Nuffnang Ads

Sunday, February 15, 2009

Puteri Gunung Ledang The Musical….Sebuah Cinta Agung




“Adinda bersumpah, jikalau kekanda tidak kembali adinda akan menyusul kekanda. Menginjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama”


Begitu indah luahan cinta Gusti Puteri Retno Dumilah kepada Laksamana Hang Tuah. Dan begitu tulus janji setianya sehingga sanggup mengorbankan jiwa dan raga demi Tuah. Mengharungi lautan gelora, mendaki di puncak tinggi, membelakangi Adipati dan berdepan dengan Sultan Melaka untuk dimalukan adalah satu beban yang tak terluah. Namun entah dimana silapnya Hang Tuah, mungkin keliru antara cintanya terhadap puteri dengan kesetiaannya terhadap raja. Akhirnya cinta yang dibina terkubur mati. Tapi yang nyata, nilai cinta mereka masih mahal, masih abadi hinggakan perjalanan ceritera yang penuh dugaan menjadi indah.


Tapi lebih indah malam itu, malam dimana aku menyaksikan sendiri cinta paling agung di puncak Ledang. Tiada lukisan yang dapat digambarkan dan tiada kata-kata yang dapat diluahkan. Kisah cinta yang agung, penuh magis dan lagu. Pertama kali untuk tahun ini aku mengalirkan air mata kerana sebuah pementasan yang sungguh gah


Percintaan antara laksamana dan puteri


Keakraban Puteri Jawa dan Bayan menyentuh hati audience


Lakonan mantap Ida Mariana sebagai Bayan harus dipuji


Kejelitaan Gusti Puteri menarik minat Sultan Melaka


Rindu yang mencengkam membuatkan Gusti Puteri nekad 'pergi' kepada Tuah


Gusti Puteri belayar ke Gunung Ledang untuk menanti Hang Tuah


Rindu yang turut dirasai oleh Tuah


Sepasang kekasih melepas rindu sebelum Hang Tuah menyampaikan hajat Sultan Melaka


Gusti Puteri menghalang Sultan Melaka untuk menunaikan syarat ke-7


Sultan Melaka yang murka kepada Gusti Puteri sebelum melafazkan sumpahan keatasnya


Kisah cinta Laksamana hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang teragung dipuncaknya


”Kuhinakan diriku sendiri untuk merengkuh cinta sejati. Cintamu bagai cahaya mentari yang membakar wajahku. Meski sekilas kurasakan, namun akan menjadi bekal sehingga akhir zaman” - Gusti Putri Retno Dumilah


Antara babak-babak yang menarik semasa pementasan PGLtm musim ketiga ni adalah:

  1. Babak bayan mengeluarkan api dari tangannya semasa memujuk Gusti Puteri untuk menari
  2. Gusti Puteri tiba-tiba ghaib dalam pelukan Bayan
  3. Adegan pelayaran Gusti Puteri yang seakan-akan 'hidup'
  4. Nenek kebayan yang tiba-tiba ghaib dan muncul
  5. Transformasi nenek kebayan kepada Puteri Gunung Ledang
  6. Babak sumpahan Sultan Melaka kepada Puteri Gunung Ledang
  7. Puteri Gunung Ledang menghalang Sultan Melaka mengorbankan Raja Ahmad
  8. Aksi lucu Sultan Melaka menari bersama penari-penari lain
  9. Adegan lucu Gusti Puteri dengan dayang2nya
  10. Perpisahan laksamana dengan puteri setelah ditugaskan menghantar utusan ke Demak

Dan untuk tatapan semua, aku uploadkan beberapa keping gambar semasa menonton Puteri Gunung Ledang The Musical Musim Ketiga pada 13hb Februari 2009


Tiket PGLtm

Odw ke Istana Budaya. Jalan tiba2 sesak time nie


Banyak kenderaan berpusu-pusu menghala ke arah Istana Budaya


Akhirnya sampai jua di Istana Budaya


Berlegar-legar sementara menunggu Panggung Sari dibuka


Masing2 mahu mengabdikan kenangan di poster gergasi PGL


Ingatkan ni adlh salah satu daripada props yang digunakan semasa pementasan PGLtm. Hehe


Kehebatan pementasan PGLtm memaksa penonton memberikan standing ovation


Tak mampu nak lepaskan peluang bertemu dgn pelakon2 utama


Yes...dapat jugak tandatangan dari Stephen dan Tiara


Juga dari bayan dan Raja Ahmad



Tuesday, February 10, 2009

Kecekalan Herms & Luke

Herms and Luke

Semalam masa aku sedang bwat kerja kat offc tiba2 datang couple mat saleh ni. Dia tanya motosikal boleh bwk masuk taman tak? Aku ckp blh jer selagi dia guna jalan yang diturap.


