Nuffnang Ads

Thursday, December 23, 2010

Kulit Cantik Dengan Vitamin C

Pernakah kamu terfikir sama ada badan kamu cukup dengan vitamin C seperti yang diperlukan? Atau tak terdetikkah pada fikiran yang kulit kamu kekurangan vitamin C? Vitamin C merupakan vitamin yang paling popular pada abad ini dan sering diperkatakan di TV mahupun majalah. Fungsi utama vitamin C atau juga dipanggil ascorbic acid ialah:
***
Membantu menghasilkan kolagen sebagai bahan anti oksida di dalam badan di mana ia dapat mengelak dari penyakit kronik
***
Mengurangkan kandungan kolestrol di dalam darah

Meningkatkan tenaga dan mencegah keletihan

Membuatkan kulit lebih tegang, cerah dan berseri.

Membantu menghilangkan kesan-kesan jeragat dan bintik hitam pada kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari.
***
Disebabkan badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C, maka beberapa cara di bawah boleh diamalkan mengikut kesesuaian anda.

Makanan
***
Sumber yang terbaik ialah makanan. Selain daripada selamat, ia juga boleh mengenyangkan (erk ???). Biasanya ia mudah diperolehi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Antaranya buah beri, buah-buahan sitrus serta sayuran hijau. Contoh sumber yang baik adalah asparagus, avocado, black currant, kubis bunga, anggur, lemon, mangga, biji sawi hijau, bayam, bawang, oren, betik, nenas, strawberry dan tomato. Semua tu ada dalam senarai makanan kamu?



Supplement

Fungsi supplement adalah untuk membekalkan badan kamu dengan vitamin yang diperlukan. Pengambilan vitamin melalui kaedah ini adalah lebih cepat kerana badan kita kadang-kadang sukar untuk menyerap vitamin C melalui pengambilan makanan. Selain itu, terdapat banyak pilihan Vitamin C yang berada di pasaran pada harga yang berpatutan.

***

Produk Kecantikan

Sesetengah pakar berpendapat kulit mampu menyerap vitamin C dengan pantas berbanding dengan sistem penghadaman kita. Jadi cara terbaik untuk membekalkan kulit kita dengan khasiat vitamin C ialah melalui aplikasi produk-produk kecantikan seperti krim, lotion, peeling dan sebagainya. Sebab itulah produk yang berasaskan vitamin C agak mahal harganya berbanding yang lain
***

Suntikan Vitamin

Cara ini paling popular pada masa kini terutama di kalangan selebriti tak kira di dalam atau di luar negara. Sebelum ia diperkenalkan, suntikan vitamin C selalu dilakukan kepada pesakit yang mengalami masalah kekurangan vitamin C atau mereka yang ingin cepat sembuh dari demam atau selesema. Kesan yang ditunjukkan dapat dilihat dalam masa 24-48 jam sahaja. Menurut pakar, 95 % vitamin C yang disuntik akan masuk ke dalam darah (jika kena saluran yang betul). Suntikan Vitamin C tidak boleh dilakukan ke atas:

Kanak-kanak berumur kurang daripada 15 tahun

Wanita yang mengandung

Pesakit buah pinggang yang menjalani diagnosis

Perokok kerana nikotin yang ada pada badan akan membunuh vitamin tersebut

***
Diharapkan entry pada kali ini boleh memberikan sedikit info tentang Vitamin C dari sudut kesihatan dan kecantikan. Tapi kata orang cakap sahaja tak ada guna kan. Jadi aku pun turut ingin berkongsi beberapa produk yang aku amalkan bagi mendapatkan vitamin C pada tahap yang optimum.



Aku suka dengan facial cleansing dari The Body Shop. Bau orennya sangat menenangkan. Lagipun ianya jernih dan mudah di bilas tanpa perlu banyak air. Dan face spray juga dari jenama yang sama. Hanya sembur pada muka bila terasa penat. Juga berguna jika aku malas atau terlupa bawa toner. Supplement tu pula sangat-sangat berkesan dan merupakan top seller di semua oulet GNC. Terdapat beberapa pilihan untuk vitamin C ni dalam jumlah kandungan yang berbeza. Disebabkan aku jarang makan buah, jadi aku ambil yang mengandungi 1000mg dan jenis time release supaya badan dapat menyerap dengan sepenuhnya.


Itu saja untuk entry aku kali ni. Ingat, semakin meningkat usia kita semakin tinggi jumlah vitamin yang diperlukan.


