Nuffnang Ads

Thursday, April 12, 2007

Hilang Teruna Lagi!!!

Tidak!!!….Untuk kali ke berapa entah aku pun dah lupa. Tension!! Selama beberapa hari aku cuba ngelak tapi knp malam jahanam tu muncul jugak. Knp malam tadi aku jadi mangsa? kalau ikutkan hati, nak je aku bunuh semua yang terlibat malam tadi. Tapi masalahnya, aku pun ssh nak cam drg semua, semuanya berlaku dengan pantas. Hanya dalam beberapa minit, semuanya selesai. Puas aku meronta, meraung….tapi drg gelak jerr….Huhuhu


Itu la tradisi warga kolej aku. Pantang ada yang dah cukup umur, comfirm kena campak kolam. Istilah senior dan junior dah x wujud. Bila tiba tarikh keramat tu, status bkn alasan. Aku pun x tahu, dari mana bermulanya sejarah campak-mencapak member dalam kolam ikan & kura-kura yang busuk tu. Boleh x korg bayangkan macam mana situasi tu? Kolam yg penuh dgn ikan dan ditambah dengan lebih kurang 4 ekor kura-kura yg x tau ape2, lps tu air yg bertakung serta lumut-lumut yang melengkapkan rasa….erkk yarkkk!!! Dan paling mengerikan bila korang tahu org yg kena campak tu adlh org yg x mkn ikan dan x tahan bau hanyir. Sian aku, sudah jatuh ditimpa tangga, tercium pula tahi ayam. Nasib baik aku x pengsan. Ntah berapa ramai dah jadi mangsa korban kolam tersebut. Tapi yang pasti, utk semua penghuni blok lelaki di kolej aku ni, setiap org akan merasainye jua. Hanya tarikh dan masa saja yang menentukan. Bak kata nurse kat hospital kerajaan…”tunggu yer dik, ikut giliran yer” (itupun kalau dapat misi atau nurse yang baik la)


Walaupun tarikh lahir aku dah lepas (9hb April) tapi still kena campak. Selama beberapa hari aku berjaya menyorokkan diri, kunci pintu dari dalam tapi mlm ni akibat kecuaian aku…..ahh…. rasa macam teruna aku diragut tanpa belas kesihan! Malam tadi bukan aku sorg yg kena, tapi 3 org. Kenyang la hantu2 kat kolam tu. Org yg pertama kena campak ialah budak Kerohanian (”bdk surau” bagi yg x tau istilah kerrohanian”. Kerohanian = berasal daripada perkataan Rohani, merujuk kepada sifat insaniah dlm diri. Kalau x silap aku la). Aku pun x tau knp dia kena cmpk sbb kadang2 faktor yg menyebabkan seseorg kn campak tu bkn saja bergantung kpd tarikh dia dilahirkan. Lagi kesian si bdk junior yg sorg lagi ni. Tarikh lahir dia lagi 2 hari tapi dah kena cmpk. Alasan dorg, takut bdk tu blk kg sbb takut kena cmpk. Dan yg terakhir kena campak pada mlm tu, sape lagi aku la.. mangsa keadaan betul la.


kalau korang nak tahu…berikut adalah flow kpd upaca mencampak mangsa ke dalam kolam

