Nuffnang Ads

Showing posts with label FESTIK. Show all posts
Showing posts with label FESTIK. Show all posts

Tuesday, February 20, 2007

Selesai sudah ‘Diaspora Bangsat’


Akhirnya setelah berminggu-minggu menanggung penat lelah dengan latihan teater, dapat jugak lah aku melelapkan mata tanpa gangguan (walaupun masih ada gangguan daripada bunyi dan gigitan nyamuk). Setelah dipentaskan, secara personalnya aku sebenarnya masih belum berpuashati terutamanya dari segi aspek lakonan aku sendiri. Tapi nak buat macam mana, x kan la nak dipentaskan sekali lagi. Lagipun semua ni kan satu pertandingan dan bukannya persembahan semata-mata. Tapi bila difikir-fikir semula….kira ok la tu. Kami (Anak Seni Pertama Production, KMR) masih lagi baru sebab org2 seni yang lama sudah berpindah ke kolej lain. Dalam suasana x puas hati tu, ada jugak la yang memuji pementasan Diaspora Bangsat tu terutama dari penganjur sendiri. Itu sudah memadai dan cukup berbaloi bagi bagi aku. Biarlah x dapat sebarang award pun pada malam anugerah nanti. Apa yang penting adalah apa yang kami sajikan menjadi sebutan org x kira la dari segi babak seks yang dilakukan ataupun kesilapan yg dilakukan oleh pelakon dan teknikal. Paling bangga bila org memanggil kita dengan gelaran watak yg kita lakonkan. Ya…itu sudah cukup membuatkan kita rasa terharu kerana mereka mengingati watak kita tidak kiralah sama ada mereka suka ataupun jelik dengan watak tersebut.


Selepas 2-3 hari pementasan, rasa rindu plak kat semua crew dan pelakon2 lain. Sebelum ni memang tiap-tiap malam asyik bergurau senda hinggakan beberapa kali kena tengking dgn pengarah. Mana tidaknya, scene yang kena menangis kitaorg gelak sbb x tahan dgn lawak yg dibuat oleh beberapa org pelakon yg mmg dah cukup lawak. Sian plak si ian tu. Tapi aku mmg respect dia. walaupun junior aku, dia x segan nak tegur aku or nak marah aku.


Habis sudah teater, skrg tengah pening dgn projek n presentation lak. 26hb ni dah nak kena hantar firstdraf. Satu patah haram pun x buat lagi. Mood tiba-tiba jer hilang bila ramai rakyat kolej ni balik kg utk sambut thn br cina. Tu x sentuh pasal sayur kangkung yg kat ladang tu lagi, jagung aper citer plak? adoi…pening btol!! Dah la sayur aku dah nampak kesan2 kena serang ngan raksasa (ermm…maksud aku seranga). nak sembur racun x bleh sbb takut effect kat batas lain. Nanti x panggil organik la plak. Tension btol la. Jgn supervisor aku tu suh tanam lain dah la. Klu x, gantung diri la aku. Huhuhu….


Alhamduliilah…Semasa malam anugerah FESTIK kami bukan sekadar menang sorak, dan paling penting tidak pulang dengan tangan kosong. Anak Seni Pertama telah menggondol 5 anugerah termasuk satu anugerah utama:


Johan Kumpulan Harapan 1 (tempat kedua keseluruhan)
Penata cahaya terbaik - Zulkifly & Zulkifli
Anugerah Khas Juri (Kerjasama & Komitment)
Pelakon Lelaki Harapan - (Arjuna / aku)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Maya / Nuzul Alimon)


Dan menerima banyak pencalonan sprt Pengarahan Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Props terbaik.
Tahniah untuk semua….



Bersama trofi yang dimenangi


Meraikan kemenangan bersama

Saturday, December 23, 2006

FESTIK

Cuti semester dah nak abis. Ape benda pun tak buat lagi termasuklah thesis aku. Comfirm nanti kelam kabut jadinya. Lps ni Raya Krismas pas tu Raye Haji. Aku pun x pasti lagi blk kg. ke tak? Rugi rasenye klu jadi rakyat Kelantan tapi x blk braya sana. Maklumlah raya haji kat sana sama meriahnya ngan raya puasa.


Bukak sem tahun dpn aktiviti kolej bertambah banyak. Nasib baik jugak aku dah letak jawatan sbg pengurusi Sekretariat Kebajikan. Tapi sem dpn ada sesuatu yang menarik sdg menunggu…FESTIK! ye Festik atau Festival Teater Inter Kolej. Skrg ni ktorg tgh pening kpl plh skrip utk pertandingan tu. Kalau tiada aral melintang kemungkinan besar KMR akan memilih satu drama yang pastinya akan mengundang kontroversi. Skrip tu memerlukan pelakon melakukan beberapa adegan seks! Fuh….mmg mencabar. Bayangkan siapa yang sangggup berlakon sebagai seorg lelaki yang akan melakukan hubungan intim dgn bini, org gaji, anak perempuan dan anak lelakinya…..Cuba korang fikir…pelakon2 kat Malaysia pun belum tentu sanggup blakon walaupun bayarannya mahal. Inikan pula lakonan teater yang langsung tidak dibayar. Kawan aku pun terkejut bl aku ckp aku nak blakon salah satu watak tersebut sama ada sbg bapa yg gila seks atau anak lelaki yg jadi mangsa bapanya sendiri. Dia kata….’x payah lah. x takut kena panah petir ker?” Bagi aku semua tu lakonan sahaja, bkn betul pun. Apa salahnya mencuba sesuatu yg baru.


Foto semasa latihan membaca skrip

Ok la…sampai sini sahaja untuk kali ni. Kejap lagi aku kena pegi Hospital, tgk anak buah yg umur 4 bulan masuk wad sbb keracunan mkn….sian kan. Dah la comel…!