Nuffnang Ads

Wednesday, January 14, 2009

Ekspedisi Kayak 2008

Nasib baik aku sempat belek2 folder kat dalam hp aku. Terjumpa gambar2 masa joint Ekspedisi Kayak hari tu anjuran Taman Wetland Putrajaya. Jadi tak salah rasenya aku uploadkan kat sini untuk dikongsi bersama blogger2 yg lain kan.
***
***
Boleh dikatakan seronok juga la ekspedisi kali ni memandangkan ramai kawan2 aku ikut serta especially geng2 Xtream KMRian. Lagipun bukan senang untuk menceroboh perairan Putrajaya. Dengan peluang yang ada ni lah kami nikmati puas2 keindahan tasik di Putrajaya. Perjalanan sejauh 27 KM ni membuatkan kami terpegun dengan keunikan bangunan di Putrajaya seperti Masjid Putra, Jambatan Seri Wawasan, Istana Darul Ehsan, Kelab Tasik, PICC, Istana Melawati dan byk lagi lah...Ni antara pic yg sempat aku upload.
***
***
Sebelum memulakan ekspedisi. Anip, Uya, Rosz, Azhar dan Aepong


Aku dan Kak Ninie....bersedia utk menerima perubahan pada warna kulit nanti


Seronok berkayak sambil menikmati pemandangan di Putrajaya


Komeng...si runner yang selalu kena tinggal


Aku dan Yatt


Mendarat di PICC


Penat yang amat sangat. Terus baring cam duyung sundal...


Lepas ni kita lunch dulu...

Bergambar kenangan sebelum menyambung ekspedisi


Anip sempat makan choki2


Berehat berhampiran bangunan Kementerian Belia & Sukan.


Berehat sebentar sementara menunggu rakan-rakan yang lain


Masih sempat beraksi walaupun penat


Check Point di bangunan MOF


Masing2 menghembus nafas lega setelah berkayak hampir 7 jam. Perasan tak kulit dorang? Dah jadi cam pisang salai. Haha
***

Tuesday, January 6, 2009

MISTERI NOMBOR 13


Otak aku sejak akhir-akhir ni asyik mengelamun je. Macam-macam aku fikir. Kadang-kadang rasa cemburu bila tengok kebahagiaan kawan-kawan. Dan aku...? Huh...entah lah. Tak de apa yang menarik, hanya malang sering menimpa

Majalah yang ada kat meja aku belek berulang kali. Banyak peraduan-peraduan untuk dimenangi. Tapi langsung tak mencuri perhantian. Sebab aku percaya, hantar lah sebanyak mana pun, mustahil aku berjaya sebab aku tahu aku ni tak de lucky.

Aku belek lagi untuk muka surat yang seterusnya....satu artikel menggamit persaan. Terasa berdebar-debar untuk seketika. Artikel tentang angka 13. Dalam artikel tu mengatakan individu yang takut dengan nombor 13 digelar TRISKAIDEKAPHOBIA. Ia diambil dari perkataan Greek, 'Trikaideka’ yang bermakna 13.

Jadi apa kaitannya dengan aku???


Mengikut kajian-kajian yang dilakukan, angka 13 ni adalah nombor misteri dan boleh membawa kepada benda-benda yang tak elok. Contohnya:


  • Di dalam formula one, tidak ada satu pun kereta yang bernombor 13

  • Sesetengah hotel pula tidak akan meletakkan nombor 13 pada nombor bilik. Begitu juga pada lif.

  • Apollo 13 merupakan satu kesilapan besar dalam sejarah NASA. (Korang sendiri tahu apa yang terjadi pada Apollo 13 tu kan)

  • Banyak juga filem2 action dan seram yang dihasilkan menggunakan angka 13 termasuklah 13th Ghost, 13th Worrior, Friday 13th Night dsbnya.




Masih tertanya-tanya apa kaitan semua ni dengan aku???


Sebenarnya angka 13 ni cukup sinonim dalam hidup aku. Ada 13 perkara yang berkaitan yang aku rasa seperti menghantaui fikiran aku sekarang:


  • 830409 - ?? - ?13?. Ni nombor kad pengenalan aku. Perasan tak kat hujung ic aku ada no 13.


