Nuffnang Ads

Thursday, March 31, 2011

10 Situasi Jiwa Kacau



Apa tanda seseorang mengalami Jiwa Kacau (JK)? Oasis pun tak pasti sama ada sedang mengalaminya atau tidak. Mula perasan bila ada kawan yang post pada wall Facebook oasis yang berbunyi "Kau kena simptom JK ni" Mungkin betul atau mungkin tidak. Mungkin sebab sakit rindu yang belum kebah. Tapi dalam masa 2-3 hari ni, ramai teman sekeliling yang perasan. Situasi dibawah terjadi mungkin bukti menunjukkan jiwa oasis tengah kacau.

Situasi 1 di Pejabat

Isma: En. wadi nak pergi mana? Awalnya balik, baru pukul 4.
Oasis: Saya nak turun lunch. Terlupa dah pukul 4 petang.
Isma: Eh, biar betul...


Situasi 2 di Pantry Pejabat

Aziz: Dari tadi asyik pandang mee goreng tu. Nampak cam En Wadi tak selera jer ni.
Oasis: Hurmmm..tu lah. simpan lah dulu, nanti saya makan.


Situasi 3 di Cafe

Makcik: Tak ade duit kecik ke dik?  20 sen je gula-gula tu, tak kan nak bagi RM50
Oasis: Ye ker...Saya ingatkan saya bagi duit 50 sen tadi.


Situasi 4 di Dalam Kereta

Hairu: Ko ada masalah ke geng? Senyap je nih?
Oasis: Masalah apa? tak de lah. Biase jer.
Hairu: Habis dari tadi lagi sunyi.. Ko drive dekat setengah jam, radio or CD haram nak pasang.
Oasis: Owhh...sorry tak perasan


Situasi 5 di dalam Bilik Pejabat

Din : Kenapa ni Di, termenung kat tingkap dari tadi. Ada masalah ke?
Oasis: Ishh...tak ade apalah. Saja tengok2 kat luar ni.


Situasi 6 di Rumah

Sepul: Angau dah housemate aku nih. Pergilah ambik cuti jumpa dia.
Oasis: Haishh...ke situ plak.


Situasi 7 di Gerai Burger

Oasis: Burger daging special 1 dik
Penjual burger: Ok. Burger apa tadi bang? erkkk...bang...abang...
Kawan Penjual burger: Bang...burger apa bang. Kitaorang tak dengar tadi. Abang....ABANG!
Penjual burger & kawannya: Nak burger APA?!!! Abang tu...burger apa ni?
Oasis: Erkk??? Ye ye...apa-apa pun boleh.


Situasi 8 di Apartment

Oasis: Pak cik, malam tadi siapa yang bertugas?
Pak Guard: Huzeer dik, budak bangla tu. Kenapa?
Oasis: Kereta saya hilanglah. Myvi warna putih. Pak cik ada nampak?
Pak Guard: Laaa...bukan adik parking kat situ ke? Hah tu keretanya...kan...?
Oasis: Ha a...lupa. Sorry pak cik.


Situasi 9 di Public Lecture

Nazri : Saya nampak awak lain macam 2-3 menjak ni.
Oasis: Kenapa plak?
Nazri: Semalam tak pakai tie. Biase tak pernah tak pakai. Hari ni tak pakai baju batik plak.
Oasis: Ye ke? Saya pun lupa hari ni hari khamis.
***

Situasi 10 di Dalam Lif

Juruteknik: Encik nak pergi tingkat berapa?
Oasis: Saya? Erk...tingkat 7.
Juruteknik: Boleh saya tolong tekankan. Lif ni dah turun naik 3 kali dah. Tapi Encik masih tak keluar-keluar
Oasis: Yup..saya lupa nak tekan tadi

Itu baru 10 yang situasi yang sempat oasis ingat dan tulis di entry ni. Ada banyak lagi peristiwa yang haru biru terjadi tapi takut pula semua reader termuntah nak baca. Oasis dah tak tahan hidup macam ni, rasa macam nak mati. I need somebody to give me a hug. Huhuhu

Monday, March 28, 2011

Kalau Rindu Apa Ubatnya???

Bila terasa rindu, apa sahaja yang dibuat semua tak kena? Betul tak? Nak mandi rasa macam sia-sia sebab confirm tak basah. Nak tidur asyik teringatkan kenangan bersama. Nak update blog pun tak tahu nak tulis pasal apa. Oasis percaya semua readers and blogger pernah rasa rindu kan. Tak kiralah pada siapa. Family, kawan-kawan, suami/isteri, kekasih atau mungkin tunang. Rindu bila berjauhan tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Bila rindu apa yang harus kita lakukan? Ada cara untuk mengubat rindu? Sempena ada 5 jari pada setiap tangan kanan atau kiri, oasis nak kongsi apa yang boleh kita lakukan bagi mengubat kerinduan.


