Nuffnang Ads

Sunday, January 23, 2011

Bibir Kering Jiwa Parah



Bibir antara bahagian pada wajah yang sering diperhatikan bila kita bercakap. Setiap orang punyai bentuk bibir yang agak berbeza dan boleh menggambarkan sifat dan karektor seseorang. Biar apa pun rupanya, kita perlu menjaganya sebaik mungkin.






Hampir kebanyakan dikalangan kita sering mengalami masalah bibir kering. Walaupun Malaysia bukan negara beriklim sejuk, faktor-faktor lain masih boleh mempengaruhi kesihatan bibir kita. Jadi entry kali ni, aku nak kongsi beberapa produk yang terdapat di pasaran yang pernah aku gunakan untuk mengatasi masalah bibir kering ni.



Diet Lip Balm dari skin Food ni cam krim bibir ajaib. Bagi sesape yang sedang berdiet, better try produk ni. Sapu pada bibir sebelum makan, pastu nafsu makan korang akan kurang. Dulu aku selalu pakai setiap kali bulan puasa. Bibir pun tak nampak kering atau over kilat. So sesuai lah untuk lelaki.



Yang ni pula Lip Essence from Skin Food gak. Kat butik area Malaysia ni aku tak sure ada ke tak item ni. Sebab dulu member yang bagi present masa dia bercuti di Korea. Yang bestnye rasa kopi tu...dan bau dia gak.





Produk ni antara produk yang paling murah sekali. Petroleum Jelly dari Vaseline ni harga sekitar dalam RM4.90 je. Sangat tahan lama. Lagipun banyak kegunaan selain daripada melembabkan bibir.



Salah satu daripada produk paling laku kat Cosway. Dulu aku pernah guna untuk dua tube. Selain daripada buatkan bibir korang nampak pink, korang jugak blh sapu pada bahagian puting dada. Memang berkesan. Dalam masa seminggu pun dah nampak perubahan warna.



Nivea Lip Care perasa cherry. Warna agak merah. Sebagai panduan kalau lelaki nak pakai, pastikan sapu tipis je kat bibir tu. Pas tu lap sikit ngan jari. Kalau tak memang bibir korang akan merah giler2 punya. Tapi nk hilangkan bibir yang terlampau kering tu, memang cepat kesan dia.





Sekali tgk cam lip balm dari jenama The Body Shop je. Tapi produk ni dari The Face Shop. Harga lebih murah berbanding The Body Shop. Bau oren ni kalau lama-lama cium dah cam tak best sangat dah..



Born Lippy, lip balm dari The Body Shop. Krim ni warna putih. Sekali pakai kat bibir cam nak meraung je. Sejuk giler. Dulu aku selalu pakai masa dalam kelas, nak elak rasa mengantuk.


Ini pun dari jenama yang sama cuma rasanye lain. Betul-betul macam bau kelapa. Lip butter ni sebenarnya lebih sesuai kalau pakai time musim sejuk untuk elakkan bibir merekah.



Produk paling aku suka. Selain dari rasa selamat (sebab produk ni organik), rasa dia pun menawan gak coz ada mint sket. Tak perlu sapu tebal sbb efect dia pun serta merta. Dan yang penting tahan lama kat bibir.



Kiehl's Lip Balm ni beli sebab terpengaruh ngan promoter butik ni kat Mid valley. so beli je lah satu. Pakai tak sampai habis pun sbb tak berapa nak suka ngan rasa agak chemical. Tapi bibir yang kering jd lembap trus walau sekali sapu.

Cukup la banyak tu dulu. Banyak pelembap bibir yang bagus-bagus kat pasaran. Cuma terpulang pada anda, mengikut citarasa atau bajet masing-masing. Tapi kalau nak lagi jimat, ni hah, aku senaraikan beberapa tips untuk anda semua bagaimana cara menjaga bibir dengan kaedah yang paling murah, berkesan dan selamat.

Sapu marjerin atau planta pada bibir korang. Jangan sapu siang hari, nanti nampak lain macam lak kan. Sapu time malam, masa korang nak masuk tido. Esok pagi korang akan rasa bibir korang akan lembab dan lembut.



Kalau bibir korang kering dan menggelupas, jangan tarik atau kopek. Tapi cara paling cepat, ambik tuala kecik dan basahkan dengan air. Pastu gosok pada bibir sehingga lapisan kering hilang.



Oles madu kat bibir korang sebelum masuk tidur. Lagi senang buat selepas korang minum madu. Manis madu tak mendatangkan semut, so jgn risau takut bibir bengkak digeget semut.


Kalau bibir korang hitam atau tak berapa nak merah, amalkan petua ni. sapu hirisan lengkuas pada bibir. Sekurang2nya sekali sehari. Confirm bibir korang jadi merah. Tapi ingat, bibir mestilah tak kering. Kalau tak, bibir korang akan betambah merekah nanti.



