Nuffnang Ads

Thursday, March 17, 2011

Jom Selongkar Dapur...kita Buat Topeng


Kadang-kadang mencuci muka tidak cukup untuk mendapatkan wajah yang halus dan bersih. Cuba sentuh muka dengan jari. Adakah rasa sedikit kasar atau berminyak? Itu maknanya kita perlu melakukan rawatan dengan facial mask. Hari minggu ni apa kata jom kita sama-sama geledah dapur mencari bahan yang sesuai untuk dijadikan topeng muka. Kepada lelaki jangan segan untuk mencuba. Tak perlu berhabis duit ke farmasi untuk mencari facial mask atau amal petua-petua yang kotor macam entry aku sebelum ni tuh  http://wadi-oasis.blogspot.com/2011/03/petua-muka-nampak-manis-dan-tangan.html .Bahan-bahan yang tersenarai dibawah ni boleh digunakan:


Buah yang agak seksi ini mengandungi banyak vitamin A, B Complex dan C dan sesuai digunakan untuk melembapkan muka. Mereka yang mengalami kulit sensitif digalakkan untuk menggunakan pisang sebagai mask.
Caranya: Ambil pisang yang sudah masak dan hancurkannya. Kemudian tambah sedikit minyak zaitun. Sapukan pada muka seperti memakai bedak. Sambil-sambil tunggu kering, eloklah goreng cokodok ke.


Tembikai atau timun sangat sesuai untuk menyejuk dan menyegarkan muka. Getah timun juga berkesan untuk mencerahkan dan membuang kesan-kesan jeragat pada wajah. 
Caranya: Sapukan perahan air Tembikai pada muka dan bilas. Cukup mudah. Untuk memutihkan muka, hirisan timun digosok-gosok pada muka selama beberapa minit dan terus bilas.


Tomato sangat kaya dengan Vitamin A selain dari vitamin B dan C. Selain dapat menghaluskan wajah, ia juga dapat membuang lebihan minyak, melegakan kesan sunburn dan menegangkan muka.
Caranya: Ambil tomato yang sudah ranum, hiris dan sapukan perlahan pada muka. Selepas itu, biarkan beberapa potongan buah pada wajah selama 10 minit. (time ni kena baring, kalau tak jatuh lah nanti buah-buah tu). Kemudian bilas.


Seperti kita sedia maklum, lemon mengandungi banyak vitamin C. Sangat berkesan untuk membersihkan dan menghilangkan minyak di muka disamping baunya yang menyegarkan.
Caranya: Satu senduk jus lemon dicampurkan dengan sebiji putih telur yang telah dikocok. Sapu rata pada muka dan biarkan kering atau tunggu 10 minit. After tu, terus bilas dengan air suam.


Selain cantik, sedap dan digemari Dato' Siti Nurhaliza, buah strawberry ni mengandungi Vitamin B, E, C dan K yang bermanfaat meremajakan kulit. Maknanya boleh melambatkan proses penuaan. Tak payah nak susah-susah cucuk botox lepas ni.
Caranya: Hancurkan beberapa biji strawberry. Pastikan buang tangkai dan daunnya. Campur satu sudu besar madu asli dan gaul sebati. Ambil dua sudu dari bahan-bahan tadi dan sapukan pada muka. Biarkan 15 minit. Lepas tu makan. haha


Macam mana petua tu? Senang saja kan. Lagi best kalau dapat buat bersama-sama dengan kawan-kawan, anak-anak dan jiran-jiran. Mesti seronok dan meriah. Siapa kata nak cantik kena tahan sakit? Setuju tak?

p/s: Ada orang yang kulitnya agak sensitif dengan buah-buahan. Sebelum sapu dimuka, oleskan sedikit pada belakang tangan atau punggung. Kalau tiada rasa gatal atau pedih, barulah boleh sapu kat muka.

Wednesday, March 16, 2011

Petua Muka Nampak Manis dan Tangan Selembut Sutera


Semalam ketika lepak di Ucle John Kopitiam tiba2 aku disapa oleh wanita cantik. Terpegun seketika melihat keindahan ciptaan Tuhan.