Herms & Luke ni asal dari Australia. Tapi dorang dah menetap kat Malaysia hampir 6 bulan. Paling terperanjat bila dorang bagitau aku yang dorang datang dari Penang dengan menaiki motosikal jer. Lps menjelajah satu Putrajaya dorang akan teruskan pengembaraan ke Port Dickson pulak. Terbeliak mata aku. Thats mean dorang akan pusing satu Malaysia dengan motorsikal yang dibeli 4 bulan lepas....Bayangkan dengan cuaca yang tak menentu skrg nie dorang redah bersama.


Ni la dia motorsikal Kriss yang ditunggang oleh dorang. Dah jadi cam kenderaan delivery plak. Map yang kat bakul tu akan digantung pada leher Herms


Aku harap suatu hari nanti aku boleh jumpa dorang lagi. Mesti banyak cerita menarik yg boleh dikongsi. Dan suatu hari nanti gak aku mungkin mengikut jejak langkah dorang....


Sunday, February 8, 2009

Syurga Makanan Yang Penuh Sesak

Lama sudah aku tak menulis di blog ni. Bukan malas cuma waktu membatas segalanyer. Bila kerja berlambak, nak bukak email seminggu sekali belum tentu dapat.. Aku nak citer pasal satu tempat ni. Rasenyer korang2 yg penah pergi tu tau la kut. Tempat ni secara kebetulan aku pergi masa nak hantar kwn sekerja ke stesen LRT kat Sg. Besi. So aku ngan Nizam (kwn kat tempat kerja aku gak) singgahlah kat kawasan ni. Niat asal just nak beli pisang goreng jer. Tapi terkejut badak kitaorang. Kawasan ni sesak cam tak leh nak bernyawa. Nak parking kereta bapak punyer lama tunggu. Bila tgk keadaan skeliling...no wonder la. Macam2 ad kat sini.


Burger awal2 lagi dah bukak


My Favourite food, Yoong Tau Foo pun ada


Pisang goreng dan kerepok lekor idaman kami


Chicken wings akak ni pun cam best gak


Pelbagai aneka buah-buahan yang segar


Pak cik ni pun sempat promo duriannya


Jagung yang murah, besar dan manis. Puas hati mkn


Tak lupa mak cik yang jual kerepek ni. Peramah btul. 3 utk RM10


Selain mkn, kedai-kedai majalah dan akhbar pun byk


Hmm...kedai gunting rambut yang klasik tapi moden


Dua sahabat lama yang bercerita mengenai kisah2 lama mereka (mungkin)


Ok Zam...habiskan mkn tu. Jom kita balik


Wednesday, January 14, 2009

Ekspedisi Kayak 2008

Nasib baik aku sempat belek2 folder kat dalam hp aku. Terjumpa gambar2 masa joint Ekspedisi Kayak hari tu anjuran Taman Wetland Putrajaya. Jadi tak salah rasenya aku uploadkan kat sini untuk dikongsi bersama blogger2 yg lain kan.
***
***
Boleh dikatakan seronok juga la ekspedisi kali ni memandangkan ramai kawan2 aku ikut serta especially geng2 Xtream KMRian. Lagipun bukan senang untuk menceroboh perairan Putrajaya. Dengan peluang yang ada ni lah kami nikmati puas2 keindahan tasik di Putrajaya. Perjalanan sejauh 27 KM ni membuatkan kami terpegun dengan keunikan bangunan di Putrajaya seperti Masjid Putra, Jambatan Seri Wawasan, Istana Darul Ehsan, Kelab Tasik, PICC, Istana Melawati dan byk lagi lah...Ni antara pic yg sempat aku upload.
***
***
Sebelum memulakan ekspedisi. Anip, Uya, Rosz, Azhar dan Aepong


Aku dan Kak Ninie....bersedia utk menerima perubahan pada warna kulit nanti


Seronok berkayak sambil menikmati pemandangan di Putrajaya


Komeng...si runner yang selalu kena tinggal


Aku dan Yatt


Mendarat di PICC


Penat yang amat sangat. Terus baring cam duyung sundal...


