Kenapa lelaki? Haha, sudah tentu lah sebab oasis ni pun lelaki. Kalau oasis senaraikan perkara paling takut dalam hidup perempuan, confirm tak larat nak baca entry ni. Banyak sangat. Jangan marah ye gadis gadis semua. Lagipun lelaki terkenal dengan sifat ego yang kononnya tak pernah wujud perasaan takut dalam kamus hidup mereka. Jom kita booo mereka pula (termasuk oasis).
Boooo...!!!
Pada oasis sendiri, ada 3 perkara paling takut dan mendebarkan sepanjang hidup ni.
1. Berkhatan / bersunat
Bohong la kalau oasis cakap tak takut langsung masa nak sunat dulu. Bayangkanlah persekitaran kat kampung macam mana. Orang-orang tua suka mengusik kanak-kanak dengan cerita cerita yang menggerunkan menyebabkan kita dihantui mimpi batang pokok pisang, parang besar dan sebagainya. Itu yang banyak kes budak lari time nak disunatkan. Itu dulu-dulu la. Sekarang kalau dusuruh bersunat lagi sekali pun oasis dah tak heran. Hulur je.
2. Ujian memandu
Fuhh, lemah syahwat dibuatnya bila diingatkan kembali peristiwa ujian memandu. Banyak dengar kes failed, salah pegang gear dan sebagainya. Time ujian berkomputer pun cuak sebab oasis ada masalah rabun warna sedikit. Nasib baik sempat hafal semua soalan untuk ujian warna tu, senang la sikit bila nak jawab. Bila test dengan JPJ oasis sekali lagi bernasib baik walaupun langgar lampu merah. Hehehe. Masa ujian bukit pun lepas juga walau kereta mati kat atas tu. Pegawai JPJ tu tak perasan sebab oasis cepat cepat hidupkan enjin. Kahkahkah. Tapi cuaknya Tuhan saja yang tahu.
3. Kahwin
Ini yang paling menggerunkan. Bayangkan macam mana gemuruhnya perasaan bila nak akad nikah tu. Lidah mungkin kelu, peluh tak usah cakap la. Saudara mara dan rakan rakan duduk sekeliling semata mata nak dengar lafaz kita tu. Haishh. Time ni kalau salah sebut nama bini mahu tak perang saudara. Malam pertama pun sure nervous even pro macam mana sekali pun kita ni. Hubungan dengan saudara belah perempuan nak kena ambil kira. Nak menghafal nama dan status pun dah satu hal.. Itu la sebabnya oasis tak kahwin lagi kut. Hahaha
Terima kasih kerana membaca entry ni. Blogger semua ada pengalaman lain yang menggerunkan ke?