"oitt...wadi, ingat aku lagi tak? Mentang-mentang lah duk KL lama"

Laaa...rakan sekolah aku rupanya. Hampir tak perasan, dulu masa di sekolah tak ada lah lawa dan sweet macam ni. Tapi sekarang...mengalahkan primadona melayu. Nak juga tahu apa rahsianya. Pujuk punya pujuk barulah dia beritahu petua yang diamalkan.

Selepas bangun pagi, elakkan tengok muka di cermin. Sebaliknya Cuci muka dulu dengan menggunakan air gula. Tunggu sehingga separuh kering kemudian bilas.

Uihh..tak melekit ke? Katanya kalau nak muka nampak sentiasa berseri terpaksalah tahan. Nak beli SKII mahal sangat.

Tak lama kami sembang, handphone dia mula berdering tanda sms diterima. Sebelum dia minta diri, sempat dia hulurkan tangan untuk bersalam. Amboi, lembutnya tangan. Aku tanya pakai losyen apa?

"ko tak sanggup punya try petua ni. Tapi betul ke nak tahu?" dia tanya sambil duduk balik di kerusi
"ye lah...ceciter..ceciter.." bersemangat aku nak tahu
"berapa no phone ko? Nanti aku mesej jap lagi"

Tanpa berfikir panjang aku terus bagi no phone. Tak sabar nak tahu ni.
5 minit selepas dia berundur, aku terima sms dari dia. Terus aku baca sebab memang tak sabar nak tahu rahsia tangan gebu tu. Inilah mesej yg aku terima



Uwekkkkkkkkkk!! Euwww macam laha**t. Petua macam ni pun ada ke? Pengotor betul. Menyesal aku salam dengan dia tadi. Lama pula tu aku feel dia punya kelembutan tu. Hampeh.

p/s: Baik tak payah cantik kalau nak kena tempek dengan bahan-bahan kotor macam tu.

Dijemput untuk Joint Sama di 2dayBlogger

Salam 1 Malaysia buat rakan-rakan semua. Kali ni aku nak promosikan satu segmen yang dikenali sebagai Rakan Blog yang dikendalikan oleh 2dayblogger . Masa firts time baca tu macam pening jugak lah. Ye lah, walaupun hampir 6 tahun dengan dunia blog ni, tak pernah pula aku godam semua benda atau ikon yang ada kat blog ni. Sampaikan baru semalam tahu macam mana nak follow blog. Haha, lawak tak. Sebab tu lah tak ramai pun sudi singgah di blog aku. Kesiannya.

Berbalik ke Segmen Rakan Blog tadi, antara kesan atau impak yang bakal kita perolehi adalah:

1) Publisiti blog akan meningkat
2) Trafik meningkat
3) Blog kita akan lebih dikenali ramai
4) Memperolehi backlink 
5) Menambah rakan sambil berkongsi entry dengan pengunjung 2dayblogger

Kira ok juga lah kan terutama buatku yang hanya punya seciput follower tersayang tu. Hehe. Jadi jom lah kita ramai-ramai terjah ke sana. Bukan untuk meraih trafik semata-mata tapi apa salahnya kita berkongsi entry dengan lebih meluas lagi. Sayang kalau entry menarik tapi yang viewnya hanya segelintir sahaja. Lagipun stepnya simple dan tak salah mencuba untuk sekali seumur hidup.

Kalau berminat bolehlah klik link yang diberikan ni:  Rakan Blog

Monday, March 14, 2011

Minggu Hebat Bersama Wanita


Happy Women's Day buat kawan-kawan semua. Mesti ada yang rasa pelik kan kenapa baru sekarang aku wish Hari Wanita Sedunia ni. Entry sebelum ni aku langsung tak sentuh berkaitan hari wanita, akibatnya sampai sekarang aku menderita ditimpa bala dan malepetaka. Jadi tak nak kes ni berlarutan, terpaksalah perkara ni diselesaikan cepat-cepat.

Ceritanya macam ni, sepanjang minggu lepas, pelbagai peristiwa pelik dan aneh antara aku dan kaum hawa ni berlaku. Antaranya:

PERISTIWA 1

Hari Jumaat masa di pejabat. Sekumpulan wanita pelajar bakery datang masuk pejabat menjaja roti dan kek. Kebetulan pula masa tu perut agak lapar jadi aku dan staf-staf yang lain pun beli lah. Masa mereka nak keluar ada ke patut salah seorang cakap macam ni:

"Abang...terima kasih tau beli roti kitaorang. Abang ni cute lah.."

