Nuffnang Ads

Friday, December 12, 2008

Yang Semakin Dilupakan...

Budak-budak zaman sekarang. Jauh bezanya ngan zaman kita jadi budak-budak dulu. Aku perasan benda ni masa aku lepak umah kakak aku. Time tu aku ajak anak sedara mkn tengahari. Berkali-kali panggil ke meja makan tapi masih tak menyahut. Rupa-rupanya leka bermain Playstation.


Teringat zaman kanak-kanak dulu. Permainan video bukan tak der, tapi lebih seronok bermain ngan kawan-kawan kat luar. Ckp je permainan ape, semua dah cuba. Selalu jugak jadi johan. Setiap petang (atau pagi klu cuti sekolah) kami berkumpul ramai-ramai.. Dari Zero Point (tali getah), Sorok-Sorok, Buaya, nJit nJit Semut, Police Entry, Chup Duduk, Chup Keras, Baling Tin, Bola Beracun, Bola Kaki Tiga, Putar kaki Ayam, Teng Teng, Batu Seremban, Pukul Berapa Datok Harimau, Galah Panjang, Berlaga Biji Getah, Congkak Tanah, Jentik Tutup Botol Oren, Jala Itik Ayam ( Ja Ja Jala), Tom Tom Bak, Nenek Nenek, Konda Kondi, Sorok Lidi dan banyak lagi lah.


Tu tak termasuk aktiviti lain cam masak-masak, kawin-kawin, pondok-pondok, melastik burung, tangkap ikan, mandi sungai, kutip pucuk paku & jarum mas, menuai kacang tanah serta banyak lagi. Budak zaman sekarang mana tahu benda2 cam ni tambah2 lagi yang duk kat bandar. Nak cerita kat dorang pun susah. Masa balik kg hari tu pun, susah nak tengok budak-budak bermain kat laman. Tu la budak zaman sekarang. Leka ngan tv, permainan video, komputer dan handphone.....



Melastik...antara salah satu daripada permainan tradisional yang didedahkan kepada kanak-kanak semasa Kem Sahabat Alam di Taman Wetland Putrajaya

Tuesday, December 9, 2008

Melepas Gian

Berminggu-minggu sibuk ngan kerja, dah tiba masanya aku curi masa untuk mengurangkan stress. Aku pilih lokasi yang paling dekat, Alamanda Putrajaya. Niat nak window shopping jer, last2 tertewas juga. Xpe la, lagipun dah lama tak shopping.

Mcm biasa la, klu bab2 shopping or window shopping ni, aku lebih suka gi sorang2. Senang nak pilih barang. Jalan berjam-jam pun tak de org nk kesah. Cuma masalahnya xder orang nak tegur pasal perbelanjaan kita. Ni ada beberapa item yang aku beli, yg mampu aku capture

CD Jason Mraz ni aku beli kat Speedy. Lagu dia best especially I’m Yours, Make It Mine, Butterfly dan Lucky. Suara dia yg agak ‘malas’ nak nyanyi tu menambahkan keunikan. Lagipun cover album dia simple. Harga : RM44.90


Kasut sukan NIKE dibeli di kedai Al-Ikhsan sebab kat butik NIKE tak banyak design. Tengah ada less, so apa lagi...kad kredit la jadi mangsa. Harga: RM225


Hampir sejam aku cari EDT. Ingat nak beli BURBERRY or RALPH LAUREN. Akhirnya aku setia gak pada jenama yg mmg aku pakai dari dulu lagi, ETERNITY from CK. Promoter Parkson tu bagi DAVIDOFF shower gel and deodorant sbg free gift. Harga : RM184.


Masuk kedai cermin mata ni sbenarnya semata-mata nak beli solution for lens. Terpedaya dgn promoter, aku terbeli speck ni (ada promotion katanye). POLO SMITH. Ok la kut, dah lama tak tukar cermin mata baru. Asyik pakai contact lens, bwat penat mata jer. Harga : RM 189 jer.