  • 9hb 4 (April) tarikh lahir aku. Jika 9 ditambah dgn 4 jawapannya? (9 + 4 = 13)


  • Nama aku AZWADI AB WAHID. Cuba kira huruf yang terdapat pada nama aku ni. 13 bukan...


  • Masa aku sekolah rendah dulu, pernah 2-3 kali aku dapat nombor 13 setiap kali exam.

  • Masa aku belajar di UPM (Diploma), aku ditempatkan di Kolej ke-13. Banglo pengetua kolej tu tak pernah didiami oleh mana-mana pengetua. Ramai yang percaya rumah tu ada penunggu.

  • Bila aku sambung pengajian (Bacelor), no bilik aku di Kolej Mohamad Rashid, UPM adalah M113


  • 013 – 8065113 ni lak no telefon lama aku. Sebulan yang lepas aku cuba call nombor ni tapi bunyi ringtone dia agak pelik dan mengerikan.


  • 13hb Februari tarikh aku terlibat dengan kemalangan jalan raya


  • ??????13. Ni nombor password untuk blogspot aku. Still ada 13 kat hujung dia kan..


  • No rumah yang aku tinggal sekarang ni ialah C – 2 – 13


  • Tempat aku bekerja sekarang terletak di Presint 13, Putrajaya


  • Bilangan anak tangga yang perlu aku panjat untuk membolehkan masuk ke dalam rumah aku berjumlah 13


  • Dan nombor foverite aku ialah 13!

Walaupun ia mungkin secara kebetulan tapi sedikit sebanyak benda ni mengundang gundah di hati. Ohhh, plz.....aku tak nak percaya kpd benda-benda karut ni.

Wednesday, December 31, 2008

Takut Berendam Bukannya Kambing

Masih belum terlambat untuk aku Ucap Salam Maal Hijrah buat semua. Smoga tahun ni membawa seribu keberkatan. Sempena cuti hari tu, kawan aku si Nizam ajak pergi mandi-manda kt Hulu Yam. Daripada tak tau nak bwat ape, aku ikut je la. Dah lama rasenye tak main air. Kira kali ni hijrah membawa erti jugak lah bagi aku. Dari mandi air suam kepada mandi air sejuk. Ni sedikit rentetan perjalanan hr tu....



Ni masa sampai kat pasar borong KL. Aku ni mmg jenis org yg tak suka pergi pasar basah. Sebab tak tahan dengan bau benda2 mentah cam daging, ikan dsbnye...


Time ni ngah beli ayam. Tak berani nak capture dekat2 sbb takut cebisan daging tu terpercik ke muka.


Ni lak bekalan sepanjang perjalanan. Memandangkan belum sarapan lagi, terpaksalah makan maggie ni yg dibeli di 7-Eleven.


Sampai jer kat sana terus bbq. Nasib baek budak Nizam ni ringan tulang sket orangnya.


Dan aku sibuk dengan aktiviti berendam. Gambar ni bukan menunjukkan aku tak tahan nak buang air tapi tak tahan menanggung kesejukan. Air sejuk cam ais.


Masih sejuk. Tak berani nak turun lagi.


Aksi yang sempat dirakamkan. (Sebenarnya diulang hampir 3 kali)


Umpama spa di tengah hutan


Ni bukan 'penunggu' hutan. Jauh sekali Puteri Gunung Ledang.


Dari kiri...(ingat tau, dari kiri) Nizam, aku & Sharil


Selamat tinggal Hulu Yam
Ingat nak ambik gambar byk lagi tapi batery phone dah weak. So ni je la yg sempat aku rakam.



Sunday, December 28, 2008

X nak lagi mkn PizzaHutt

Kisah ni dah lama, tapi saje nak ungkit balik. Tu pun bila salah sorang dari kawan aku ajak dinner kat PizzaHut. Terus teringat balik peritiwa yang agak jelik bagiku.

