Nuffnang Ads

Saturday, November 22, 2008

Best Blogger Award 2008/09


Terima kasih pada Anggerik diatas pengiktirafan kpd oasis sbg ”best blogger award 2008/2009″ ni..



Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua pelakon dan crew yang terlibat dalam setiap coretan oasis


Oasis akan sedaya upaya untuk terus berkongsi pengalaman suka dan duka bersama


Wednesday, November 19, 2008

Aku diTagged


Tak tau pulak dari mana asal usul amalan ni. Tau2 je member aku ckp aku dah diTagged? Bunyi cam aku ni barang @ aset untuk ssebuah company jer. Tiba masa nak kena check iventori & seterusnya ditagging.


Nak tak nak, terpaksalah aku bwat tagged yang pembawa virus asalnya adalah Anggerik


1


2


3


The rules:
1)Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!.
2) DON’T change your clothes, DON’T fix your hair… Just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this


So, kpd sesiapa yg terbuka blog aku ni….pandai2 la yer. Bwat, jgn tak bwat!




Tuesday, November 18, 2008

SECALIT NODA

2-3 hari lepas aku terbelek akhbar tempatan. Tertarik dengan satu berita yang aku rasa agak related dengan tempat aku kerja. Bila tengok betul2….la, gambar aku rupanya. Ni kira kali ke-4 muka aku masuk paper. X kira la saiz kecik cam cucu kuman pun….


Aku upload kat sini smata-mata nak kaitkan dengan istilah Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama. Cuba tgk gambar tu, orang yang kat belakang kerja siang malam semata-mata nak pastikan event berjalan lancar, tapi yang turun hanya 5 minit (merujuk kpd VIP) lak diberi penghargaan…Hrmmm


X kisah la isteri saper pun…yg penting kita sama2 manusia



Syor : Gunakan kanta pembesar untuk mendapatkan imej yang lebih jelas



Sorry……


Penat seharian bekerja, aku cuba relax kan minda kejap . Tgk jam ditangan, ada lebih kurang 1 jam sblm aku sambung kerja smula. Aku buka hp, baca semula inbox and sent item SMS.


Fir :

Di, sibuk ke? Jom kuar makan. Dah lama tak borak- Borak.

Oasis:

Sory Fir, dua tiga hari ni aku bz sket. Lain kali ae


Hairu:

Oit my friend, ko free tak malam ni? Jom minum2

Oasis:

Malam ni aku kena kerja la. Sory sangat2.


Bern:

Wadi, ko balik umah kul berapa hari ni.? Temankan aku gi Jusco mlm ni

Oasis:

Aku balik lambat, kerja banyak la Bern. Ko ajakPeter la.


Aina:

Wadi, nak ikut kitaorang pergi umah Leha tak Sabtu ni? Tengok baby dia. Kre, Rosz & Haris pun ikut sama.

Oasis:

Bestnyer. Tapi aku kerja la sabtu ni. Krm salam kat dorang semua ek.


Saiful:

Malam ni cam ne? Clubbing sat.

Oasis:

Aku kerja awal pagi esok, ada event. Takut penat jer. So, tak pergi kut.


Bern:

Ko balik umah tak malam ni?

Oasis:

Tak kut, aku kena jaga kem. Klu balik pun paling cepat kul 1 pagi.


Angah:

Di, keja ke? Angah ada buat makan-makan ni. Datang la.

Oasis:

Tengok la dulu cam ne angah. Kalau sempat orang pergi la


Zamri:

Hidup lagi ker? Janji nak blanja aku. Minggu depan aku dah kena pergi Sabah.

Oasis:

Alamak, lupa la. Sempat lagi kut. Nanti aku msg k. Ngah sibuk skang ni


Abe:

Senyap jer….orang lain pun kerja gak

Oasis:

Nak bwat cam ner…huhu

Abe:

Kawin la ngan ‘keja’ tu


XXX:

Wady sihat? Ingat nak tido ngan wady mlm nie, bley?

Oasis:

Sorry, wady penat la. Baru balik kerja ni. Sorry ae.


Bern:

Ko cuti tak Sabtu & Ahad nie? Aku dapat voucher penginapan, 5 * hotel kat Seremban. Jom la.

Oasis:

Aku keja, mana leh cuti.

Bern:

Mintak la cuti

Oasis:

x bleh!