Hubungi orang yang dirindui
Tak dinafikan mendengar suara si dia sudah cukup menggembirakan kita. Secara tak langsung kita akan senyum atau menangis bergantung pada tahap berapa kerinduan kita. Selain calling, kita juga boleh SMS, email, BBM, video call atau berutus surat.


Melihat foto-foto si dia
Kalau rindu, tataplah gambar si dia. Perhatikan betul-betul apa yang membuatkan kita tertarik dengannya. Zaman sekarang macam-macam cara kita boleh lihat gambar si dia selain dalam album gambar. Dalam handphone, face book, blogspot atau laman social yang lain.


Kunjungi tempat yang pernah dilewati bersama
Pergilah ke tempat yang biasa kita kunjungi ketika bersama dulu. Ia betul-betul membangkitkan kenangan. Gambarkan dia ada bersama kita. Biarlah orang sekeliling nak cakap kita gila. Ada oasis kisah?


Memeluk pakaian si dia
Tahu tak bau pakaian yang telah dipakai boleh mengubat kerinduan? Masa kecil-kecil dulu setiap kali mak pergi berkursus, oasis selalu masuk bilik mak, cari baju mak yang belum dicuci untuk dicium dan dibawa ke tempat tidur.


Lakukan persediaan untuk dia
Bila terlalu kemaruk dengan rindu, banyak aktiviti harian tak dapat dilakukan dengan sempurna. Sebab kita hilang focus. Masak pun tak cukup gula, sapu lantai tak cukup licin, buat assignment tak cukup muka surat dan sebagainya. Jadi apa kata setkan di fikiran semua aktiviti yang kita lakukan itu semata-mata untuk si dia, orang yang kita rindui. Anggap sahaja kita sedang melakukan persediaan untuk menyambut dia pulang. Mungkin dengan cara ini kita akan jadi lebih bersemangat.

Rasanya 5 tips di atas cukup untuk mengubati kerinduan. Oasis pun dah lakukannya…tapi kan…..semua tu tidak mengurangkan kerinduan tapi menambahkan lagi kerinduan. Waaa…dah penat oasis meraung. Kali ni oasis benar2 nak minta bantuan kalian semua, bagilah sebarang petua untuk hilangkan rasa homesick ni. Oasis merayu sangat-sangat…..


p/s: perasan tak entry kali ni oasis tak biasakan diri dengan panggilan ‘aku’. Sebab oasis sangat lemah…menderita sakit rindu.

Friday, March 25, 2011

Lelaki Suka Kalau.....

Setiap lelaki ada perangai atau habitnya sendiri. Tidak dinafikan agak susah wanita nak duga. Ada beberapa perkara yang perempuan lakukan tapi lelaki tidak suka. Tapi banyak juga yang lelaki suka bila perempuan lakukannya. Apa dia ya?

Sempena ada 7 hari dalam seminggu, aku senaraikan apa yang aku gemar dan selesa bila bersama wanita. Aku suka kalau....:

1) Diberikan secawan kopi/segelas minuman


Bila kita tengah sibuk menyiapkan kerja atau dokumen, alangkan baiknya jika ada yang menghulurkan secawan teh panas atau hot chocolate. Seperti ada yang perihatin dengan stress yang ditanggung. "Thanks darling.."


2) Betulkan kolar / sapu kotoran pada baju


Masa kita nak keluar sama ada ke office atau hadirkan meeting, kan best kalau ada isteri atau staf perempuan yang betulkan tie dan kolar atau sapu kotoran yg melekat pada baju. Macam dia nak say good bye tapi pada masa yang sama tak nak kasi kita pergi. Perghh..


3) Disuapkan makanan


Kalau tangan kita kotor atau penuh dengan barang, kan best ada wanita yang suapkan kek atau coklat ke mulut. Lepas tu dia lap mulut kita yang tengah comot tu. So sweet kan..


4) Dicubit - cubit


Sakit tapi sedap. Puas hati kalau wanita cubit bila kita sedikit nakal atau buat lawak. Rasa macam ada respon. "Auwchhh...sakit la yang..."


5) Pegang lengan semasa melintas jalan


Wanita memang takut nak melintas jalan. Memang aku perasan. Aku suka bila nak melintas jalan, ada perempuan yang pegang lengan dan dia ikut dari belakang atau sisi. Rasa diri ini gagah. "Dont worry sweetheart, i will protect you"

 
6) Diminta buka penutup botol minuman


Bunyi agak pelik tapi itulah yang aku suka. Terasa amat diperlukan wanita bila mereka meminta bantuan untuk membuka penutup botol minuman. Serius aku akan senyum time tu. Tak sia-sia jadi lelaki. Atau mungkin sebab wanita lebih lemah berbanding lelaki?

