm ... len kali .. balik siang hari okeh ..

Oasis said...

mzhany:
tak pernah sampai KL petang sebab mmg kitaorg akan gerak malam. kata orang tua lebih elok gerak dari gelap ke cerah daripada cerah ke gelap.

nanti hany try la guna lebuh raya karak lama tu...cari pengalaman, bila lagi kan...hehehe

Oasis said...

shamsudin:
jom kita pergi skali lagi nak? mana tau jumpa yg lebih menarik. hahaha

Oasis said...

muezz:
tu ar pasal, nak kena kasi sembahyang hajat dlu..

Oasis said...

adwafarahin;
ye ker?

Oasis said...

jijah;
tu la, hurmmm....benda dh lepas nak buat cam ne. redha je la. kahkahkah.

Bunga said...

aduhh..serammm..xsanggup bunga nak baca..xdapat tido la bunga malm ni..huwaaa..aha

nabilah_2908 said...

errr...hantu pun dh pandai main2 dgn GPS nih....

Oasis said...

bunga:
alamak bunga, cam ne tu? Habis la kali ni, mana mau lari. dia ikut bunga nanti...

Oasis said...

nabilah:
Hantu zaman moden...macam2 sekarang ni. Ntah2 hantu pun ada akaun twitter or blog. hehehe

sahromnasrudin said...

pergh..sy tak pernah pakai GPS...pakai gugel maps kat enset je..itupun pening gak huhuhuhhhh

NM02 said...

jalan karak dekat ngan umh kita. laluan tu mmg sunyi sepi. camner kamu leh sesat ke situ sedangkan hiway kat sebelah tu jek cuma ditutupi ngan bukit jek...

tu lah, dah nak jadi kan... ai baca kesah yu ni penuh kusyuk tau

hei.. gambar budak tu seram giler la...

jom tgk karak sesama. kita jerit sesama...

Unknown said...

uishhh..tkutnyaaaa..klau ecah mau terkucil kt situ je.huhuhuhuh

Anati Soki said...

uish.. scary
oasis! pasni be carefull!! eish..risau :(

Oasis said...

sahromnasruddin:
kalau saya pakai google map lagi lah entah ke mana nanti dia bawak. Hehe

Oasis said...

NM0:
Jom, ada jugak teman yg boleh jerit sama2.Hahahaha

entah la macam mana boleh tak perasan. Dulu time menumpang orang tak nak hafal jalan betul2... Ni lah padahnya. adoi.

Oasis said...

ecah:
So, ecah kenalah beringat dan berhati-hati yer..

Oasis said...

anati soki:
jangan risau anat, oasis dah berani sekarang. hehehehe. cakap besar kan...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum...

melawat oasis di tengahari selasa

Raji and Yeen said...

haaa... Oasis tu lah lain kali bawak ak skali.. aish ntah2 ak terpengsan tros kalau cmtuh >.<
btol ke anjing yg kejar tu eh? :-S

Zue AnnaLeeya said...

haishhh... meremang bulu roma...
tgk keadaan jln tuh pon menyeramkan...
sib baik oasis x ape2...

Oasis said...

sahromnasruddin:
waalaikumussalam...tengahri je ke berani singgah?

Oasis said...

Raji:
hahahaha...nasib baek aku tak bawak ko raji, klu tak...lagi kecoh kat situ. Anjing tu tak sure la, samar2...tapi besar gedabak anjing tu.. klu tak lari mmg jadi lauk la jawabnya.

Oasis said...

Zue:
Tuhan saja yang tahu persaan saat cemas tu. nasib baik ok kan, klu tak, tak dapat lah nak berblog lagi.

KuNanGKuNanG said...

xsangka berlaku pada diri sendiri kan?slalu kite dengar citer org je..pe pun syukur oasis slmt..

aDfeez said...

oitt..... ermmm serammnya oasis.. huhuhu~

Aleen Aiden said...

pergh..j;n jauh sorg2,ngeri tahu!hu3

Unknown said...

mmg ko berani kalau aku seriusly aku berhenti kat kedai2 berdekatan lepak kat sana sampai pagi baru aku truskan perjalanan sbb malam2 ni takut plak nk drive

Mak Su said...

uiyoo, tegak bulu roma. pengalaman sebenar ni??

syarahyusof said...

baru first time singgah blog ni, terus meremang bulu roma. dah la blogwalking pukul 3pg.! :(

Oasis said...

kunang-kunang:
Bila kena kat batang hidung sendiri baru la kita percaya kan...

Oasis said...

adfeez:
Hurmmm...cam tu kisahnya. Klu berdua maybe tak seram sgt kut.