Shima:

Sabtu or Ahad nanti Ina buat makan kat umah dia. Semua kena datang tau.

Oasis:

Ok, tengok lah. Tak janji tau.


Ma:

Ma duk umah along ni. Datang la sini. Lusa dah nak balik Kelantan.

Oasis:

Cepat nye nak balik. Duk lama sket. Esok orang keja

Ma:

Abah nak balik cepat, Syazwan sorang2 kat kampung


Zul:

Bila nak ajak tengok wayang ni wadi. Citer best skrg

Oasis:

Ha a lah, dah lama tak tengok movie. Nanti free kita gi sama2 k.


Wari:

Impak Maksima The Musical, rugi tak tengok wei

Oasis:

Jom….tapi 21 dan 22hb ni jer kan. Aku keja la time tu


Azie:

Abang Wadi, kitaorang kat Maulana ni. Datang la sini.

Oasis:

Abang kerja la, x balik lagi ni.


Chumi:

Wadi ngah bwat aper. Rindu kat ko.

Oasis:

Rindu kamu juga. Aku ngah kerja,layan client ni jap


Mie:

Hello my X-Super Roomate. Ko kat ner,ngah bwat per? Aku kat UPM ni. Saje jalan2. Xnak Jumpa ker?

Oasis:

Mie, lama tak jumpa ko. Aku kat office la, lepak la dulu

Mie:

Xpe la , lagipun aku tak boleh lama. Nak temankan Dayah gi Mid Valley


Ricky:

Bila nak gi shopping same?

Oasis:

Dah lama tak gi shopping kan. Nanti la, sblum ko balik kg, kita pergi. Minggu ni aku sibuk ngan kerja sket


Goofy:

Salam Mcky! Bila nak kuar dating lagi?

Oasis:

Hehe…Mcky cibuk ar Wuf….nanti kita kuar ae


Ijat:

Cuti ni ko balik kampung tak? Datang la Johor, temankan aku. Boleh aku bawak ko gi jalan2.

Oasis:

Tak balik kut Jat. Aku tak dapat cuti la


Mirah:

Kitaorang kat Hospital ni, Kak Tie dah bersalin, kena operate.

Oasis:

Baby boy ke girl? Kirim salam kat dia, ckp sory tak leh gi tgk, tak leh tinggal offc


Kai:

Wadi yang comel, plan kita nak main ice skating tu sampai skarang belum berjaya lagi.

Oasis:

Ko cakap bile ko free. Nanti kita gi. Tapi skarang aku ngah tension ngan kerja ni


Zai:

Sombong skarang….cam x sudi kawan ngan saye jer…

Oasis:

Ishhh….bukan cam tu, byk kerja kat office la


Bern:

Wadi, aku ngah sedey ni…bla…bla…bla…sob sob…

Oasis:

La siannya….ermmm, nanti aku call ko balik. Aku ngah bawak group ni.


Azhar:

Xnak tido sini ke? Abang sorang je nie, housemate semua tak der.

Oasis:

Esok saya kerja la bang….jumpa kat LQ nanti k


YYY:

Wadi cuti tak esok? Wadi datang la sini, xjauh pun

Oasis:

Wadi memang cuti tapi bos ckp kena datang keja gak. Staff x ckp. Sorry syg….




Bila pk2 balik, macam tak fair lak. Semuanya gara-gara kerja. Aku cuba SMS kwn2ku semula….


Oasis:

Ngah bwat aper? Jom kuar makan malam ni

Zamri:

Xyah la ko kawan ngan aku….

Oasis:

???


Oasis:

Jat, ngah bwat per…boring la malam ni. Ko punya projek pe cer….MUET hari tu ok?

Ijat:

Ngah study!!


Oasis:

Jom mkn..tapi lewat sket la. Aku baru balik keja ni. Nak mandi jap.

Hairu:

Lain kali la, ko mesti penat


Oasis:

Bern, ko dah mkn blum?

Bern:

Aku kat Rawang la


Oasis:

Minggu ni wuf cuti tak? Jom kita kuar sama. Apa kata kita tengok wayang. Mcky blanja. Hehe

Goofy:

(senyap)


Oasis:

Di, Sorry hari tu tak sempat nak bls msg ko. Byk keja. Ko pergi tak hr tue? Sorry la klu ko tunggu aku.