  • Semua penghuni kolej amnya dan penghuni blok khususnya akan saling mengingati tarikh lahir kawan masing2 termasuklah roomate kita sendiri.
  • Pada 1-2 minggu sblm tarikh lahir tu, biasanya semua mangsa akan cuba menyembunyikan identiti dan maklumat peribadi termasuklah tidak mendedahkan ic, surat beranak atau kad matrik kpd org awam (merujuk kpd penghuni kolej ni). Tapi kadang2 sia2 gak sebab drg dah ada senarai birthday utk semua penghuni kolej. Xdapat la den nak nolong.
  • 2-3 hari sebelum kejadian, mangsa akan ditakut-takutkan dengan macam-macam. Pasal kisah kura2 gigit ‘anu’ la, ada ular la, ada piranha makan daging la, penunggu kolam tengah lapar la.. Semuanya menceritakan berkenaan dgn kolam tu. Mangsa secara automatik takut dan mula membayangkan yg bukan2. Kura2 yg pasif pun nmpk mcm jd agrasif nak telan manusia dan ikan2 yg kecik pun rasa mcm memanggil2 nama mangsa. Mangsa biasanya x blh duk diam…risau mengingatkan hari yg bakal tiba. Kadang2 sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. Contohnya..”tolong la…tolong jgn makan aku wahai penunggu kolam…ampun kan aku…tolong jgn makan aku…” mcm tu la lbh kurang skrip mengigau dorang. Biasanya roomate dorang yg akan perasan benda2 macam ni.
  • Pada malam kejadian, mangsa lgi la x leh duk diam. Mcm2 strategi dilakukan bagi mengelakkan daripada kn campak dlm kolam. Ada yg cari alternative lain dgn tumpng tido di kolej lain, ada yg buat2 tido awal, ada yg buat muka sedih, ada yg bagi alasan demam dan ada yg buat2 tengah sembayang (walaupun masa tu pakai seluar pendek aje) nak ngelak punya pasal. Lagi kritikal bila ada dah tempah tiket blk kg. Tapi bisanya alasan tu semua x leh diterima. Kalau x hari tu,may be esk lusa kena jugak.
  • Sebelum proses mencampak berlaku,1 atau 2 orang dari kalangan penghuni akan berjaga di beberapa lokasi strategik untuk memastikan tiada fellow yg akan datang. Tau plak takut bdk2 ni kan…
  • Beberapa orang (biasanya 6-12 orang. Jumlah boleh berubah-ubah mengikut bentuk saiz mangsa) akan mula berkumpul di depan pintu bilik mangsa dan cuba utk meredah masuk. Biasanya roomate mangsa akan turut jadi tali barut dan memberikan maklumat bila waktu yg sesuai utk memulakan operasi
  • Mangsa akan cuba mengelak sama ada memberi alasan atau cuba melarikan diri. tapi biasanya beberapa org akan bersedia utk mengepung. Setelah dapat ditangkap, mangsa akan diusung dan diarak beramai2. Sebelum tu, mangsa akan dipastikan tidak membawa bersama-sama sbrg alat telekomunikasi. Ye la kan, klu yg pakai hp mahal sape nak ganti bila msk air. Begitu juga dgn wallet. Gaya usungan begantung kpd kesulitan utk membawa mangsa tersebut. Jika liat, lagi la ssh. Perlu diingatkan bahawa saiz badan juga memainkan peranan penting. Mangsa biasanya hanya mampu meraung dan meronta sahaja. Ketika ini, pujuk rayu x bermakna ape2. Dan mereka semua juga dah x mkn rasuah. (kat sini nampak la jugak sifat amanah drg).
  • Penghuni-penghuni yang lain akan memerhatikan dari luar pintu bilik masing2 dan bersorak keriangan seperti pesta pemujaan. (kat sini korang boleh gambarkan suasana masyarakat carnibal yg nak mengorbankan manusia). Betul-betul rasa mcm nak mati
  • Sampai di tepi kolam tu…mangsa akan dihayung-hayungkan beberapa kali sambil ramai-ramai membaca tahlil kematian (sebenarnya lagu happy birthday to U la tu). Sebarang permintaan terakhir dari mangsa x akan dilayan. Surat menyurat lagi la (mana sempat nak buat).
  • Deboommm!!! Mangsa mula dicampak tanpa sempat memikirkan aksi renang yang akan dipertontonkan. Biasanya rata-rata dengan gaya bebas dan kadang2 kuak lentang. Dan org ramai bersorak dan bertepuk tangan.
  • Mangsa akan terkial-kial kat dalam kolam tu. Kadang-kadang di baling dengan telur. Bila nak naik dari kolam, biasanya akan ditolak berkali2 lagi. Mangsa boleh dikira bertuah jika tiada kesan luka atau calar pada badan. Mangsa akan mula rasa mcm biawak yg nak dibunuh utk sajian makanan eksotik.
  • Yg lain akan lari bertempiaran menyelamatkan diri sebab slps kn cmpk, mangsa akan mencari mangsa-mangsa lain plak utk dicampak. Mangsa yang dah kena campak ni kira dah jadi macam zombe la, nak kena cari manusia. Kalau ada tepung, lagi la nmpk real punya zombe. Masa tu penghuni yg bersorak kat koridor tadi dah masuk bilik, kunci pintu dan ttp lampu.
  • Mangsa mula membersihkan diri sbb takut serangan wabak sprt gatal2 dan penyakit berjangkit yg lain. Aku pun dah dapat jerawat. Bukan sebiji tapi 2 biji sekali gus…and of coz la aku dapat flu. Bersin x berenti2 lagi. Thanks pd shumi sebab kasi scout emulsion perasa oren. tapi bila tgk gmbr ikan kat kotak tu, rasa trauma plak

Itu la dia proses2 yg terlibat utk mencampak mangsa dalam kolam. Nak salah kan drg x blh gak sbb semua terlibat. Bak kata org tua “bukan salah ibu mengandung…..salah bapak yg x pakai kondom (entah betul ke tidak peribahasa tu, aku main guna jer). X tahu la sampai bila tradisi ni akan berakhir. Maybe bila ada yg mati lemas setelah dicampak, baru lah masalah ni selesai. Itu pun bila “tugu peringatan” dibina berhampiran kolam tersebut.