Sambil tunggu cermin mata siap, aku terpedaya lagi. Tertarik ngan design yg agak sporty, and of course harga promosi yg agak melampau, cermin mata hitam ESPRIT aku beli. Harga : RM 394


Ni antara yang aku rasa agak tak logic. Luggage SANTA BARBARA yang comel ngan corak jalur. Disebabkan beli satu percuma satu, aku kongsi ngan housemate. Harga : RM50 (dapat dua!!)

Saturday, December 6, 2008

Burgerku Bakawali

Dah lama rasanye tak kluar bersama-sama dgn adik-adik dan anak sedara. Bukan malas tapi kesibukan kerja yang melampau membatasi ruang waktu utk kami berkumpul. Jadi dengan sedikit masa yang ada, aku gigihkan diri balik Puchong.


Lps mandi dan bersiap, terus kitaorg pergi ke ioi Mall untuk tempah tiket. Cerita Madagascar : Escape 2 Africa jadi pilihan. Sambil tunggu masa tayangan, ktorang lepak dulu di kedai buku POPULAR. Siap bacakan buku cerita lagi kat anak-anak buah aku ni.


Seterusnya kitaorang ke tempat permainan. Kat sini bukan main seronok lagi budak-budak ni ngan mesin2 slot tu. Aku pun sama, kadang2 mengalahkan anak buah sendiri. Banyak jugak lah duit aku abis beli token2 tu. Tak kisah la, janji dorang seronok.


Sebelum masuk wayang, 2 set combo pop corn dah memadai. Kat dalam panggung nasib baik season dia tak sejuk sangat. Overall cerita tu mmg best. Anak buah aku si Afiq tu x henti2 gelak.


Kira-kira jam 11.45 wayang tamat. Sebelum balik, kitaorang singgah umah adik pompuan aku, Mirah. Saje nak menyusahkan dia. Sembang punya sembang, perut mula lapar. Apa lagi, kami teruskan dengan aktiviti selongkar peti ais yang dah jadi tradisi turun temurun. Lps makan ais krim, tiba2 dapat idea nak buat burger. Dengan sedikit pengalaman yang ada, projek tak rasmi bermula….



Ni dia...AJK yang menyediakan makanan untuk santapan lewat malam. Suasana dah mula kelam kabut masa ni. Nak cari bawang la, timun, carrot, tomato, mayonnaise, sos cili, sos tomato, black pepper source dll.


Roti yang hangus dibakar adik aku. Agak seram jugak klu dilihat dari mata kasar


Hadif...makan daging aje. Tak sanggup makan roti yang hangus katanye...


Ni dia salah satu daripada burger yang tersalah resepi dan direject oleh AJK makanan sebab terlebih sos tomato


Burger yang sedia untuk dihidangkan. Macam tak percaya yang rasanya lagi sedap daripada Burger King.


Tuesday, November 25, 2008

I’m Gay!

Pernah tak dengar istilah tipu sunat? Kadang2 kita terpaksa menipu untuk mengelakkan sesuatu perkara jadi lebih teruk. Dan aku pun tak terkecuali.


Peristiwa tu berlaku semasa aku diinterview oleh pegawai bank dari RHB untuk proses loan kreta. Tak silap aku nama dia Mei Soong, gadis cina yang fasih berbahasa melayu. Seblum aku sign agreement tu, berlaku la sedikit soal selidik antara aku dan pegawai tu….


Kamu kerja dimana?” soalan pertama yang dia ajukan kat aku.


Di Putrajaya, sebagai tour guide” jawabku sambil mata tiba2 tak berkelip bila terpandang bahagian dada dia yang tak berbutang tu


Dah lama kerja?” dia tanya lagi sambil betulkan baju. Mungkin dia perasan aku memandang tempat azab tu dr tadi


8 bulan” jawabku ringkas sebab malu terkantoi


Ada tanggungan?”


Ermm…tak de”


Dah kawin?” soalan yang aku rasa tak relevan dia tanya. Klu aku dah kawin, dah tentu la aku ada tanggungan. Tak kan aku nak biar bini aku kebulur kat umah.