Lepas ni kita lunch dulu...

Bergambar kenangan sebelum menyambung ekspedisi


Anip sempat makan choki2


Berehat berhampiran bangunan Kementerian Belia & Sukan.


Berehat sebentar sementara menunggu rakan-rakan yang lain


Masih sempat beraksi walaupun penat


Check Point di bangunan MOF


Masing2 menghembus nafas lega setelah berkayak hampir 7 jam. Perasan tak kulit dorang? Dah jadi cam pisang salai. Haha
***

Tuesday, January 6, 2009

MISTERI NOMBOR 13


Otak aku sejak akhir-akhir ni asyik mengelamun je. Macam-macam aku fikir. Kadang-kadang rasa cemburu bila tengok kebahagiaan kawan-kawan. Dan aku...? Huh...entah lah. Tak de apa yang menarik, hanya malang sering menimpa

Majalah yang ada kat meja aku belek berulang kali. Banyak peraduan-peraduan untuk dimenangi. Tapi langsung tak mencuri perhantian. Sebab aku percaya, hantar lah sebanyak mana pun, mustahil aku berjaya sebab aku tahu aku ni tak de lucky.

Aku belek lagi untuk muka surat yang seterusnya....satu artikel menggamit persaan. Terasa berdebar-debar untuk seketika. Artikel tentang angka 13. Dalam artikel tu mengatakan individu yang takut dengan nombor 13 digelar TRISKAIDEKAPHOBIA. Ia diambil dari perkataan Greek, 'Trikaideka’ yang bermakna 13.

Jadi apa kaitannya dengan aku???


Mengikut kajian-kajian yang dilakukan, angka 13 ni adalah nombor misteri dan boleh membawa kepada benda-benda yang tak elok. Contohnya:


  • Di dalam formula one, tidak ada satu pun kereta yang bernombor 13

  • Sesetengah hotel pula tidak akan meletakkan nombor 13 pada nombor bilik. Begitu juga pada lif.

  • Apollo 13 merupakan satu kesilapan besar dalam sejarah NASA. (Korang sendiri tahu apa yang terjadi pada Apollo 13 tu kan)

  • Banyak juga filem2 action dan seram yang dihasilkan menggunakan angka 13 termasuklah 13th Ghost, 13th Worrior, Friday 13th Night dsbnya.




Masih tertanya-tanya apa kaitan semua ni dengan aku???


Sebenarnya angka 13 ni cukup sinonim dalam hidup aku. Ada 13 perkara yang berkaitan yang aku rasa seperti menghantaui fikiran aku sekarang:


  • 830409 - ?? - ?13?. Ni nombor kad pengenalan aku. Perasan tak kat hujung ic aku ada no 13.


  • 9hb 4 (April) tarikh lahir aku. Jika 9 ditambah dgn 4 jawapannya? (9 + 4 = 13)


  • Nama aku AZWADI AB WAHID. Cuba kira huruf yang terdapat pada nama aku ni. 13 bukan...


  • Masa aku sekolah rendah dulu, pernah 2-3 kali aku dapat nombor 13 setiap kali exam.

  • Masa aku belajar di UPM (Diploma), aku ditempatkan di Kolej ke-13. Banglo pengetua kolej tu tak pernah didiami oleh mana-mana pengetua. Ramai yang percaya rumah tu ada penunggu.

  • Bila aku sambung pengajian (Bacelor), no bilik aku di Kolej Mohamad Rashid, UPM adalah M113


  • 013 – 8065113 ni lak no telefon lama aku. Sebulan yang lepas aku cuba call nombor ni tapi bunyi ringtone dia agak pelik dan mengerikan.


  • 13hb Februari tarikh aku terlibat dengan kemalangan jalan raya


  • ??????13. Ni nombor password untuk blogspot aku. Still ada 13 kat hujung dia kan..


  • No rumah yang aku tinggal sekarang ni ialah C – 2 – 13


  • Tempat aku bekerja sekarang terletak di Presint 13, Putrajaya


  • Bilangan anak tangga yang perlu aku panjat untuk membolehkan masuk ke dalam rumah aku berjumlah 13


  • Dan nombor foverite aku ialah 13!

Walaupun ia mungkin secara kebetulan tapi sedikit sebanyak benda ni mengundang gundah di hati. Ohhh, plz.....aku tak nak percaya kpd benda-benda karut ni.