 
7) Ada yang komen pada entry ni


Siapa tak suka kalau ada yang komen pada entry kita kan. Apatah lagi perempuan. Haha. Actuallly tak kisahlah lelaki atau perempuan, dua-dua aku suka kalau ada yang sudi bagi respond. Alah, komen la...hehe


Dah selesaipun 7 perkara tersebut. Itu hanyalah merujuk pada kesukaan aku semata-mata. Setiap orang ada kegemaran dan imaginasi masing-masing. Mungkin anda boleh kongsikan di sini. Jom...

Wednesday, March 23, 2011

Blog review : 7 Blog Yang Bertuah


Ada setengah orang suka bila blog mereka di review. Ada pula yang segan dan tersipu malu. Walau apa pun reaksi mereka, aku still nak review 7 blog ni sempena meraikan kejayaan 7 hari  tanpa minum air sejuk.
 
Yang tidak ada dalam senarai jangan kecil hati kerana pemilihan adalah secara rawak & bukan bersifat pilih kasih mahupun prejudis. Kalau ada kesempatan lagi, aku akan review blog lain pula ok. Jadi kita tengok siapa yang kena




Blog milik Anat ni seunik nama yang diberikan. Gadis persis wanita arab ni sungguh mesra dan manis. Bila baca blog dia, kita akan rasa macam dekat dan kenal lama dengan Anat. Kadang-kadang aku anggap Anat ni macam adik aku sendiri. Hehe macam skrip drama lah. Jangan marah ye Anat.
 
 
 
Dikenali dengan nama hany, penulis blog ni terasa dekat dengan blog oasis ni. mzhany adalah antara blog terawal yang menjengah blog oasis ni. Dari zaman bujang hinggalah dah jadi suri rumah, hany masih setia mengunjungi dan meninggalkan komen di oasis. Blognya banyak berkisar tentang sepasang suami isteri dalam menjalani kehidupan seharian.
 
 
 
Orangnya comel begitu juga dengan header blog ni, colorfull. Dan yang penting, dialah satu-satunya penulis yang panggil aku abang. Haha, diri ini terasa tua pun ada. Kandungan blog ni penuh informasi. Dari cerita-cerita politik, dunia, teknologi hinggalah cerita peribadi. d_tieah seorang yang  bersemangat patriotik pada pandangan aku sendiri. Bagus..bagus.



Lebih selesa dengan panggilan Mak Su, terasa penulis ni bagai mak sedara aku sendiri. Setiap kali dia post entry, aku akan tergelak sakan. Mak Su orangnya kelakar barangkali sebab tu rasa tak kering bibir bila baca blog dia. Cuma sejak akhir- akhir ni mak su asyik menyepi. Rindu lah Mak Su, cepat update.
 
 


Nilai keibuan begitu terserlah pada blog ni. Penulis blog yang ingin dikenali dengan Ratu Kebaya ni juga mengikut firasatku sangat pandai memasak sekaligus menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan seorang ratu tak boleh memasak. Blog ni sarat dengan cerita-cerita kehidupan bahagia sebuah keluarga, resipi dan macam-macam lagi.



Blog yang diilhamkan oleh Nabilah ini sungguh padat entrynya. Tanpa patah ayat yang panjang tapi penuh dengan informasi. Menyediakan pelbagai tips dan panduan untuk semua blogger. Apa sahaja kata hati, jawapannya ada di sini. Dan dia sangat rajin blogwalking dan meninggalkan komen.


Akhirnya inilah satu-satunya blog lelaki yang terpilih kali ni. Blog yang ditulis oleh Raji ni sungguh kreatif dan cute dengan kewujudan karektor Bunny Raji. Apa saja entry pada blog ni pasti ada watak tu. Sangat terpesona dengan blog ni...so pretty, so cute, so rase nak cubit pipi.

Itu sahaja untuk kali ini. Harap semua kawan-kawan sudilah singgah di blog yang disenaraikan. Masing-masing ada cerita tersendiri. Tapi tak bermakna blog yang tak tersenarai di sini tidak bagus. Ingat tu. Semuanya dipilih secara rawak. Ok, jumpa di next entry.

Monday, March 21, 2011

Bila Kanak-Kanak Umur 7 Tahun Tengok Cerita 'Blue'


Barisan pelakon utama drama 18 SX ini

Chuppp....Ini bukan kisah seorang pak cik yang comel (ye la...ye la...tahu, korang rasa nak muntah) mengajak anak saudaranya tengok video lucah. Tapi kisahnya bermula di sini, di sebuah kedai video dan cd.