Dua bulan lepas tak silap aku. Masa tu bestday housemate aku, Peterz. Beriya2 dia ajak nak makan PizzaHut. So tak nak kecewakan dia, aku setuju. Lagipun dah berapa hari tak kuar ngan housemate sdiri.

Mines kami pilih sbgi lokasi utk celebrate. Lgipun tak jauh dari rumah. Klu jln kaki pun tak sampai 10 minit. Tapi restoren PizzaHut kat sini mmg choi. Sangat mendukacitakan. Layanan dari staff dia sgt teruk. Servis lambat cam kura-kura kena flu. Dah ler semua menu habis. Terpaksalah si Bernard and Peterz memendam rasa sebab tak dapat makan Spaghetti Meat Sauce. Alasan dorang microwave rosak!!. Kahkahkah, terus kitaorg gelak. Nak jer gi terjah kitchen dia, ambik gmbr microwave yg didakwa rosak tu then upload kat blog.
*****
*****
Cashier yang kuang ajar (perempuan). Bz sgt la tu kononnya. Gaya pun cam baru kenal komputer jer


Hah... Ni dia. Suka bergambar rupanya minah nie. Bwat kerja malas.


Birthday Boy yang tak hepy


Nampak gayanya, tu la kali terakhir aku makan PizzaHut. Dah serik. Tak nak lagi.

Friday, December 19, 2008

Tag Tentang 7 Perkara

Tag kali ni datang dari Anggerik Hutan. Dia mmg slalu nak kenakan aku. Jadi terpaksalah aku berkongsi dengan blogger2 lain berkaitan dengan fantasi aku. (teringat lak kisah fantasi seks Ning Baizura. Hehe)


7 ciri wanita/lelaki idaman anda
1) Tak terlalu tinggi dan tak terlalu rendah
2) Rambut lurus dan sedikit ikal
3) X merokok
4) Pandai memasak
5) Berkulit cerah (gelap pun ok tapi kulit mesti cantik)
6) Educated & Understanding
7) Manja & mudah ketawa


7 wanita yang pernah anda minati sepanjang hidup
1) Pengawas pustakawan semasa aku sekolah rendah, juga rakan sekelas aku
2) Pemain bola baling wanita masa aku darjah 6
3) Perempuan yang selalu satu bas ngan aku masa sekolah menengah dulu
4) Tyra Banks….gorgeous n smart
5) Claudia Schiffer…tiada supermodel yang perfect selain dia
6) Aishwarya Rai....aku tak faham knp muka dia lawa sangat
7) Dato’ Shahrizat sebab ketokohan dia


7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati
1) Sedikit gabra
2) Rasa tak percaya yang aku sedang kluar dengan si dia
3) Berdebar-debar bagai nak gugur jantung
4) Rasa macam diri tak cukup sempurna, serba kekurangan. Huhu. Tapi cepat2 diatasi
5) Rasa mcm tak nak balik rumah, nak stay sampai esok pagi
6) Nak bagitau kat semua org yang aku berjaya ajak si dia kluar
7) Nak mesej dan call semua orang untuk mengatakan yang aku sedang bahagia


7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda
1) Jalan berpimpin tangan sepanjang malam sambil menikmati secawan kopi di Kota Paris
2) Menikmati pemandangan ladang teh dan keseronokan memetik strawberry di Cameron Highland
3) Membina istana pasir bersama dan melihat kerdipan bintang pd malam hari di Pulau Perhentian
4) Bercamping di Hutan Cyprus (memetik gitar dan menyanyikan lagu untuk si dia)
5) Lari berkejaran di dalam hujan (kan seronok basah bersama)
6) Di dapur rumah (mencuba resepi baru bersama dengan anak2 saudara dan si dia)
7) Panggung wayang yang kosong (menonton cerita-cerita romantis – hanya aku dan si dia)


7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda
1) Bunga untuk menjemput dia keluar
2) Coklat bila dia merajuk
3) Teddy Bear/Patung Barbie untuk menghantar dia pulang
4) Handkerchief bila dia menangis atau selesema
5) Secawan kopi bila dia dilanda masalah
6) Majalah atau DVD bila dia kesunyian
7) Kucupan mesra atau pelukan hangat…..(tengok keadaan la kut. Hehe)