So, pengajarannnya….kita x leh pecayakan sesiapa termasuklah rumate sendiri. Siap la ko Edy, aku tulis besar2 tarikh lahir ko nanti kat pintu bilik. Hehe…aku akan jadi pengarah masa tu…Hahahahaha…hahahah…wahahahhhaa….Jgn Pandang Belakang…hahaha


Thursday, April 5, 2007

Strawberry Trip


Aku, Exit dan Sultan


30hb-2hb april satu tarikh yg pasti aku akan sentiasa aku ingat. Ekpedisi Irau-Brinchang. Ya mungkin bagi korang ia hanya satu aktiviti mendaki gunung yang biasa korang dengar. Tapi bagi kami, ia satu pengalaman yg sungguh berbeza, tidak sprt ekspedisi gunung-gunung yang sebelumnya. Walaupun dari awal aku tidak yakin yg program ini berjaya kerana sedikit kelemahan dari segi organisasi dan management, tapi alhamdulillah….semuanya selamat and better than what im expected.

Kesejukan Cameron Highland mmg diluar jangkaan dan benar2 menguji ketahanan mental dan fizikal. sampai skrg ssh nak aku bayangkan. Dugaan pertama semasa di sana adlh masalah kesesakan lalu lintas yg menyebabkan kami sedikit lewat sampai dari jadual asal. Seterusnya masalah pengangkutan yg menyebabkan kitaorg terpaksa menambah kos. Tapi mujur semua peserta sporting dan faham dgn situasi yang berlaku. Thanks buat semua.

Semasa mendaki, masing2 dah penat. Ramai yang dah mula emosi dan menunjukkan perangai sebenar. Dari situ sbenarnya dapat la kita tgk saper yg betul2 kawan. Pendakian sedikit terganggu apabila beberapa peserta dah mula pancit terutama adik aku, mirah. risau pula dibuatnya. Tapi nasib baik la sekejap ajer. hmm….hebat jugak adik aku ni. Tapi paling menyakitkan hati terutama bagi Anip selaku pengarah ialah apabila terdengar suara yg mengatakan kami ti dak ada kerjasama. Tersentap juga aku dgr. bila difikir2 balik, saper yg x bagi kerjasama sebenarnya? Sampai dipuncak, kami terus mkn dan tido.

Keesokan paginye, aku bgn. Itu pun bisisng sbb bunyi geng2 makcik masak. Terlepas lagi nak tgk matahari terbit. Tanpa membuang masa, aku ikut adik aku n Moon pegi panjat menara. Punyalah sejuk menggigil2. Angin pulak kuat giler, rasa mcm nak tumbang. Lepas kemas brg ktorg kena angkut khemah hampir 30 minit untuk ke kaki Irau. Sampai disana, semua brg yg x diperlukan termasuklah baju dan sleeping beg terpaksa ditinggalkan utk meringankan beban. Dua org peserta secara suka rela akan stay kat bwh utk menjaga barang dan memasak utk ktorg nanti.

Semasa pendakian, banyak masa dihabiskan dengan bergambar. Pemandangannya mmg menakjubkan. Si Sultan (budak Saudi Arabia) pun mcm x percaya. Dia kata kat negara dia semua gunung adalah pasir n batu, x der pokok langsung. Bangga jugaklah aku sbg rakyat Malaysia. Kat Gunung Irau ni…ada byk sgt puncak tipu. Mmg down giler mental dibuatnya. Di puncak tipu yg last, ktorg terus mkn sbb x thn lapar. Masa ni la aku dpt tgk mcm mn org kebulur makan. Setengah jam kemudian, kami teruskan pendakian utk ke puncak kecuali 3 org peserta yg telah menyerah kalah termasuklah Sultan.

Sampai di puncak, apalagi bersorak la semua dan masing2 x lepaskan peluang utk bergambar dan memahat nama pada bendera. Setelah lama bergambar, kami terus turun. Lebih kurang jam 6.30 ptg, kami sampai ke kaki Irau. Penat dan lapar x yah ckp la. Terus ktorg mkn.

Puncak Irau berjaya kami tawan

Lps mkn, beberapa peserta termasuk aku pergi ke puncak Brinchang utk mandi. 30 minit jauhnya dan dgn cuaca yg sejuk tu, nyaris2 nak tumbang. Bila sampai ajer, kecewa yg teramat sgt sbb air dah abis. Kalau ada pun, airnya mmg berlumut dan ckp utk buat air sembahyang jer. Ramai yg terpaksa memadamkan hasrat utk mandi. HUHUHU….

Bila kami sampai ke tempat perkhemahan tadi, terkejut beruk bila dgr berita 4 org peserta ‘lari’ dari ekspedisi. Dari 23 org, tinggallah 19 org. Malam tu masa byk dihabiskan dgn game yg tanpa dirancang. Aku kat dlm khamah x tahan nak gelak. Masing2 kepala dah biol. Layan jer la walaupun sejuk x terkata. X lama lps tu aku tido tp sepanjang malam tu langsung x leh tido sbb x tahan sejuk.

