Kenapa lelaki? Haha, sudah tentu lah sebab oasis ni pun lelaki. Kalau oasis senaraikan perkara paling takut dalam hidup perempuan, confirm tak larat nak baca entry ni. Banyak sangat. Jangan marah ye gadis gadis semua. Lagipun lelaki terkenal dengan sifat ego yang kononnya tak pernah wujud perasaan takut dalam kamus hidup mereka. Jom kita booo mereka pula (termasuk oasis).
Boooo...!!!
Pada oasis sendiri, ada 3 perkara paling takut dan mendebarkan sepanjang hidup ni.
1. Berkhatan / bersunat
Bohong la kalau oasis cakap tak takut langsung masa nak sunat dulu. Bayangkanlah persekitaran kat kampung macam mana. Orang-orang tua suka mengusik kanak-kanak dengan cerita cerita yang menggerunkan menyebabkan kita dihantui mimpi batang pokok pisang, parang besar dan sebagainya. Itu yang banyak kes budak lari time nak disunatkan. Itu dulu-dulu la. Sekarang kalau dusuruh bersunat lagi sekali pun oasis dah tak heran. Hulur je.
2. Ujian memandu
Fuhh, lemah syahwat dibuatnya bila diingatkan kembali peristiwa ujian memandu. Banyak dengar kes failed, salah pegang gear dan sebagainya. Time ujian berkomputer pun cuak sebab oasis ada masalah rabun warna sedikit. Nasib baik sempat hafal semua soalan untuk ujian warna tu, senang la sikit bila nak jawab. Bila test dengan JPJ oasis sekali lagi bernasib baik walaupun langgar lampu merah. Hehehe. Masa ujian bukit pun lepas juga walau kereta mati kat atas tu. Pegawai JPJ tu tak perasan sebab oasis cepat cepat hidupkan enjin. Kahkahkah. Tapi cuaknya Tuhan saja yang tahu.
3. Kahwin
Ini yang paling menggerunkan. Bayangkan macam mana gemuruhnya perasaan bila nak akad nikah tu. Lidah mungkin kelu, peluh tak usah cakap la. Saudara mara dan rakan rakan duduk sekeliling semata mata nak dengar lafaz kita tu. Haishh. Time ni kalau salah sebut nama bini mahu tak perang saudara. Malam pertama pun sure nervous even pro macam mana sekali pun kita ni. Hubungan dengan saudara belah perempuan nak kena ambil kira. Nak menghafal nama dan status pun dah satu hal.. Itu la sebabnya oasis tak kahwin lagi kut. Hahaha
Terima kasih kerana membaca entry ni. Blogger semua ada pengalaman lain yang menggerunkan ke?
38 comments:
saya takut kena jadik imam
kalau tunggu bini tengah nak bersalin tak takut ke..?? :)
IMANSHAH:
Hehehe...saya pun takut jugak tu. Sealu jugaklah ngelak.
Ratusiput:
Yang tu awal2 takut la...bila masuk anak yang ke 2,3,4,5...dah tak takut sangat dah. kan...
saya tak setuju dgn 3 perkara tue. Sbb sume yg 3 tue berjaya saya lalui dengan baik skali.
cuma ada 1 jerk yg saya takut dlm hidup nie..tanak bagitau lah..nanti oasis gelakkan pulak.
jemput terjah new entry
1) (>.<) Selamat Ulangtahun Sayang (>.<)
En suami:
haha..tahniah utk 3 perkara tersebut. ngeehh.
Itu sebenarnya apa yang dirasai oleh oasis...bukan mewakili semua lelaki. Hehehe
kawen tu yg paling neves... huhu
Shamsuddin:
Hahaha, tau tak pe.. Nanti saat nak kawen tu call la gua k. Nak tahu tahap mana nevesnye tu. Hehehe
haaa nie tanda2 oasis dah bertambah matang dan dahh WAJIB kawin .. :)
but still have time lots2 of time .. take it eassy .. pilih sepuas hati .. kalau akak .. x ada apa yg akak x takut selagi namanya dugaan dari allah .. kena kuat .. hadapi dengan tenang walau hati ini tidak setenang mana punn uhuhu
setuju sangat dengan ketiga- tiga peerkara ini..cuma yang kahwin tu je belum lalui..confirm neves sangat nanti.
betullah tu wadi... tapi lepas dah kahwin sedikit sebanyak ego diorang tu kurang.. sebab sii isteri dah nampak apa yang diorang takut... hehhe.. pengalaman..
hahah.taim sunat dulu memang kene mandi sungai,mandi beramai2 segala 2 ke?apsal ye?
hmm...betul juga tu kan...
paling besar...rasanya pikul tanggungjawab sebagai seorang suami & ayah kepada anak2...besar tanggungjawabnya tu kan..? ;)
Takut nak memandu.
