Nuffnang Ads

Wednesday, December 29, 2010

kIsaH kAsUt tuMiT tiNnGgi


Perempuan dan kasut sukar dipisahkan. Umpama lagu dan irama. Lihat saja di pasaraya....mustahil kalau tak ada kedai kasut. dalam kereta pun (tak kiralah milik sendiri atau suami) kita akan jumpa paling tidak pun sepasang kasut wanita. Mungkin sifat wanita itu sendiri yang sukakan kasut.


Jarang ada laporan yang mengatakan berlaku penceraian disebabkan isteri yang terlalu taksub dengan kasut. Maknanya mana-mana lelaki tidak pernah menghalang pasangannya memiliki kasut, apatah lagi kasut bertumit tinggi. Kenapa ya?




Sebab lelaki memang suka tengok perempuan bersepatu tinggi. seolah-olah terdapat satu daya tarikan seksual yang mungkin kita tidak sedar. Jadi jangan terkejut kalau ada yang mengatakan kasut tumit tinggi boleh dipanggil alat untuk menambah bilangan anak. Aku sendiri pun memang suka bila tengok wanita berkasut tumit tinggi. Semakin tinggi tumit kasut semakin seronok rasanya. Di office, kalau aku rasa stress, aku akan memerhatikan staf perempuan yang pakai kasut tumit tinggi berjalan. Macam satu terapi. Tak hairan kalau suatu hari nanti aku pun boleh jatuh hati disebabkan kasut tumit tinggi.
***

Dalam beberapa filem porno pun selalu menunjukkan wanita melakukan hubungan seks dengan hanya memakai kasut tumit tinggi sahaja. Betapa besarnya pengaruh kasut ni. Selain dapat menambahkan ketinggian, kasut tumit tinggi juga boleh menonjolkan keseksian pada seseorang wanita.


Kepada kaum wanita, selalulah pakai kasut tumit tinggi untuk lebih disayangi pasangan. Sakit sedikit untuk kelihatan cantik dan menarik apa salahnya kan...Tak perlu beli jenama terkenal seperti Prada, Gucci, Emporio armani, Yvest Saint Laurent, Alexander McQuenn, Tod's, Just Cavalli, Carolina herrea, Marc Jacobs, Dior, Galliano atau Jimmy Choo (sekadar menyenarai sebahagian), asalkan cantik dan seksi sudah cukup.



Thursday, December 23, 2010

Kulit Cantik Dengan Vitamin C

Pernakah kamu terfikir sama ada badan kamu cukup dengan vitamin C seperti yang diperlukan? Atau tak terdetikkah pada fikiran yang kulit kamu kekurangan vitamin C? Vitamin C merupakan vitamin yang paling popular pada abad ini dan sering diperkatakan di TV mahupun majalah. Fungsi utama vitamin C atau juga dipanggil ascorbic acid ialah:
***
Membantu menghasilkan kolagen sebagai bahan anti oksida di dalam badan di mana ia dapat mengelak dari penyakit kronik
***
Mengurangkan kandungan kolestrol di dalam darah

Meningkatkan tenaga dan mencegah keletihan

Membuatkan kulit lebih tegang, cerah dan berseri.

Membantu menghilangkan kesan-kesan jeragat dan bintik hitam pada kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari.
***
Disebabkan badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C, maka beberapa cara di bawah boleh diamalkan mengikut kesesuaian anda.

Makanan
***
Sumber yang terbaik ialah makanan. Selain daripada selamat, ia juga boleh mengenyangkan (erk ???). Biasanya ia mudah diperolehi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Antaranya buah beri, buah-buahan sitrus serta sayuran hijau. Contoh sumber yang baik adalah asparagus, avocado, black currant, kubis bunga, anggur, lemon, mangga, biji sawi hijau, bayam, bawang, oren, betik, nenas, strawberry dan tomato. Semua tu ada dalam senarai makanan kamu?



