Nuffnang Ads

Tuesday, May 15, 2007

Happy Mother’s Day

Buat semua kaum-kaum ibu, rasenya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari ibu. Kepada mereka yang masih belum mengucapkan hari ibu kpd ibu masing2, berbuatlah demikian sementara masih ada kesempatan. Kita sebenarnya dikalangan org2 yg bertuah kerana masih mempunyai insan tersayang yang sentiasa memberikan semangat dan mendoakan kesejahteraan kita.


Tahun ini sekali lagi aku x sempat nak belikan hadiah untuk mak aku, jauh sekali nak balik kampung walaupun untuk cium tangan. Rasa rindu lak bau kunyit, halia dan bawang pada tangan mak, terutama selepas dia sediakan makanan untuk kami sekeluarga. Jadi aku hanya mampu untuk menghantar SMS ajer, itu lah yg terdaya. Nak telefon kredit x ckp pula (mak ngan bapak aku pakai 019). Lagi pun mesti mak aku mintak yg bukan2 nanti sbg hadiah. Demand nyer kadangkala melebihi selebriti Hollywood. Kalau x perfume Channel, tas tangan Gucci or kasut Valentino. Paling parah kalau dia mintak kasut Jimmy Choo. Mana nak cari? Lastly terpaksalah kongsi duit adik-beradik untuk beli hadiah. Kalau ekonomi x mengizinkan, parfume jenama Body Shop jer la jawabnyer. Mak aku x suka kalau belikan pakaian sbb kat almari dia pun dah jadi mcm kedai bundle.


Bila duk sorang2 and terdengar lagu Syarifah Aini (Hapuslah Air Mata Mu), lagi la mengingatkan aku pada mak. Mak aku kalau menyanyi suaranya boleh tahan gak terutama kalau dia nyanyi lagu2 Uji Rashid and Rahimah Rahim. Sebab tu la aku pun mmg layan gak lagu2 60an & 70an. Dekat dapur kalau dia masak, mesti ada diiringi soundtrack. Kalau x menyanyi dia membebel. Antara dua tu jer. Sbb tu la kat dapur rumah kita org x diletakkan radio. Kata org tua, kalau menyanyi di dapur nanti dapat laki tua. Tapi mak aku dah buktikan pepatah tu x blh dipakai sbb dia dapat laki muda, cuma tua setahun aje (bapak aku la tu). Mak aku ni pantang jumpa microphones, mula la dia nak nyanyi. Tak kira tempat. Paling best kalau dia berduet ngan bapak aku. Hehehe.


Walaupun selalu nyanyi kat dapur, dia tak pernah failed bila masak. Masakan dia sedap terutama kari dan masak lemak kuning. Ketam masak lemak, sotong masak merah, daging goreng, sayur bayam, sayur petola, sup sayur, gulai lemak udang…..fuh menjilat jari. Mungkin menyanyi tu salah satu daripada petua dia. Sebabnya aku selalu kena marah kalau menyampuk masa dia tengah nyanyi. Kat dunia ni bagi aku 2 org jer tukang masak yang best iaitu mak aku & kakak aku. Kalau aku balik kampung, mak aku akan pastikan x der menu yang berkaitan dengan ikan. Sebab dia tahu aku x makan ikan.


Mak aku ni jenis org yg suka berleter. Kalau salah sikit, 4 jam dia bising. Bayangkan kalau kitaorg buat salah byk. Tapi kalau kita dengar betul2 apa yg dia leterkan, mesti kelakar. Macam2 perkataan pelik2 dia ckp. Aku pun dah berapa kali gelak, geli tali pusat betul. Last2 dia x jadi marah & tergelak gak bila tgk kitaorg gelak. Org lain yg x biasa dgn mak aku, mesti rasa takut. Tapi sebenarnya dia baik. Dia la mak yg aku rasa paling perfect kat dunia. Dulu masa-masa kecik kalau nak tido dia mesti dengarkan cerita kat kitaorg. Kisah kancil ngan buaya, siput babi ngan arnab, kisah penjual limau, pak pandir & mak mandir dan mcm2 lagi dah sebati dalam otak aku. Terpaksalah mak aku reka2 cerita sendiri sbb kalau cerita yg sama diulang, comfirm la kena sound ngan aku & adik aku. Banyak gak idea mak aku ni kan. Kalau dia dah x der idea sangat, dia edit sikit cerita tu. Kadang2 dia tukar jer nama watak dalam citer tu. Mak aku pun jenis yang perihatin ngan nasib anak dia. So, kat sekolah kalau ada mana2 pelajar yang buli aku, mesti mak aku cari budak tu kat sekolah & marah2 kat guru besar. Bunyinyer cam samseng kan tapi kitarg adik beradik mmg bangga giler masa tu. Masa sekolah tadika dulu, mak aku begitu setia temankan aku dari mula sampai lah lepas balik kelas. Hampir setahun la cam tu. Tapi yang best aku selalu dapat A bintang masa melukis. Mana x nyer, mak aku yg lukiskan. Hari2 asyik gambar bunga jer yang dia lukis. Cikgu aku pun dah naik muak agaknya. Nak bagi markah sedikit x sampai hati sbb mak aku yg lukis. Lagi satu aku ni jenis yang liat bangun pagi tambah2 lagi bila nak pergi sekolah. Mak aku ni x pernah jemu kejutkan kitaorg. Yang buat aku x suka bila dia kejutkan aku dgn cara menggeletek kaki. Beberapa kali jugak la dia kena tendang. Kesian betul la. Nak buat mcm mana, aku ni bila tido x ingat dunia. Akhirat lagi la x ingat.