Bangun pagi terus gosok gigi dan makan. Mkn yg dmasak pelik2 dan sgt kreatif. Disebakan kekurangan air dan dapur gas rosak, ktorg x dpt la mkn nasi. Tapi mmg seronok giler, lapar punya pasal, semua aku makan kecuali la sardin. Eei….Lps bersiap kami membuat keputusan utk tidak mengikut plan asal iaitu blk melalui trak G. Brinchang memandangkan ramai antara ktorg yg dah injured. So, keputusan muktamad ialah dengan menyusuri jalan raya sejauh 10 km. mak aii, x dapat aku bayangkan. Tapi so far, so good. Dengan pemandangan yg menarik, langsung x rasa penat. Kami berhenti sekejap di Brichang untuk shopping terutama strawberry. Puas membeli belah dan bergambar, kami naik bas utk ke tanah rata dgn tambang RM2. Sampai di stesen bas, apa lagi mandi la. Selama lbh kurang 3 hari x mandi, baru skrg dapat sentuh air.

Pemandangan ladang teh yang mempesona

Lps mandi, berita yg mengejutkan dari pengarah kitrg terima. Tiket blk x der. Waaaa…kelam kabut dibuatnya. Masa ni la sekali lagi ktorg terpaksa membayar lbh sedikit utk ekspedisi ini. Tapi nasib baik mereka semua ni x cepat melatah. Segala keputusan diterima dgn hati yg terbuka. Ini la kawan namanya. Sementara menunggu bas, ktorg x lepaskan peluang skali lagi utk shopping dan menjamu selera.

Seterusnya ktorg bertolak ke Tapah dan terus ke Pudu Raya. Malangnya semasa dalam perjalanan, jln penuh sesak dgn kenderaan. hampir 6 jam dalm bas. Nsb baik masa terisi dengan aktiviti mengumpat dan berbalas pantun. Macam kat pesta pantun plak. Disbabkan jln jam, kami sampai KL jam 12.30 mlm. Masa ni, mmg dah x der transport utk ke UPM. Terpaksalah kami bermalam di Pudu. Ekspedisi yg sepatutnya 3 hari dah jadi 4 hari. Untuk memanfaatkan kesempatan yg ada ktorg meronda2 sekitar Bkt Bintang dan KLCC utk melihat keindahan KL. Ini pun atas permintaan si Sultan yg nak sgt tgk gelagat org Malaysia. Dia ckp Malaysia sgt cantik, bersatu padu dan peramah. Paling terharu dia kata walaupun kita berlainan bahasa dan hanya kenal dalam masa yang singkat, tapi dia rasa kita semua mcm satu famili. Kami berborak dan bergurau senda sehinggalah subuh.

Jam 6.30 pagi kami terus naik bas no 17 utk blk ke UPM….Disebabkan sampai jam 8 pagi, terpaksa la aku ponteng kelas dan tido sampai jam 3 ptg.

Itu la dia sedikit sebanyak coretan semasa ekspedisi tu. Sebenarnya byk perkara2 yg menarik berlaku tapi ssh utk digambarkan. Ni la satu2nya program yg terbaik pernah aku rasa. Kami sgt closed mcm satu famili. X kira la apa org nak kata, tapi yg pasti hanya kami shj yg tahu. Kata org, pantang beralah sebelum ajal. Bagi ktorg besar mcm mana pun masalah tu, semuanya blh diselasaikan bila kita sama2 saling membantu.Jgn hanya sedikit masalah kita terus patah semangat. Biarlah kita susah senang bersama. Ekspedisi ni banyak mengenal erti setia kawan. Segala masalh yg berlaku sepanjang ekspedisi sebenarnya itu lah cabaran dan keseronokan yg dapat dirasai. Thanks kpd semua yg terlibat yg telah sanggup bersusah payah dan sabar dalam semua keadaan.


Tuesday, February 20, 2007

Selesai sudah ‘Diaspora Bangsat’


Akhirnya setelah berminggu-minggu menanggung penat lelah dengan latihan teater, dapat jugak lah aku melelapkan mata tanpa gangguan (walaupun masih ada gangguan daripada bunyi dan gigitan nyamuk). Setelah dipentaskan, secara personalnya aku sebenarnya masih belum berpuashati terutamanya dari segi aspek lakonan aku sendiri. Tapi nak buat macam mana, x kan la nak dipentaskan sekali lagi. Lagipun semua ni kan satu pertandingan dan bukannya persembahan semata-mata. Tapi bila difikir-fikir semula….kira ok la tu. Kami (Anak Seni Pertama Production, KMR) masih lagi baru sebab org2 seni yang lama sudah berpindah ke kolej lain. Dalam suasana x puas hati tu, ada jugak la yang memuji pementasan Diaspora Bangsat tu terutama dari penganjur sendiri. Itu sudah memadai dan cukup berbaloi bagi bagi aku. Biarlah x dapat sebarang award pun pada malam anugerah nanti. Apa yang penting adalah apa yang kami sajikan menjadi sebutan org x kira la dari segi babak seks yang dilakukan ataupun kesilapan yg dilakukan oleh pelakon dan teknikal. Paling bangga bila org memanggil kita dengan gelaran watak yg kita lakonkan. Ya…itu sudah cukup membuatkan kita rasa terharu kerana mereka mengingati watak kita tidak kiralah sama ada mereka suka ataupun jelik dengan watak tersebut.