Supplement

Fungsi supplement adalah untuk membekalkan badan kamu dengan vitamin yang diperlukan. Pengambilan vitamin melalui kaedah ini adalah lebih cepat kerana badan kita kadang-kadang sukar untuk menyerap vitamin C melalui pengambilan makanan. Selain itu, terdapat banyak pilihan Vitamin C yang berada di pasaran pada harga yang berpatutan.

***

Produk Kecantikan

Sesetengah pakar berpendapat kulit mampu menyerap vitamin C dengan pantas berbanding dengan sistem penghadaman kita. Jadi cara terbaik untuk membekalkan kulit kita dengan khasiat vitamin C ialah melalui aplikasi produk-produk kecantikan seperti krim, lotion, peeling dan sebagainya. Sebab itulah produk yang berasaskan vitamin C agak mahal harganya berbanding yang lain
***

Suntikan Vitamin

Cara ini paling popular pada masa kini terutama di kalangan selebriti tak kira di dalam atau di luar negara. Sebelum ia diperkenalkan, suntikan vitamin C selalu dilakukan kepada pesakit yang mengalami masalah kekurangan vitamin C atau mereka yang ingin cepat sembuh dari demam atau selesema. Kesan yang ditunjukkan dapat dilihat dalam masa 24-48 jam sahaja. Menurut pakar, 95 % vitamin C yang disuntik akan masuk ke dalam darah (jika kena saluran yang betul). Suntikan Vitamin C tidak boleh dilakukan ke atas:

Kanak-kanak berumur kurang daripada 15 tahun

Wanita yang mengandung

Pesakit buah pinggang yang menjalani diagnosis

Perokok kerana nikotin yang ada pada badan akan membunuh vitamin tersebut

***
Diharapkan entry pada kali ini boleh memberikan sedikit info tentang Vitamin C dari sudut kesihatan dan kecantikan. Tapi kata orang cakap sahaja tak ada guna kan. Jadi aku pun turut ingin berkongsi beberapa produk yang aku amalkan bagi mendapatkan vitamin C pada tahap yang optimum.



Aku suka dengan facial cleansing dari The Body Shop. Bau orennya sangat menenangkan. Lagipun ianya jernih dan mudah di bilas tanpa perlu banyak air. Dan face spray juga dari jenama yang sama. Hanya sembur pada muka bila terasa penat. Juga berguna jika aku malas atau terlupa bawa toner. Supplement tu pula sangat-sangat berkesan dan merupakan top seller di semua oulet GNC. Terdapat beberapa pilihan untuk vitamin C ni dalam jumlah kandungan yang berbeza. Disebabkan aku jarang makan buah, jadi aku ambil yang mengandungi 1000mg dan jenis time release supaya badan dapat menyerap dengan sepenuhnya.


Itu saja untuk entry aku kali ni. Ingat, semakin meningkat usia kita semakin tinggi jumlah vitamin yang diperlukan.


Saturday, December 18, 2010

Foursquare...Tak nak Joint?


Pernahkan anda perasan pada wall facebook rakan-rakan anda yang mengatakan si polan bin/binti si polan telah 'check in' pada sesuatu tempat? Pada anda yang telah 'familiar' itu adalah satu informasi tentang rakan anda. Tapi pada anda yang tidak tahu, anda mungkin akan tertanya-tanya....

Apa Tu???. ....itulah yang dinamakan foursquare.

Foursquare ialah satu rangkaian sosial berasaskan lokasi. Aplikasi yang dicipta oleh Dennis Crowley dan Naveen Sevadurai pada tahun 2009 ini dibangunkan khusus untuk iPhone, BlackBerry dan mana-mana handphone yang menggunakan Android atau Window 7 sebagai platform. Untuk pengetahuan blogger semua, pada November 2010 sahaja, dilaporkan pengguna yang mendaftar aplikasi ini sudah mencecah lebih dari 5 juta orang. Tidakkah anda rasa ketinggalan?

