Nuffnang Ads

Sunday, March 29, 2009

Saus Kacang


Fuh...! Lama sungguh aku tak buka blog aku ni. Rindu lak rasenya. Rindu nak baca citer dari blogger2 yang lain. Heh. Tapi masalahnya aku tak de story yg menarik yg nak diceritakan sebab minggu lepas jadual kerja aku amat padat. Sebut pasal citer ni, teringin plak rasenya nak pergi tengok wayang. Tak sabar nak tgk cerita Talentime & Confession of a Shopaholic. Tapi 2-3 hari lepas sempat jugak lah aku ngan housemate pergi tengok citer Saus Kacang.


Filem yang dilakonkan oleh pasangan suami isteri iaitu Ashraf dan Bunga Citra Lestari ni boleh tahan jugak lah. Tak menyesal tengok sebab kitaorg tgk hari Rabu. Sesuai dengan judul dia, plot citer ni bermula dengan sos kacang. Aku tak nak citer panjang pasal filem ni sebab nak suh korang sendiri yang pergi tengok. Apa-apa pun kpd sesiapa plan nak pergi bercuti di Bali, aku nasihatkan tak payah fikir panjang sbb tempat tu memang cantik. Tak percaya, tonton la filem ni.


Satu lagi, aku suka peribahasa atau perumpamaan yang digunakan dalam filem ni. Tak pernah pulak aku terfikir ada peribahasa macam tu. Contohnya:


"masakan aku ini terlalu bodoh kak Dewi, mana mungkin selama 5 tahun aku masih belum dapat bezakan antara pisau roti dengan pisau daging"


"percayakan kamu umpama percaya kepada budak parking kereta. Disuruh kiri, aku ke kiri. Disuruh ke kanan, aku ke kanan. Disuruh undur, aku undur. Tapi bila terlanggar ngak mau tanggugjawab"...


Tu la antara dialog dlm filem ni. Aku pun tak berapa nak ingat sangat. Tapi yang penting lakonan Bunga mmg natural cuma husband dia perlu banyak lagi belajar...Watak Marsha juga berkesan tapi sayang tak banyak scene. Dengar cerita juga filem ni dapat sambutan di Indonesia. So tahniah kepada produksi Saus Kacang. Aku letakkan beberapa poster filem ni untuk tatapan khusus buat peminat pasangan ni.















Bila masuk Malaysia, Saus Kacang dah jadi Sos Kacang


Lepas ni, saper2 yang tension atau marah, bolehlah beli kacang banyak2 pastu tumbuk kat umah. Tu la petua si Bunga Citra Lestari. Heh



Sunday, March 22, 2009

Sexy Boys@UluYam

Kat tempat aku kerja ni susah btul klu nak cuti ramai2 sbb kat sini tak de istilah hari minggu. Biasanya hari minggu kami mmg terpaksa kena kerja. Tapi beberapa hari lepas kebetulan plak semua staff lelaki kat sini cuti. Apa lagi sebahagian daripada kami merancang untuk mandi manda di Ulu Yam. Lagipun cuaca panas je akhir2 ni kan.

***
Ni senarai barang2 keperluan untuk camping. Klu tulisan buruk cam ni, maknanya bukan tulisan aku.


Kereta aku jadi mangsa pengangkutan kali ni. Dah bersemak but kereta aku. Nasib baik pergi berempat jer. Heh.


Berenti sarapan dulu kat Gombak, kemudian kitaorang gerak ke Giant berhampiran utk beli barang bbq


After kluar dari Giant. Bila lelaki yang kluar beli barang dapur, cam ni la jadinya


Sampai jer, trus ngan aktiviti masak2.


Ni aktiviti sampingan kitaorang. Banyak jugak album lagu yg dinyanyikan. Maklumlah rata2nya hebat main gitar.


Ngah berkira2 nak terjun. Air takde la sejuk sangat tapi time ni tiba2 jer aku dapat selesema kejap.


Jejaka2 maskulin dari Putrajaya. Haha


Tiba-tiba ada kepala muncul kat tepi tu...


Gambar yang ni aku betul2 tak faham. Blh saper2 tolong jelaskan?


Gambar ni agak menarik sket. Tapi bukan gmbr kitaorang. Perasan tak mcm 3 orang pompuan yang sedang memilih pasangan. Padahal dorang ni saling tak mengenali.