Selepas 2-3 hari pementasan, rasa rindu plak kat semua crew dan pelakon2 lain. Sebelum ni memang tiap-tiap malam asyik bergurau senda hinggakan beberapa kali kena tengking dgn pengarah. Mana tidaknya, scene yang kena menangis kitaorg gelak sbb x tahan dgn lawak yg dibuat oleh beberapa org pelakon yg mmg dah cukup lawak. Sian plak si ian tu. Tapi aku mmg respect dia. walaupun junior aku, dia x segan nak tegur aku or nak marah aku.


Habis sudah teater, skrg tengah pening dgn projek n presentation lak. 26hb ni dah nak kena hantar firstdraf. Satu patah haram pun x buat lagi. Mood tiba-tiba jer hilang bila ramai rakyat kolej ni balik kg utk sambut thn br cina. Tu x sentuh pasal sayur kangkung yg kat ladang tu lagi, jagung aper citer plak? adoi…pening btol!! Dah la sayur aku dah nampak kesan2 kena serang ngan raksasa (ermm…maksud aku seranga). nak sembur racun x bleh sbb takut effect kat batas lain. Nanti x panggil organik la plak. Tension btol la. Jgn supervisor aku tu suh tanam lain dah la. Klu x, gantung diri la aku. Huhuhu….


Alhamduliilah…Semasa malam anugerah FESTIK kami bukan sekadar menang sorak, dan paling penting tidak pulang dengan tangan kosong. Anak Seni Pertama telah menggondol 5 anugerah termasuk satu anugerah utama:


Johan Kumpulan Harapan 1 (tempat kedua keseluruhan)
Penata cahaya terbaik - Zulkifly & Zulkifli
Anugerah Khas Juri (Kerjasama & Komitment)
Pelakon Lelaki Harapan - (Arjuna / aku)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Maya / Nuzul Alimon)


Dan menerima banyak pencalonan sprt Pengarahan Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Props terbaik.
Tahniah untuk semua….



Bersama trofi yang dimenangi


Meraikan kemenangan bersama

Saturday, December 23, 2006

FESTIK

Cuti semester dah nak abis. Ape benda pun tak buat lagi termasuklah thesis aku. Comfirm nanti kelam kabut jadinya. Lps ni Raya Krismas pas tu Raye Haji. Aku pun x pasti lagi blk kg. ke tak? Rugi rasenye klu jadi rakyat Kelantan tapi x blk braya sana. Maklumlah raya haji kat sana sama meriahnya ngan raya puasa.


Bukak sem tahun dpn aktiviti kolej bertambah banyak. Nasib baik jugak aku dah letak jawatan sbg pengurusi Sekretariat Kebajikan. Tapi sem dpn ada sesuatu yang menarik sdg menunggu…FESTIK! ye Festik atau Festival Teater Inter Kolej. Skrg ni ktorg tgh pening kpl plh skrip utk pertandingan tu. Kalau tiada aral melintang kemungkinan besar KMR akan memilih satu drama yang pastinya akan mengundang kontroversi. Skrip tu memerlukan pelakon melakukan beberapa adegan seks! Fuh….mmg mencabar. Bayangkan siapa yang sangggup berlakon sebagai seorg lelaki yang akan melakukan hubungan intim dgn bini, org gaji, anak perempuan dan anak lelakinya…..Cuba korang fikir…pelakon2 kat Malaysia pun belum tentu sanggup blakon walaupun bayarannya mahal. Inikan pula lakonan teater yang langsung tidak dibayar. Kawan aku pun terkejut bl aku ckp aku nak blakon salah satu watak tersebut sama ada sbg bapa yg gila seks atau anak lelaki yg jadi mangsa bapanya sendiri. Dia kata….’x payah lah. x takut kena panah petir ker?” Bagi aku semua tu lakonan sahaja, bkn betul pun. Apa salahnya mencuba sesuatu yg baru.


Foto semasa latihan membaca skrip

Ok la…sampai sini sahaja untuk kali ni. Kejap lagi aku kena pegi Hospital, tgk anak buah yg umur 4 bulan masuk wad sbb keracunan mkn….sian kan. Dah la comel…!