Si Ibu :       Kita beli VCD ni la, nanti boleh pasang dalam kereta. Ada banyak lagu ABC ni.
Si Anak :   Hadif tak nak. Hadif nak cari CD Blue.
Si Ibu :       Haaaahhhh!!!??

Aku dan kakak aku saling memandang. Terkejut. Terasa nak gelak pun ada, hairan pun ada. Budak umur 7 tahun pun dah tahu pasal cerita lucah?

Si Ibu :        Mana belajar ni? Bagitau ibu cepat, Hadif tengok kat mana citer tu?
Si Anak:     Selalu je Hadif tengok. Kadang-kadang kat umah Aiman. Kat umah pun Hadif tengok ape...masa ibu  kat bawah.
Si Ibu:        Ishhh...budak ni..

Dalam perjalanan pulang sehinggalah sampai rumah kakak aku terus senyap. Mungkin tengah fikir macam mana dia boleh tak sedar yang selama ni anak dia tengok cerita blue.  Aku pula yang jadi serba salah. Tiba-tiba si Hadif ni memanggil

"Ibu, pak cik....Hadif bukak tv, pastu ada citer blue. Jom la tengok"

Aku, adik dan kakak aku punyalah nervous tahap di kejar babi. Cepat-cepat kami naik atas. Kakak aku pula macam sudah ready nak sendukkan si Hadif ni.




Rupa

rupanya.........




inilah dia cerita blue yang dimaksudkan si Hadif:


Kami punyalah gelak tak ingat dunia bila dapat tahu itulah cerita yang selalu ditonton Hadif di Astro Animax. Blue Gender judulnya.  Hahaha. Buat suspen je budak ni.

p/s: Jangan berprasangka buruk dengan kanak-kanak

Sunday, March 20, 2011

Peristiwa Raba : Lelaki Pun Tak Selamat Dalam Train


Kaum wanita bertuah kerana diberikan koc khusus untuk wanita bila naik train. Terjamin keselamatan. Kejadian ragut dan gangguan seksual dapat dielakkan. Tapi bagaimana pula dengan kaum lelaki?


Koc untuk wanita. Senang la sikit dorang nak calit lipstik ke, tukar baju ke....

Hari Ahad lepas aku bersama kawan lama menuju ke Mid Valley menggunakan komuter sebab tak nak merasa azab kesesakan dan kesukaran parking

Seperti dijangka juga, komuter penuh sesak dengan manusia. Terpaksalah berasak-asak walau hampir lemas dibuatnya. Tiba-tiba terasa macam ada tangan yang meraba kat bahagian terlarang. Aku diam, mungkin tergesel je. Biasalah ramai-ramai macam ni.

Tapi makin lama makin menjadi. Sehinggalah aku rasa macam 'benda' tu dipegang. Aku tepis tapi brother tu buat lagi. Haishh. Tanpa berlengah aku ajak kawan aku beralih ke sudut lain.

Sampai dipertengahan destinasi, aku terasa ada tangan yang merayap lagi. Kali ni lelaki lain pula. Damn betul lah. Disebabkan keadaan yg terlalu padat, aku tak mampu nak buat apa lagi dah. Terpaksa guna strategi bertahan.

Akhirnya train sampai di hentian Mid Valley. Brother tu senyum, tanda puas. Disebabkan rasa dendam dan tak puas hati, sebelum keluar aku cakap:

"Bro, besar tak saya punya bat***? Lain kali kalau nak raba orang mintak lah izin dulu. Jangan main belasah je!"

Hah, ambik kau. Satu koc tu dengar aku sound dia. Puas hati aku. Ingat dapat free macam tu je? Jadi dikesempatan ini aku nak syorkan pada KTM, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau siapa-siapa sajalah yang terlibat, boleh tak sediakan satu lagi koc untuk golongan ni. Biarlah mereka meraba sesama sendiri.


p/s: lagi menyayat hati bila kawan aku tu gelak & cakap "alah, relax la Di. Bukannya ni kali pertama ko kena raba"..tak membantu langsung.

Saturday, March 19, 2011

sumpahan Berakhir


Nampak tak kesan luka pada jari paling hujung tu. Boleh bayangkan tak kesakitannya. Tapi aku rasa seronok sebab aku rasa sumpahan kaum wanita terhadapku sudah berakhir (mak aii..macam khurafat la plak kan). Ingat tak entry aku yang sebelum ni tentang peristiwa aku bersama wanita hebat tu? Kalau masih blur boleh klik di link ni:


Luka ni aku dapat disebabkan wanita. Aku cuba tolong rakan sekerja untuk buka tingkap pejabat sebab masa tu bangunan kami mengalami kerosakan aircond. Disebabkan aku ni terlalu gagah, jadi picu lock tu patah dan terkena jari.


