Nuffnang Ads

Sunday, May 17, 2009

Program Taman Wetland Putrajaya

Ramai yang tertanya2 mana aku menghilangkan diri kan....Bukan malas nak bukak blog atau melayari blog2 lain tapi dua tiga menjak ni kerja aku melampau2 banyaknya. Tambah2 lagi sibuk ngan persiapan kahwin adik aku. Mmg agak semak la kepala aku dibuatnya. Bayangkan bukan lepas shja aku cuma cuti 1 hari. Bulan ni lak tak cuti pun lagi. Huhuhu. Antara program yang aku kn handle ialah :

Putrajaya Wetland Cycling Treasure Hunt ni dah berjalan ngan jayanya kat Taman Wetland. Dengan bayaran hanya RM33.00 untuk yuran termasuk sewaan basikal dan peralatan keselamatan, peserta juga diberikan breakfast, lunch, sijil penyertaan, t-shirt dan sebagainya. Aktiviti ni bersifat rekreasi dimana peserta perlu mencari benda2 yang tersembunyi dengan menggunakan basikal disamping pelbagai lagi aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan.



Photography Camp ni pulak berlangsung pada 23 dan 24 Mei 2009 di Taman Wetland juga. Yuran penyertaan cuma RM40 sahaja. Peserta diberikan khemah penginapan, makan dan minum (5 kali sehari), sijil penyertaan dan sebagainya. Penceramah dan fasilitator daripada Applemint Studio yang sporting dan friendly sentiasa bersama peserta disepanjang program. Bnyak program menarik antaranya Night Mode shoot yang membawa peserta ke tempat2 yang menarik disekitar Putrajaya untuk diajar cara mengambil gambar pada waktu malam, Nature Explorer dimana peserta dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberi, ceramah yang santai, cara menangkap gambar ghaib, game yang menarik dan mcm2 lagi.

Nanti aku akan tunjukkan beberapa keping gambar semasa event2 ni berlangsung k. Cuma bagi aku masa sikit jer. Banyak keja tak slesai lagi nih.

Ohh...satu lagi program yang aku tak masukkan ialah Ekspedisi kayak dimana peserta berkayak sejauh 27 km merentasi tasik2 Putrajaya.


Monday, April 27, 2009

Lagi - Lagi Melaka

Mesti korang semua tension kan sebab sampai sekarang aku tak habis-habis bercerita pasal Melaka. Klu ikutkan dah tak larat tapi disebabkan aku dah janji dengan seseorang untuk promo kan kedai dia, (sbb dapt mkn cendol secara percuma) so aku terpaksa tunaikan. Yg penting kn ikhlas la...Hehe.

No 1 Kopitiam ni terletak di Jonker Street, Melaka. Pemilik dia kalau tak silap aku Coreen Chong. Menu yg paling famous adalah cendol selain daripada minuman2 lain. Cendol dia mmg sedap sebab gula melaka yang digunakan tersangatlah asli rasanya. Kopitiam ni menurut pekerja yang mahu dikenali sebagai Mat Nor, telah beroperasi lebih daripada 10 tahun. Cuba bayangkan dah berapa biji mangkuk cendol yang telah dicuci.

Kopitiam ni kalau hari biasa dibuka dari jam 11.00 pagi - 7.00 malam manakala hari minggu dibuka dari jam 11.00 pagi sehingga jam 11.00 malam. Harga semangkuk cendol dijual cuma pada harga RM2.00 sehaja.

Tapi yang bestnye lagi kopitiam ni, dekorasinya mmg tak puas mata memandang. Walaupun nampak semak hinggakan aku sendiri tak tahu nak shoot gambar dari sudut mana. Kebanyakan barang-barang yang dipamerkan adalah koleksi peribadi pemilik kopitiam ni.


Pintu masuk No. 1 Kopitiam


Meja kayu yang terletak cantik


kadang2 tak faham apa yang cuba ditonjolkan pemilik kedai ni


Banyak barang2 lama seperti koleksi tin dan botol Coca-Cola


Almari klasik turut menghiasi ruang kopitiam


Gambar pramugari dan pramugara MAS pun ada


Menikmati keaslian cendol Melaka


Abg Mat Noor...satu2nya pekerja No 1 Kopitiam


Jangan lupa utk singgah ke No 1 Kopitiam klu ke Melaka nanti ye...