Sunday, December 17, 2006

Ada Peminat

Penat mengerjakan batas untuk menanam sayur masih blum hilang lagi. Banyak sgt kerja yg perlu diselesaikan. Ikutkan hati mmg aku x mahu blk umah kakak aku kat Puchong sana. Bukan lupa daratan, jauh sekali mendurhaka tapi kerja kat sini pun x ckp tgn nak sentuh. Tapi bila dipikir balik, kesian gak dekat adik aku. Ye la skrg kan cuti sekolah. datang KL pun semata-mata nak jumpa kakak ngan abg dia. So, aku nekad, pagi tu terus aku blk Puchong. Dalam perjalanan, otak aku asyik ligat teringatkan SMS yang dihantar mak dan kakak aku yg sulong. Diaorg kata, jgn cari awek lagi. Mak dah carikan. Ramai jugak calonnyer. tugas aku hanya pilih nak yg mana satu jer. Yg sorang tu kwn sekolah aku masa kat Sek Teknik dulu. Mak dia kawan dgn mak aku. Katanya lagi best klu drg berbesan. Yg 2 org lagi tu kembar. Masing2 tgh blajar lagi. jJran kg aku. Mak dorg ngan mak aku pun bestfriend gak. Bila pikir2 blk, aku tergelak gak. Ada lg zmn skrg ni perkahwinan dijodohkan olh mak bapak. macam zmn2 60 an dulu lak. Pening btl dibuatnyer. dah la aku ni blajar pun x abis lagi. Nie mesti nak tutup malu drg sbb x jadi nak jodohkan adik pompuan aku ngan sepupu aku. Hehehe


Hampir 20 minit naik motor….barulah sampai. Itu pun rasa cam lumpuh satu badan. Bila la aku nak dapat kereta. X payah nanti berhujan dan berpanas. Bukak jer pintu umah, terus adik aku ngan anak2 buah aku bgn. Adik aku ajak tgk wayang kat ioi mall. Hmmm….ok gak, dah lama x tgk wayang. Kul 2 ptg ktorg pun pegi la tgk wayang dgn naik bas jer sbb anak buah aku pn nak ikut skali. Hajat dihati nak tgk citer kartun tp x kuar lagi. last2 tgk citer cicakman. Rasa mcm x berbaloi jer. Bkn nak kutuk citer melayu tapi cam dah blh agak citer dia cam na. Disebabkan aku dtg pun sbb nak hiburkan bdk2, jadi terpaksalah mengalah. Wayang tu start kul 5 ptg, jadi aku ada masa lbh kurang 1 jam lagi. So, merayau2 la kejap.


Sambil jln2 ngah window shopping tu, aku terserempak ngan seseorg. Comel giler. Muka dia familiar, cam penah tgk tapi kat mana yer? Dia pun pandang aku gak. Pastu aku pandang dia. dia tgk jer x berkelip mata. Aku pun terpaksa cover2 sbb adik ngan anak buah aku ada skali masa tu. Dia duduk kat bangku smbl mash usha aku. Aku jadi x puas ati. mcm ada yg x kena. Aku cuba check zip seluar, mana la tahu kut2 aku lupa nak tutup. Tapi ok jer. Aku cuba ingat blk masa2 lampau, ada ke aku penah kuar tv atau paper? Aku jalan mask Body Shop, x sangka dia follow aku dari belakang. Aku nak tegur tp takut dia ckp aku perasan lak. Bila aku msk Giordano, dia hilang…..


Masa aku naik tangga, terserempak dia ngan kwn dia. Alamak melepas….dia dah ada yg punya la. Tapi dia still tgk aku. Lantak la. Ko ada mata, tgk la. Aku pun sbenarnya msh curi2 pdg gak. Hahaha. Masa aku duk atas…aku pandang bwh. Rupanya dia msh ada kat situ n mencari2 aku. Alamak kami bertentang mata lagi. mcm mana nie? wayang dah nak start. Dgn gentlemannyer aku tulis no phone aku kat resit n campak kat bawh. Masa tu dia tgk jer. Aku terus blah sambil tunggu adik aku beli popcorn. Dlm hati aku, klu ada rezeki x ke mana. Tgh beratur panjang…tiba2 ada org cuit dari blkg. Aku pusing dan…..alamak! Terkejut beruk aku. Berani nyerr dia ni. Sanggup dari bawah naik tangga kejar aku. Fanatiknyer peminat ni. Dia tegur aku, perkenalkan diri n ktorg borak2 kejap. Dia kata notes yg aku baling tu tersangkut kat atas bumbung stall. Sebab tu la dia datang cari aku. Kemudian dia bagi no phone dia. Masa nak mask panggung tu, aku serba slh. Rasa cam x nak msk jer, x puas sembang. Tapi dia lak paksa aku srh mask jer, x kn nak tinggallan adik ngan anak buah aku tu. Krg kn kidnap baru la betul2 muka aku mask paper. Cam na nak jwb ngan kakak aku nanti.