Zaidi:

F_ CK!!!


Huhu…Kenapa cam ni? Sorry la kawan2. Oasis bukan jahat! X kenang budi, Selfish, Sombong!!

Oasis tak sengaja…..


Saturday, November 15, 2008

Aku Anak Raja?

Masa on the way nak pergi kerja aku terpandang kelibat kereta polis. Tergelak aku sorang diri sebab teringat peristiwa yang membawa aku ke balai polis secara tak sengaja. Semuanya gara-gara sikap pelupa aku. Dalam dunia ni ada 3 perkara yang memang susah aku nak ingat:


1.apa2 yang berkaitan dengan nombor

2.nama orang

3.jalan/alamat rumah


Kisahnya bermula bila kami (kawan2 lama masa di UPM) dijemput oleh sorang staf (juga dari UPM) ke rumahnya di Kajang. Bila dah lama x jumpa banyaklah story yang yang kluar. Masing2 berlumba nak crita pasal pengalaman masing2 selepas menamatkan zaman study. Dari cerita kuku jari patah hinggalah rambut jiran putus. Lastly semua tak sedar jam dah hampir kul 12 malam. X nak ganggu aktiviti asmara staf tu, (malam tu adalah malam Jumaat) kitaorang pun minta diri dulu. Memandangkan aku pun keja esok pagi


Disebabkan aku ni jenis xingat jalan, terpaksalah mintak bantuan member aku ni, Nita. Kebetulan pulak rumah kami ni sehaluan. Aku pun follow la kreta dia


Hampir 30 minit aku drive, aku mula rasa pelik. Makin lama makin laju lak kwn aku ni drive. Berani betul pompuan ni. Dalam keadaan ragu2 tu aku follow gak. Lama2 timbul lagi rasa was2. Knapa jalan nie tak sama? Knp cam pelik jer? Jauh dah satu hal. Apa motif si Nita ni masuk kawasan perumahan, pastu kluar balik. Aku ambil hp dalam poket seluar, cuba nak call. Tapi malangnya kredit habis. Batery pun dah nak weak. Betul ke kreta minah nie? Lupa lak nak tanya plate number kreta dia. Takut sesat, aku terpaksa gak jadi pak turut. Aku try bunyikan horn, tapi langsung tak balas. Atau mungkin horn keta dia rosak kut…aku follow lagi.


Hampir sejam! Dalam hati aku, si Nita ni mesti tak ingat jalan gak. Kan senang klu ko ikut sign board je dari tadi.


Akhirnya kreta Nita berenti…tapi kat stesen balai polis Kajang. Aku tertanya2…knp kat sini? Nak sedapkan hati, aku elak pikir yang bukan2. Mesti dia nak tanya arah jalan kat pegawai polis kut. Atau bapak sedara dia keja kat sini. Atau mungkin juga dia nak interview polis (mentang2 la ko keja reporter).


Bila dia kuar dari keta….aku makin heran. Bila pulak si Nita ni tukar baju kurung? Ni bukan Nita nih…


Alamak…!! Aku salah follow kereta rupanya. Nape la aku tak perasan tadi.


Minah yang aku sangka Nita tu kluar cepat2….masuk dalam balai polis tu. Aku lak jadi takut. Terkial2 kat luar. Mcm ne nie? Kalau aku patah balik comfirm kena kejar polis. Dan yang paling penting aku tak tahu jalan balik. Masa aku nak kuar dari kreta, aku tgk dua orang polis datang ke arah aku. Waa……mak, tolong….!!


“Dari mana nie?”, serius garang gler suara dia


“Dari umah kawan encik, ada makan2 sket”


“Mintak ic”


Aku kuarkan wallet, terus bagi ic kat dia. Tak disangka2 tangan aku mula menggigil


“Aku mintak ic, yang ko bagi kad ATM ni knape. Nak rasuah aku ke?”


Aku mula kerut dahi. Gabra punya pasal sampai tersalah bagi kad


“Erk…sory encik. Nah ic..”


“Lesen ada?”


“Nah encik…”


Polis tu senyum sinis. Dia tengok atas bawah, pastu tengok muka aku. Aku mula cuak. Rasa cam dibogelkan je. Nak jer aku sound dia. Bakal adik ipar aku pun polis gak, tapi xder la nak tengok aku atas bawah cam ni.


