Hello readers.!! Jangan mual jika sekali lagi entry ni bercerita pasal GPS. Disebabkan benda ni lah oasis mengalami tekanan jiwa yang agak melampau (melampau la plak kenyataan ni kan..) Kalau sebelum ni alat tu membawa oasis ke kawasan kubur, kali ni nak cerita macam mana GPS ni hantar oasis ke jalan Karak lama, jalan berhantu.
Kisahnya berlaku 3 hari selepas kisah part 1 hari tu. Perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 6 jam, dimana oasis mula drive jam 10 malam. Bila drive seorang diri ni, siapa lagi yang kita nak percaya selain daripada GPS kan..?
Sampai di bulatan Bentong, oasis dapat rasa yang GPS ni buat hal lagi. Berkali kali dia recalculating sampaikan terpaksa berhentikan kereta sekejap. Sebelum ni tak pernah pun, laju je bacaan dia. Akhirnya dia bagi laluan seakan akan jalan lama. Gelap dan sunyi. Nasib baik nampak ada kereta di depan. Tapi yang peliknya kereta tu pun patah balik. Dia silap jalan ke? Daripada percayakan kereta yang entah siapa siapa baik oasis ikut GPS, dah confirm benda ni robot dan bukan makhluk halus.
Dalam perjalanan tu oasis dah mula rasa pelik. Kenapa jalan sunyi, tak ada kenderaan. Dah la lampu jalan tak ada. Jalan pula berbukit, berliku liku dan sempit. GPS ni pula senyap dan tak ada suara, hanya tunjuk anak panah semata mata. Time ni barulah oasis terfikir, ni ke yang dikatakan jalan Karak lama? Jalan yang selalu pemandu kena ganggu tu?
Alamak!!!!
Terfikir juga nak patah balik tapi serba salah sebab dah hampir setengah jam di kawasan ni. Alang-alang tu biarlah sampai jumpa. Tapi bila dah jenuh drive, tak jumpa jumpa juga penghujungnya mula lah oasis rasa cuak. Sampai di suatu tempat yang lebih kurang macam kilang papan lama, oasis berhenti nak tanya kut kut ada pak guard. Bila turun sahaja dari kereta, dari jauh seekor anjing besar menyalak sambil datang nak kejar oasis. Cepat cepat oasis masuk kereta dan tekan pedal minyak. Tapi yang peliknya anjing tu masih kejar walau hampir 1 km tinggalkan kilang tu.
Sedang menggigil sambil drive tu, oasis rasa lega sedikit sebab ternampak sebuah lori besar di hadapan. Atleast bukan kita sorang sahaja kat kawasan ni kan. Oasis cuba memotong lori tu sebab dia gerak perlahan. Sambil potong tu oasis cuba nak tengok pemandu, nak tanya dalam bahasa isyarat. Tapi tak nampak pula pemandunya. Oasis buka tingkap sebab mungkin dia tak perasan tadi tapi masih tak nampak juga pemandunya. Lastly oasis laju je ke depan sebab mula rasa tak sedap hati. Tak lama selepas tu lori tu bagi lampu tinggi berkali kali sambil bunyikan horn. Tertanya tanya juga kenapa? Ah, lantak lah... Lagipun oasis dah mula rasa takut sampaikan tak berani nak toleh kiri kanan atau belakang. Takut kalau ada benda lain yang menumpang. Tanpa buang masa oasis keluarkan surah yassin dari dalam drower kereta dan letak atas riba. Nak buka mp3 ayat ayat suci al-Quran dalam phone tapi iphone pula dah kong bateri. Apa apa pun benda nak jadi oasis tawakkal saja lah.
Finally oasis bersyukur berjaya juga keluar setelah hampir sejam kat kawasan Karak tu. Sampai rumah (jam 4 pagi) lutut masih rasa lemah. Terus baring ke katil. Keesokan harinya oasis cerita pada housmate dan mereka pula terlopong. Rupa rupanya dorang baru je tengok cerita Karak kat panggung semalam! OMG!!! Sampai sekarang oasis tak berani nak tengok cerita Karak tu, takut bila ingat kembali saat melalui kawasan tu. Syukurlah oasis selamat dan tak jumpa benda yang bukan-bukan. Cuma lori yang tak ada pemandu tu masih menghantui sampai sekarang...
Bila lah rasanya waktu yang sesuai untuk oasis tengok cerita Karak ni.
Keadaan Jalan Karak Lama yang sempit dan berliku. Bayangkan macam mana oasis boleh redah jalan ni tengah-tengah malam.