Hello semua reader. Lama tidak ke temu di sini ya. Harap semua sihat dan bahagia. Ada yang rindukan oasis ke? Hehehe. Layak ke oasis dirindui? Haisshh..
Oasis nak tanya, pernah tak kamu semua menggunakan GPS atau sistem navigasi untuk ke sesuatu destinasi? Sejauh mana ketepatan benda alah tu?
Nak dijadikan cerita bulan lepas oasis ke sebuah tempat untuk jumpa kawan. Disebabkan first time oasis ke sana, terpaksalah guna GPS. Lagipun oasis bertolak agak lewat dan dijangka sampai pun awal pagi. Mula-mula tu confident la sebab perjalanan lancar coz lalu highway. Bila nak masuk ke kawasan perumahan tu yang agak haru sikit.
Masa tu oasis dah mula pelik ngan GPS ni sebab dia bagi jalan yang sempit-sempit dan sunyi. Cuak pun ada tambahan lagi bila tengok jam dah hampir 1 pagi. Nak patah balik takut tak jumpa jalan tadi. Nak tak nak oasis serah la bulat-bulat kat GPS ni.
Sampai la ke satu kawasan ni yang memang tak ada rumah sekeliling. Jalannya sangatlah sempit dan kiri kanan penuh dengan hutan. Time tu jugalah stesen radio semua tergendala. Bila tengok handphone lagi lah kecut perut sebab tak ada signal langsung. Nak call kawan dah tak dapat. Masa ni lah oasis rasa nak meraung.
Uwaaa!!!
Tapi oasis try juga. Alang alang menyeluk saku biarlah sampai dapat dompetnya kan. Oasis jalan ke depan lagi ikut arahan suara pada navigasi tu. Dalam kereta masa tu hanya bunyi
.....Dag dig dag dig dag dig......
Akhirnya sampailah ke satu kawasan....KUBUR!!!
Ya Allah, apa lah dosa sampai GPS ni bawa oasis ke kawasan kubur. Memang masa tu mata dah berair. Bulu tengkuk semua berdiri. Tangan dan kaki menggigil. Dan dan pulak suara navigasi tu cakap
"Anda telah sampai ke destinasi yang dituju. Terima kasih kerana meng......"
Tanpa buang masa, oasis tutup GPS tu dan patah balik cari jalan besar. Sehabis had pedal minyak tu ditekan. Bila sampai di jalan yang ada lampu, cepat-cepat oasis call kawan minta dia datang ambil. Kurang dari 10 minit akhirnya dia sampai. Alhamdulillah semuanya selamat.
So moralnya, jangan percaya sangat dengan teknologi ni. Sebab banyak kali oasis terkena. Next entry (part 2) oasis akan cerita macam mana GPS ni boleh bawa oasis ke Karak Lama....