Nuffnang Ads

Saturday, November 15, 2008

Aku Anak Raja?

Masa on the way nak pergi kerja aku terpandang kelibat kereta polis. Tergelak aku sorang diri sebab teringat peristiwa yang membawa aku ke balai polis secara tak sengaja. Semuanya gara-gara sikap pelupa aku. Dalam dunia ni ada 3 perkara yang memang susah aku nak ingat:


1.apa2 yang berkaitan dengan nombor

2.nama orang

3.jalan/alamat rumah


Kisahnya bermula bila kami (kawan2 lama masa di UPM) dijemput oleh sorang staf (juga dari UPM) ke rumahnya di Kajang. Bila dah lama x jumpa banyaklah story yang yang kluar. Masing2 berlumba nak crita pasal pengalaman masing2 selepas menamatkan zaman study. Dari cerita kuku jari patah hinggalah rambut jiran putus. Lastly semua tak sedar jam dah hampir kul 12 malam. X nak ganggu aktiviti asmara staf tu, (malam tu adalah malam Jumaat) kitaorang pun minta diri dulu. Memandangkan aku pun keja esok pagi


Disebabkan aku ni jenis xingat jalan, terpaksalah mintak bantuan member aku ni, Nita. Kebetulan pulak rumah kami ni sehaluan. Aku pun follow la kreta dia


Hampir 30 minit aku drive, aku mula rasa pelik. Makin lama makin laju lak kwn aku ni drive. Berani betul pompuan ni. Dalam keadaan ragu2 tu aku follow gak. Lama2 timbul lagi rasa was2. Knapa jalan nie tak sama? Knp cam pelik jer? Jauh dah satu hal. Apa motif si Nita ni masuk kawasan perumahan, pastu kluar balik. Aku ambil hp dalam poket seluar, cuba nak call. Tapi malangnya kredit habis. Batery pun dah nak weak. Betul ke kreta minah nie? Lupa lak nak tanya plate number kreta dia. Takut sesat, aku terpaksa gak jadi pak turut. Aku try bunyikan horn, tapi langsung tak balas. Atau mungkin horn keta dia rosak kut…aku follow lagi.


Hampir sejam! Dalam hati aku, si Nita ni mesti tak ingat jalan gak. Kan senang klu ko ikut sign board je dari tadi.


Akhirnya kreta Nita berenti…tapi kat stesen balai polis Kajang. Aku tertanya2…knp kat sini? Nak sedapkan hati, aku elak pikir yang bukan2. Mesti dia nak tanya arah jalan kat pegawai polis kut. Atau bapak sedara dia keja kat sini. Atau mungkin juga dia nak interview polis (mentang2 la ko keja reporter).


Bila dia kuar dari keta….aku makin heran. Bila pulak si Nita ni tukar baju kurung? Ni bukan Nita nih…


Alamak…!! Aku salah follow kereta rupanya. Nape la aku tak perasan tadi.


Minah yang aku sangka Nita tu kluar cepat2….masuk dalam balai polis tu. Aku lak jadi takut. Terkial2 kat luar. Mcm ne nie? Kalau aku patah balik comfirm kena kejar polis. Dan yang paling penting aku tak tahu jalan balik. Masa aku nak kuar dari kreta, aku tgk dua orang polis datang ke arah aku. Waa……mak, tolong….!!


“Dari mana nie?”, serius garang gler suara dia


“Dari umah kawan encik, ada makan2 sket”


“Mintak ic”


Aku kuarkan wallet, terus bagi ic kat dia. Tak disangka2 tangan aku mula menggigil


“Aku mintak ic, yang ko bagi kad ATM ni knape. Nak rasuah aku ke?”


Aku mula kerut dahi. Gabra punya pasal sampai tersalah bagi kad


“Erk…sory encik. Nah ic..”


“Lesen ada?”


“Nah encik…”


Polis tu senyum sinis. Dia tengok atas bawah, pastu tengok muka aku. Aku mula cuak. Rasa cam dibogelkan je. Nak jer aku sound dia. Bakal adik ipar aku pun polis gak, tapi xder la nak tengok aku atas bawah cam ni.


“Kenapa muka ko tak sama cam dalam ic ni?”


“Eh, betul la tu ic saya encik. Saya tak der niat pun nak bwat pembedahan plastic” cuba melawak, nak tenangkan hati sebenarnya.


“Hah, apasal ko ikut dia?” sambil tunjuk kreta minah tadi


“Macam ni encik…Saya ingatkan tu kreta kawan saya. Jadi saya bla…bla…bla. Tak tahu plak.. bala…bala….” panjang lebar aku crita, dari A sampailah ke Z.


