Nuffnang Ads

Monday, February 27, 2012

My Best Friend Wedding

Salam sejahtera warga bumi semua! Perghhh lama betul rasanya oasis tak mencoret di sini. Entry oasis kali ni tentang kawan baik oasis iaitu Jaja yang baru saja menamatkan zaman bujangnya dengan Arwin, juga kawan oasis. Nampaknya semua dah kahwin, semua tinggalkan oasis. Huhuhu

Jaja ni kawan perempuan oasis yang paling sporting dan sengal pernah oasis jumpa. Kami pernah bekerja selama dua tahun di Taman Wetland Putrajaya. Dia ni adik kepada Akhbar Sahari (Pengulas sukan Astro Arena) dan Aktar Sahari (Pengacara di Astro Awani / Oasis kalau tak silap). Nak lagi tepat dia ni bekas adik ipar kepada Rita Rudaini. Hehehe. Time dia bagi kad undangan kahwin hari tu, menangis jugalah oasis dibuatnya. Almaklumlah, banyak rahsia kami kongsi bersama.

Ok lah, sembang lebih pun tak ke mana juga kan. Tengok sahajalah beberapa keping gambar perkahwinan Jaja & Arwin yang sempat dirakam guna kamera iPhone sahaja.

 Untungla dapat cincin, gelang, rantai...untunglaa


3 serangkai...Cila, Jaja & Meen. Tiga-tiga ni bestfriend oasis 



 Bersama Bernard Maringgal, bekas housemate oasis





 The best moment





 Bersama pengantin lelaki, Arwin.


 Sekali tengok hidung jaja ni sama dengan hidung Rita Rudaini. Hehehe







Sekian sahaja. Kepada Jaja dan Arwin, Selamat pengantin baru oasis ucapkan. Bahagialah anda sehingga ke liang lahad. Semoga persahabatan kita pun kekal sampai bila-bila. Amin.....