Korang jangan la marah aku sbb lama tak update kat blog ni. Sebenarnya sebulan yang lepas aku sibuk dgn program aku. Mmg tak ada masa langsung nak buka Blogspot. Malah nak kencing pun aku kena pk dulu sempat ke tak. Program Wedding Photography Camp ni merupakan kesinambungan daripada program Photography Camp yang pernah dianjurkan pada bulan Mei lepas. Disebabkan sambutan yang menggalakkan dan diatas pemintaan orang ramai, aku terpaksa merancang satu lagi program. Lantas terhasillah program Wedding Photography Camp.
Program 2 hari 1 malam ni terbuka kepada 80 orang photographer amatur dan professional. Dengan yuran penyertaan RM160.00 peserta diberikan pendedahan tentang teknik dan kemahiran fotografi berkonsepkan perkahwinan seperti cara penggunaan kamera dengan betul, teknik mengambil gambar pengantin, pencahayaan dan kelajuan serta lain-lain yang berkaitan dengan teknik fotografi melalui aktiviti-ktiviti yang telah dirancang. Apa yang lebih menyeronokkan peserta dapat belajar bukan sahaja secara teori tetapi praktikal dimana mereka telah dihidangkan dengan suasana seakan-akan majlis perjkahwinan yang real.
Flyers yang telah diedarkan kepada orang ramai
Semasa hari pendaftaran
Peserta perlu mendirikan khemah sebelum memulakan kelas
Mendengar taklimat yang diberikan oleh Nik dari Applemint Studio
Pelajar juga turut diajar teknik mengambil gambar semasa make up dan hair do

Sesi photography outdoor, pengantin dah jadi cam artis bila kena serbu dgn photographer. Lokasi time ni adalah sekitar Taman Wawasan Putrajaya
Bas antara pengangkutan yang disediakan sepanjang program ni
Salah satu daripada gambar yang diambil oleh peserta. Lokasi adalah sekitar Taman Botani
Risau dibuatnya kalau-kalau runtuh jambatan titi ni
Kadang-kadang tenaga pengajar pun kena jadi mak andam jugak

Model pengantin ni namanya Faizi dan Ayu. Best dorang ni sebab sporting dan kadang2 sengal gak. Haha

Time majlis akad nikah olok-olok. Perasan tak pengantin laki xpakai songkok. Sempoi gler
Pengantin pompuan menangis ala-ala sedih di majlis akad nikah
Hehe. Ni la saat yang ditunggu-tunggu oleh peserta bila pengantin kena dera
Hari kedua program dimana pengantin diarak untuk bersanding di Taman Warisan Pertanian. Gambar pengantin laki keluar daripada kereta antik.
Sebahagian daripada peserta yang cuba untuk dapatkan shoot yang terbaik
Setiap ruang dipenuhi oleh photographer2, nasib baik pengantin tak tersungkur
Pengantin turut dihiburkan dengan persembahan silat dan tarian daripada adik-adik comel
Puas hati sangat dgn persalinan hijau ni. Terima kasih kepada penaja, En Razman.
Tak lengkap rasenya majlis kahwin kalau tak ada upacara merenjis pengantin. Orang ramai yang mengunjungi Taman Warisan turut diundang untuk memberkati pengantin
Upacara memotong kek selepas makan beradab
Leaving the ceremony

Peserta-peserta Wedding Photography Camp yang havoc!
So setakat ni je la kut. Mata aku pun dah mengantuk ni. Kalau ikutkan banyak sangat gambar yang nak diupload tapi kesuntukan masa. Next entry nanti aku akan post beberapa gambar2 sengal sepanjang program tu nanti. Tapi sebelum tu aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ni tak kiralah secara langsung atau tidak lansung. Sekalung penghargaan dituju khas kepada:
Taman Wetland Putrajaya, Taman Botani, Taman Wawasan, Taman Warisan dan Taman Rimba Alam diatas keizinan penggunaan taman di Putrajaya
Bahagian Pemasaran dan Pendidikan, Jabatan Landskap, PPJ
Penguatkuasa PPJ
Bahagian Korporat, PPJ
Team dari Applemint Srudio untuk tenaga pengajar dan fasilitator
Bas Nadi Putra diatas perkhidmatan pengangkutan
Utusan Malaysia
Faizi Latifi dan Ayu Samsudin sebagai model
Razman Razmi Boutique diatas tajaan persalinan pengantin
Rose Suci untuk tajaan mekap
Sarah Mawar D'Renjis untuk kelengkapan pelamin
En Sulaiman Basar untuk tajaan kereta antik
- S.K Presint 9 (1) untuk persembahan tarian
Cik Haswani dan En. Adam untuk persembahan silat
Selera Bonda diatas tajaan kek pengantin
Sajian Suri untuk Jamuan Makan Beradab
Haji Samuri untuk tajaan bahan-bahan merenjis