Haha. Kalau ye pun nak suruh beli lagi, tak payah la puji macam tu sekali kan. Bukan tak suka, tapi kesan daripada tu aku dijadikan bahan gelak ketawa oleh rakan-rakan office yang lain.


PERISTIWA 2

Jam 11 malam perut tiba-tiba lapar, tak boleh tidur dibuatnya. Dengan mata mengantuk aku redah ke kedai mamak dekat dengan rumah. Sampai je, terbeliak mata tengok betapa ramainya rakyat jelata. Semua pandang aku semacam sebab masa tu aku pakai short pant, ketat plak tu. Without underwear lagi. Tersipu-sipu aku duduk kat meja makan seorang diri. Masa nak pergi bayar mamak tu cakap:

"Sudah bayarlah itu makanan"
aku terkejut... "Hah, sape yang bayar?"
"Tadi ada amoi datang bayar"....

Moralnya...lain kali aku tak nak datang pakai seksi-seksi lagi. Huhu


PERISTIWA 3

Hari Sabtu aku ke shopping complex untuk beli barang keperluan sikit. Masuk waktu lunch aku ke food court untuk makan sebab perut dah lapar. Habis makan, datang seorang perempuan entah dari mana hulurkan aku ais krim:

"Nah aiskrim untuk awak...saya belanja"..sambil senyum malu-malu
"Erkkk..." aku jadi blur sekejap
"Tak pe, ambiklah..saya belanja ni"
"Owh...ok. Tima kasih"

Lepas tu perempuan misteri tu terus jalan cepat-cepat tinggalkan aku yang terkebil-kebil. Tapi aiskrim tu memang terbaik

PERISTIWA 4

Hari Ahad aku di singgah restoran Mac Donalds untuk dapatkan mainan sebab aku memang kumpul mainan Mac D. Masa nak bayar tu aku perasan yang wallet aku tertinggal dalam kereta. Seluk saku jumpa duit RM2 sedangkan mainan tu RM3 satu. Kalau dua item maknanya RM6 lah kan. Terpaksalah kena patah balik ke kereta. Tapi girl Mac D tu panggil:

"Abang....toys ni untuk anak ke, adik ke or anak sedara?"
aku pun cakaplah sejujurnya " Tak de lah, for my collection"
"Waaaahhh....cumelnye. Xpe lah, ambik je toys ni...tak payah bayar"
"Eh tak pelah...saya gi ambik wallet kejap je" tak kan lah aku nak terus ambil je
"Nanti abang kena beratur panjang lagi tau", terus girl ni buat aku rasa serba salah

Disebabkan ramai pengunjung yang memandang dan girl tu pula beriya-iya nak bagi, aku pun ambillah mainan tu sambil cakap terima kasih. Adehh...


PERISTIWA 5

Berlaku ketika aku dalam perjalanan menuju ke rumah kakak di Puchong. Seronok drive sambil dengar lagu Bunga Citra Lestari. Masa nak bayar tol tu, aku buka tingkap dan bagi duit RM10. Perempuan cantik yang jaga tol ni senyum. Yang peliknya dia boleh menyanyi lagu yang aku mainkan ni. Kuat pulak tu. Lama jugalah aku tunggu dia nak bagi balance. Bila lagu tu habis barulah dia cakap:

"Sorry ye dik, akak memang suka lagu BCL tu. Akak pun beli CD dia. Original tau"
"Ye? CD ni pun adik saya yang bagi" aku layan je lah kan
"Mesti adik awak minat Bunga ni kan. Alah dik, tak de duit kecik lah. Nah ambik balik duit adik ni. Akak bayarkan je lah"
"Eh, boleh ke? terpinga-pinga aku dibuatnya oleh akak ni
"Boleh je.."
"Tq kak"

Sempat akak tu melambai-lambai tangan dia. Sporting betul akak tu. Kalau lah hari-hari dapat tol free kan best.

Jadi itulah peristiwa yang berlaku sepanjang minggu lepas yang membuatkan aku tak kering hidung bila ingat balik. Aku percaya, semua ni adalah sumpahan dari kaum wanita sebab aku lupa nak wish mereka 'Selamat Hari Wanita Sedunia'

Harap-harap lepas ni dah tak ada peristiwa pelik di luar jangkaan berlaku. Titik.