Dalam panggung tu, aku asyik main SMS ngan dia jer. Langsung x tgk wayang tu. kemudian dia mintak izin nak blk dl sbb famili dia dr Terengganu nak dtg umah. Abang dia dtg jemput. Lps abis tgk wayang, ktorg pn blk umah. Kul 9 mlm, dia call aku. Lama gak, dah la dia pakai no Celcom. Terharu aku dibuatnya. Aku ckp kat dia mcm pernah tgk muka dia kat magazine. Dia gelak jer. Lps lama sembang, dia antar SMS. Dia terus terang dia ckp dia slalu gak kuar mjlh. Dia pernah jadi finalis utk peraduan dlm Majalah Remaja thn 2000. Bodohnya aku….mcm mana la aku blh lupa. Padahal aku sbenarnya peminat dia. Dia la calon fav aku masa tu & slalu gak ikut story dia. Bila aku tanya knp dia ikut aku n pdg aku, dia ckp pada awalnya dia tertarik tgk beg Mickey Mouse yg aku pakai. Apa yg blh aku buat x tido….dia ckp muka aku cute. hahahaha. Dia pun tgh aktif lagi skrg. Slalu kuar dlm mjlh cam fesyen untuk Jelita, Marie Clairie, Cosmopolitan dan byk lagi la. Tapi byk buat iklan kat Vietnam, Taiwan, China, Thailand, Filipina n Loas. Hari tu dia br je habis utk promosi iklan Walt Disney Singapore


Dia ckp klu ada rezeki, nak ajak aku kuar. Itu pun klu aku sudi. Dia ckp jadi student ni mesti bz kan. Aku ckp x de la, skrg ni pun tgh cuti. Padahal kerja aku mmg bertimbun pun. Cuba korang bayangkan macam mana perasaan korg bila terjumpa org yg krg minat kat shopg cmplx cam Britney spear or bintang bola sepak n dia pdg korg. Pastu dia kejar krg n tegur krg. Pastu dia call n ajak korang kluar. Cam x caya kan. so, itu lah yg aku sdg alami skrg……oh indahnya dunia!

Monday, July 17, 2006

Gunung Ledang Trip

10hb – 11hb Jun 2006

Tak pasti la aper yang kitaorg buat ni kerja giler atau tak. Ye la, mana taknya, Hari Jumaat Mr. Chock (Housemate kitaorg) sembang2 pastu tiba2 dia ajak gi mendaki gunung. Masa tu antara percaya dgn tidak jer sbb ingat kan dia bergurau. Mr Chock ni blh tahan gak gurauan dia walaupun dia ni jenis serius ngan kerja-kerja dia. Sembang punya sembang…..kitaorg pun sepakat & nekad nak panjat gak gunung. Bagi aku, ni la peluang terbaik sbb lain kali mmg susah nak dapat peluang mcm ni. Lagipun dah lama aku berhajat nak panjat Gunung Ledang yg penuh dgn lagenda ni. Sebelum ni hari-hari asyik pandang gunung tu dari rumah, skrg mcm x percaya yg kami akan tawan puncak tu lak. Kalau masih ada jodoh antara aku ngan Puteri Gunung Ledang, insya’Allah kami bertemu.


Kami pergi berlima (aku, Mi, Oh, Mr Chock & Yahya sbg guide). Semua pendaki akan mll pengurusan Taman Negara Johor maka terpaksalah kami membayar harga untuk guide. Disebabkan kami hanya berempat, byk jugaklah duit yg terpaksa dikorbankan. Tapi x der hal punya la, nak cari pengalaman punya pasal. Dan disbbkan kami tidak mempunyai kelengkapan alat-alat untuk mendaki terutamnya beg mendaki, sekali lagi kami terpaksa menggunakan khidmat potter utk mengangkut brg2 mkn.


Pukul 1.30 pm kami mula bertolak dari rumah dan terus lunch dekat Tangkak. Hari Sabtu kalau diikutkan tepat pukul 2 barulah blh balik rumah. Tapi hari ni kul 12 thg kami dah chow awal2. Biasalah….nak hidup. Lepas mkn nasi (yg lauknya mmg x sedap hinggakan Mr. Chock pegi makan kat restaurant cina), kami terus ke Gunung Ledang Resort. Mula2 ingat nak mandi-manda dulu. Tapi risau takut lewat, terpaksalah aku mengalah. Huhu…..Lebih kurang dalam pukul 3.00 pm, kami mulakan pendakian dengan menggunakan Trail Air Panas.