“Kenapa muka ko tak sama cam dalam ic ni?”


“Eh, betul la tu ic saya encik. Saya tak der niat pun nak bwat pembedahan plastic” cuba melawak, nak tenangkan hati sebenarnya.


“Hah, apasal ko ikut dia?” sambil tunjuk kreta minah tadi


“Macam ni encik…Saya ingatkan tu kreta kawan saya. Jadi saya bla…bla…bla. Tak tahu plak.. bala…bala….” panjang lebar aku crita, dari A sampailah ke Z.


“Xkan la ko tak perasan kreta kawan ko…”


“Tu la pasal…kreta dorang lebih kuang sama jer encik. Lagipun saya tak ingat nombor plate keta dia…Masa tu..bla…bla…bla…”


Tengah syok bercrita kat polis tu, aku nampak minah tadi lalu kluar. Mana la dia pergi ngan baju kurung malam2 buta ni. Cepat2 dia jalan masuk kreta. Muka pucat jer. Lemah semangat kut. Aku lak jadi serba salah. Sian minah tu. Maknanya dalam masa satu jam tadi jantung dia berdebar2, cemas. Mesti dia ingat aku nak rompak dia.


“So cam ne nie”, polis tu bersuara lagi bila dia tengok aku khusyuk pandang minah cemas tu


“Cam tu la encik. Saya mintak maaf banyak2 la, bukannya sengaja”


“Lain kali tengok la betul2 kereta kawan tu. Ini x, ntah sape2 ko ikut. Tak pasal2 ke balai” terkedu aku dengar


“Erm…cam ne saya nak balik ek? Dah la saya ni rabun malam”


“Kamu call kawan kamu, suruh dia datang ambik kat balai polis Kajang”, tiba2 pegawai polis yang sorang lagi mencelah


“Hp saya tak der kredit”, perlahan aku cakap. Malu…


“Masuk dalam office tu, call pakai telefon balai”


Aku raba hp dalam poket, cuba cari no phone. Oh my God!!!


“Encik, battery hp saya dah kong”, kali ni aku betul2 malu


“Habis tu ko tak ingat no phone kawan ko?”


Aku gelengkan kepala.


“Ko ni masuk air la aku rasa. Jangan ko cakap no telefon mak ko pun ko tak ingat sudah”


Aku senyum…memang aku tak ingat pun


“Saya tak ingat semua nombor, encik. Mak saya pakai 4 nombor telefon, satu pun saya x ingat. Saya ingat no phone saya jer. Tu pun ingat2 lupa” aku sengih


“Dah tahap kritikal betul dah kamu nie”…


“Cam ne ek encik. Saya keja esok pagi. Nak kena bawak isteri ahli2 congress OIC melawat taman. Tan Sri Presiden Perbadanan Putrajaya pun turun skali”


Saja nak kuatkan hujah. Mungkin polis tu dah rasa serba salah. Salah sorang dari mereka masuk ke dalam balai. Tak sampai seminit, dia kluar.


“Kamu tinggal kat mana?”


“Apartment Seri Jasa, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan”, nasib baik aku ingat. Jangan dia tanya poskod sudah la, mesti aku tak tau.


“Jom saya hantar. Jangan kamu follow van mayat plak nanti”, cisz…polis ni sindir aku.


Tanpa lengahkan masa, aku start kreta, follow kreta tu dari blakang. Tiba2 aku rasa bersalah…dan sudah tentu M.A.L.U. Mintak2 la kali ni aku tak salah follow kreta.


Hampir 10 minit drive baru aku perasan yang aku skarang di escort polis. Dah lama aku berangan saat2 cam ni. Selama ni aku tengok dalam tv jer. Tak sangka impian jadi nyata. Rasa cam VIP.


Tak sampai pun setengah jam, kami dah selamat tiba. Betul2 dalam kawasan apartment aku. Mulia sungguh tugas polis ni. Aku kluar dari kreta, nak ucapkan terima kasih. Sambil hulurkan tangan….


“Terima kasih encik. Knp tak pasang lampu siren? Kalau bunyikan siren masa escort saya tadi mesti lagi best”


“Banyak la ko punya siren! Ko ingat ko ni menteri?”


Aku sengih lagi. Alah…apa lah salahnya skali skala. Bukannya luak pun. Nak jugak rasa cam ne jadi menteri.