Tingkap yang berjaya dibuka

Kesan dari ucapan 'Selamat Hari Wanita' di entry tu, aku rasa bala atau perkara buruk yang berlaku antara aku bersama kaum wanita dah pun berakhir. Buktinya dengan luka yang aku dapat ni. Jadi tak ada lagi la lepas ni aku dimalukan dihadapan mereka.

Walaupun sakit tapi aku tetap rasa puas sebab telah berusaha membantu golongan yang sentiasa dimanupulasi ni. Anggap saja itu satu pengorbanan. Erkkk...ada unsur-unsur syirik ke? Tak ada kan...



Thursday, March 17, 2011

Jom Selongkar Dapur...kita Buat Topeng


Kadang-kadang mencuci muka tidak cukup untuk mendapatkan wajah yang halus dan bersih. Cuba sentuh muka dengan jari. Adakah rasa sedikit kasar atau berminyak? Itu maknanya kita perlu melakukan rawatan dengan facial mask. Hari minggu ni apa kata jom kita sama-sama geledah dapur mencari bahan yang sesuai untuk dijadikan topeng muka. Kepada lelaki jangan segan untuk mencuba. Tak perlu berhabis duit ke farmasi untuk mencari facial mask atau amal petua-petua yang kotor macam entry aku sebelum ni tuh  http://wadi-oasis.blogspot.com/2011/03/petua-muka-nampak-manis-dan-tangan.html .Bahan-bahan yang tersenarai dibawah ni boleh digunakan:


Buah yang agak seksi ini mengandungi banyak vitamin A, B Complex dan C dan sesuai digunakan untuk melembapkan muka. Mereka yang mengalami kulit sensitif digalakkan untuk menggunakan pisang sebagai mask.
Caranya: Ambil pisang yang sudah masak dan hancurkannya. Kemudian tambah sedikit minyak zaitun. Sapukan pada muka seperti memakai bedak. Sambil-sambil tunggu kering, eloklah goreng cokodok ke.


Tembikai atau timun sangat sesuai untuk menyejuk dan menyegarkan muka. Getah timun juga berkesan untuk mencerahkan dan membuang kesan-kesan jeragat pada wajah. 
Caranya: Sapukan perahan air Tembikai pada muka dan bilas. Cukup mudah. Untuk memutihkan muka, hirisan timun digosok-gosok pada muka selama beberapa minit dan terus bilas.


Tomato sangat kaya dengan Vitamin A selain dari vitamin B dan C. Selain dapat menghaluskan wajah, ia juga dapat membuang lebihan minyak, melegakan kesan sunburn dan menegangkan muka.
Caranya: Ambil tomato yang sudah ranum, hiris dan sapukan perlahan pada muka. Selepas itu, biarkan beberapa potongan buah pada wajah selama 10 minit. (time ni kena baring, kalau tak jatuh lah nanti buah-buah tu). Kemudian bilas.


Seperti kita sedia maklum, lemon mengandungi banyak vitamin C. Sangat berkesan untuk membersihkan dan menghilangkan minyak di muka disamping baunya yang menyegarkan.
Caranya: Satu senduk jus lemon dicampurkan dengan sebiji putih telur yang telah dikocok. Sapu rata pada muka dan biarkan kering atau tunggu 10 minit. After tu, terus bilas dengan air suam.


Selain cantik, sedap dan digemari Dato' Siti Nurhaliza, buah strawberry ni mengandungi Vitamin B, E, C dan K yang bermanfaat meremajakan kulit. Maknanya boleh melambatkan proses penuaan. Tak payah nak susah-susah cucuk botox lepas ni.
Caranya: Hancurkan beberapa biji strawberry. Pastikan buang tangkai dan daunnya. Campur satu sudu besar madu asli dan gaul sebati. Ambil dua sudu dari bahan-bahan tadi dan sapukan pada muka. Biarkan 15 minit. Lepas tu makan. haha


Macam mana petua tu? Senang saja kan. Lagi best kalau dapat buat bersama-sama dengan kawan-kawan, anak-anak dan jiran-jiran. Mesti seronok dan meriah. Siapa kata nak cantik kena tahan sakit? Setuju tak?

p/s: Ada orang yang kulitnya agak sensitif dengan buah-buahan. Sebelum sapu dimuka, oleskan sedikit pada belakang tangan atau punggung. Kalau tiada rasa gatal atau pedih, barulah boleh sapu kat muka.

Wednesday, March 16, 2011

Petua Muka Nampak Manis dan Tangan Selembut Sutera


Semalam ketika lepak di Ucle John Kopitiam tiba2 aku disapa oleh wanita cantik. Terpegun seketika melihat keindahan ciptaan Tuhan.

