Nuffnang Ads

Sunday, March 22, 2009

Sexy Boys@UluYam

Kat tempat aku kerja ni susah btul klu nak cuti ramai2 sbb kat sini tak de istilah hari minggu. Biasanya hari minggu kami mmg terpaksa kena kerja. Tapi beberapa hari lepas kebetulan plak semua staff lelaki kat sini cuti. Apa lagi sebahagian daripada kami merancang untuk mandi manda di Ulu Yam. Lagipun cuaca panas je akhir2 ni kan.

***
Ni senarai barang2 keperluan untuk camping. Klu tulisan buruk cam ni, maknanya bukan tulisan aku.


Kereta aku jadi mangsa pengangkutan kali ni. Dah bersemak but kereta aku. Nasib baik pergi berempat jer. Heh.


Berenti sarapan dulu kat Gombak, kemudian kitaorang gerak ke Giant berhampiran utk beli barang bbq


After kluar dari Giant. Bila lelaki yang kluar beli barang dapur, cam ni la jadinya


Sampai jer, trus ngan aktiviti masak2.


Ni aktiviti sampingan kitaorang. Banyak jugak album lagu yg dinyanyikan. Maklumlah rata2nya hebat main gitar.


Ngah berkira2 nak terjun. Air takde la sejuk sangat tapi time ni tiba2 jer aku dapat selesema kejap.


Jejaka2 maskulin dari Putrajaya. Haha


Tiba-tiba ada kepala muncul kat tepi tu...


Gambar yang ni aku betul2 tak faham. Blh saper2 tolong jelaskan?


Gambar ni agak menarik sket. Tapi bukan gmbr kitaorang. Perasan tak mcm 3 orang pompuan yang sedang memilih pasangan. Padahal dorang ni saling tak mengenali.


Masa perjalanan nak balik, aku sempat capture gmbr orang asli sedang naik motor. Sbb tu la pic ni agak kabur sket. Tapi coloufull kan..


Situasi ni mmg biasa kat Ulu . Di lereng2 bukit ni mmg ramai org yg dtg untuk mendapatkan air bukit. Mengikut akak yang ada dlm gambar ni, air bukit ni rasa manis & blh sembuhkan penyakit.


Banyak kereta yang 'tersadai' kat tepi jalan untuk dapatkan air bukit ni.


Bergambar kenangan


Selamat tinggal Ulu Yam. Tempat yang mengajar erti keseronokan, persahabatan, skandal & ...

Wednesday, March 11, 2009

Jalan - Jalan Di Jalan Pasar



Pernah tak korang pergi ke Pasar Karat yang terletak kat Shah Alam yang beroperasi setiap Sabtu/Ahad? Dekat sana boleh dikatakan meriah dengan pelbagai jenis barang2 yang dijual. Tapi yang aku nak cerita ni bukan kat sana tapi di Jalan Pasar yang terletak berhampiran Pudu. Aku tak pasti address lengkap dia sbb aku terlalu khuyuk sembang ngan kawan kat sbelah.
***
Kat Jalan Pasar ni pun tak kurang juga hebatnya. Barang2 yang dijual pun pelik dan lain daripada yang lain. Barang2 terpakai memang paling mudah untuk diperolehi di sini. Kepada sesiapa yang nak beli barang elektrik & elektronik dengan harga yang murah, kat sinilah tempatnya. Accessories kereta termasuk sistem audio dan lampu pun banyak dijual pada harga yang berpatutan. Dan kepada peminat haiwan peliharaan juga, kat sini lah syurga bagi mereka....


VCD & DVD cetak rompak terpakai yang dijual oleh penjaja. Klu bernasib baik boleh jumpa cerita2 lama yg susah nak dpt di tempat lain



Penjaja dan pembeli sedang tawar menawar harga untuk telefon bimbit terpakai


Brother ni yang mmg santai mempromosikan barang2 yang dijual


Pelbagai jenawa mewah handphone terpakai yang masih elok


Rawatan mata pun boleh dilakukan di tengah2 kesibukan orang lalu lalang


Pak cik ni pun tidak ketinggalan untuk menjual koleksi barang-barang antik


Ikan Emas yang dijual dengan harga yang berpatutan


Nak lagi murah...terus dapatkan di kedai pemborong ikan-ikan perhiasan di premis berhampiran


Kebanyakan ikan-ikan dijual dengan harga serendah RM 0.50 seekor


Arnab putih pun ada dijual


Pelbagai lagi spesies arnab dan kucing


Promoter ni sedang menyiapkan rumah untuk hamster belaan kami

Akhir sekali aku juga sempat beli pasir dan batu hiasan untuk akuarium.

Next entry nanti aku tunjukkan apa sebenarnya yang aku beli dari pasar ni ok. Nak masukkan kat entry ni macam byk sangat la plak. Nanti tak pasal2 termuntah. Ok, tunggu yer.