Aku masuk rumah. Tak sempat nak crita kat housemate, terus aku masuk bilik. Sambil meletakkan kepala kat bantal, aku terpikir. Cam ne la ngan Nita. Minah yang pucat tadi pun cam na la kesudahannya. Mesti dia tengah story kat family dia yang dia kena kejar ngan perompak. Family dia mesti bangga bila dia cakap yang dia berjaya bawak penjenayah ke balai polis. Suka hati la. Masa nak lelapkan mata tu, aku tersenyum. Sekurang2nya aku dah melalui sebahagian daripada diari anak raja - diescort oleh polis.


Mata pun dah ngantuk, elok juga beta tido. Lusa kalau beta nak pergi shopping, agak2nya polis mana yang escort beta yer? Hehehe….


Sbelah kiri : Kereta yang disangka milik kwn aku. Sempat capture sebelum batery kong



Wednesday, November 12, 2008

Minggu yang memenatkan….aku x segagah ini

  • Setiap hari aku terpaksa panjat rumah untuk buka pintu dapur sebab kunci rumah aku ilang

  • Basah kuyup setelah 30 minit meredah hujan dengan motorsikal semasa pulang kerja

  • Hampir sejam berpanas kat tepi jalan, tunggu kawan yg tak kunjung tiba

  • Seharian jalan kaki sejauh 9km,bercakap 6 jam tanpa henti & 3 kali berturut2 untuk membawa 6 buah bas student

  • Pertama kali cuci kereta sendiri, tak tahan tengok kereta comot kena conteng ngan staf kat tempat kerja (Siap la ko Syidie! Ko beli kete nanti aku ‘make up’ habis-habisan)

  • Berkayak 4 jam tanpa henti merentas tasik Putrajaya

  • Mengangkat kayak sorang2 (berat mencecah 200kg) sejauh 500 meter

  • Memanjat pokok petai yang tingginya hampir 10 meter semata-mata untuk santapan makan tengahari staf2 kat tempat kerja

  • Mengecat rumah yang sampai skarang masih tak siap2

  • Menjawab 4 panggilan telefon serentak. Huru hara dibuatnya

  • Beberapa hari aku tido jam 3 pagi dan bangun jam 6 pagi untuk jaga kem

  • Dah banyak hari terpaksa abaikan breakfast,lunch diambil jam 4.00 petang dan dinner jam 10 mlm sebab byk sgt kerja

  • Mata naik penat sebab pakai lens lebih dari 17 jam, setiap hari!!

  • Menolak kereta staf yang baterynye weak

  • Terpaksa jadi chargeman, buat wiring sendiri untuk pasang kipas (mesti bapak aku bangga)

  • Handle 3 event serentak dalam masa 1 hari

  • Berjalan tanpa henti dari jam 7pagi - 7mlm untuk bawa client lawat tapak

  • Tidur satu jam dalam masa 24 jam

  • 2 malam tido dalam keta

  • Tukar tayar kereta yang pancit sebab terlanggar divider (akibat mengantuk) tengah2 malam

  • Kaki luka terlanggar eksos moto masa nak bagi speech

  • Tarik tali yang bebannya bertan-tan untuk set up aktiviti Lake Crossing

  • Kena siapkan more than 15 memo, 27 surat dan lain2 dokumen dalam masa 1 ½ jam

  • Kena hadir 3 meeting dalam masa 1 hari

Huhu….cuba bayangkan dalam seminggu, sorang manusia yang berat hanya 49kg dan tinggi 165 cm buat semua kerja2 berat tu



Tayar pancit yang diganti dengan tayar spare

Nasib baik ada Piere Andre yg sudi meringankan beban aku

Sempat capture gambar walau tengah sibuk

Penat cam mana pun, kadang2 rasa terubat bila tgk orang lain bahagia


Saturday, November 1, 2008

sElaMat tiNgGaL saYaNG…..

Kurelakan perpisahan ini

Walau hiba melepaskanmu

Walau sukar melupakanmu

Sepahit apa pun rasa

Terimalah kesudahan


Tiada guna merayu

Tiada perlu penjelasan

Karena….

LOVE BITE itu …..jawapan kepada persoalan


Selamat tinggal sayang

Akan kukenang setiap detik bersama

Kerana….

Tiada kukesal mengenalimu

Walau pilu mengenang kecurangan