Dalam perjalanan tu pemandangan x jauh beza dgn gunung2 lain cuma jalannnya agak sempit sedikit dan kena lbh berhati2. Lebih kurang 30 minit lepas mendaki kami tiba di Kolam Puteri, tempat org ramai mandi. Best gak tempat dia. Si Oh la yg x hbs2 nak ambik gambar. Kemudian kami teruskan pendakian dan jam 3.45 kami tiba di C.P1 iaitu di Pos Pendaftaran Taman Negara Johor. Sekali lagi kami terpaksa pula membayar deposit untuk sampah. Segala brg dan makanan yg dibawa perlu direkod termasuklah puntung rokok. Nasib baik aku x merokok. Sian gak la kat Mi sbb setiap kali hbs hisap rokok, dia terpaksa simpan puntung tu utk tunjuk kat pegawai masa turun esok. Pukul 5.40 pm kami tiba di base camp. Kat sini la kami pasang khemah. Sebelah khemah kami ada lagi beberapa khemah budak2 sekolah dari Singapore. Malang nasib ktorg sbb hujan mula turun masa nak pasang khemah. Lepas siap pasang, barulah kitaorg mandi. Tapi airnya punya la sejuk…X puas ngan mandi kat tempat tu, si Yahya bawak aku ngan Mi gi mandi kat kws yg lbh dlm skit. Lagi la seronok cuma dia pesan klu malam nanti jgn kencing dlm air. Pantang katanya. Aku mula la naik seram tambah2 lagi bila teringat pesan member2. Dioarg kata Gunung Ledang ni byk pantangnya. Niat pun kena betul.


Lepas puas mandi kami mula masak. Maggie je la. Bukan aper….leceh kalau nak masak nasi ngan lauk ni. Lps makan kami sembang2 sambil kutuk mengutuk. Semua gelak sampai x ingat dunia. Topik hangat ialah pasal 2 org pekerja India kat ladang ktorg yg berlagak macam Manager Estate. Si Oh ngan Mr Chock x kurang hebatnya. Habis borak2 kami pun msk la tido sbb kul 2 pagi nanti kami akan mulakan pendakian


Dalam khemah tu…puas pusing kiri & kanan sbb x lena. X tahu pasal aper, maybe pasal x sabar nak teruskan pendakian kut.. X pun mungkin gak sbb bunyi bising dari landak. Si Yahya yang tido kat luar khemah lagi la teruk kena kacau ngan landak2 tu sampai atas kepala dia benda tu panjat. So, kul 1.30 kami dah bangun dan siapkan bekalan yg nak bawak ke atas. Hanya mkn, air& sleeping bag saja. X nak kasi berat bag. Tepat pukul 2 kami mulakan perjalanan. Dlm perjalanan tu aku ngan Yahya sempat melihat pelanduk. Comel jer…cuma x sempat nak ambik gambar. Lepas kami melalui kasawan yang agak lembap. Si Yahya lak tak henti-henti suruh aku jalan cepat sambil lari2. Pelik gak bunyinya. Aku yang tak tahu aper2 ni ikut je lah lari. Ingatkan pasal itu kawasan hantu atau kawasan harimau. Rupa2 nya kawasan tu banyak pacat. Nak juga aku gelak. X sangka lelaki cam Yahya yg x lama lagi bakal jadi ayah ni takut ngan pacat. Kalau aku yg jadi anak dia, x nak aku kuar dari perut bini dia. Malu beb…..


Semasa pendakian….rata2 dah semput terutamanya Mie ngan Mr. Chock. Mungkin sbb tekanan dan udara yg semakin sejuk kut. Aper2 pun view kat situ mmg menarik. Tapi ktorg diingatkan olh Yahya yg kami akan mll KFC (Killer Fit Centre). Sampai di sana, mmg ktorg semua terkejut beruk la. Ada satu masa kami perlu memanjat tangga 90 darjah, mendaki batu, gua dan bergayut pada tali. Sampai kan Mr Chock nyaris2 putus asa. Terfikir gak macam mana la nak turun nanti. Untuk sampai ke puncak, lebih kurang 8 check points yg perlu dilalui oleh setiap pendaki antaranya Tanah Kuning, Kolam Anak Gajah, Kolam Gajah dan Gua Kambing. Sebelum sampai ke puncak, kami sempat singgah di Taman Bonsai.



30 minit sebelum sampai, kami dah mula rasa sejuk. Mi tanpa berlengah terus pakai baju sejuk. Sampai sahaja di puncak, kami bersorak. Macam x percaya yg kami dah berjaya menawan gunung yang ke 6 tersukar kat asia. Ktorg gak bernasib baik sbb kami yg terawal sampai ke puncak sblm pendaki2 lain tiba. X tahan dgn lapar, aku terus kuarkan makanan yg ada. Satu bungkus roti aku abiskan sorang jer. Disebabkan x tahan dgn cuaca yg sejuk melampau tu jugak, aku mula berhibernasi dalam sleeping bag sambil menikmati kerlipan bintang2 di langit. Romantiknyer…..tapi x lama sebab ada beberapa org pendaki yang tepijak kaki aku. Aduh..! Paling sakit ati dia blh buat x tahu jer. Tapi silapaku jugak, saper suruh tido kat tgh laluan. Lama2 aku pun tertidur.

Jam 7.30 pagi aku terjaga sbb bunyi tapak kaki pendaki2 lain. Waaa…..!! skali lagi aku x dpt tgk matahari terbit. Hampehhhh…