Wednesday, March 4, 2009

Nak Jimat Punya Pasal

Bulan Februari ni ramai plak kawan2 aku yg sambut birthday. Kpd sesiapa yg menyelongkar blog aku time ni & kebetulan hari ni hr jadi dia, aku nak ucapkan Happy Birthday. Semoga tahun ni byk benda2 yang baik2 berlaku.
***
After balik kerja hari tu, aku singgah kat la Alamanda, Putrajaya untuk beli hadiah hari jadi utk kawan2 offc. X nak parking kat dalam shopping complex tu, aku parking jer kat tepi jalan. Lagipun, jimat duit sket kan. Dek kerana kesuntukan masa, ni je la yang sempat dan mampu aku belikan untuk dorang...
***

Teddy Bear ni untuk Jaja


Yang ni lak untuk Kak Ninie


Untuk Nizam


Dan yang ni untuk aku sendiri - DVD citer Melayu & Hindustan (Aishwarya Rai punya pasal)
***

Keluar dari Alamanda, dada berdegup kencang. macam ada something kat cermin depan kereta aku. Hmm...dah agak dah. Aku dapat saman trafik atas kesalahan parking...
***

Surat saman
***

Tuesday, February 24, 2009

Mutiara Char Koay Teow...seindah namanya

Kepada sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke Pasar Tani di Presint 2, Putrajaya mungkin dah familiar dengan gerai Mutiara Char Koay Teow ni yang beroperasi pada setiap hari Selasa dan Jumaat. Setiap masa boleh dikatakan sentiasa penuh dengan pelanggan. Nak kata sedap xde la sgt tapi mungkin suasana yang meriah menggamit kehadiran orang ramai untuk berkunjung ke sini. Dan aku kadang2 tak melepaskan peluang untuk menikmati char koay teow ni...


Papan tanda premis yang 'gah' di Pasar Tani Putrajaya


Pekerja2 yang tak menang tangan sibuk menyediakan tempahan pelanggan


Ruang yang terhad bukan penghalang utk pelanggan menjamu selera


Percaya atau tidak, walaupun makan semeja tapi masing-masing saling tidak mengenali antara satu sama alin


Lokasi yang mmg sesuai untuk berborak bersama teman-teman, keluarga mahupun sanak saudara

Pelanggan2 lain resah menunggu meja kosong untuk menikmati char koay teow tersebut


Ni la dia, tak lain dan tak bukan. Mutiara Char Koay Teow yang menjadi dambaan warga Putrajaya.


Thursday, February 19, 2009

Sukarelawan di Zoo Negara Kuala Lumpur

Lps tamat blajar kat UPM, jarang2 aku buat kerja-kerja amal. Disebabkan rindu yang teramat sgt nak melakukan aktiviti kemasyarakatan, aku ngan Nizam sepakat ke Zoo Negara Kuala Lumpur. Lagipun sepanjang hayat aku, xpernah lagi ke sana. So, aku mintak ngan bos untuk ambik AL. Bermulalah lembaran baru dlm hidup aku sbg volunteer di Zoo Negara, zoo yang tertua di Malaysia. Untuk kali yang pertama ni, kami ditempatkan di kawasan ape. Segala kerja yg kami buat lebih tertumpu di kandang monyet ni la.


Entrance Zoo Negara yang mengalu-alukan kehadiran semua 'pihak'. Tapi sblm tu kami kena daftarkan diri di Guard House dulu


Dan seterusnya kami diberi sticker ni untuk membolehkan kami menjalankan tugas2 sebagai volunteer


Kerja-kerja menyapu sampah ni dah jadi rutin kepada mana2 volunteers di sini


Dorang ni pun volunteers gak. Budak-budak lepasan SPM. Muda2 lagi dah pandai buat kerja2 cam ni.


Ni time bagi makan kat monyet ni. Jenis Blue monkey. Dapat gak berpeluang menyusukan anak monyet


Zam tgh cuci longkang kat kandang siamang. Yang klakarnya dia nyaris2 dikencing siamang yang ngah bergayut kat atas


Ni dia siamang tu. Comel kan...


Feeding time


Makanan untuk monyet2 tue...cam best je. Betik, tembikai, sayur, roti....semua ada


Bila time rehat, antara jam 12-2 petang...kami gi jalan2 sekitar zoo tu. Tak sempat nak pusing semua sbb keluasan zoo ni lbh dari 5000 hektar. So ni je la kandang2 yg sempat kami lawat. Next time kami jelajah lagi


Kuda mini


Badak air yang besar gedabak


Yang kat blakang tu burung milky stork. Jinak2 semuanya


Dan last skali zirafah yang tinggi cam galah yang disambung-sambung


Ok, tu aje. Lain kali kalau ada masa aku upload lagi perkembangan semasa berkenaan dengan aktiviti di zoo negara. Kpd mereka yang tak tau cam ne nak pergi ke sana, aku ltk kan peta ni...



Senang jer. Tak jauh dari pusat bandar



Ni lak map kawasan zoo tu. Mcm2 haiwan yg lebih daripada 1000 spesies ada kat sini