Album gambar yang aku nak tunjuk ni dah lama terperap. Hampir dua bulan kut. Saper yang pernah pergi ke negeri Jelapang Padi Malaysia, pasti agak familiar dengan tempat yang dinamakan Tanjung Dawai kan. Aku pergi ke sana pun sebenarnya secara tak sengaja. Tujuan asal nak hantar pengantin perempuan. Tapi alang-alang dah sampai sana, why not kami pergi jln2 ke Tanjung Dawai.
Bila dah sampai sana, baru lah tau apa sebenarnya tempat tue. Untuk kaum2 muda mudi mungkin tempat ni tak seronok bagi dorang tapi bagi golongan makcik2, ni la syurga untuk membeli belah barang2 laut yang cukup murah harganya. Jom kita check....

Berebut2 naik bot, takut kena tinggal

Pemandu bot penumpang yang punyai banyak pengalaman

Salah satu pemandangan di Tanjung Dawai

Makcik2 yang sibuk membeli belah

Pelbagai saiz ikan yang menggunung tingginyer

Banyak ikan yang jarang2 kita jumpa

Anak buah aku si Esya ni pun tak suka dgn bau ikan2 ni semua

Kebanyakan hasil laut kat sini boleh dibeli secara borong

Beberapa buah bot yang berlabuh di Jeti Tanjung Dawai

Satu lagi gambar klasik yang sempat diambil

Ni mungkin kedai gunting rambut yang dah berkurun beroperasi di sini

Beberapa contoh kegiatan harian penduduka kat sini

Bersedia untuk mendarat, nyawa masing2 rasa mcm telur di hujung tanduk