“Xkan la ko tak perasan kreta kawan ko…”


“Tu la pasal…kreta dorang lebih kuang sama jer encik. Lagipun saya tak ingat nombor plate keta dia…Masa tu..bla…bla…bla…”


Tengah syok bercrita kat polis tu, aku nampak minah tadi lalu kluar. Mana la dia pergi ngan baju kurung malam2 buta ni. Cepat2 dia jalan masuk kreta. Muka pucat jer. Lemah semangat kut. Aku lak jadi serba salah. Sian minah tu. Maknanya dalam masa satu jam tadi jantung dia berdebar2, cemas. Mesti dia ingat aku nak rompak dia.


“So cam ne nie”, polis tu bersuara lagi bila dia tengok aku khusyuk pandang minah cemas tu


“Cam tu la encik. Saya mintak maaf banyak2 la, bukannya sengaja”


“Lain kali tengok la betul2 kereta kawan tu. Ini x, ntah sape2 ko ikut. Tak pasal2 ke balai” terkedu aku dengar


“Erm…cam ne saya nak balik ek? Dah la saya ni rabun malam”


“Kamu call kawan kamu, suruh dia datang ambik kat balai polis Kajang”, tiba2 pegawai polis yang sorang lagi mencelah


“Hp saya tak der kredit”, perlahan aku cakap. Malu…


“Masuk dalam office tu, call pakai telefon balai”


Aku raba hp dalam poket, cuba cari no phone. Oh my God!!!


“Encik, battery hp saya dah kong”, kali ni aku betul2 malu


“Habis tu ko tak ingat no phone kawan ko?”


Aku gelengkan kepala.


“Ko ni masuk air la aku rasa. Jangan ko cakap no telefon mak ko pun ko tak ingat sudah”


Aku senyum…memang aku tak ingat pun


“Saya tak ingat semua nombor, encik. Mak saya pakai 4 nombor telefon, satu pun saya x ingat. Saya ingat no phone saya jer. Tu pun ingat2 lupa” aku sengih


“Dah tahap kritikal betul dah kamu nie”…


“Cam ne ek encik. Saya keja esok pagi. Nak kena bawak isteri ahli2 congress OIC melawat taman. Tan Sri Presiden Perbadanan Putrajaya pun turun skali”


Saja nak kuatkan hujah. Mungkin polis tu dah rasa serba salah. Salah sorang dari mereka masuk ke dalam balai. Tak sampai seminit, dia kluar.


“Kamu tinggal kat mana?”


“Apartment Seri Jasa, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan”, nasib baik aku ingat. Jangan dia tanya poskod sudah la, mesti aku tak tau.


“Jom saya hantar. Jangan kamu follow van mayat plak nanti”, cisz…polis ni sindir aku.


Tanpa lengahkan masa, aku start kreta, follow kreta tu dari blakang. Tiba2 aku rasa bersalah…dan sudah tentu M.A.L.U. Mintak2 la kali ni aku tak salah follow kreta.


Hampir 10 minit drive baru aku perasan yang aku skarang di escort polis. Dah lama aku berangan saat2 cam ni. Selama ni aku tengok dalam tv jer. Tak sangka impian jadi nyata. Rasa cam VIP.


Tak sampai pun setengah jam, kami dah selamat tiba. Betul2 dalam kawasan apartment aku. Mulia sungguh tugas polis ni. Aku kluar dari kreta, nak ucapkan terima kasih. Sambil hulurkan tangan….


“Terima kasih encik. Knp tak pasang lampu siren? Kalau bunyikan siren masa escort saya tadi mesti lagi best”


“Banyak la ko punya siren! Ko ingat ko ni menteri?”


Aku sengih lagi. Alah…apa lah salahnya skali skala. Bukannya luak pun. Nak jugak rasa cam ne jadi menteri.


Aku masuk rumah. Tak sempat nak crita kat housemate, terus aku masuk bilik. Sambil meletakkan kepala kat bantal, aku terpikir. Cam ne la ngan Nita. Minah yang pucat tadi pun cam na la kesudahannya. Mesti dia tengah story kat family dia yang dia kena kejar ngan perompak. Family dia mesti bangga bila dia cakap yang dia berjaya bawak penjenayah ke balai polis. Suka hati la. Masa nak lelapkan mata tu, aku tersenyum. Sekurang2nya aku dah melalui sebahagian daripada diari anak raja - diescort oleh polis.


Mata pun dah ngantuk, elok juga beta tido. Lusa kalau beta nak pergi shopping, agak2nya polis mana yang escort beta yer? Hehehe….


Sbelah kiri : Kereta yang disangka milik kwn aku. Sempat capture sebelum batery kong



2 comments:

Anonymous said...

Baik hati jugak polis tu ya...
Mesti gabrah habis minah tu...

Anonymous said...

a knockout post Dolabuy Gucci explanation buy replica bags online check my blog Gucci Dolabuy