tHe rEd WorRioRs
Belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2011 buat semua blogger terutama followers yang terus setia mengikuti blog ni. Juga tahniah kepada skuad bola sepak Malaysia terutama Fahmi dan Safee (sebab dorang ni paling famous kat carian google skang nih) kerana telah mengharumkan nama negara dan secara tak langsung berjaya menjerumuskan aku ke arena jaring gol ni.
Sebenarnya ketika semua manusia dari kutub utara ke kutub selatan bersuka ria menyambut tahun baru hari tu, aku pula dikejutkan dengan panggilan dari famili yan mengatakan mak aku sakit tenat. Dengan rasa penuh cemas kami adik beradik segera pulang ke kampung. Dan alhamdulillah semuanya sudah ok, mak pun dan semakin sihat.
Semasa menemankan mak bagi mendapatkan rawatan di Perdana Specialist Centre di Kota Bharu, aku sempat singgah di sebuah cafe ni yang teletak bersebelahan saja. memandangkan demam bola pun masih belum kebah lagi, jadi ok jugalah aku singgah mengalas perut sambil merasa bahang kehangatan bola sepak.
TRW @ KTC dari pandangan jalan raya
The Red Warriors Station ni dinamakan sempena team bola sepak kelantan yang baru-baru ni memenangi Piala Bola Sepak Malaysia 2010. Konsep yang diketengahkan agak menarik perhatian kerana lain daripada yang lain. Kebanyakan dekorasinya berasaskan warna merah, putih dan hitam yang sinonim dengan skuad bola sepak Negeri Kelantan. TRW @ KTC ni terletak di bangunan Kelantan Trade Centre dan berhampiran dengan Stadium Sultan Mohammad iv.
Pandangan dari pintu masuk sisi cafe
Di bahagian atas cafe. Sesuai bagi mereka yang inginkan suasana santai atau sedikit formal. Di setiap skrin tv sentiasa dipaparkan aksi bola sepak dari saluran sukan seperti EPL dan sebagainya
Dinding dihiasi dengan potret pasukan bola sepak kelantan
Cenderahati seperi jersey, topi, bag, mug, key chain dan bermacam lagi turut dijula di kaunter bayaran cafe ni. Penyokong The Red Warriors comfirm kena dapatkan satu sebagai tanda cenderamata dan sokongan
Dalam 8 minit menu yang di order dah sampai. Kebanyakan menu berkait dengan nama-nama pemain team bola sepak ni. Aku pun dah lupa dah apa nama nasi goreng ni. Tapi harga agak berpatutan.
tak tahu cam ne nak datang sini? Hah, ni aku bagi map untuk memudahkan korang
Kepada anda yang nak berkunjung ke Kota Bharu, jangan lupa untuk singgah di TRW @ KTC. Bayangkan betapa meriahnya datang sini bila musim bola. mesti gempak cafe ni kan. Aku nak minta maaf kalau gambar -gambar kat atas tu tak berapa nak clear sebab shoot pakai iphone je.

