Biasanya bibir atau kulit kering disebabkan kurang air dalam badan. Minumlah air sebanyak yang mungkin. Dan jangan cuba basahkan bibir dengan lidah atau air liur. Lagi bertambah kering bibir korang nanti.
***
***
p/s: bibir kering senang dirawat, tapi kalau hati yang kering?
Selamat mencuba...

Tuesday, January 18, 2011

Lelaki & Mainan...tak dapat dipisahkan?



Cuba kita imbau zaman kanak-kanak dulu. Setiap daripada kita mesti ada alat permainan paling kurang pun satu. Kanak-kanak lelaki tak kan lepas tangan dengan mainan seperti Ultraman, robot, jet dan lain-lain. Kalau budak perempuan alat mainannya lebih feminin macam barbie, bear, set pinggan mangkuk dan buku colouring. Aku sendiri pun punya berbakul-bakul toys. daripada robot, raksasa, kereta hinggalah ke machine gun.



Comel bila tengok budak-budak perempua main barbie



Parent pun sebenarnya suka belikan anak mereka dengan pelbagai alat permainan



Soft toys mungkin paling sesuai untuk kanak-kanak bawah 3 tahun



Tak pasti lak ni mainan yang dah siap dijual atau prototype. Tapi kalau ada jula kat kedai, sure aku beli.



Pelbagai karektor diterjemah pada barbie-barbie ni. Mana budak perempuan tak suka. Meraung la kat pasar raya tu kalau mak bapak tak nak beli.



Tapi perasan tak bila semakin dewasa semua tu akan berubah. yang perempuan dulunya tidur peluk bear, sekarang peluk bantal. Kemudian peluk suami. Yang dulu main masak-masak sekarang dah betul-betul pandai masak. Dulu ke sana sini asyik nak main kawin-kawin, sekarang dah kena kahwin. Dulu kumpul barbie sekarang tup tup dah ada baby.

Tapi lain bagi lelaki. Kalau kecik-kecik dulu suka kumpul kereta mainan, sekarang masih lagi kumpul tambah-tambah lagi bila dah ada kuasa membeli. Dulu suka main permainan video, sekarang sanggup berhabis duit untuk main Playsation. Cuba fikir kenapa....seolah-olah lelaki dengan maian memang tak dapat dipisahkan. Sama la macam aku. Sampai sekarang aku masih kumpul lagi. Cuma sedih mainan-mainan masa aku kecik dulu dah pun hilang. So, sekarang ni nak kena start balik.



Ni soft toy yang aku beli kat ikea. Setiap kali pergi aku akan beli satu



Ni sebahagian dari kereta-kereta yang aku kumpul. Sikit-sikit lama-lama dah jadi banyak dah



Ni pula kebanyakannya daripada mac donalds. Setiap minggu mesti aku pergi dapatkan di restoran yang berhampiran



Ni pun sama. Ada dari Mac Donald's dan ada yang dari KFC

Jadi janganlah anda semua (terutama kaum perempuan) bising atau memekak kat lelaki pasal tak puas hati dengan hobi dorang tu. Biasa la tu, lelaki. Aku nak ucap terima kasih kepada kawan-kawan yang turut sama membantu menambahkan koleksi aku. Kalau blogger semua ada mainan yang nak dibuang tu, bagi kat aku ye...hehe

Tuesday, January 11, 2011

7 Penyebab Kolestrol Meningkat



Sejak dengar berita ramai orang sekeliling yang jatuh sakit termasuk mak sendiri, aku dah mula risau. Sebab tu sekarang entry aku banyak cerita hal berkaitan kesihatan. Kali ni aku nak cerita sedikit berkaitan kolestrol. Info-info ni berguna buat kita semua, sebab kata orang mencegah lebih baik dari merawat.


Kalau kamu mempunyai paras kolestrol yang tinggi, jangan terkejut kerana di Malaysia saja berpuluh ribu orang mengalaminya. Di Amerika dianggarkan hampir 100 juta rakyatnya mempunyai kolestrol tinggi. Tahap kolesterol yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti serangan jantung dan strok. Peningkatan paras kolestrol disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah keturunan dan pemakanan. Dibawah aku senaraikan 7 sebab utama kepada penyakit tersebut.