Sunday, March 13, 2011

Handphone Kesukaan Selebriti Hollywood

Happy Monday buat semua kawan-kawan. Walaupun malas nak datang kerja sebab tak puas dengan cuti  2 hari, terpaksalah gagahkan kaki untuk menekan minyak kereta datang ke pejabat. Sebelum buat kerja, aku postkan entry yang aku sediakan semalam buat pengunjung blog semua.

Entry kali ni khusus buat mereka yang ingin tahu telefon bimbit jenama apakah yang sering diusung ke sana ke sini oleh selebriti kesayangan masing-masing. Selebriti ni pun manusia macam kita juga, yang perlu memiliki alat telekomunikasi bagi memudahkan mereka berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga, menyemak email, mengetahui gossip terkini rakan seperjuangan dan bermacam lagi.

 Ok, jom kita tengok handphone apa jadi pilihan mereka


Kalau sebelum ni Britney spears tidak pernah berenggang dengan iphone tapi kali ini nampaknya beralih kepada Blackberry  Bold 9700. Dia kelihatan ketawa dan gembira dengan bbnye. Shopping sambil ber BB mungkin sesuatu yang tidak membosankan. Dan Britney Kelihatan sihat dengan air mineral di tangan.

Justin bieber yang terkenal dengan lagu ‘baby’  memang pengguna tegar iPhone. Dia menyukai model iPhone 4 kerana reka bentuk dan lambangnya yang unik serta lain dari smartphone lain. Walaubagaimanapun ada paparazzi yang mendakwa bieber pernah membawa Blackberry semasa melakukan persembahan di sebuah konsert. Hurmm yang mana satu ni?

Penyanyi yang terkenal dengan fesyen pakaian pelik ini  lebih selesa menggunakan smartphone Blackberry. Setakat ini dia dilaporkan pernah menggunakan BlackBerry Curve 8520, BlackBerry Tour 9630 dan yang terbaru Bold 9000. Kesimpulannya di sini walau fesyennya pelik tapi handphone yang digunakan tidaklah sepelik mana.

Carrie Underwood, penyanyi country terkenal kelahiran American idol ini dirakamkan terlalu leka dengan iPhone 3Gs di sebuah majlis yang dihadiri. Apa yang pasti dari rambut, purse, dress hinggalah iPhone semuanya dari warna yang sama. Dirancang atau kebetulan?

Pelakon muda lagi kacak yang popular dengan Filem High School Musical iaitu Zac Efron dilihat memegang iPhone 4 sewaktu keluar dari sebuah hotel semasa penggambaran sebuah filem barunya. Mungkinkah disebabkan terdapat aplikasi di App Store yang dibangunkan khas buat actor ini menyebabkan dia terhutang budi dengan iPhone?


Gisele menghabiskan banyak masanya di pentas peragaan. Jadi tidak hairan jika dia sentiasa bersama handphonenya  bila tiada job. Model terkenal  yang berasal dari Brasil ini dilihat menggunakan Bold 9000. Mungkin sudah tiba masanya gaya cat walk sambil memegang telefon bimbit dipraktiskan di run way.


Pemain bola sepak terkenal yang berstatus selebriti ini dilihat lebih selesa memegang BlackBerry Bold 9700. Tak sangka lelaki yang dikategori sebagai maskulin nampak lebih feminin dengan BlackBerry. Walaupun sibuk dengan BB, Ronaldo masih sempat menurunkan autographnya kepada salah seorang daripada peminatnya. Cayalah..


Gadis yang sering kelihatan bergaya dengan fesyen baru dan terkini ini dilaporkan menggunakan BlackBerry Bold 9700 berwarna putih ketika sibuk membeli barang di kedai serbaneka. Rasanya 2 tangan tidak cukup buat Paris yang tidak lepas dari memegang handbag, BB, kopi dan anjing kesayangannya.


Pada ogos 2010 Christina Aguilera menunjukkan handphone kesayangannya kepada teman-temannya di tempat kereta restoran stik terkemuka. BlackBerry Bold 9700 warna hitam menjadi pilihan beliau yang menurut pendapatnya hitam itu elegan dan menawan. Tapi yang hairannya rambutnya diwarnakan blonde, kenapa tidak hitam?