Apa yang menariknya Foursquare ni? Foursquare membolehkan anda berhubung dengan rakan-rakan dan memberitahu maklumat tentang lokasi terkini di mana anda berada. Tidak kiralah di dalam atau di luar negara. Penggunaan aplikasi ini yang semakin meluas turut membolehkan anda dan rakan-rakan mengemaskini maklumat yang boleh dihubungkan dengan rangkaian sosail lain seperti Facebook dan Twitter.

Untuk lebih memahami aplikasi ini, sila lihat gambar-gambar di bawah, yang disediakan khas untuk anda.



Profil bagi akaun foursqaure. Pada page ni tercatat nama, jumlah Mayorships, bilangan Badge yang telah berjaya dikumpul, bilangan rakan serta kekerapan check in.



Dan ini pula adalah antara rakan-rakan yang telah 'menjalinkan' hubungan foursquare dengan anda.



Jika ingin check in pada sesuatu tempat, pergi ke ikon place dan akan terpapar beberapa lokasi yang berhampiran. Jika tiada pada paparan, anda boleh create tempat tersebut mengikut icon yang telah tersedia.



Selain itu juga, anda boleh melihat tips dari pengguna foursqaure yang lain tentang tip-tip, komen atau apa-apa maklumat berkaitan lokasi tersebut. Selalunya tips tersebut berguna untuk kita lebih bersedia.


Pada ikon recent pula, anda boleh mengetahui lokasi rakan-rakan anda berada. Jadi tak perlu SMS atau call bertanyakan rakan karib anda di mana mereka berada. Nak kirim barang pun senang. Biasanya housemate aku jadi mangsa terutama kalau dia pergi ke Ikea atau Mac Donald.



Anda boleh lihat senarai tempat yang berjaya anda rampas sebagai mayor atau tuan tanah. Title mayor diperolehi jika anda check in lebih daripada 3 kali pada sesuatu tempat. Yang menariknya pada sesetengah tempat yang melakukan promosi, anda boleh dapatkan hadiah atau harga istimewa jika berjaya menjadi mayor.



Status leaderboard boleh menunjukkan point atau markah yang anda telah perolehi. Anda boleh berlumba-lumpa dengan rakan-rakan anda untuk mendapatkan markah paling tinggi dalam sesuatu masa.



Ini pula adalah badge. Ia menunjukkan prestasi yang anda telah capai. Badge akan diperolehi (unlocked) jika kita telah menyelesaikan atau telah mencapai level tertentu.


Seronok bukan? Jom sertai Foursquare....Kepada sesiapa yang sudah ada akaun, jangan lupa add aku ok.


Thursday, December 16, 2010

sAat kEceMasAn....bErseDiakaH anDA menGhaDapinYa?



Perkara paling TERUK dalam hidup kita adalah ketika mengharungi detik berlaku kecemasan. Adakah kita benar-benar bersedia? Bagaimana cara menanganinya? Kata orang sediakan payung sebelum hujan. Betul...., tapi apakah persediaannya? Jawapannya terpulang kepada apa jenis kecemasan tersebut. Apa kata kita kongsi apa jenis barang yang sentiasa ada bersama anda, yang amat berguna jika keadaan genting (atau waktu anda cemas) berlaku.

Ada orang yang sentiasa membawa pepper spray atau penggera keselamatan untuk mengelak daripada dirogol (atau diperkosa dalam bahasa yang lebih sopan). Ada sesetengah pula tidak boleh berengang dengan Yellow Pages bagi mendapatkan nombor-nombor kecemasan untuk dihubungi. Bagi perempuan pula, tuala wanita sentiasa perlu ada saat-saat berlaku pendarahan sulit. Tidak terkecuali juga kepada mereka yang mempunyai masalah pernafasan atau asma yang memerlukan 'in haler' sentiasa berada di dalam kocek / tas tangan. Yang selalu pening-pening pun tak kan pernah tinggalkan panadol.