"oitt...wadi, ingat aku lagi tak? Mentang-mentang lah duk KL lama"

Laaa...rakan sekolah aku rupanya. Hampir tak perasan, dulu masa di sekolah tak ada lah lawa dan sweet macam ni. Tapi sekarang...mengalahkan primadona melayu. Nak juga tahu apa rahsianya. Pujuk punya pujuk barulah dia beritahu petua yang diamalkan.

Selepas bangun pagi, elakkan tengok muka di cermin. Sebaliknya Cuci muka dulu dengan menggunakan air gula. Tunggu sehingga separuh kering kemudian bilas.

Uihh..tak melekit ke? Katanya kalau nak muka nampak sentiasa berseri terpaksalah tahan. Nak beli SKII mahal sangat.

Tak lama kami sembang, handphone dia mula berdering tanda sms diterima. Sebelum dia minta diri, sempat dia hulurkan tangan untuk bersalam. Amboi, lembutnya tangan. Aku tanya pakai losyen apa?

"ko tak sanggup punya try petua ni. Tapi betul ke nak tahu?" dia tanya sambil duduk balik di kerusi
"ye lah...ceciter..ceciter.." bersemangat aku nak tahu
"berapa no phone ko? Nanti aku mesej jap lagi"

Tanpa berfikir panjang aku terus bagi no phone. Tak sabar nak tahu ni.
5 minit selepas dia berundur, aku terima sms dari dia. Terus aku baca sebab memang tak sabar nak tahu rahsia tangan gebu tu. Inilah mesej yg aku terima



Uwekkkkkkkkkk!! Euwww macam laha**t. Petua macam ni pun ada ke? Pengotor betul. Menyesal aku salam dengan dia tadi. Lama pula tu aku feel dia punya kelembutan tu. Hampeh.

p/s: Baik tak payah cantik kalau nak kena tempek dengan bahan-bahan kotor macam tu.

Dijemput untuk Joint Sama di 2dayBlogger

Salam 1 Malaysia buat rakan-rakan semua. Kali ni aku nak promosikan satu segmen yang dikenali sebagai Rakan Blog yang dikendalikan oleh 2dayblogger . Masa firts time baca tu macam pening jugak lah. Ye lah, walaupun hampir 6 tahun dengan dunia blog ni, tak pernah pula aku godam semua benda atau ikon yang ada kat blog ni. Sampaikan baru semalam tahu macam mana nak follow blog. Haha, lawak tak. Sebab tu lah tak ramai pun sudi singgah di blog aku. Kesiannya.

Berbalik ke Segmen Rakan Blog tadi, antara kesan atau impak yang bakal kita perolehi adalah:

1) Publisiti blog akan meningkat
2) Trafik meningkat
3) Blog kita akan lebih dikenali ramai
4) Memperolehi backlink 
5) Menambah rakan sambil berkongsi entry dengan pengunjung 2dayblogger

Kira ok juga lah kan terutama buatku yang hanya punya seciput follower tersayang tu. Hehe. Jadi jom lah kita ramai-ramai terjah ke sana. Bukan untuk meraih trafik semata-mata tapi apa salahnya kita berkongsi entry dengan lebih meluas lagi. Sayang kalau entry menarik tapi yang viewnya hanya segelintir sahaja. Lagipun stepnya simple dan tak salah mencuba untuk sekali seumur hidup.

Kalau berminat bolehlah klik link yang diberikan ni:  Rakan Blog

Monday, March 14, 2011

Minggu Hebat Bersama Wanita


Happy Women's Day buat kawan-kawan semua. Mesti ada yang rasa pelik kan kenapa baru sekarang aku wish Hari Wanita Sedunia ni. Entry sebelum ni aku langsung tak sentuh berkaitan hari wanita, akibatnya sampai sekarang aku menderita ditimpa bala dan malepetaka. Jadi tak nak kes ni berlarutan, terpaksalah perkara ni diselesaikan cepat-cepat.

Ceritanya macam ni, sepanjang minggu lepas, pelbagai peristiwa pelik dan aneh antara aku dan kaum hawa ni berlaku. Antaranya:

PERISTIWA 1

Hari Jumaat masa di pejabat. Sekumpulan wanita pelajar bakery datang masuk pejabat menjaja roti dan kek. Kebetulan pula masa tu perut agak lapar jadi aku dan staf-staf yang lain pun beli lah. Masa mereka nak keluar ada ke patut salah seorang cakap macam ni:

"Abang...terima kasih tau beli roti kitaorang. Abang ni cute lah.."

Haha. Kalau ye pun nak suruh beli lagi, tak payah la puji macam tu sekali kan. Bukan tak suka, tapi kesan daripada tu aku dijadikan bahan gelak ketawa oleh rakan-rakan office yang lain.