21 comments:

Rohani Hashim said...

wadi, ahahha dah agak mesti at the end of entry ada product vit C body shop...hohoho hany pun pernah cube, seyes beshhh...wadi cuba try scrub vitamin C ni...sgttttt beshhhh xtahu nk ckp camne...cubalah ;)

Oasis said...

mzhany...
ahaa...mmg best product ni tapi tak semua guna. Yg scrub dia pun tak pernah cuba. Agak mahal sket kut...hehe

Anati Soki said...

eh!! ni frst time anat dgr pasal produk nih!! seyes!! best ke? boleh try// de jual kt mana produk ni?

Oasis said...

Anata Soki:
Betul ke. Produk ni dah lama. Yg skin care tu dari The Body Shop. Gi je kat mana2 outlet dia. Blh di katakan mana2 pasar raya ada butik tu. Mmg best, harga pun boleh tahan. Kalau nak lagi murah kena tunggu SALE la.

mr.syazwan said...

makan buah je senang..

ubat2 ni kang slh kang menempuh maut kan??

huhu

Oasis said...

Mr.syazwan;
Supplement tak medatangkan kemudaratan. Lgpun utk vitamiin C, badan akan kluarkan smula lebihan nutrient mll air kencing. So tak yah risau klu tlbih dos..

Unknown said...

menarik jgk ni...

Oasis said...

Nik:
Jom kita cucuk nak. Haha

Aleen Aiden said...

uiiiii,xcekak nak bwat suntikan vit c tuh.hu3

nabilah_2908 said...

pengguna tegar body shop eh..hehe.. ;)

nice info... kalau sy..sy tk snggup nk cucuk2 muka mcm tu..huhu...:)

jom ke APA KATA HATI pulak,
BERTEMU KEMBALI

Oasis said...

Aleen: Tak de la sangat, utk sesetengah item je. Tp tak mahal pun cucuk vitamin C tu. Dlm Rm50 pun blh dpt.
Nabilah: mmg tak sanggup, tapi bagi sesetengah org yang nak Ơ̴̴͡.̮Ơ̴̴͡ cantek.. tu perkara biasa.

Oasis said...

Aleen: Tak de la sangat, utk sesetengah item je. Tp tak mahal pun cucuk vitamin C tu. Dlm Rm50 pun blh dpt.
Nabilah: mmg tak sanggup, tapi bagi sesetengah org yang nak Ơ̴̴͡.̮Ơ̴̴͡ cantek.. tu perkara biasa.

mr.syazwan said...

puas cari kat guardian n farmasi

penyembur kesegaran muka tu

yg ada pun 2 or 3 jenama je

yg mana ok erk??

huhu

Oasis said...

Syazwan:
Kalau di farmasi ✘ sure la brand apa yang sesuai. Cuba cr Evian..klu tak silap. Yg tu ok. Klu ✘ nk guna yg Body Shop, apa kata cuba salad spray from Skin Food. Yg jenama The Face Shop pun ok, harga sgt berpatutan.

Mak Su said...

mksu kn mkn supplement ler, sbb kureng makan sayur. time release? tak tahu menahu ni. tq sharing

matahati-aishahazhar said...

kene cuba ni.. memang tak pernah cuba lagi.. terjah Jusco bukit tinggi lah hari minggu ni

Oasis said...

Mak su:
Kalau tak makan sayur & jarang makan buah, mmg patut ambik supplement. Not for vitamin C aje tapi multivitamin. Time release tu maknanya nutrient pada pil tu akan dilepaskan secara berperingkat ikut keperluan. Jd tak de lah hilang cam tu je

Oasis said...

Ratu kebaya:
Sbg pemegang kpd title Ratu Kebaya, penampilan diri terutama kulit wajah harus dititik beratkan. ✔ kan?

David Thompson said...

puas cari kat guardian n farmasi penyembur kesegaran muka tu yg ada pun 2 or 3 jenama je yg mana ok erk?? huhu

Anonymous said...

supra shoes, moncler, barbour, ugg, sac louis vuitton, moncler, converse shoes, canada goose, swarovski, wedding dresses, toms shoes, juicy couture, pandora charms, marc jacobs, juicy couture outlet, canada goose, louis vuitton uk, louis vuitton, thomas sabo, canada goose, karen millen, moncler, ugg boots, ugg, moncler, ugg pas cher, ugg, canada goose jackets, louis vuitton, pandora charms, barbour, moncler, sac louis vuitton, coach outlet store online, canada goose outlet, moncler, swarovski crystal, hollister, montre homme, sac lancel, moncler outlet, canada goose uk, rolex watches, moncler, pandora jewelry, doke gabbana, links of london, canada goose, pandora jewelry, canada goose
ninest123 16.01

yanmaneee said...

adidas nmd
jordan 11
timberland outlet
kyrie 5
yeezy 500
michael kors outlet
louboutin shoes
moncler
coach outlet
nike air max 90