Antara barang yang berguna dan diperlukan semasa berlaku kecemasan

Dan pada aku sendiri...sudah tentu banyak barang yang aku senaraikan untuk diketegorikan senagai barang kecemasan. Inilah dia barang-barangan yang sentiasa aku perlukan untuk memastikan aku sentiasa bernafas lega terutamanya pada waktu terdesak.


Tea Tree Oil from the Body Shop. Produk ni berguna bila jerawat tiba-tiba muncul kat muka. Sapu je pada jerawat 2-3 kali, terus hilang. Bau dia pun best. Biasanya kalau nak makan kacang atau kuah satay, aku akan pastikan benda alah ni ada bersama.


Biasa aku guna Tomato Sun Cream dari Skin Food ni bila nak buat aktiviti outdoor. Kena sentiasa bawa sebab kawan-kawan selalu ajak gi memancing, berkayak, jogging da sebagainya.


Kalau seharian keluar muka kadang-kadang nampak cam letih. So aku spray je vitamin C ni ke muka. Terus muka nampak segar dan shiny. Bau oren dia pun best tahap dewa.


Kalau tak cukup air kulit biasa cepat nampak kering. Paling kritikal kadang-kadang boleh jadi bersisik. Lotion perasa Rasberry dari The Body Shop ni solution paling cepat dan efektif.


Bila bergerak, berkejar ke hulu ke hilir membuatkan badan jadi berpeluh (walaupan tak ada bau tapi keyakinan diri akan turun sedikit). Jadi spray saja pada badan. Baru guna EDT ni, bau manis dan long lasting. Murah plak tu. RM45 je.


Tak cukup tidur boleh menyebabkan mata cepat merah dan sembab. Nak-nak pula esok pagi ada date or kena jumpa client. So sebelum tidur roll je kat sekeliling mata. Mata akan rasa sejuk je.


Clorets untk nafas lebih segar. Tak de lah segan kalau nak berbisik pun. Biasa aku beli yang perasa oren. Tapi dah abis stok time tu.


Aku suka krim tangan dari Burt's Bees ni. Selain daripada organik, bau dia pun sungguh fresh. Kalau tangan kering atau kasar, segan nak bersalam dgn orang ramai. Jadi sapu je krim ni.


Lip Balm perasa Strawberry dari The Body Shop. Bau dan rasa mmg sweet. Bibir aku mmg jenis cepat kering. Jadi aku selalu bawak lip balm ni ke mana-mana. Time nak pakai je aku sorok-sorok sikit takut org cakap tak maskulin. Hahaha


Kalau rasa rajin sikit, aku akan pakai Rice Mask ni sebelum keluar rumah. Hasilnya muka nampak lebih cerah. Pakai mask ni rasa cam sapu nasi himpit kat muka sbb bahan-bahannya daripada beras.

***
Itulah dia antara barang kecemasan aku yang dah disenarai pendek. Bukan tak boleh hidup pun tanpa barang-barang ni cuma rasa lebih selesa kalau barang ni sentiasa ada di rumah. Anda pula macam mana? Silalah berkongsi bersama yang lain.

Tuesday, December 14, 2010

Saiz Bra....ketahui ukuran terbaik untuk isteri anda




Dua hari lepas aku berkesempatan untuk temankan kawan perempuan aku pergi bershopping di Mid Valley. Kebetulan pula tengah sale. Apa lagi, menjerit histeria la kawan aku ni. Mata terbeliak tengok pakaian dari jenama-jenama terkenal (aku pun sama sebenarnya). Kemudian kami singgah di butik pakaian dalam wanita yang menjual bra, panties dan seumpamanyalah. Terpaksalah aku ikut sekali walaupun aku tahu mesti promoter tu syak aku datang untuk cuci mata




Sambil tolong pilihkan bra untuk kawan aku tu, tiba-tiba teringat pada mak. Sebab dulu pun aku pernah temankan dia beli bra di pasaraya sekitar Kelantan. Time tu lah dia bagi tips atau petua bagaimana nak pilih saiz bra yang sesuai. Pesannya lagi lelaki kena tahu saiz bra isteri supaya senang untuk belikan mereka bra nanti. Mengikut fakta mak aku, saiz tangan suami menggambarkan saiz payudara isterinya. (Errkk!!??) Muka mak aku yang serius time tu membuatkan aku sedikit pasti yang dia bukan buat lawak.


