Nuffnang Ads

Sunday, September 5, 2010

Lepak Mc D

photo

Hari ni hampir satu hari melepakkan diri di Mac Donalds. Buka puasa pun kat sini. Selamat berbuka puase kepada semua kawan2.

Monday, May 17, 2010

hApPy biRthDaY tO mY cAr

2 hari yang lepas aku dan keretaku telah menyambut Hari Ulang tahun dia yang ke-2. Dah dua tahun rupanya kami bersama. Hehe. Kereta yang aku panggil Sweet Boy ni memang pandai jaga hati aku, xpernah meragam selama dia berkhidmat. Disebabkan tengah2 bulan ni, duit pun dah nak kering. jadi kami sambut ala kadar sahaja, buat yang mana termampu.
***
Perkara yg pertama aku lakukan adalah dengan menelefon bapak angkat dia iaitu kawan aku, Wari. Tapi bapak angkat Sweet Boy tak dapat nak celebrate sama-sama sebab berada jauh dari KL. So dia wish happy Birthday saja. Si Wari ni dipanggil bapak angkat kereta aku sebab dialah kawan aku yang pertama drive Sweet Boy.
***
Lepas tu aku pergi mandikan Sweet Boy kat kawasan berhampiran. Sian dia, dah 2 minggu tak dicuci. After mandi bersih-bersih, aku belikan dia wangian kereta baru. Hmmm...wanginya Sweet Boy skarang. Habis cuci mencuci dan mewangikan Sweet Boy, kitaorang pergi kedai kek. Ingat nak cari kek blueberry tapi dah habis. Nasib baik ada Manggo Cheese Cake. Sorry eyhh Sweet Boy, tahun ni tak ada Bluberry Cake. Lepas tu kitaorang pergi jalan-jalan sekitar Putrajaya, tengok keindahan kat sana.
***

Sweet Boy tgh seronok mandi salji. Pastu barulah nampak segar


Pewangi khas yang dibeli untuk Sweet Boy. Lagipun aku memang suka bau strawberry


Phone holder ni pun baru dipasang. Senang la sikit nak jawab panggilan dari iphone


Ni Manggo Cheese Cake yang kitaorang makan bersama


Kepada Sweet Boy, Selamat hari Jadi and jadilah kereta yang bagus k. Dan kepada korang yg terbaca blog aku ni, jgn sesekali lupa tarikh bday kereta masing-masing tau. mereka banyak berkorban untuk kita. Tanpa mereka susah kita nak pergi ke mana-mana.

Thursday, May 13, 2010

kEinDahAn tAsiK rAbaN

Sebelum aku berpindah ke tempat kerja baru, sempat juga aku joint kawan2 pergi memancing walaupun bukanlah hobi sebenar aku. Sekadar nak menemani golongan kaki pancing ni. Lagipun sejak abah aku tinggalkan hobi dia tu, jarang aku dapat pegang joran. Kalau ikutkan pelan asal, kami sepatutnya pergi ke Kenyir. Tapi disebabkan ada sedikit masalah terutamanya untuk mendapatkan penyertaan daripada rakan-rakan yang lain, kami pergilah ke lokasi yang lebih dekat iaitu Tasik Raban.

Suasana di kawasan perkampungan tasik ni memang cantik. Kadar sewa bilik dan juga bot pun berpatutan. Kalau dikira kos semua sekali termasuk minyak, tol dan makan, jumlahnya lebih kurang RM120 seorang. Dah blh kategorikan sebagai destinasi budget kan.

Disebabkan kami sampai lebih kurang jam 2 petang, sempat jugalah menguruskan penginapan dan sewa bot. Selepas makan tengahari, kami terus ke kawasan air terjun iaitu Lata Kekabu, tidak jauh dari tempat kami menginap. Tempat ni memang best!

Bergambar di pintu masuk air terjun iaitu Lata Kekabu


Tak sabar nak terjun. Jom kita terjah! Air terjun ni boleh tahan juga sejuknya.


Ijat & Tengku bersantai, penat berenang kut.


Sempat menikmati ikan bakar di restoran berhampiran.


Aktiviti malamnya kami meronda-ronda di sekitar pekan berhampiran, semata-mata nak cari sleeping bag. Tapi rugi kalau datang sini tak beli ikan masin.


Sebelum memulakan aktiviti, brother ni bagi sedikit penerangan tentang tasik Raban ni.


Ni rapala yang digunakan untuk memancing ikan.


Fuhh...cantik pemandangan pada waktu pagi.


casting....


Paling leceh kalau motor bot ni tersangkut pada rumpai especially bila berada di kawasan yeng lebih cetek.


Kat area ni nampak lebih suram sedikit...sunyi sangat, mesti ikan banyak.


Best...!!