Saturday, April 18, 2009

Fotoshoot@Malacca

Hari tu aku janji nak masukkan lagi beberapa keping gambar semasa di Melaka kan. So ni la antaranya. Sebenarnya shoot ni diambil secara tak sengaja. Berlatar belakang kan Melaka, gambar ni nampak lebih klasik sedikit. Harap2 xder la komen dari segi kualiti gambar sebab kitaorang memang bukan dari golongan photografer yg professional...
























Saturday, April 11, 2009

Melaka Bandar Bersejarah


Percaya atau tidak...sepanjang hayat aku, ni lah baru pertama kali aku menjejakkan kaki ke Negeri Melaka. Kadang2 rase tak faham kenapa susah sangat aku nak ke Melaka berbanding dengan tempat lain. Sedangkan Melaka merupakan titik permulaan sejarah melayu. Malah tempat pengumpulan cerita-cerita lagenda terutamanya Puteri Gunung Ledang.

Oklah, cakap banyak pun tak guna. Apa kata anda semua tengok saja foto-foto yang sempat dirakam sepanjang trip kami ke Melaka.



Tempat penginapan. Lokasinya terletak di Pantai Klebang. Kadar sewa RM45 untuk satu hari. Tapi kat tempat lain blh dpt lg murah.


Bangun pagi baru kami perasan rupanya kat depan rumah tu ada pantai


Bersarapan pagi di Baba Cafe


Temankan dorang ni smoking sebelum memulakan perjalanan


1st Kedai yang kami singgah untuk shopping di Jonker Street


Seronok tengok pancaragam sekolah sepanjang jalan ni


Sempat berehat untuk menikmati cendol melaka


Aksi yang boleh menimbulkan keraguan


Sam, Aku & Syidee


Tertarik dengan lukisan gambar2 Keindahan Melaka


Berlatarkan bangunan Christ Church Melaka


Kedai yang menjual pelbagai barangan antik


Poh piah Melaka. Rugi kalau tak merasa keaslian poh piah ni


Manusia & Telefon bimbit...sukar untk dipisahkan


Kpd semua pembaca blog ni, jgn lupa ke Melaka. Banyak lagi tempat menarik tetapi disebabkan kesuntukan masa, ni sahaja yang mampu dirakam. Next Entry nanti aku tunjukkan beberapa keping gmbar yang agak menarik sepanjang kami di Melaka.


Wednesday, April 8, 2009

sImpLe bUt nIcE

Malam tadi time dinner ngan kawan aku tiba2 housemate aku call. Katanya aku kn balik rumah before 10.00 pm. So, after shopping barang dapur aku terus balik rumah. Cepat2 dorang suruh aku mandi, nak keluar katanya. Dalam keadaan yang agak blur tu aku pun bersiaplah walaupun berkali jugak aku tertanya-tanya tentang lokasinya. Kalau ikutkan hati malas nak keluar sebab badan aku penat. Lagipun esok nak pergi Melaka, barang2 pun tak pack lagi. Demi housemate yg menagih simpati, ku gagahkan jua.
***
Rupa2nya dorang ni ajak tengok wayang. Hmm….nasib baik si Peter ni blanja. Movie yg kitaorang tgk tu citer Knowing. Best jugak cerita ni. Filem yang mengisahkan bagaimana seorang pensyarah mendapat petanda akan berlaku kemalangan dan malepetaka. Agak seram sebab citer ni cam menunjukkan dunia dah kiamat.
***
Balik dari tgk wayang, kepala aku dah mula pening. Tengah2 kemas barang tu, tiba2 si Bernard and Peter redah bilik aku sambil bawak kek dan nyanyikan lagu Birthday. Wah…terharu betul. Aku ingatkan dorang hanya nak blanja tgk wayang jer, rupa-rupanya ada surprise yg lbh special….


Dapat bday cake yg ke 26. Perasan tak badan aku dah jd cam Anorexia. Hampir seminggu aku tak selera makan and cirit birit. Tu yg nmpk cam tinggal rangka je tue.

Walaupun penat dan tak sihat tapi masih boleh merasa keseronokan bersama housemate.


Ada 3 kotak rupanya kek Secret Recipe. Cukup utk sorang satu.


Thanks for my housemate Peter and Berd...


Terima Kasih juga kepada semua rakan2 yang sudi wish Hari Jadi. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki...
***

Sunday, March 29, 2009

Saus Kacang


Fuh...! Lama sungguh aku tak buka blog aku ni. Rindu lak rasenya. Rindu nak baca citer dari blogger2 yang lain. Heh. Tapi masalahnya aku tak de story yg menarik yg nak diceritakan sebab minggu lepas jadual kerja aku amat padat. Sebut pasal citer ni, teringin plak rasenya nak pergi tengok wayang. Tak sabar nak tgk cerita Talentime & Confession of a Shopaholic. Tapi 2-3 hari lepas sempat jugak lah aku ngan housemate pergi tengok citer Saus Kacang.