Joe Jonas salah seorang dari trio Jonas Brother’s ni dirakam sedang menggenggam iPhone 4 ketika keluar dari sebuah mini market. Dia menjadi tajuk berita utama pada masa itu kerana menggunakan casing yang berwarna pink! Aduh…itu pun nak kecoh.

Megan Fox kelihatan lebih lebih seksi apabila membimbit iPhone 3Gs. Menurutnya applikasi yang banyak dan menarik pada iPhone menyebabkan dia sukar untuk tidak memilih handphone tersebut sebagai gadjet yang disayangi.

Tidak terpengaruh dengan popularity smartphone BlackBerry dan iPhone, Susan Boyle lebih low profile dengan hanya menggunakan telefon dari pengeluar jenama Nokia. Dia Berjaya dikesan menggunakan Nokia model E71. Mungkinkah usianya yang agak lanjut membantaskan dia menggunakan BlackBerry atau iPhone?

Puas hati? Hurmmm....kebanyakan selebriti di Hollywood lebih gemar menggunakan telefon bimbit iPhone dan BlackBerry. Artis kita pula kebanyakannya guna Nokia. Tapi disebabkan mereka ni semua selebriti, susah nak pastikan brand apa yang betul-betul dipakai. Sebabnya bila-bila masa mereka boleh tukar phone. Duit banyak, tak tahu nak habiskan macam mana. Kan...

Wednesday, March 9, 2011

Mood Klasik di Hujung Minggu


Apa aktiviti anda di hari minggu? Shopping, camping, cooking, massaging atau house keeping? Bosan dengan rutin mingguan yang sama? Apa kata jom sama-sama kita try sesuatu yang baru...yang lebih relax dan santai ala-ala klasik....


Mungkin ada dikalangan kalian semua tidak pernah merasa bagaimana berada di zaman klasik di era 50an, 60an atau 70an. Maklumlah kebanyakan kita lahir di era siber.....Jadi apa kata hujung minggu ni kita timbulkan mood klasik. Tak tahu bagaimana caranya, ni ada beberapa panduan yang boleh diikuti...hasil daripada pengalaman aku sendiri.

***

1. Pakai baju-baju lama, bersanggul ala-ala saloma
***
Yang perempuan boleh berbaju kebaya ketat atau paling tak berbaju kurung kedah. Pilihlah yang bercorak kusam atau dari warna-warna tanah. Rambut jika disanggul tinggi lagi nampak klasik. Kalau nak jimat, selongkar saja almari pakaian mak atau nenek kita. Untung kalau jumpa aksesori lama sperti kerongsang, cucuk sanggul dan sebagainya. Yang lelaki pakai saja baju melayu johor dan songkok tinggi. Lagi nampak lama kalau pakai cermin mata berbingkai hitam.


Pakai macam ni pun nampak ok
(gambar ihsan kakikongkang.blogspot.com)


2. Dengar radio klasik atau pasang lagu-lagu lama.
***
Lagu-lagu klasik memang indah jika didengar dan diamati. Walau sekali dengar, pasti terasa berada di dunia lama. Putarlah lagu-lagu seperti Tiru Macam Saya, Tanya Sama Hati, Di Mana Kan Kucari Ganti, Ikan Kekek, Kau Tinggi Di Awan Biru, Malam Ku Bermimpi dan banyak lagi. Kalau ada piring hitam lagi bagus. Nak lagi senang, dengar sahaja stesen klasik nasional.



3. Tonton cerita2 lama
***

Sebenarnya banyak cerita-cerita lama yang tidak pernah bosan untuk ditonton seperti Ibu Mertuaku, Kisah Penarik Becha, Setinggan, Bagi Balik Jandaku, Sayang Salmah, Berbahagia di Singapura, Chinta Abadi, Irama Kaseh, Kubor Tak Bertanda, Hanchor Hati dan lain-lain lagi.


4. Lepak di kopitiam atau cafe konsep klasik
***

Banyak cafe atau kopitiam berkonsepkan oldies dibuka terumanya di bandar-bandar utama. Antaranya Saloma Bistro, Ipoh Station, Uncle John, Old Town dan Classic Station. Kalau nak rasa yang betul-betul original, cuba kunjungi Kluang Rail Coffee yang terletak di Johor. Banyak ciri-ciri klasik yang masih dikekalkan sehingga sekarang.