Pemakanan / diet
Makan terlalu banyak makanan yang berlemak tepu (makanan tradisional seperti nasi lemak, nasi dagang, mi goreng ni lagi la kan) boleh meningkatkan paras kolestrol. Kita boleh jumpa lemak yang tak sihat ni dalam makanan yang berupa daging, susu, telur, mentega dan juga keju. Makanan yang dibungkus dibeli di pasar raya juga may be mengandungi minyak kelapa, minyak sawit dan mentega koko yang memang tinggi kandungan lemak tepu. Bukan tu saja, dalam marjerin, biskut, snek, keropok yang kita selalu makan tu pun ada banyak saturated fat nih.
***
***
***

Umur

Selepas umur menjangkau 20 tahun, paras kolestrol meningkat secara semula jadi. Jika perkara-perkara di atas diabaikan, maka bertambah cepatlah paras kolestrol tu naik. Takut kan….
***
***
***

Gender

Bagi lelaki, paras kolestrol biasanya meningkat bila umur dah cecah 50 tahun. Manakala paras kolestrol perempuan pula akan sentiasa stabil sehinggalah dia mencapai peringkat menopause. Masa tu barulah kolestrolnya sama paras dengan lelaki.
***
***
***
***

Berat badan

Berat yang berlebihan boleh meningkatkan triglyceride dan menurunkan kandungan HDL atau lemak bagus dalam bahasa yang senang difahami. Jadi kurangkan sedikit berat tu untuk menikmati hidup yang lebih sihat..

***
***
***

Tahap Kecergasan / aktiviti harian

Mengabaikan aktiviti fizikal akan meningkatkan LDL (lemak jahat) dan menurunkan HDL (lemak baik). Jom, bangun dari tempat duduk tu dan bergeraklah bagi mengaktifkan badan tu.

***



Kesihatan Menyeluruh

Jika tubuh badan kamu sihat, segala penyakit dapat dielak. Jadi jangan cuba mengelak untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali. Make sure doctor periksa dan explain prestasi kamu termasuk tekanan darah dan kesihatan jantung. Certain diseases seperti diabetes boleh meningkatkan paras kolestrol.


***

Sejarah Keluarga

Kadang-kadang kita terkejut bila kawan terdekat disahkan terkena penyakit seperti darah tinggi dan sebagainya. Walaupun masih muda dan nampak macam sihat. Ini mungkin disebabkan keturunan. Jika ibu bapa anda juga mempunyai paras kolestrol yang tinggi, berhati-hatilah.

***


Merokok

Come on lah. Kamu sendiri pun tahu kan bahaya merokok. Merokok boleh merendahkan kolestrol baik. Malah boleh membunuh kamu. Jadi kenapa masih tak berhenti merokok?


Moralnya ingatkan 7 perkara tersebut. Mulakan dengan gaya hidup yang lebih sihat. Aku pun tak nak bercerita panjang lagi sebab nak balik bersenam dan jogging. Jumpa lagi di next entry ...

Sunday, January 9, 2011

Krim Tangan Magik???


Tangan terutamanya bahagian tapak tangan adalah antara bahagian yang perlu sentiasa diberi perhatian bukan sahaja bebas dari kekotoran dan najis tapi juga perlu kehalusan kerana bahagian ini jugalah yang sering disentuh oleh individu yang pertama kali anda bersua. Kalau tangan kita kasar, sudah tentu memberi beberapa tanggapan yang tidak elok oleh pihak terbabit. Betul tak? Pada masa tu mulalah kita rasa rendah diri.

Terdapat pelbagai jenis krim tangan dengan harga yang boleh dimiliki yang berada di pasaran. Pilih saja yang mana berkenan mengikut bajet dan keselesaan anda. Bercakap berdasarkan pengalaman, aku juga ingin berkongsi tentang masalah kutil pada tapak tangan yang pernah membuatkan aku hampir bunuh diri (hehe). Aku pun lupa sebenarnya bila benda yang tak senonoh ni tumbuh kat jari manis dan jari telunjuk. Cuma aku syak mungkin disebabkan terlalu kerap pegang cangkul semasa siapkan projek final year masa zama study dulu. Walaupun penyakit ni tidaklah mengancam nyawa, sedikit sebanyak pun boleh menyebabkan insomnia sebab asyik fikirkan tentang kecacatan yang menimpa.

Dah banyak duit habis beli ubat di farmasi tapi gagal. Akhirnya ada satu krim yang sungguh magik aku jumpa di sebuah butik. Kesannya, lihat lah perubahan pada gambar dibawah:

Gambar disebelah kiri kelihatan kutil yang durjana. Disebelah kanan pula menunjukkan jari jemari yang bebas dari masalah kutil. Perubahan hanya dalam masa 8 hari


Krim magik yang dimaksudkan. Hand salve daripada Burt's Bees yang aku beli. Ni antara produk yang aku tak pernah nyesal beli. Harganya pun murah, dalam RM16.90. Baunya tersangatlah menthol tapi kesannya superb. Sebenarnya krim ni bukan untuk menghilangkan kutil tetapi untuk melembut dan menghaluskan tangan sahaja. Tetapi effectnya memang diluar jangkaan.