Masa perjalanan nak balik, aku sempat capture gmbr orang asli sedang naik motor. Sbb tu la pic ni agak kabur sket. Tapi coloufull kan..


Situasi ni mmg biasa kat Ulu . Di lereng2 bukit ni mmg ramai org yg dtg untuk mendapatkan air bukit. Mengikut akak yang ada dlm gambar ni, air bukit ni rasa manis & blh sembuhkan penyakit.


Banyak kereta yang 'tersadai' kat tepi jalan untuk dapatkan air bukit ni.


Bergambar kenangan


Selamat tinggal Ulu Yam. Tempat yang mengajar erti keseronokan, persahabatan, skandal & ...

Wednesday, March 11, 2009

Jalan - Jalan Di Jalan Pasar



Pernah tak korang pergi ke Pasar Karat yang terletak kat Shah Alam yang beroperasi setiap Sabtu/Ahad? Dekat sana boleh dikatakan meriah dengan pelbagai jenis barang2 yang dijual. Tapi yang aku nak cerita ni bukan kat sana tapi di Jalan Pasar yang terletak berhampiran Pudu. Aku tak pasti address lengkap dia sbb aku terlalu khuyuk sembang ngan kawan kat sbelah.
***
Kat Jalan Pasar ni pun tak kurang juga hebatnya. Barang2 yang dijual pun pelik dan lain daripada yang lain. Barang2 terpakai memang paling mudah untuk diperolehi di sini. Kepada sesiapa yang nak beli barang elektrik & elektronik dengan harga yang murah, kat sinilah tempatnya. Accessories kereta termasuk sistem audio dan lampu pun banyak dijual pada harga yang berpatutan. Dan kepada peminat haiwan peliharaan juga, kat sini lah syurga bagi mereka....


VCD & DVD cetak rompak terpakai yang dijual oleh penjaja. Klu bernasib baik boleh jumpa cerita2 lama yg susah nak dpt di tempat lain



Penjaja dan pembeli sedang tawar menawar harga untuk telefon bimbit terpakai


Brother ni yang mmg santai mempromosikan barang2 yang dijual


Pelbagai jenawa mewah handphone terpakai yang masih elok


Rawatan mata pun boleh dilakukan di tengah2 kesibukan orang lalu lalang


Pak cik ni pun tidak ketinggalan untuk menjual koleksi barang-barang antik


Ikan Emas yang dijual dengan harga yang berpatutan


Nak lagi murah...terus dapatkan di kedai pemborong ikan-ikan perhiasan di premis berhampiran


Kebanyakan ikan-ikan dijual dengan harga serendah RM 0.50 seekor


Arnab putih pun ada dijual


Pelbagai lagi spesies arnab dan kucing


Promoter ni sedang menyiapkan rumah untuk hamster belaan kami

Akhir sekali aku juga sempat beli pasir dan batu hiasan untuk akuarium.

Next entry nanti aku tunjukkan apa sebenarnya yang aku beli dari pasar ni ok. Nak masukkan kat entry ni macam byk sangat la plak. Nanti tak pasal2 termuntah. Ok, tunggu yer.


Wednesday, March 4, 2009

Nak Jimat Punya Pasal

Bulan Februari ni ramai plak kawan2 aku yg sambut birthday. Kpd sesiapa yg menyelongkar blog aku time ni & kebetulan hari ni hr jadi dia, aku nak ucapkan Happy Birthday. Semoga tahun ni byk benda2 yang baik2 berlaku.
***
After balik kerja hari tu, aku singgah kat la Alamanda, Putrajaya untuk beli hadiah hari jadi utk kawan2 offc. X nak parking kat dalam shopping complex tu, aku parking jer kat tepi jalan. Lagipun, jimat duit sket kan. Dek kerana kesuntukan masa, ni je la yang sempat dan mampu aku belikan untuk dorang...
***

Teddy Bear ni untuk Jaja


Yang ni lak untuk Kak Ninie


Untuk Nizam


Dan yang ni untuk aku sendiri - DVD citer Melayu & Hindustan (Aishwarya Rai punya pasal)
***

Keluar dari Alamanda, dada berdegup kencang. macam ada something kat cermin depan kereta aku. Hmm...dah agak dah. Aku dapat saman trafik atas kesalahan parking...
***

Surat saman
***