Cara dia cam ni....letakkan kedua-tua tapak tangan (lelaki / suami) pada bahagian cembung bra yang ingin dibeli. Pastikan saiz bra tersebut padan atau muat dengan saiz tangan. Kata orang cukup sesedap rasa. Kalau tak cukup sedap, tukar kepada saiz lain yang lebih ngam. Senang sajakan...


Kepada suami-suami di luar sana, ingatlah petua ini. Bukan apa, kadang-kadang kita selalu keluar out station. Tambah-tambah lagi yang selalu ke luar negeri. Rugi kalau tak singgah butik Victoria Secret untuk hadiahkan sehelai dua bra buat isteri tercinta.


Ini cara yang salah untuk anda memilih saiz yang padan dengan saiz isteri anda.



Jangan pula pilih pattern yang pelik-pelik macam ni. Anda juga yang rugi kerana susah untuk 'merasa' nanti. Melainkan isteri anda seorang yang advance.


Walau apa pun saiz bra anda, jangan malu untuk ekspressikan kepada suami anda kerana Dirimu Begitu Berharga

Kepada isteri-isteri di luar sana juga, cubalah sama-sama praktikkan di rumah. Selain menambahkan kebahagian suami-isteri, anda juga yang untung nanti.



p/s: mati la kalau blog aku kena blocked nanti...

Monday, December 13, 2010

Skin Food Product....the last item for this year


Bila dah hampir ke penghujung tahun ni, banyak pula barang-barang yang perlu dibeli terutamanya toiletries (yang selalu habis diguna) seperti body spray, syampu, sabun dan sebagainya. Sebab itulah memang patut jika semua majikan di seluruh Malaysia memberi bonus kepada semua pekerja.
***
Dan untuk hujun tahun ni juga, fikiran agak resah bile mengenangkan pencuci muka yang nyawa-nyawa ikan. Jadi dengan langkah yang agak berat kuredah jua ke pasaraya berhampiran untuk mencari my favorite cleanser iaitu Skin Food. Tapi hati tiba-tiba dirasuk untuk membeli pek promosi yang hanya dijual sempena musim perayaan krismas ni. Nasib baik harganya tidaklah terlalu mahal.

Twin Pack yang mengandungi 50 ml Fresh Aloe & Rise Mask Wash dengan harga RM26.00 sahaja. Terus beli tanpa fikir panjang bila promoter kata sesuai dengan kulit aku.

***

Packaging yang cantik dan simple juga sesuai untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan.



Alang-alang jejak kaki ke sini, aku turut borong krim tomato ni satu. Nampak macam comel. Tapi harga agak mahal sedikit, RM79. Krim ni sesuai untuk sembuhkan parut atau kesan jeragat. Bau dia memang best


Tomato Sun Cream ni memang dah lama aku pakai. Biasanya guna bila bila nak buat aktiviti outdoor. Senang sapu dan berkesan.
***

Itulah dia. Kalau nak habiskan duit memang sekejap saja kan. Tapi kalau nak dapatkan duit, berpeluh satu badan pun belum tentu lagi. Kepada mereka yang pernah pakai produk Skin food ni pergilah menjengah di outlet berhampiran. Ada banyak promotion pada harga yang menarik. Aku memang suka produk ni sebab bahan-bahan yang digunakan kebanyakannya daripada makanan seperti keju, coklat, buah-buahan, gula, susu, coffee dan sebagainya. Rasa macam sapu makanan kat muka.
***
p/s: Jangan ingat lelaki tak tau jaga muka.
***

Saturday, December 11, 2010

O' BON.......Something different to Go For Green




Masa pusing-pusing sekitar Mines Shopping Fair semalam, terjumpa satu stall ni yang menjual barangan O'Bon. Produk ni betul-betul menarik perhatian kerana konsep yang cuba disampaikan.