7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda
1) My Baby U (Marc Anthony)
2) I Lay My Love On U (Westlife)
3) U Are My Sunshine
4) Last Flight Night (Plus One)
5) Hero (Enrique Iglesias)
6) Wajah Kesayangan Hamba (Hail Alil)
7) Oh Carol (Neil Sedaka)

Tag 7 rakan yang anda mahu mereka buat PERIHAL 7 ini
1) Sesiapa
2) Sahaja
3) Yang
4) Rasa
5) Seronok
6) Kena
7) Tag


Model mana lagi yg bijak selain Tyra?


Keliru antara manusia dgn barbie doll


Memiliki hidung paling sempurna

Ok, puas hati?


Tuesday, December 16, 2008

MENCURI BUAH DI TAMAN WARISAN PUTRAJAYA

Aku rasa kali ni aku amat beterus terang skit. Hehe. Aktiviti yg btul2 tak dirancang. Pagi tu family aku dtg mlawat kat tmpt kerja. Nak jogging n main basikal katanya. Lps abis tu, drg lepak jer. Sian lak aku tgk. Tak sampai hati tgk drg kebosonan, aku ajak gi lepak kat Taman Warisan yg terletak di Presint 16, Putrajaya.

Disebabkan aku dulu pernah keja kat situ, so dpt lah naik buggy secara percuma. Yg plg best staf kat sana bagi kunci buggy, suh aku bawak sdri.


Buggy ni kami yg punya...


Aku dan Afiq. Yg kat blkg tu kakak aku

Hadif ceria bersama ayah dia. Gigi dah tahap kena rendan ngan clorox


Nampak tak kat tgn Gadis Bond tu? Buah mangga atau nama saintifiknya Manggifera indica


Ni dia...mangga yang berjaya dicuri. Jika didapati bersalah boleh didenda RM300! Tidakkkk!!!


Penjenayah2 yang jadi mangsa tipu aku. Makan buah Rokam Masam yang didakwa manis


Menjamu satay Haji Samuri di penanggah, Taman Warisan


Kpd mereka yang mahu merasakan pengalaman melihat beraneka buah-bauahan tempatan, ayuhlah ke Taman Warisan Putrajaya. Ni ada beberapa info berkaitan dgn taman ni:

harga buggy : RM15 untuk 6 orang dan RM20 untuk 12 orang

Basic guided tour : RM2 serng (booking) / RM4 seorg (walk in)

Superior guided tour : RM3
(booking) / RM6 seorg (walk in)


Superior guided tour termasuk demonstrasi pemprosesan getah. So korang boleh tengok sendiri cara penorehan getah dilakukan hinggalah bagaimana getah diproses.

p/s: jgn bagitaw sape2 pasal buah mangga tu ek...



Saturday, December 13, 2008

Wayang Lagi

Sekali lagi tgk wayang. Housemate yg ajak. X nak kecewakan drg, aku ikut jer la. The Day The Earth Stood Still....tentang Klaatu, makhluk asing yang muncul dibumi untuk mentadbir semula bumi daripada kemusnahan yang diakibatkan oleh manusia. Ceritanya ok cuma sayang kerana tiada langsung adegan romantis antara Keanu Reeves dan Kathy Bates. Hanya sains, fiksyen dan kemanusiaan...

Kami antara org yang terawal menonton wayang ni. Mula2 tgk poster ingatkan kisah tentang bencana alam


Bersama tiket wayang yang dibeli. Xder ni xleh masuk


Bergambar di candy bar


Bern sempat senyum sambil menanti pop corn


Bekalan sepanjang tayangan nanti


Lama lg nak menunggu
iiii

Aku, Peterz dan Bern (ikut lawan jam)
iiiiii
iii
Tertarik ngan iklan di dinding sms kluar dari panggung
iii
iiii

Jgn salah sangka. Ini bukan mangsa perogol bersiri td. Ini Bern, confident dengan boot nyer...