Ha, ni lah ikan pertama yang berjaya diangkat.
****
Selama 2 hari kami berada di Tasik Raban, banyak sangat pengalaman yang best. Kat sanalah tempat kami meluahkan tekanan kerja. Apa yang seronok juga, kami berpeluang untuk mengenali budaya penduduk di kawasan berkenaan dengan lebih dekat. Makanan di sana pun boleh tahan peliknya. Kali pertama aku dengar menu Nasi Lemak Goreng. Hehe

Wednesday, May 12, 2010

Selamat Kembali


Guys...!!Rindu betul aku kat bloger2 smua. Korang smua sihat? Ok la, bln 4 hari tu genaplah usia aku 27 tahun. Dah tua rasenyer. Terima kasih la kepada kawan-kawan yang xhenti2 wish happy bday, bagi hadiah dsbnya. Selama beberapa bulan yang lepas, hidup aku penuh dengan kesibukan. Ingatkan bila dah masuk goverment, beban kurang sket, tapi rupanya2 tanggungjawab lagi berat. Anyway, nak buat macam mana kan, inilah bidang yang aku pilih.


Pada bulan ni, sekali lagi aku dapat anak sedara yang baru. Ingat tak adik aku yang baru kawin tahun lepas tu? Si Mirah ni dah berjaya melahirkan baby girl seberat 3.44 kg.


Ni la mak buyung yg tgh tunggu untuk bersalin


Yang lain semua tak sabar nak tunggu new born baby kat hospital

Yae...ni dia koleksi anak sedara yang terbaru. Hehe..

Ni dia, Nur Sofea Auni bt Shaharudin. Gambar ni dah masuk hari kedua...


Tapi yang best nye baby ni, dia asyik tido jer...hehe


Ok, cukup untuk hari ni. Lain kali aku akan cuba uploadkan semua aktiviti yg lepas2, yg masih belum dipaparkan lg. Jumpa lagi!


Sunday, November 22, 2009

Wedding Photography Camp


Korang jangan la marah aku sbb lama tak update kat blog ni. Sebenarnya sebulan yang lepas aku sibuk dgn program aku. Mmg tak ada masa langsung nak buka Blogspot. Malah nak kencing pun aku kena pk dulu sempat ke tak. Program Wedding Photography Camp ni merupakan kesinambungan daripada program Photography Camp yang pernah dianjurkan pada bulan Mei lepas. Disebabkan sambutan yang menggalakkan dan diatas pemintaan orang ramai, aku terpaksa merancang satu lagi program. Lantas terhasillah program Wedding Photography Camp.


Program 2 hari 1 malam ni terbuka kepada 80 orang photographer amatur dan professional. Dengan yuran penyertaan RM160.00 peserta diberikan pendedahan tentang teknik dan kemahiran fotografi berkonsepkan perkahwinan seperti cara penggunaan kamera dengan betul, teknik mengambil gambar pengantin, pencahayaan dan kelajuan serta lain-lain yang berkaitan dengan teknik fotografi melalui aktiviti-ktiviti yang telah dirancang. Apa yang lebih menyeronokkan peserta dapat belajar bukan sahaja secara teori tetapi praktikal dimana mereka telah dihidangkan dengan suasana seakan-akan majlis perjkahwinan yang real.


Flyers yang telah diedarkan kepada orang ramai



Semasa hari pendaftaran



Peserta perlu mendirikan khemah sebelum memulakan kelas


Mendengar taklimat yang diberikan oleh Nik dari Applemint Studio


Pelajar juga turut diajar teknik mengambil gambar semasa make up dan hair do

Sesi photography outdoor, pengantin dah jadi cam artis bila kena serbu dgn photographer. Lokasi time ni adalah sekitar Taman Wawasan Putrajaya

Bas antara pengangkutan yang disediakan sepanjang program ni

Salah satu daripada gambar yang diambil oleh peserta. Lokasi adalah sekitar Taman Botani

Risau dibuatnya kalau-kalau runtuh jambatan titi ni

Kadang-kadang tenaga pengajar pun kena jadi mak andam jugak

Model pengantin ni namanya Faizi dan Ayu. Best dorang ni sebab sporting dan kadang2 sengal gak. Haha

Time majlis akad nikah olok-olok. Perasan tak pengantin laki xpakai songkok. Sempoi gler

Pengantin pompuan menangis ala-ala sedih di majlis akad nikah


Hehe. Ni la saat yang ditunggu-tunggu oleh peserta bila pengantin kena dera

Hari kedua program dimana pengantin diarak untuk bersanding di Taman Warisan Pertanian. Gambar pengantin laki keluar daripada kereta antik.


Sebahagian daripada peserta yang cuba untuk dapatkan shoot yang terbaik



Setiap ruang dipenuhi oleh photographer2, nasib baik pengantin tak tersungkur


Pengantin turut dihiburkan dengan persembahan silat dan tarian daripada adik-adik comel

Puas hati sangat dgn persalinan hijau ni. Terima kasih kepada penaja, En Razman.


Tak lengkap rasenya majlis kahwin kalau tak ada upacara merenjis pengantin. Orang ramai yang mengunjungi Taman Warisan turut diundang untuk memberkati pengantin


Upacara memotong kek selepas makan beradab


Leaving the ceremony





Peserta-peserta Wedding Photography Camp yang havoc!