Teringat pulak satu masa dulu aku menangis sbb kasut sekolah x sempat kering. Puas mak aku pujuk tapi x berhasil. Tiba-tiba jer dia dapat idea. Kalau biasa kami keringkan kasut dgn letak kasut kat belakang peti tapi kali ni lagi advance. Kami panaskan dalam microwave. Bunyi cam pelik tapi itulah yg berlaku. Selama bertahun-tahun lamanya microwave kat umah tu digunakan untuk mengeringkan kasut. Pernah satu ketika kakak aku lak menangis x ingat Tuhan sebab kasut dia rentung akibat terlalu lama dalam oven tu…


Mak aku pun macam mak org lain gak. Suka menakut-nakut kan kitaorg kalau degil. Contohnya kalau tido lambat & x pejam mata, nanti “Bok Bong” datang (walaupun sampai sekarang aku x tahu pun apa ke benda tu. Sama ada hantu atau binatang). Satu lagi kalau x nak bagi dia cari kutu kepala (hello…budak2 biasala, ada kutu sikit), mesti dia ckp “nanti malam masa kita tido, kutu-kutu semua angkut kita campak kat laut”. Masa tu aku punya la takut walaupun ayat tu je yg dia ulang bila aku malas nak bagi kepala aku. Bkn aper, bazir masa la. Kwn2 kat luar dah memanggil2 nak ajak pegi main. Lagipun takut sakit. Tapi mak aku ada skill tersendirii, dia blh tangkap kutu tu tanpa menyebabkan kesakitan kat kepala. Lagi best kalau dia upah duit kalau blh bertahan lebih drpd masa yg ditetapkan. Tapi selalunya dia tipu jer & buat2 lupa. Masa nak potong rambut pun satu hal. Disebabkan aku selalu malas nak potong rambut, terpaksalah dia kena bagi aku ganjaran. Maknanya dia kena kuarkan duit untuk upah tukang gunting rambut & upah untuk aku sekali.


Aku suka bila time kena serang demam. Masa tu la aku rasa dilayan macam raja. semua benda dapat. Nak makan aper ker…nak beli ape ke. Mintak jer. Mengalahkan perempuan bunting sulung. Lagi best sbb mak aku yang akan suapkan. Tugas aku bukak mulut jer. Biasanya demam aku pulih sekejap jer tapi terpaksa buat –buat demam 1-2 hari lagi. Hehe. Masa umur brapa entah aku ada sindrom x der gigi. Biasalah budak2 kan. Kalau nak makan kacang atau mkn yg keras2, mak aku akan kunyah dulu kasi lumat, barulah suapkan kat aku. Terharu btl….mcm dokumentari kisah burung tgh kasi mkn kat anak dia.


Beberapa peristiwa ngeri bersama mak aku:

1. Kereta yang dipandu mak aku nyaris2 jatuh gaung masa hujan lebat. Masa tu mak aku mengamuk, marah kat 2 org kakak aku yg berborak ngan kawan laki drg masa kat fun fair. Kakak aku kena tarik telinga depan org ramai. Mak aku bawak laju & kereta x dpt dikawal, berpusing sebanyak 5-7 kali sebelum tersangkut kat gaung. Separuh dari bahagian kereta dah menjunam ke gaung.

2. Telinga aku berdarah, kena tarik dengan kuat sbb degil. Masa tu aku tgh bertumbuk ngan sepupu aku. Yg salahnyer dia tapi mangsanya aku. Nasib baik mak saudara aku sapu ubat luka.

