Nuffnang Ads
Tuesday, February 24, 2009
Mutiara Char Koay Teow...seindah namanya
Thursday, February 19, 2009
Sukarelawan di Zoo Negara Kuala Lumpur
Dan seterusnya kami diberi sticker ni untuk membolehkan kami menjalankan tugas2 sebagai volunteer
Kerja-kerja menyapu sampah ni dah jadi rutin kepada mana2 volunteers di sini
Dorang ni pun volunteers gak. Budak-budak lepasan SPM. Muda2 lagi dah pandai buat kerja2 cam ni.
Ni time bagi makan kat monyet ni. Jenis Blue monkey. Dapat gak berpeluang menyusukan anak monyet
Zam tgh cuci longkang kat kandang siamang. Yang klakarnya dia nyaris2 dikencing siamang yang ngah bergayut kat atas
Ni dia siamang tu. Comel kan...
Feeding time
Makanan untuk monyet2 tue...cam best je. Betik, tembikai, sayur, roti....semua ada
Kuda mini
Badak air yang besar gedabak
Yang kat blakang tu burung milky stork. Jinak2 semuanya
Dan last skali zirafah yang tinggi cam galah yang disambung-sambung
Sunday, February 15, 2009
Puteri Gunung Ledang The Musical….Sebuah Cinta Agung
“Adinda bersumpah, jikalau kekanda tidak kembali adinda akan menyusul kekanda. Menginjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama”
Begitu indah luahan cinta Gusti Puteri Retno Dumilah kepada Laksamana Hang Tuah. Dan begitu tulus janji setianya sehingga sanggup mengorbankan jiwa dan raga demi Tuah. Mengharungi lautan gelora, mendaki di puncak tinggi, membelakangi Adipati dan berdepan dengan Sultan Melaka untuk dimalukan adalah satu beban yang tak terluah. Namun entah dimana silapnya Hang Tuah, mungkin keliru antara cintanya terhadap puteri dengan kesetiaannya terhadap raja. Akhirnya cinta yang dibina terkubur mati. Tapi yang nyata, nilai cinta mereka masih mahal, masih abadi hinggakan perjalanan ceritera yang penuh dugaan menjadi indah.
Tapi lebih indah malam itu, malam dimana aku menyaksikan sendiri cinta paling agung di puncak Ledang. Tiada lukisan yang dapat digambarkan dan tiada kata-kata yang dapat diluahkan. Kisah cinta yang agung, penuh magis dan lagu. Pertama kali untuk tahun ini aku mengalirkan air mata kerana sebuah pementasan yang sungguh gah
Keakraban Puteri Jawa dan Bayan menyentuh hati audience
Lakonan mantap Ida Mariana sebagai Bayan harus dipuji
Kejelitaan Gusti Puteri menarik minat Sultan Melaka
Gusti Puteri menghalang Sultan Melaka untuk menunaikan syarat ke-7
Sultan Melaka yang murka kepada Gusti Puteri sebelum melafazkan sumpahan keatasnya
Kisah cinta Laksamana hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang teragung dipuncaknya
”Kuhinakan diriku sendiri untuk merengkuh cinta sejati. Cintamu bagai cahaya mentari yang membakar wajahku. Meski sekilas kurasakan, namun akan menjadi bekal sehingga akhir zaman” - Gusti Putri Retno Dumilah
Antara babak-babak yang menarik semasa pementasan PGLtm musim ketiga ni adalah:
- Babak bayan mengeluarkan api dari tangannya semasa memujuk Gusti Puteri untuk menari
- Gusti Puteri tiba-tiba ghaib dalam pelukan Bayan
- Adegan pelayaran Gusti Puteri yang seakan-akan 'hidup'
- Nenek kebayan yang tiba-tiba ghaib dan muncul
- Transformasi nenek kebayan kepada Puteri Gunung Ledang
- Babak sumpahan Sultan Melaka kepada Puteri Gunung Ledang
- Puteri Gunung Ledang menghalang Sultan Melaka mengorbankan Raja Ahmad
- Aksi lucu Sultan Melaka menari bersama penari-penari lain
- Adegan lucu Gusti Puteri dengan dayang2nya
- Perpisahan laksamana dengan puteri setelah ditugaskan menghantar utusan ke Demak
Dan untuk tatapan semua, aku uploadkan beberapa keping gambar semasa menonton Puteri Gunung Ledang The Musical Musim Ketiga pada 13hb Februari 2009
Tiket PGLtm
Odw ke Istana Budaya. Jalan tiba2 sesak time nie
Banyak kenderaan berpusu-pusu menghala ke arah Istana Budaya
Akhirnya sampai jua di Istana Budaya
Berlegar-legar sementara menunggu Panggung Sari dibuka
Masing2 mahu mengabdikan kenangan di poster gergasi PGL
Ingatkan ni adlh salah satu daripada props yang digunakan semasa pementasan PGLtm. Hehe
Kehebatan pementasan PGLtm memaksa penonton memberikan standing ovation
Tak mampu nak lepaskan peluang bertemu dgn pelakon2 utama
Yes...dapat jugak tandatangan dari Stephen dan Tiara
Juga dari bayan dan Raja Ahmad
Tuesday, February 10, 2009
Kecekalan Herms & Luke
Semalam masa aku sedang bwat kerja kat offc tiba2 datang couple mat saleh ni. Dia tanya motosikal boleh bwk masuk taman tak? Aku ckp blh jer selagi dia guna jalan yang diturap.
Herms & Luke ni asal dari Australia. Tapi dorang dah menetap kat Malaysia hampir 6 bulan. Paling terperanjat bila dorang bagitau aku yang dorang datang dari Penang dengan menaiki motosikal jer. Lps menjelajah satu Putrajaya dorang akan teruskan pengembaraan ke Port Dickson pulak. Terbeliak mata aku. Thats mean dorang akan pusing satu Malaysia dengan motorsikal yang dibeli 4 bulan lepas....Bayangkan dengan cuaca yang tak menentu skrg nie dorang redah bersama.