So setakat ni je la kut. Mata aku pun dah mengantuk ni. Kalau ikutkan banyak sangat gambar yang nak diupload tapi kesuntukan masa. Next entry nanti aku akan post beberapa gambar2 sengal sepanjang program tu nanti. Tapi sebelum tu aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ni tak kiralah secara langsung atau tidak lansung. Sekalung penghargaan dituju khas kepada:

  1. Taman Wetland Putrajaya, Taman Botani, Taman Wawasan, Taman Warisan dan Taman Rimba Alam diatas keizinan penggunaan taman di Putrajaya

  2. Bahagian Pemasaran dan Pendidikan, Jabatan Landskap, PPJ

  3. Penguatkuasa PPJ

  4. Bahagian Korporat, PPJ

  5. Team dari Applemint Srudio untuk tenaga pengajar dan fasilitator

  6. Bas Nadi Putra diatas perkhidmatan pengangkutan

  7. Utusan Malaysia

  8. Faizi Latifi dan Ayu Samsudin sebagai model

  9. Razman Razmi Boutique diatas tajaan persalinan pengantin

  10. Rose Suci untuk tajaan mekap

  11. Sarah Mawar D'Renjis untuk kelengkapan pelamin

  12. En Sulaiman Basar untuk tajaan kereta antik

  13. S.K Presint 9 (1) untuk persembahan tarian

  14. Cik Haswani dan En. Adam untuk persembahan silat

  15. Selera Bonda diatas tajaan kek pengantin

  16. Sajian Suri untuk Jamuan Makan Beradab

  17. Haji Samuri untuk tajaan bahan-bahan merenjis


Thursday, October 1, 2009

Mengimbau Kenangan

Sementara masih berada di dalam mood raya, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua blogger2 kat Malaysia. Maaf Zahir dan Batin andai ada tersalah bahasa dan sebagainya. So macam mana dgn raya anda semua? Aku tak minat sangat nak cerita pengalaman semasa raya tempohari, tak ada apa yang seronok selain daripada perasaan tertekan, gemuruh dan sebagainya. Sebabnya? Nanti la aku cerita k.
*****

Dua hari sebelum raya, aku sempat pusing2 kampung aku di Kelantan. Kg Telekung. Mesti korang rasa kelakar sebab nama kampung aku mcm alim sket. Tapi tak bermakna semua penduduk kat kampung aku tu kena pakai telekung. Hehe. Dah beberapa tahun aku tak memijak tempat-tempat yang selalu aku pergi masa budak-budak dulu. Jadi sementara ada kesempatan aku pusing kampung aku, nak menjejaki masa-masa silam aku.

Ni la dia sekolah tadika aku. Teringat time dulu yang mana aku selalu lari dari sekolah dengan memanjat tingkap belakang.


Ni adalah sekolah rendah yang pernah mendidik aku sampai la aku jadi 'orang'. Dulu bangunan kat sini semua 1 tingkat, sekarang bertingkat2 tingginya.


Kedai runcit ni terletak kat tepi sekolah. Masa dulu, bnyk betul makanan ringan yang dijual kat kedai ni. Tapi sekarang dah jadi semak.



Tempat aku mengaji Quran. Rumah ni dulu nampak besar dan tinggi. Masa tu binaan dia daripada kayu, cuma sekarang dah jadi rumah batu.




Salah satu daripada petak sawah padi. Disinilah tempat kitaorang mengutip sejenis tumbuhan yang dipanggil Jarum Mas yang kemudiannya dijual dengan harga yang agak tinggi.



Laman rumah jiran. Tempat kitaorang bermain-main. Terkejut tengok kawasannya dah jadi makin sempit


Ladang getah ni kat belakang rumah aku jer. Dulu jadi tempat aku berkelah sambil baca buku. Sekarang dah semak cam hutan


Sungai yang menjadi tempat yang wajib disinggah bila abis time sekolah. Tapi dulu sungai ni sebenarnya besar dan dalam, tapi sekarang tengoklah apa jadi.

Ni lak kedai minyak motor. Sangat klasik.


Klinik desa. Aku selalu gak curi2 masuk kat sini time kecik2 dulu. Seingat aku klinik ni penuh ngan ibu-ibu yang awak anak kecik pada setiap Isnin dan Rabu


Masjid kampung aku. Dulu aku selalu ikut kakak-kakak aku pergi kelas fardu ain setiap pagi Jumaat. Abis kelas terus pergi beli gula-gula getah.

Salah satu daripada rumah yang terbiar berhampiran rumah aku. Aku pernah disapa oleh 'pemilik' umah ni masa balik dari KL beberapa tahun lalu. Seram gak cerita tu.

Itulah sedikit sebanyak pasal kenangan aku pada zaman nakal-nakal dulu. Kadang-kadang bila diingatkan balik, rasa rindu sangat nak merasa kembali time tu. Hidup tak perlu nak fikir pasal masalah dan sebagainya. Bila aku balik kampung, tengok kanak-kanak sekarang tak sama cam zaman dulu. Dah tak ada aktiviti-aktiviti macam kitaorang dulu. Zaman dah berubah.....