3. Pernah kena kejar keliling umah sebab pecahkan tingkap masa main bola kat dlm umah.

4. Pernah mak aku menangis masa aku kena tangkap kat pasar raya sbb x bayar item (padahal aku nak gi tunjuk barang tu kat bapak aku, nak minta duit utk beli benda tu, x pasal2 kena tangkap). Kalau benda tu berlaku skrg, comfirm aku saman malu pasar raya tu.

5. Beberapa kali merajuk nak lari rumah setiap kali gaduh ngan mak. Bila dah kemas semua baju dalam beg, tak tahu lak nak lari cam na.

6. Kena rotan sebab mandi sungai ngan kawan2.

7. Pernah kena timpa buah durian masa cari durian ngan mak aku. Masa tu bulan puasa. Lps subuh terus gi cari durian. Nasib baik x kena kepala, kena bahu jer. Sampai sekolah cikgu tanya kenapa baju aku jadi hijau & tembus2. BIla aku ckp kena timpa durian, cikgu tu x caya n gelak jer. X respect anak murid btl la cikgu tu.

8. Kena bebel satu hari sebab aku cuba nak kuar rumah masa hari pertama bersunat. Dia risau aku terlangkah tahi ayam, jadi lambatlah sembuh katanya. Penuh dgn unsur tahyul btl la petua org2 lama ni.

9. Kitaorg adik beradik pernah kena tinggal kat luar rumah pada malam hari sebab x nak makan nasi. Meraung macam nak rak kat luar rumah tu.

10. Terkedu tgk mak aku menangis masa malam raya sbb x sempat siapkan biskut raya yg ditempah orang. Terpaksalah bapak aku turun padang untuk joint sekali.

11. Masa mengandungkan aku, mak aku terserempak ngan ular sawa besar kat dapur, tengah tido. Famili aku ckp, sebab tu la aku ni suka lepak kat dapur jer. Hmmm…tahyul lagi.


Tu la sedikit sebanyak berkenaan dgn mak aku. Rindu nyer nak jumpa dia.

5 comments:

Unknown said...

Hihihi... bahagianya saudara ada ibu macam tu... Hargailah beliau sebaik-baiknya ye...

Oasis said...

tq Awan

Unknown said...

ninest123 16.01
nike free, air max, louboutin, longchamp, air max, sac burberry, nike roshe run pas cher, michael kors uk, nike roshe, coach purses, replica handbags, longchamp, north face, abercrombie and fitch, vanessa bruno, sac guess, ralph lauren, true religion outlet, nike air max, north face, true religion jeans, air jordan, mulberry, air max pas cher, oakley pas cher, vans pas cher, nike trainers, new balance pas cher, michael kors, nike air force, nike tn, ray ban pas cher, sac longchamp pas cher, nike blazer, michael kors pas cher, timberland, nike huaraches, hollister, hogan outlet, polo ralph lauren, polo lacoste, coach outlet store online, ray ban sunglasses, sac hermes, hollister, lululemon outlet online, nike free pas cher, true religion jeans, true religion outlet, converse pas cher, michael kors outlet

Unknown said...

oakley sunglasses cheap, burberry outlet, nike shoes, oakley sunglasses, prada handbags, air max, ugg outlet, louboutin, tiffany and co, ray ban sunglasses, longchamp outlet, replica watches, tiffany and co, louis vuitton outlet, michael kors outlet, louis vuitton handbags, polo ralph lauren outlet, louis vuitton outlet stores, michael kors outlet, ugg boots clearance, ray ban sunglasses, michael kors outlet, uggs outlet, louboutin shoes, christian louboutin, air max, oakley sunglasses, gucci outlet, polo ralph lauren, michael kors outlet online sale, tory burch outlet, oakley sunglasses, louis vuitton, cheap uggs, prada outlet, nike free, longchamp handbags, michael kors outlet, rolex watches, chanel handbags, uggs, ray ban sunglasses, louboutin outlet, louis vuitton outlet, jordan shoes, michael kors outlet, burberry outlet, longchamp handbags, cheap oakley sunglasses

Unknown said...

supra shoes, moncler, barbour, ugg, sac louis vuitton, moncler, converse shoes, canada goose, swarovski, wedding dresses, toms shoes, juicy couture, pandora charms, marc jacobs, juicy couture outlet, canada goose, louis vuitton uk, louis vuitton, thomas sabo, canada goose, karen millen, moncler, ugg boots, ugg, moncler, ugg pas cher, ugg, canada goose jackets, louis vuitton, pandora charms, barbour, moncler, sac louis vuitton, coach outlet store online, canada goose outlet, moncler, swarovski crystal, hollister, montre homme, sac lancel, moncler outlet, canada goose uk, rolex watches, moncler, pandora jewelry, doke gabbana, links of london, canada goose, pandora jewelry, canada goose
ninest123 16.01