PERISTIWA 2

Jam 11 malam perut tiba-tiba lapar, tak boleh tidur dibuatnya. Dengan mata mengantuk aku redah ke kedai mamak dekat dengan rumah. Sampai je, terbeliak mata tengok betapa ramainya rakyat jelata. Semua pandang aku semacam sebab masa tu aku pakai short pant, ketat plak tu. Without underwear lagi. Tersipu-sipu aku duduk kat meja makan seorang diri. Masa nak pergi bayar mamak tu cakap:

"Sudah bayarlah itu makanan"
aku terkejut... "Hah, sape yang bayar?"
"Tadi ada amoi datang bayar"....

Moralnya...lain kali aku tak nak datang pakai seksi-seksi lagi. Huhu


PERISTIWA 3

Hari Sabtu aku ke shopping complex untuk beli barang keperluan sikit. Masuk waktu lunch aku ke food court untuk makan sebab perut dah lapar. Habis makan, datang seorang perempuan entah dari mana hulurkan aku ais krim:

"Nah aiskrim untuk awak...saya belanja"..sambil senyum malu-malu
"Erkkk..." aku jadi blur sekejap
"Tak pe, ambiklah..saya belanja ni"
"Owh...ok. Tima kasih"

Lepas tu perempuan misteri tu terus jalan cepat-cepat tinggalkan aku yang terkebil-kebil. Tapi aiskrim tu memang terbaik

PERISTIWA 4

Hari Ahad aku di singgah restoran Mac Donalds untuk dapatkan mainan sebab aku memang kumpul mainan Mac D. Masa nak bayar tu aku perasan yang wallet aku tertinggal dalam kereta. Seluk saku jumpa duit RM2 sedangkan mainan tu RM3 satu. Kalau dua item maknanya RM6 lah kan. Terpaksalah kena patah balik ke kereta. Tapi girl Mac D tu panggil:

"Abang....toys ni untuk anak ke, adik ke or anak sedara?"
aku pun cakaplah sejujurnya " Tak de lah, for my collection"
"Waaaahhh....cumelnye. Xpe lah, ambik je toys ni...tak payah bayar"
"Eh tak pelah...saya gi ambik wallet kejap je" tak kan lah aku nak terus ambil je
"Nanti abang kena beratur panjang lagi tau", terus girl ni buat aku rasa serba salah

Disebabkan ramai pengunjung yang memandang dan girl tu pula beriya-iya nak bagi, aku pun ambillah mainan tu sambil cakap terima kasih. Adehh...


PERISTIWA 5

Berlaku ketika aku dalam perjalanan menuju ke rumah kakak di Puchong. Seronok drive sambil dengar lagu Bunga Citra Lestari. Masa nak bayar tol tu, aku buka tingkap dan bagi duit RM10. Perempuan cantik yang jaga tol ni senyum. Yang peliknya dia boleh menyanyi lagu yang aku mainkan ni. Kuat pulak tu. Lama jugalah aku tunggu dia nak bagi balance. Bila lagu tu habis barulah dia cakap:

"Sorry ye dik, akak memang suka lagu BCL tu. Akak pun beli CD dia. Original tau"
"Ye? CD ni pun adik saya yang bagi" aku layan je lah kan
"Mesti adik awak minat Bunga ni kan. Alah dik, tak de duit kecik lah. Nah ambik balik duit adik ni. Akak bayarkan je lah"
"Eh, boleh ke? terpinga-pinga aku dibuatnya oleh akak ni
"Boleh je.."
"Tq kak"

Sempat akak tu melambai-lambai tangan dia. Sporting betul akak tu. Kalau lah hari-hari dapat tol free kan best.

Jadi itulah peristiwa yang berlaku sepanjang minggu lepas yang membuatkan aku tak kering hidung bila ingat balik. Aku percaya, semua ni adalah sumpahan dari kaum wanita sebab aku lupa nak wish mereka 'Selamat Hari Wanita Sedunia'

Harap-harap lepas ni dah tak ada peristiwa pelik di luar jangkaan berlaku. Titik.

Sunday, March 13, 2011

Handphone Kesukaan Selebriti Hollywood

Happy Monday buat semua kawan-kawan. Walaupun malas nak datang kerja sebab tak puas dengan cuti  2 hari, terpaksalah gagahkan kaki untuk menekan minyak kereta datang ke pejabat. Sebelum buat kerja, aku postkan entry yang aku sediakan semalam buat pengunjung blog semua.

Entry kali ni khusus buat mereka yang ingin tahu telefon bimbit jenama apakah yang sering diusung ke sana ke sini oleh selebriti kesayangan masing-masing. Selebriti ni pun manusia macam kita juga, yang perlu memiliki alat telekomunikasi bagi memudahkan mereka berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga, menyemak email, mengetahui gossip terkini rakan seperjuangan dan bermacam lagi.