Tapi kalau korang semua tidak suka krim trsebut, ada banyak lagi pilihan dari jenama produk yang sama. Hampir 100% bahan yang digunakan adalah organik. Butik Burt's Bees boleh dikunjungi di Mid Valley Megamall berhampiran laluan ke The Garden


p/s : Jika korang beli produk dari Burt's Bees pada setiap 31hb, boleh dapat diskaun sehingga 30% tapi kena pulangkan bekas produk yang telah habis. Ni salah satu daripada kempen kesedaran alam sekitar. Sama cam The Body Shop pernah buat dulu.


Sunday, January 2, 2011

Lepak di The Red Worriors Station


tHe rEd WorRioRs


Belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2011 buat semua blogger terutama followers yang terus setia mengikuti blog ni. Juga tahniah kepada skuad bola sepak Malaysia terutama Fahmi dan Safee (sebab dorang ni paling famous kat carian google skang nih) kerana telah mengharumkan nama negara dan secara tak langsung berjaya menjerumuskan aku ke arena jaring gol ni.

Sebenarnya ketika semua manusia dari kutub utara ke kutub selatan bersuka ria menyambut tahun baru hari tu, aku pula dikejutkan dengan panggilan dari famili yan mengatakan mak aku sakit tenat. Dengan rasa penuh cemas kami adik beradik segera pulang ke kampung. Dan alhamdulillah semuanya sudah ok, mak pun dan semakin sihat.

Semasa menemankan mak bagi mendapatkan rawatan di Perdana Specialist Centre di Kota Bharu, aku sempat singgah di sebuah cafe ni yang teletak bersebelahan saja. memandangkan demam bola pun masih belum kebah lagi, jadi ok jugalah aku singgah mengalas perut sambil merasa bahang kehangatan bola sepak.


TRW @ KTC dari pandangan jalan raya



The Red Warriors Station ni dinamakan sempena team bola sepak kelantan yang baru-baru ni memenangi Piala Bola Sepak Malaysia 2010. Konsep yang diketengahkan agak menarik perhatian kerana lain daripada yang lain. Kebanyakan dekorasinya berasaskan warna merah, putih dan hitam yang sinonim dengan skuad bola sepak Negeri Kelantan. TRW @ KTC ni terletak di bangunan Kelantan Trade Centre dan berhampiran dengan Stadium Sultan Mohammad iv.


Pandangan dari pintu masuk sisi cafe

Kaunter makanan ala-ala bar memberi sedikit kelainan bebanding cafe-cafe lain di sekitar Kelantan. Kesemua pelayan cafe ni sentiasa memakai jersey berwarna merah. Semangat tuh


Di bahagian atas cafe. Sesuai bagi mereka yang inginkan suasana santai atau sedikit formal. Di setiap skrin tv sentiasa dipaparkan aksi bola sepak dari saluran sukan seperti EPL dan sebagainya


Dinding dihiasi dengan potret pasukan bola sepak kelantan

Cenderahati seperi jersey, topi, bag, mug, key chain dan bermacam lagi turut dijula di kaunter bayaran cafe ni. Penyokong The Red Warriors comfirm kena dapatkan satu sebagai tanda cenderamata dan sokongan


Dalam 8 minit menu yang di order dah sampai. Kebanyakan menu berkait dengan nama-nama pemain team bola sepak ni. Aku pun dah lupa dah apa nama nasi goreng ni. Tapi harga agak berpatutan.


Ni gambar tengah lepak ngan famili (dari kiri kakak, abang ipar & abah aku)


Kalau tak silap ni la pengasas cafe ni merangkap presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Y. Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa. Ngah khusyuk ngan ipad nye


Hoho..ni satu lagi produk makanan dari TRW yan telah dapat bimbingan dari Jabatan Pertanian


Ni aku jumpa tips dari sorang bro ni, pengunjung TRW @ KTC. Aku pun tak ketinggalan untuk meninggalkan tip di foursquare bagi bagi memberi review terhadap cafe ni



tak tahu cam ne nak datang sini? Hah, ni aku bagi map untuk memudahkan korang


Tak cukup lagi aku bagi gambar satelit plak. haa..puas hati kan


Kepada anda yang nak berkunjung ke Kota Bharu, jangan lupa untuk singgah di TRW @ KTC. Bayangkan betapa meriahnya datang sini bila musim bola. mesti gempak cafe ni kan. Aku nak minta maaf kalau gambar -gambar kat atas tu tak berapa nak clear sebab shoot pakai iphone je.


p/s: lenguh leher pusing kanan dan kiri kut-kut la terserempak ngan si fahmi penjaga gol malaysia tu kan. Blh gak minta sign!