Filem yang dilakonkan oleh pasangan suami isteri iaitu Ashraf dan Bunga Citra Lestari ni boleh tahan jugak lah. Tak menyesal tengok sebab kitaorg tgk hari Rabu. Sesuai dengan judul dia, plot citer ni bermula dengan sos kacang. Aku tak nak citer panjang pasal filem ni sebab nak suh korang sendiri yang pergi tengok. Apa-apa pun kpd sesiapa plan nak pergi bercuti di Bali, aku nasihatkan tak payah fikir panjang sbb tempat tu memang cantik. Tak percaya, tonton la filem ni.


Satu lagi, aku suka peribahasa atau perumpamaan yang digunakan dalam filem ni. Tak pernah pulak aku terfikir ada peribahasa macam tu. Contohnya:


"masakan aku ini terlalu bodoh kak Dewi, mana mungkin selama 5 tahun aku masih belum dapat bezakan antara pisau roti dengan pisau daging"


"percayakan kamu umpama percaya kepada budak parking kereta. Disuruh kiri, aku ke kiri. Disuruh ke kanan, aku ke kanan. Disuruh undur, aku undur. Tapi bila terlanggar ngak mau tanggugjawab"...


Tu la antara dialog dlm filem ni. Aku pun tak berapa nak ingat sangat. Tapi yang penting lakonan Bunga mmg natural cuma husband dia perlu banyak lagi belajar...Watak Marsha juga berkesan tapi sayang tak banyak scene. Dengar cerita juga filem ni dapat sambutan di Indonesia. So tahniah kepada produksi Saus Kacang. Aku letakkan beberapa poster filem ni untuk tatapan khusus buat peminat pasangan ni.















Bila masuk Malaysia, Saus Kacang dah jadi Sos Kacang


Lepas ni, saper2 yang tension atau marah, bolehlah beli kacang banyak2 pastu tumbuk kat umah. Tu la petua si Bunga Citra Lestari. Heh



Sunday, March 22, 2009

Sexy Boys@UluYam

Kat tempat aku kerja ni susah btul klu nak cuti ramai2 sbb kat sini tak de istilah hari minggu. Biasanya hari minggu kami mmg terpaksa kena kerja. Tapi beberapa hari lepas kebetulan plak semua staff lelaki kat sini cuti. Apa lagi sebahagian daripada kami merancang untuk mandi manda di Ulu Yam. Lagipun cuaca panas je akhir2 ni kan.

***
Ni senarai barang2 keperluan untuk camping. Klu tulisan buruk cam ni, maknanya bukan tulisan aku.


Kereta aku jadi mangsa pengangkutan kali ni. Dah bersemak but kereta aku. Nasib baik pergi berempat jer. Heh.


Berenti sarapan dulu kat Gombak, kemudian kitaorang gerak ke Giant berhampiran utk beli barang bbq


After kluar dari Giant. Bila lelaki yang kluar beli barang dapur, cam ni la jadinya


Sampai jer, trus ngan aktiviti masak2.


Ni aktiviti sampingan kitaorang. Banyak jugak album lagu yg dinyanyikan. Maklumlah rata2nya hebat main gitar.


Ngah berkira2 nak terjun. Air takde la sejuk sangat tapi time ni tiba2 jer aku dapat selesema kejap.


Jejaka2 maskulin dari Putrajaya. Haha


Tiba-tiba ada kepala muncul kat tepi tu...


Gambar yang ni aku betul2 tak faham. Blh saper2 tolong jelaskan?


Gambar ni agak menarik sket. Tapi bukan gmbr kitaorang. Perasan tak mcm 3 orang pompuan yang sedang memilih pasangan. Padahal dorang ni saling tak mengenali.


Masa perjalanan nak balik, aku sempat capture gmbr orang asli sedang naik motor. Sbb tu la pic ni agak kabur sket. Tapi coloufull kan..


Situasi ni mmg biasa kat Ulu . Di lereng2 bukit ni mmg ramai org yg dtg untuk mendapatkan air bukit. Mengikut akak yang ada dlm gambar ni, air bukit ni rasa manis & blh sembuhkan penyakit.


Banyak kereta yang 'tersadai' kat tepi jalan untuk dapatkan air bukit ni.


Bergambar kenangan


Selamat tinggal Ulu Yam. Tempat yang mengajar erti keseronokan, persahabatan, skandal & ...