Produk yang dihasilkan adalah dari bahan surat khabar yang dikitar semula dan dijadikan pensil, buku, kalendar dan notebook. Biasanya kita sedia maklum pensil yang selalu kita guna (terutama pada zaman sekolah rendah) diperbuat daripada batang pokok. Untuk menjadikan ia sebatang pensil, pokok terpaksa ditebang maka secara tidak langsung ia akan menjejaskan hidupan liar dan habitatnya. Jadi sebagai sokongan untuk sama-sama menjaga alam sekitar ni, aku pun beli satu set pensil ni.


Bukan hanya sekadar konsep tapi packaging produk ini juga sungguh menarik. Misalnya set pensil ini yang diinspirasikan dari kuda belang ni.


Di bahagian bawah tertera bahan yang digunakan untuk membuat pensil ni.

Di bahagian belakang juga turut disediakan informasi tentang haiwan tersebut yang sangat berguna terutama untuk kanak-kanak.


Selain daripada zebra tadi, terdapat pelbagai lagi pilihan haiwan seperti katak, harimau, burung dan sebagainya. Set ini pula mengandungi 10 batang pensil pada harga RM10.90 sahaja.

Ini pula buku yang dihasilkan. Walaupun menggunakan bahan terpakai tetapi kualitinya sungguh mengujakan.

Jika anda kurang berminat dengan konsep haiwan-haiwan tersebut, O'Bon juga turut mengeluarkan produk bermotifkan buah-buahan seperti strawberry ni.


Jadi kepada anda di luar sana bagaimana? Berminat? Sempena musim kembali ke sekolah nanti, dapatkanlah beberapa produk O'Bon di kedai berhampiran. Dengan membeli produk ini secara tidak langsung kita boleh mendidik anak-anak kita tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Anda boleh mengunjungi http://www.myobon.com/ atau http://www.vive.com.my/ untuk maklumat lanjut tentang produk ini.


Sunday, December 5, 2010

Pelengkap Hidup

Selamat kembali diucapkan buat diriku yang lama telah menghilangkan diri. Kepada rakan-rakan blogger yang lain, terima kasih kerana masih setia memaparkan cerita-cerita yang menarik. Kalau ada kesempatan nanti, aku akan mengunjungi blog kalian nanti.

Dengan kemudahan yang ada nanti, aku akan cuba untuk sentiasa memperbaharui berita atau coretan buat pengunjung setia blog. Dan untuk tahun 2010 ini, rasanya hampir lengkap impian aku untuk memiliki gadjet-gadjet yang diidamkan. Bukannya apa, semua ini untuk memudahkan urusan sama ada urusan kerja, sosial dan sebagainya.

Inilah dia yang sempat aku miliki buat masa ini:




iPhone 4

Kalau hujung tahun lepas aku menggunakan iPhone 3Gs, kali ni aku upgrade ke iPhone 4. perbezaan paling ketara adalah pada skrinnya dimana ia menggunakan Retina Display yang membuatkan imej kelihatan lebih tajam. Selain itu, fungsi kamera depan juga sangat membantu terutama untuk mengambil gambar dan membuat panggilan video dengan menggunakan Face Time.





BlackBerry Curce 3G

Disebabkan sering dipulaukan oleh rakan serumah dan kawan-kawan rapat (membazir kredit kalau ber SMS dengan aku), terpaksalah aku angkut BB ni satu. Ternyata gadjet ini membantu terutamanya di kala aku keluar out station. Jadi tiada masalah untuk aku membuka dan memberi respon segera terhadap email yang dihantar. Apa yang paling penting aplikasi BBM yang sangat popular di kalangan pengguna BB ni betul-betul menjimatkan duit.....

Next year aku akan cuba untuk dapatkan iPad pula. Tara.......