Kluang Rail Coffee yang terletak di Kluang Railway Station



5. Memandu kereta antik
***
Bayangkan betapa bahagianya kalau dapat memandu kereta antik seperti Volkswagen dan Austin. Kalau tiada koleksi tersebut, apa kata sewa sahaja kereta antik. Kemudian pusing-pusing kampung or bandar-bandar lama seperti Melaka, Ipoh dan Penang. Atau naik saja beca / basikal seperti gambar di bawah.


(gambar ihsan basikalmalaya.com)


6. Nikmati makanan tradisional, sireh dan rokok paip
***

Banyak makanan tradisional yang boleh mengimbau kenangan lama sekali gus membangkit mood klasik. Cubalah rasa kuih muih tradisional yang masih banyak dijual di gerai-gerai di tepi jalan. Mahu lebih mencabar, cubalah makan sireh, menghisap rokok daun atau paip (amaran: rokok membahayakan kesihatan).


7. Mandi berkemban
***
Bagi yang punya laman di kediaman bolehlah cuba mandi berkemban dengan kain batik. Bukan nak tunjuk sexy tapi kekalkan tradisi. Orang zaman sekarang jarang mandi berkemban. Alang-alang tu, bolehlah cuba mandi bunga yang selalu diamalkan pada zaman-zaman dulu.

8. Tukar ring tone / caller ring tone hp kepada lagu-lagu nolstalgia
***
Percaya atau tidak, sehingga sekarang aku masih guna caller ring tone lagu lama, Mengapa Dirindu nyanyian Saloma. Lagu tu merdu dan muziknya klasik.


9. Guna bahasa baku atau bahasa malayu lama.
***
Setiap kali bersua dengan teman serumah atau di talian telefon cubalah dialek lama. Rasai intonasi yg sungguh indah dan halus. Oh ye, apa kata tukar telefon rumah kamu tu kepada telefon antik macam ni:




Bagaimana? sanggup sahut cabaran untuk hujung minggu ni? Cubalah walau sekali untuk seumur hidup. Jadikan pengalaman yang sukar dilupakan. Selamat mencuba........

Tuesday, March 8, 2011

Classic Station....seklasik namanya


Sejak mak tinggal di bawah jagaan adik dan kakak aku, semakin rajin pula aku balik ke Puchong. Kalau sebelum ni sebulan sekali pun belum tentu aku jejakkan kaki ke sana. Tapi sekarang seminggu 2-3 kali tu dah jadi rutin biasa. Kadang-kadang segan dengan abang dan adik ipar tapi nak buat macam mana, redha sajalah.
***
Di kawasan Putra Perdana, Puchong tu ada satu cafe yang pada aku sangat ok untuk lepak dan hilangkan rasa bosan. Classic Station. Kalau sekali tengok memang la macam tak ada apa yang special tapi disebabkan lokasinya yang terletak di kawasan perumahan, yang jauh dari bandar...jadi cafe ni bolehlah ak kategorikan sebagai unik.



Mengamalkan konsep klasik sederhana, cafe dan restoran ni turut menyediakan hidangan tradisional seperti nasi kukus, mi rebus dan banyak lagi. Masakannya memang menyelerakan cuma minuman yang disediakan tidak lah se 'kow' mana.



Kebanyakan perabot dan peralatan hiasan turut menggunakan koleksi-koleksi lama seperti cawan porcelin yang diletakkan di dalam almari kaca Clinique. Di mana mereka jumpa barang-barang ni tak dapat aku pastikan.


Kerusi dan meja yang digunakan nampak lagi klasik apabila ditambah alas yang diperbuat dari daun mengkuang.


Gabungan moden dan tradisional nampak lebih praktikal

Lampu yang menjadi elemen penting dalam menghidupkan gaya tradisional pada cafe ni.




Jam lama bersaiz besar yang menghiasi dinding menjadi perhatian utama pengunjung yang pertama kali datang ke sini.

Harap singgah-singgahlah di Classic Station kalau tersesat ke Puchong. Bagi yang gemar online, cafe ni menyediakan perkhidmatan wifi yang terbaik. Jadi tak payah tunggu terlalu lama untuk memuat turun apa-apa sahaja dari internet. Jangan lupa cuba blueberry cup cake yang dijual dengan harga serendah RM1.50
***
Ok, sampai jumpa lagi.