Takut tak dapat nak bangun pagi.
Takut kena bunuh.
nampaknyer ujian yg ke tiga tuh blom lagi yer..hehehe..slmt berjaya! :)
Ieda:
Ye ke kak? Tapi cam belum sampai seru je lagi kut..
Bila sampai timenya insya'Allah. Akak doakanlah moga cpt2 terbuka pintu hati ni. Time tu walau kenal sehari je pun terus kawen. Hehe
Afiqazizan:
Yg kawen tu mmg blum. Tapi mmg dh rs debarannya tambah2 lagi bila follow kawan gi majlis kawen..
Ratukebaya;
Ni nak kena tanya kaum2 isteri ni..apa yg menakutkan drg tu? Psssttt..ceciter ceciter..
Aleen:
Katanya nk kasi kulit tu tebal sket kut spy tak sakit bila kn sunat. Tapi x sure la..kn tanya org2 yg pakar,.
Nabilah:
Betul tu. Tanggungjawab kpd anak perempuan sampai lah fia dah kawen. Tp tjawab pada isteri sampai ke mati..
Awan:
Sesejuk sejuk awan pun takut nak mandi jugak? Hahaha. Jgn la ckp takut kn bunuh, haishh mohon dijauhkan. Hidup mati di tangan Tuhan.
YULL:
Ha a..blum lagi la yull. Terima kasih ye.
aku sokong! seriusly mmg aku takut semua ni...
Salam..
Betul gak tu, masa nak amik ujian memandu..
Cuak habis.. :)
banyak yg tkot nie.. hahha
aD slh sorang org yg lari2 time sunat dlu.. ekekekek :P
hehe.. tkot nk kwen tu blm lg.. heheh :P
bab kahwin tu
jgn takut lama2 sangat.. makin lmbt kawen.. makin lama takutnyer tue.. hahaha
wah kahwin pun takut ye??
haha
wan takut MALAM PERTAMA ja..
tkt terover ja
wakakakkakaa
=_=
erk ? ujian memandu pon takot ehh?
hahahah..bunga xtakut..ahaha..sebab tu test keta pom 2 kali..
NICK:
Hahahaha...aku tau ko mmg penakut kan..
Adol:
sebab tu ramai yang fail. Ada siap 7 kali ambik ujian...
Adfeez:
lari? Kahkahkah...saya masih blum ke tahap tu lagi rasanye time tu. cuma kecut perut. Tapi tak tau la bila time kawen nanti lak lari...hehe
Ikhram:
Setuju tu bro...haishhh..cuak...cuak..
syazwan:
Ate...tang situ takutnya plak. Terover tak pe...tu yg sronok kut. Hahaha
tia:
Uihh...mau tak takut. yang dah hebat memandu pun blh fail tau...
Bunga:
Test kete 2 kali tapi tak takut eyh? Owhh...pengalaman banyak mengajar kut. Bagus la bunga ni..Tahniah ye..
ninest123 16.01
nike free, air max, louboutin, longchamp, air max, sac burberry, nike roshe run pas cher, michael kors uk, nike roshe, coach purses, replica handbags, longchamp, north face, abercrombie and fitch, vanessa bruno, sac guess, ralph lauren, true religion outlet, nike air max, north face, true religion jeans, air jordan, mulberry, air max pas cher, oakley pas cher, vans pas cher, nike trainers, new balance pas cher, michael kors, nike air force, nike tn, ray ban pas cher, sac longchamp pas cher, nike blazer, michael kors pas cher, timberland, nike huaraches, hollister, hogan outlet, polo ralph lauren, polo lacoste, coach outlet store online, ray ban sunglasses, sac hermes, hollister, lululemon outlet online, nike free pas cher, true religion jeans, true religion outlet, converse pas cher, michael kors outlet
oakley sunglasses cheap, burberry outlet, nike shoes, oakley sunglasses, prada handbags, air max, ugg outlet, louboutin, tiffany and co, ray ban sunglasses, longchamp outlet, replica watches, tiffany and co, louis vuitton outlet, michael kors outlet, louis vuitton handbags, polo ralph lauren outlet, louis vuitton outlet stores, michael kors outlet, ugg boots clearance, ray ban sunglasses, michael kors outlet, uggs outlet, louboutin shoes, christian louboutin, air max, oakley sunglasses, gucci outlet, polo ralph lauren, michael kors outlet online sale, tory burch outlet, oakley sunglasses, louis vuitton, cheap uggs, prada outlet, nike free, longchamp handbags, michael kors outlet, rolex watches, chanel handbags, uggs, ray ban sunglasses, louboutin outlet, louis vuitton outlet, jordan shoes, michael kors outlet, burberry outlet, longchamp handbags, cheap oakley sunglasses
Post a Comment