 Ok, jom kita tengok handphone apa jadi pilihan mereka


Kalau sebelum ni Britney spears tidak pernah berenggang dengan iphone tapi kali ini nampaknya beralih kepada Blackberry  Bold 9700. Dia kelihatan ketawa dan gembira dengan bbnye. Shopping sambil ber BB mungkin sesuatu yang tidak membosankan. Dan Britney Kelihatan sihat dengan air mineral di tangan.

Justin bieber yang terkenal dengan lagu ‘baby’  memang pengguna tegar iPhone. Dia menyukai model iPhone 4 kerana reka bentuk dan lambangnya yang unik serta lain dari smartphone lain. Walaubagaimanapun ada paparazzi yang mendakwa bieber pernah membawa Blackberry semasa melakukan persembahan di sebuah konsert. Hurmm yang mana satu ni?

Penyanyi yang terkenal dengan fesyen pakaian pelik ini  lebih selesa menggunakan smartphone Blackberry. Setakat ini dia dilaporkan pernah menggunakan BlackBerry Curve 8520, BlackBerry Tour 9630 dan yang terbaru Bold 9000. Kesimpulannya di sini walau fesyennya pelik tapi handphone yang digunakan tidaklah sepelik mana.

Carrie Underwood, penyanyi country terkenal kelahiran American idol ini dirakamkan terlalu leka dengan iPhone 3Gs di sebuah majlis yang dihadiri. Apa yang pasti dari rambut, purse, dress hinggalah iPhone semuanya dari warna yang sama. Dirancang atau kebetulan?

Pelakon muda lagi kacak yang popular dengan Filem High School Musical iaitu Zac Efron dilihat memegang iPhone 4 sewaktu keluar dari sebuah hotel semasa penggambaran sebuah filem barunya. Mungkinkah disebabkan terdapat aplikasi di App Store yang dibangunkan khas buat actor ini menyebabkan dia terhutang budi dengan iPhone?


Gisele menghabiskan banyak masanya di pentas peragaan. Jadi tidak hairan jika dia sentiasa bersama handphonenya  bila tiada job. Model terkenal  yang berasal dari Brasil ini dilihat menggunakan Bold 9000. Mungkin sudah tiba masanya gaya cat walk sambil memegang telefon bimbit dipraktiskan di run way.


Pemain bola sepak terkenal yang berstatus selebriti ini dilihat lebih selesa memegang BlackBerry Bold 9700. Tak sangka lelaki yang dikategori sebagai maskulin nampak lebih feminin dengan BlackBerry. Walaupun sibuk dengan BB, Ronaldo masih sempat menurunkan autographnya kepada salah seorang daripada peminatnya. Cayalah..


Gadis yang sering kelihatan bergaya dengan fesyen baru dan terkini ini dilaporkan menggunakan BlackBerry Bold 9700 berwarna putih ketika sibuk membeli barang di kedai serbaneka. Rasanya 2 tangan tidak cukup buat Paris yang tidak lepas dari memegang handbag, BB, kopi dan anjing kesayangannya.


Pada ogos 2010 Christina Aguilera menunjukkan handphone kesayangannya kepada teman-temannya di tempat kereta restoran stik terkemuka. BlackBerry Bold 9700 warna hitam menjadi pilihan beliau yang menurut pendapatnya hitam itu elegan dan menawan. Tapi yang hairannya rambutnya diwarnakan blonde, kenapa tidak hitam?


Joe Jonas salah seorang dari trio Jonas Brother’s ni dirakam sedang menggenggam iPhone 4 ketika keluar dari sebuah mini market. Dia menjadi tajuk berita utama pada masa itu kerana menggunakan casing yang berwarna pink! Aduh…itu pun nak kecoh.

Megan Fox kelihatan lebih lebih seksi apabila membimbit iPhone 3Gs. Menurutnya applikasi yang banyak dan menarik pada iPhone menyebabkan dia sukar untuk tidak memilih handphone tersebut sebagai gadjet yang disayangi.

Tidak terpengaruh dengan popularity smartphone BlackBerry dan iPhone, Susan Boyle lebih low profile dengan hanya menggunakan telefon dari pengeluar jenama Nokia. Dia Berjaya dikesan menggunakan Nokia model E71. Mungkinkah usianya yang agak lanjut membantaskan dia menggunakan BlackBerry atau iPhone?

Puas hati? Hurmmm....kebanyakan selebriti di Hollywood lebih gemar menggunakan telefon bimbit iPhone dan BlackBerry. Artis kita pula kebanyakannya guna Nokia. Tapi disebabkan mereka ni semua selebriti, susah nak pastikan brand apa yang betul-betul dipakai. Sebabnya bila-bila masa mereka boleh tukar phone. Duit banyak, tak tahu nak habiskan macam mana. Kan...