Nuffnang Ads

Saturday, June 27, 2009

Hampir Terlupa Adikku Dah Kahwin


Malam kelmarin aku ajak adik aku lepak2 kat Putrajaya. Kebetulan plak ada aktiviti best kat Dataran Putra. Lama aku tunggu jwpn dia...baru la dia reply SMS aku. Lebih kurang cam ni la bunyinyer...


" Ermm...cam best gak tu? But i need to ask my husband dulu yer. Takut dia kena kerja malam. Kul berapa start?"

Haa...?!!! Husband? Aku tergaru-garu kepala jap. Lor... dorang dah kahwin rupanya. Apa punya abang la aku ni. Benda2 cam ni pun boleh terlupa. Sambil belek2 laptop ni, aku tengok balik gambar2 kawin adik aku hari tu. So, aku letak lah beberapa keping gambar masa dia kawin hr tu. Sebenarnya aku tunggu gambar daripada photograher, tapi sampai sekarang aku tak dapat lagi. Semua yg ada ni gambar2 sendiri yg sempat diambil. Faham2 sendiri la, kualiti gambarnya tak de la cantik.



Cuba teka yg mane satu pengantin


Pengantin berdebar masa akad nikah...


Setelah disahkan jadi suami isteri


Pertemuan merpati dan gagak (hahahha..jahat tak aku?)


Pengantin berkerut dahi tahan panas


Persalinan Hijau


Ni pun pasangan pengantin yg sama gak


Persandingan sebelah pihak lelaki



Lambaian Selamat Jalan dari pengantin

Buat adik aku Mirah, pandai-pandai jaga diri dan jaga hati keluarga suami. Tanggungjawab kami dah kurang sket. Cepat2 mengandung la yer, tak sabar nak tambah koleksi anak buah.

Sunday, June 21, 2009

Ragam Photographer.........anda macam mana?

Perasan tak setiap kali kita shoot gambar, mcm mana position kita time tu? Duduk menegak? kaki kangkang? atau baring mengiring?

Kadang2 kita malu nak pelbagaikan aksi masa shoot terutamanya bila berada di khalayak ramai. Betul tak? Klu kita nak dapatkan gambar yang terbaik, perasaan malu perlu diabaikan. Apa yang penting kita puas dengan hasil kerja kita.

Kat bawah ni aku uploadkan beberapa contoh gambar2 peserta Photography Camp hari tu masa dorang ngah praktis ilmu fotografi.




















Ni pemenang untuk aksi terbaik menangkap gambar


Jadi kepada u all semua, ingat jgn malu untuk beraksi. Feel the freedom ok. Buktikan bukan subjek jer boleh berposing tapi fotografer pun sama. Selamat mencuba.


Monday, June 15, 2009

Photography Camp

Photography Camp yang diadakan pada 23 hingga 24 Mei 2009 hari tu mmg meriah. After program tu masing2 peserta meluahkan rase rindu. Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ni mendapat kerjasama dari AppleMint Studio. Thanks kat team dorang yg sgt best & sporting.




Hari pertama program. Semua peserta diwajibkan bermalam di dalam khemah.


Sesi ceramah yang sgt menarik sbb byk tips yang pelik2 dari tenaga pengajar


Tugasan pertama dimana peserta perlu mendapatkan gambar flora dan fauna yang terdapat di Taman Wetland

Peserta2 Photography Camp yg sanggup merentas halangan utk mendapatkan shoot yg terbaik


Antara sebahagian daripada peserta Photography Camp 2009


Melompat lebih tinggi


Abang ni pun dah mula pandai terbang.....


Terpegun ngan kesungguhan peserta


Ni salah satu teknik yg dihasilkan dlm fotografi


Mana lagi sronok? Jadi model ke jadi fotografer?


Brehat jap sementara tunggu bas dtg


Dalam bas pun sempat lagi shoot gambar


Di PICC. Semua peserta tak lepaskan peluang mendapatkan gambar nightmode dari jauh


Minum mlm di hadapan bangunan Perbadanan Putrajaya


Ni dia Harry Porter Malaysia. Bila tenaga pengajar kn dera ngan student, ni la jadinyer...


"Ingat ye, angle dan framing jgn diabaikan" maybe tu la yg dikatakan oleh Nik, tenaga pengajar yg agak giler2.


Antara peserta yang 'comel'. Drg ni la yang bwat kacau sampai kitaorang tido kul 5 pagi!


Jom bergambar sama


Sijil Penyertaan untuk peserta-peserta Photography Camp



Tuesday, June 9, 2009

Putrajaya Wetland Cycling Treasure Hunt

Last entry aku ada janji ngan korang semua untuk uploadkan gambar event hari tu kan. So ni la dia gambar2 untuk program Putrajaya Wetland Cycling Treasure Hunt tu. Rata-rata peserta yang joint mmg sporting giler walaupun drg terdiri daripada pelbagai peringkat umur.


Ni basikal-basikal yang digunakan untuk program ni


Pemakaian peralatan keselamatan (kitaorang mmg utamakan keselamatan)


Senaman Chicken Dance, trademark Taman Wetland


Pelepasan peserta Putrajaya Wetland Cycling Treasure Hunt


Ni kumpulan Dara Pingitan, tetap pose walau penat


Check point yang mengkehendaki peserta melakukan ujian balancing


Antara soalan yang disediakan pada Check Point


Check Point bonus yang membolehkan peserta mengumpul duit untuk mendapatkan point. Kat sini peserta perlu menggunakan sumpit untuk mendapatkan duit.


Peserta mula pening dan kelam kabut untuk menyelesaikan tugasan


Tugasan ni yang betul2 memerlukan kerjasama dari setipa ahli


Antara kumpulan paling awal yang sampai ke penamat


Ni lah dia pemenang untuk Putrajaya Wetland Cycling Treasure Hunt. Jgn sangka geng2 veteran xblh menang yer. Umur 55 tahun tapi steady lagi.


Bergambar kenangan


Contoh sijil penyertaan untuk peserta. Lawa tak? Boleh la....


Next entry aku uploadkan gambar-gambar utk event Photography Camp nanti. Byk sangat benda yang nak dimasukkan tapi masa jer yg tak cukup.