Belum”, agak confident sket jwpn aku


”Kenapa belum kahwin?”


Lor, bleh lak dia tanya cam tu


Tak ada jodoh kut. Lagi pun saya mana ada girlfriend” aku cuba berselindung.


Bila dah ada girlfriend, mesti u kawin jugak nanti kan. So bila u dah kawin, mesti u ada tanggungan. Bila dah ada tanggungan, macam2 u kena bayar nanti. Rumah la, kereta, yuran anak, baju anak, lampin anak, bil air, letrik… bla…bla…bla…” panjang lebar ceramah dia. Mengalahkan wedding planner.


Aku dah start rasa tension. Aku yang nak pinjam, bukan dia. Yang bayar pun aku, bukan dia. Aku sabar lagi…takut dia tak luluskan lak.


Kalau macam tu saya tak kahwin kut”


Kenapa? dia tanya lagi.


Sebab saya xde girlfriend” aku sengih…


Kawan perempuan ada?”


Ada” yang ni aku memang tak leh bohong. Tak logik la kan


Ha.…bila dah ada kawan perempuan nanti blh jadikan dia girlfriend. Lepas tu lama2 u akan kawin. Betul tak?” tanya amoi ni ngan muka penuh harapan.


Tak!!” tak faham bahasa betul la


Kenapa plak?” soalan sama dia ulang lagi.


Saya tak ready lagi untuk fall in love” aku senyum, nak redakan kemarahan ni


Suatu hari nanti, u akan rasa jugak kan. After that, u akan couple…and than kahwin”


Saya akan pastikan benda tu tak kan berlaku” balasku. Sakit hati btul cakap ngan orang yang tak faham bahasa ni.


Impossible” sambil dia gelengkan kepala 2-3 kali.


Betul, saya tak nak kahwin” aku mula tinggikan suara.


Why?


Im Gay!”

Dia terkejut. Rahang bawah dia jatuh, menampakkan mulut dia terlopong. Dan pada masa yang sama baru aku perasan, beberapa lagi pegawai dan kerani bank yang ada berhampiran turut memandang aku. Malunya….


Owhh.…ok lah. U blh sign dekat sini” sambil dia bagi surat agreement



Saturday, November 22, 2008

Best Blogger Award 2008/09


Terima kasih pada Anggerik diatas pengiktirafan kpd oasis sbg ”best blogger award 2008/2009″ ni..



Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua pelakon dan crew yang terlibat dalam setiap coretan oasis


Oasis akan sedaya upaya untuk terus berkongsi pengalaman suka dan duka bersama


Wednesday, November 19, 2008

Aku diTagged


Tak tau pulak dari mana asal usul amalan ni. Tau2 je member aku ckp aku dah diTagged? Bunyi cam aku ni barang @ aset untuk ssebuah company jer. Tiba masa nak kena check iventori & seterusnya ditagging.


Nak tak nak, terpaksalah aku bwat tagged yang pembawa virus asalnya adalah Anggerik


1


2


3


The rules:
1)Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!.
2) DON’T change your clothes, DON’T fix your hair… Just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this


So, kpd sesiapa yg terbuka blog aku ni….pandai2 la yer. Bwat, jgn tak bwat!




Tuesday, November 18, 2008

SECALIT NODA

2-3 hari lepas aku terbelek akhbar tempatan. Tertarik dengan satu berita yang aku rasa agak related dengan tempat aku kerja. Bila tengok betul2….la, gambar aku rupanya. Ni kira kali ke-4 muka aku masuk paper. X kira la saiz kecik cam cucu kuman pun….


Aku upload kat sini smata-mata nak kaitkan dengan istilah Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama. Cuba tgk gambar tu, orang yang kat belakang kerja siang malam semata-mata nak pastikan event berjalan lancar, tapi yang turun hanya 5 minit (merujuk kpd VIP) lak diberi penghargaan…Hrmmm


X kisah la isteri saper pun…yg penting kita sama2 manusia



Syor : Gunakan kanta pembesar untuk mendapatkan imej yang lebih jelas