Penat mengerjakan batas untuk menanam sayur masih blum hilang lagi. Banyak sgt kerja yg perlu diselesaikan. Ikutkan hati mmg aku x mahu blk umah kakak aku kat Puchong sana. Bukan lupa daratan, jauh sekali mendurhaka tapi kerja kat sini pun x ckp tgn nak sentuh. Tapi bila dipikir balik, kesian gak dekat adik aku. Ye la skrg kan cuti sekolah. datang KL pun semata-mata nak jumpa kakak ngan abg dia. So, aku nekad, pagi tu terus aku blk Puchong. Dalam perjalanan, otak aku asyik ligat teringatkan SMS yang dihantar mak dan kakak aku yg sulong. Diaorg kata, jgn cari awek lagi. Mak dah carikan. Ramai jugak calonnyer. tugas aku hanya pilih nak yg mana satu jer. Yg sorang tu kwn sekolah aku masa kat Sek Teknik dulu. Mak dia kawan dgn mak aku. Katanya lagi best klu drg berbesan. Yg 2 org lagi tu kembar. Masing2 tgh blajar lagi. jJran kg aku. Mak dorg ngan mak aku pun bestfriend gak. Bila pikir2 blk, aku tergelak gak. Ada lg zmn skrg ni perkahwinan dijodohkan olh mak bapak. macam zmn2 60 an dulu lak. Pening btl dibuatnyer. dah la aku ni blajar pun x abis lagi. Nie mesti nak tutup malu drg sbb x jadi nak jodohkan adik pompuan aku ngan sepupu aku. Hehehe
Hampir 20 minit naik motor….barulah sampai. Itu pun rasa cam lumpuh satu badan. Bila la aku nak dapat kereta. X payah nanti berhujan dan berpanas. Bukak jer pintu umah, terus adik aku ngan anak2 buah aku bgn. Adik aku ajak tgk wayang kat ioi mall. Hmmm….ok gak, dah lama x tgk wayang. Kul 2 ptg ktorg pun pegi la tgk wayang dgn naik bas jer sbb anak buah aku pn nak ikut skali. Hajat dihati nak tgk citer kartun tp x kuar lagi. last2 tgk citer cicakman. Rasa mcm x berbaloi jer. Bkn nak kutuk citer melayu tapi cam dah blh agak citer dia cam na. Disebabkan aku dtg pun sbb nak hiburkan bdk2, jadi terpaksalah mengalah. Wayang tu start kul 5 ptg, jadi aku ada masa lbh kurang 1 jam lagi. So, merayau2 la kejap.
Sambil jln2 ngah window shopping tu, aku terserempak ngan seseorg. Comel giler. Muka dia familiar, cam penah tgk tapi kat mana yer? Dia pun pandang aku gak. Pastu aku pandang dia. dia tgk jer x berkelip mata. Aku pun terpaksa cover2 sbb adik ngan anak buah aku ada skali masa tu. Dia duduk kat bangku smbl mash usha aku. Aku jadi x puas ati. mcm ada yg x kena. Aku cuba check zip seluar, mana la tahu kut2 aku lupa nak tutup. Tapi ok jer. Aku cuba ingat blk masa2 lampau, ada ke aku penah kuar tv atau paper? Aku jalan mask Body Shop, x sangka dia follow aku dari belakang. Aku nak tegur tp takut dia ckp aku perasan lak. Bila aku msk Giordano, dia hilang…..
Masa aku naik tangga, terserempak dia ngan kwn dia. Alamak melepas….dia dah ada yg punya la. Tapi dia still tgk aku. Lantak la. Ko ada mata, tgk la. Aku pun sbenarnya msh curi2 pdg gak. Hahaha. Masa aku duk atas…aku pandang bwh. Rupanya dia msh ada kat situ n mencari2 aku. Alamak kami bertentang mata lagi. mcm mana nie? wayang dah nak start. Dgn gentlemannyer aku tulis no phone aku kat resit n campak kat bawh. Masa tu dia tgk jer. Aku terus blah sambil tunggu adik aku beli popcorn. Dlm hati aku, klu ada rezeki x ke mana. Tgh beratur panjang…tiba2 ada org cuit dari blkg. Aku pusing dan…..alamak! Terkejut beruk aku. Berani nyerr dia ni. Sanggup dari bawah naik tangga kejar aku. Fanatiknyer peminat ni. Dia tegur aku, perkenalkan diri n ktorg borak2 kejap. Dia kata notes yg aku baling tu tersangkut kat atas bumbung stall. Sebab tu la dia datang cari aku. Kemudian dia bagi no phone dia. Masa nak mask panggung tu, aku serba slh. Rasa cam x nak msk jer, x puas sembang. Tapi dia lak paksa aku srh mask jer, x kn nak tinggallan adik ngan anak buah aku tu. Krg kn kidnap baru la betul2 muka aku mask paper. Cam na nak jwb ngan kakak aku nanti.
Dalam panggung tu, aku asyik main SMS ngan dia jer. Langsung x tgk wayang tu. kemudian dia mintak izin nak blk dl sbb famili dia dr Terengganu nak dtg umah. Abang dia dtg jemput. Lps abis tgk wayang, ktorg pn blk umah. Kul 9 mlm, dia call aku. Lama gak, dah la dia pakai no Celcom. Terharu aku dibuatnya. Aku ckp kat dia mcm pernah tgk muka dia kat magazine. Dia gelak jer. Lps lama sembang, dia antar SMS. Dia terus terang dia ckp dia slalu gak kuar mjlh. Dia pernah jadi finalis utk peraduan dlm Majalah Remaja thn 2000. Bodohnya aku….mcm mana la aku blh lupa. Padahal aku sbenarnya peminat dia. Dia la calon fav aku masa tu & slalu gak ikut story dia. Bila aku tanya knp dia ikut aku n pdg aku, dia ckp pada awalnya dia tertarik tgk beg Mickey Mouse yg aku pakai. Apa yg blh aku buat x tido….dia ckp muka aku cute. hahahaha. Dia pun tgh aktif lagi skrg. Slalu kuar dlm mjlh cam fesyen untuk Jelita, Marie Clairie, Cosmopolitan dan byk lagi la. Tapi byk buat iklan kat Vietnam, Taiwan, China, Thailand, Filipina n Loas. Hari tu dia br je habis utk promosi iklan Walt Disney Singapore
Dia ckp klu ada rezeki, nak ajak aku kuar. Itu pun klu aku sudi. Dia ckp jadi student ni mesti bz kan. Aku ckp x de la, skrg ni pun tgh cuti. Padahal kerja aku mmg bertimbun pun. Cuba korang bayangkan macam mana perasaan korg bila terjumpa org yg krg minat kat shopg cmplx cam Britney spear or bintang bola sepak n dia pdg korg. Pastu dia kejar krg n tegur krg. Pastu dia call n ajak korang kluar. Cam x caya kan. so, itu lah yg aku sdg alami skrg……oh indahnya dunia!