Oasis said...

nick irfan:
Mmg seronok drive malam...siang hari tak tahan tgk cuaca panas

Oasis said...

Mak su:
Ye mak su, pengalaman sebenar ni...

Oasis said...

syarahyusof:
Terima kasih kerana turut merasa seram. Hehe

Pojiepooh Abdullah said...

kamu memang hati kering kann kann!

PojiePooh; Hanya Satu...

Tieah Madian said...

Perghhhh.. Sy pun tak berani bang tengok citer KARAK.. Nak sebenarnya tapi sebab tido sorang2 jadi agak takut nak tengok.. Ngee :)

*Bahayalah, camne boleh masuk jalan karak??? Jap baca entry sebelum ni plak.. Erm.. Nasib baik selamat sampai rumah..

Oasis said...

Pojiepooh:
Hati kering? Hahaha. Sbb time tu dlm hati tkut sesat jer, so dh tak pk benda2 lain da

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

klw mcm tuh..jgn pakai GPS lah.. redah jer... GPS tuh dah kena sumpah kot..

Unknown said...

seram! tp mcm menarik hahahhaa

Anonymous said...

ӏ was suggеstеd this blοg
bу my cοusin. I аm not ѕuгe whetheг this post
is ωritten by him аs nο one еlsе κnow
suсh dеtailed about my tгouble.
You're incredible! Thanks!

Feel free to surf to my site ... skin lightening products

Unknown said...

ninest123 16.01
nike free, air max, louboutin, longchamp, air max, sac burberry, nike roshe run pas cher, michael kors uk, nike roshe, coach purses, replica handbags, longchamp, north face, abercrombie and fitch, vanessa bruno, sac guess, ralph lauren, true religion outlet, nike air max, north face, true religion jeans, air jordan, mulberry, air max pas cher, oakley pas cher, vans pas cher, nike trainers, new balance pas cher, michael kors, nike air force, nike tn, ray ban pas cher, sac longchamp pas cher, nike blazer, michael kors pas cher, timberland, nike huaraches, hollister, hogan outlet, polo ralph lauren, polo lacoste, coach outlet store online, ray ban sunglasses, sac hermes, hollister, lululemon outlet online, nike free pas cher, true religion jeans, true religion outlet, converse pas cher, michael kors outlet

Unknown said...

oakley sunglasses cheap, burberry outlet, nike shoes, oakley sunglasses, prada handbags, air max, ugg outlet, louboutin, tiffany and co, ray ban sunglasses, longchamp outlet, replica watches, tiffany and co, louis vuitton outlet, michael kors outlet, louis vuitton handbags, polo ralph lauren outlet, louis vuitton outlet stores, michael kors outlet, ugg boots clearance, ray ban sunglasses, michael kors outlet, uggs outlet, louboutin shoes, christian louboutin, air max, oakley sunglasses, gucci outlet, polo ralph lauren, michael kors outlet online sale, tory burch outlet, oakley sunglasses, louis vuitton, cheap uggs, prada outlet, nike free, longchamp handbags, michael kors outlet, rolex watches, chanel handbags, uggs, ray ban sunglasses, louboutin outlet, louis vuitton outlet, jordan shoes, michael kors outlet, burberry outlet, longchamp handbags, cheap oakley sunglasses

Unknown said...

supra shoes, moncler, barbour, ugg, sac louis vuitton, moncler, converse shoes, canada goose, swarovski, wedding dresses, toms shoes, juicy couture, pandora charms, marc jacobs, juicy couture outlet, canada goose, louis vuitton uk, louis vuitton, thomas sabo, canada goose, karen millen, moncler, ugg boots, ugg, moncler, ugg pas cher, ugg, canada goose jackets, louis vuitton, pandora charms, barbour, moncler, sac louis vuitton, coach outlet store online, canada goose outlet, moncler, swarovski crystal, hollister, montre homme, sac lancel, moncler outlet, canada goose uk, rolex watches, moncler, pandora jewelry, doke gabbana, links of london, canada goose, pandora jewelry, canada goose
ninest123 16.01

yanmaneee said...

hermes birkin
yeezy boost 350 v2
a bathing ape
giannis antetokounmpo shoes
supreme clothing
golden goose outlet
yeezy boost 350 v2
yeezys
kyrie 5 shoes
lebron james shoes

Unknown said...

replica bags dubai gucci replica handbags k6m58l3p34 guccireplica bags neverfull replica bags by joy hermes replica n2e00c8z06 replica bags in london replica bags wholesale india image source y8v91c6q93 replica bags chicago

Anonymous said...

supreme outlet
bape outlet
off white shoes outlet
golden goose
off white jordan 1
Travis Scott Jordan
hermes outlet
yeezy
jordan shoes
curry 9